Periksa Serpentine Belt Proton Saga BLM Cara Koman

   Penukaran serpentine belt merupakan salah satu penyenggaraan berkala  yang tercatat di dalam buku panduan penggunaan kereta sebagaimana yang di syorkan oleh pihak pengeluar. Walaubagaimanapun, perkara tersebut sering terlepas pandang sekiranya penyenggaraan kereta  dilakukan secara DIY. Lama-kelamaan  serpentine belt tersebut akan menjadi kendur dan seterusnya akan mengeluarkan bunyi-bunyian yang tidak menyenangkan. Oleh itu, pemeriksaan yang lebih kerap perlu dilakukan untuk memastikan belting tersebut dalam keadaan baik. Kebiasaannya semasa proses  pemeriksaan, belting perlu dikeluarkan. Proses mengeluarkan belting tersebut agak menyulitkan dan memakan masa. Terdapat kaedah yang boleh dilakukan untuk memeriksa belting tanpa perlu dikeluarkan dari tempat sedia ada. Sebagai contoh, serpentine belt pada enjin Saga BLM boleh diperiksa tanpa dikeluarkan.

1.Gunakan lampu picit yang menggunakan LED dan mempunyai cahaya yang terang.
2.Suluh pada  bahagian bawah serpentine belt yang mengelilingi pulley alternator. Pada bahagian tersebut, serpentine belt mudah dilihat pada bahagian sebelah dalamnya.
serpentine belt
3.Cahaya dari lampu picit dapat memudahkan untuk mengesan jika terdapat kesan retak pada serpentine belt tersebut.
4.Gunakan scissor jack handle dan cangkuk bahagian bawah serpentine belt tersebut dan pada masa yang sama suluh dengan lampu picit. Kesan retak akan lebih mudah dilihat semasa sepentine belt tersebut dicangkuk ke atas.


serpentine belt dicangkuk ke atas
5.Kaedah ini boleh digunakan untuk memeriksa serpentine belt  enjin CAMPRO pada model kereta selain Saga BLM.

No comments:

Post a Comment

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...