Setelah mengenalpasti keadaan serpentine belt yang retak, penggantian perlulah dilakukan dengan segera.Proses untuk menggantikan serpentine belt tersebut tidaklah begitu sukar. Serpentine belt pada Saga BLM digunakan untuk memusingkan waterpump, alternator, power steering pump dan aircond compressor melalui crankshaft pulley. Sebelum serpentine belt diganti, gunakan digital camera untuk mengambil gambar laluan serpentine belt supaya dapat memudahkan kerja penggantian. Lukis semula laluan serpentine belt jika perlu. Oleh kerana serpentine belt tensioner juga akan turut terlibat , periksalah keadaannya semasa enjin sedang hidup.Jika serpentine belt tensioner dilihat bergoyang-goyang semasa enjin sedang hidup, maka ianya juga perlu diganti. Kaedah berikut boleh dijadikan panduan untuk menggantikan serpentine belt Proton saga BLM ataupun untuk enjin CAMPRO.
1.Langkah pertama adalah dengan meletakkan kereta bahagian depan di atas jack stand. Seterusnya adalah memusingkan steering kebahagian kanan bertujuan memberi ruang kerja yang lebih luas pada bahagian tayar sebelah kanan. Gunakan peralatan yang bersesuaian untuk mengendurkan tegangan serpentine belt. Terdapat special service tool yang boleh dibeli untuk memudahkan kerja menggantikan serpentine belt. Pada serpentine belt tensioner, terdapat satu lubang khas yang boleh digunakan untuk memasang special service tool.
2.Dalam proses ini, breaker bar digunakan sebagai alternatif walaupun sedikit sukar. Oleh kerana ruang yang sempit, handle breaker bar perlu dileraikan terlebih dahulu. Setelah breaker bar drive head dimasukkan ke dalam lubang khas pada serpentine belt tensioner, barulah handle breaker bar dipasang semula.
breaker bar berada di lubang khas tensioner |
breaker bar dileraikan |
3.Setelah breaker bar berada pada lubang khas serpentine belt tensioner, tekan breaker bar kearah lawan jam. Pada ketika ini, serpentine belt akan menjadi kendur dan boleh ditanggalkan dari pulley peralatan yang terlibat dengan mudah.
serpentine belt lama dalam proses dikeluarkan |
4.Serpentine belt masih tidak boleh dikeluarkan lagi kerana terhalang oleh bolt yang mengikat serpentine belt tensioner. Pada serpentine belt tensioner terdapat 2 bolt yang perlu dibuka. Bolt pada bahagian bawah serpentine belt tensioner dibuka sepenuhnya dan perlu dikeluarkan dengan menggunakan socket spanner 10mm. Bolt pada bahagian tengah serpentine belt tensioner pula hanya perlu dilonggarkan menggunakan socket spanner 13mm untuk membolehkan serpentine belt dikeluarkan.
bolt bahagian bawah tensioner |
5.Setelah serpentine belt yang lama dikeluarkan, masukkan serpentine belt yang baru. Periksa laluan pemasangan serpentine belt berpandukan gambar yang diambil sebelumnya. Seterusnya ikat semula 2 bolt yang mengikat serpentine belt tensioner.
serpentine belt yang baru |
6.Untuk menempatkan serpentine belt pada kedudukan pulley dengan betul, sekali lagi serpentine belt tensioner perlu ditekan ke arah lawan jam. Setelah tegangan serpentine belt tensioner dkendurkan barulah serpentine belt dapat dipasang dengan baik pada pulley peralatan yang terlibat. Setelah breaker bar dikeluarkan, hidupkan enjin kereta untuk menilai keadaan serpentine belt yang baru dipasang.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya nak tanya tentang tensioner timing belt blm yg ade 3 lubang kecik tu, mcmna tuan ketatkan waktu nak tegangkan timing belt tu ya? Trimas
Salam. Berdasarkan workshop manual,pada 2 lubang kecil timing belt tensioner perlu dipasang dengan speacial tool iaitu timing belt tensioner weight. Berat dari speacial tool (P/N : EZT 0009) tersebut sudah mencukupi untuk memberi tegangan timing belt dan setelah itu barulah tensioner bolt diikat dengan kemas. Jika tiada speacial tool, sebagai alternatif gunakan adjustable angle grinder wrench untuk menegangkan timing belt.
DeleteTuan mekanik mcm mana saya nak dptkan workshop manual proton dan perodua?
ReplyDeleteBeli disini : http://e-bookmanual.com/productsproton.html. Ataupun dapatkan dari rakan yang bekerja kerja di service centre.
ReplyDeleteSalam tuan..macam mna nak tegangkan timing belt yang dah kendur...
ReplyDeleteJika timing belt kendur , sila rujuk pautan berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2017/05/ganti-timing-belt-dan-water-pump-proton.html . Jika accessories belt untuk penyaman udara, power steering pump dan water pump kendur, bermakna belt tensioner perlu diganti baru kerana tidak boleh dilaras. Tensioner untuk accessories belt adalah jenis auto adjust.
DeleteBraker bar ada size dia ke untuk lubang tu?
ReplyDeleteGunakan breaker bar saiz 1/2" drive.
ReplyDelete