Terdapat cara mudah untuk memeriksa alternator tanpa peralatan yang canggih. Hanya multimeter yang diperlukan untuk memeriksa alternator yang bermasaalah. Langkah berikut boleh dilakukan untuk dijadikan panduan.
1.Laraskan multimeter pada julat Volt DC dan letakkan probe merah multimeter pada positive bateri terminal manakala probe hitam multimeter pada negative bateri terminal.
mengukur voltage bateri |
2.Ukur bacaan voltage bateri. Bacaan yang didapati adalah 12.32 V. Bacaan bateri yang baik adalah 12.6 V.
voltage bateri sediaada |
3.Hidupkan enjin kereta dan pada ketika ini voltage akan meningkat melebihi bacaan voltage bateri. Bacaan voltage yang diperolehi pada multimeter untuk alternator yang dalam keadaan baik adalah diantara 13.5Volt dan 14.5Volt.
bacaan voltage bateri semasa enjin dihidupkan |
4.Pada masa yang sama perhatikan lampu yang mempunyai simbol bateri pada meter kereta. Lampu tersebut akan terpadam semasa enjin dihidupkan yang menunjukkan alternator dalam keadaan baik.
lampu penunjuk alternator |
5.Hidupkan peralatan seperti penyaman udara, lampu, radio serta wiper dan perhatikan bacaan voltage pada multimeter. Sekiranya voltage pada multimeter tidak berubah dan stabil diantara 13.5Volt dan 14.5 Volt DC, ini menunjukkan alternator dalam keadaan baik. Jika voltage semakin menurun dari 12.3Volt iaitu voltage bateri yang diukur pada permulaan setelah peralatan tambahan dihidupkan, ini menunjukkan alternator tidak mengecas bateri.Semakin banyak peralatan dihidupkan, voltage bateri akan semakin menurun.
Berdasarkan pengalaman, alternator yang mampu mengecas bateri biasanya boleh disentuh dengan tangan pada housing dan rasanya tidak begitu panas (suam). Jika berasa panas hingga tidak boleh disentuh, menunjukkan alternator tersebut telah berlaku litar pintas. Jika sejuk, alternator tersebut tidak boleh mengecas..
Berdasarkan pengalaman, alternator yang mampu mengecas bateri biasanya boleh disentuh dengan tangan pada housing dan rasanya tidak begitu panas (suam). Jika berasa panas hingga tidak boleh disentuh, menunjukkan alternator tersebut telah berlaku litar pintas. Jika sejuk, alternator tersebut tidak boleh mengecas..
No comments:
Post a Comment