Selain dari menggunakan spark tester untuk menguji ignition coil, terdapat satu lagi cara khusus untuk menguji ignition coil kereta Proton Waja. Oleh kerana di dalam ignition coil Proton Waja terdapat power transistor yang dipasang secara terbina dalam, langkah pengujian berikut perlu dilakukan.
1.Ignition coil sedia ada perlu dikeluarkan dari cylinder head.
2.Di dalam ujian ini, analog multimeter digunakan untuk menguji bahagian primary ignition coil. Pada primary coil terdapat pin yang dinomborkan seperti yang tertera dalam gambar.
pin pada bahagian primary ignition coil |
sambungan probe multimeter |
4.Sebiji sel kering 1.5V juga diperlukan dalam ujian ini yang lengkap dengan wire .
sel kering 1.5V |
5.Seterusnya, sambungkan wire positive sel kering ke pin # 3. Wire negative sel kering pula disambungkan ke pin # 2. Proses ujian ini hendaklah dilakukan dengan cepat dan dibuat tidak melebihi 10 saat. JIka dibuat melebihi 10 saat, transistor di dalam ignition coil akan mengalami kerosakan.
sambungan lengkap multimeter dan sel kering |
6.Jika ignition coil dalam keadaan baik, jarum penunjuk multimeter akan begerak ke kanan (continuity) seperti di dalam gambar dibawah. Jika jarum multimeter tidak bergerak menunjukkan power transistor di dalam ignition coil telah rosak.
bacaan continuity multimeter |
7.Satu lagi ujian yang perlu dilakukan adalah dengan menguji rintangan bahagian secondary ignition coil. Digital multimeter digunakan pada ujian ini dan disetkan pada julat Ω. Probe positive dan negative multimeter hendaklah disambung pada high voltage terminal ignition coil.
pengukuran rintangan bahagian secondary ignition coil |
6.Bacaan rintangan secondary coil yang baik adalah di antara 14 - 21kΩ. Ignition coil yang diuji menunjukkan bacaan rintangan sebanyak 10.71kΩ dan berada di luar spesifikasi yang disyorkan pengeluar. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan ignition coil tersebut tidak boleh digunakan sungguhpun berjaya melepasi ujian pada power transistor.
bacaan rintangan secondary coil yang didapati rosak |
7.Ujian diatas adalah untuk menguji ignition coil bagi Proton Waja yang menggunakan enjin 4G18 Mitsubishi.
Good info
ReplyDeleteassalamualaikum tuan.. sy nak bertanya tentang waja saya 1.6 auto mmc.. semalam sy ada tukar alternator kerana sebelum ini saya flash kod dengan cara yang tuan ajar dapat kod 64.. kemudian ada lagi kod 44. jadi sy tukar satu coil plug.lepas itu sy scan semula dah tiada error.. tapi sekarang waja saya bunyi mcm motobot.. rpm tak boleh lbih 2k enjin akan jadi getar.. apa masalah saya ni tuan.. terima kasih..
ReplyDeleteSalam. Saya fikir enjin tersebut menghadapai masaalah "misfiring".Keluarkan dan periksa keempat-empat spark plug. Perhatikan jika terdapat spark plug yang tidak membakar dengan baik. Periksa kembali ignition coil yang baru dipasang. Pastikan ignition coil tersebut mengeluarkan spark yang baik melalui spark tester. Periksa sambungan wayar pada bahagian primary.Kadangkala terdapat ignition coil baru ada yang bermasaalah.
Deleteterima kasih tuan.. salah satu spark plug rosak.. Alhamdulillah
DeleteSama-sama. Syukur. Saya tumpang apabila masaalah anda telah berjaya diselesaikan.
DeleteNk tnya.. Boleh x kte tkar system ignition waja?.. Convert kpd sistem ignition 4g63?.. Atau Ade cara yg lain boleh tuan kongsikn.. INI kerana sistem ignition asal waja agak rumit Dan selalu getahnya lekat n koyak..
ReplyDeleteEnjin Waja 4G18 menggunakan Distributorless (tanpa distributor) Ignition System dari jenis Waste Spark System. Enjin 4G93 pula menggunakan Distributor Ignition System. Terdapat perbezaan yang sangat ketara diantara kedua-dua ignition system. Untuk menggantikan ignition sistem Waja dengan ignition sistem 4G93 adalah satu perkara yang tidak praktikal.
DeleteTrima kash.. Sy tlh Cuba cara tuan utk cek trouble code, sy mndapati check engine berkelip Dan code yg keluar adalah 41.. Injector system.. Sy cbe cek injector sy tetapi tiada masalah penyemburan minyak.. Ke ada berhubung dgn masalah lain?..
DeleteSekiranya melalui operasi flash code ada code yang diperolehi menunjukkan terdapat masaalah pada electronic control system. Code 41 menunjukkan ada masaalah pada injector system. Cuba buat langkah berikut:Tanggalkan negatif bateri kabel. Tanggalkan keempat-empat sambungan wayar injector. Gunakan digital multimeter dan ukur rintangan injector dan tentukan berada dalam julat yang disyorkan pengeluar.Rintangan injector yang baik perlu berada di antara 13-16 ohm. Periksa dan pastikan pin injector tidak berkarat. Periksa dan pastikan wayar-wayar injector dalam keadaan baik. Pasang kembali sambungan wayar pada injector dengan kemas. Pasang kembali negatif bateri kabel. Pandu dan uji kereta. Setelah kereta digunakan selama 1 jam, buat kembali flash code untuk menentukan tiada lagi trouble codes.
DeleteAlhamdulillah.. Trima ksih.. Kereta sy sdh brjln dgn lancar.. Syukur.. X perlu tkar coil spt yg Pomen lain ckpkn.. Truskn usaha anda.. Sokongan Dr tuan amat d hrgai..
DeleteSekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
DeleteSalam tuan. Saya pengguna satria neo. Kereta saya akan mati bila dalam keadaan jem. Kemudian saya cuba start engine crank pun takde. Bila saya tukar fuse ignition coil didalam fuse box, baru kereta dapat dihidupkan. Apa kah yang perlu dibaiki ye tuan ?
ReplyDeleteSalam.Saya fikir apabila ada fius yang putus bermakna ada short to ground terjadi pada ignition system. Kemungkinan wayar primary ignition coil ataupun ignition coil sendiri yang bermasaalah. Periksa wayar pada primary ignition coil dan pastikan penebat wayar tersebut tidak pecah dan bersentuh dengan ground (badan kereta). Untuk menguji ignition coil, penggunaan timing light merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menguji ignition coil. Sila rujuk entri Periksa Ignition System Cara Koman untuk pencerahan.
DeleteAssalamualaikum tuan..saya ingin bertanya..kereta saya baru sahaja tukar timing belt satu set..setelah siap keluar dr bgkel..kereta saya berjalan 2 cylinder dan lampu engin menyala seketika. Apabila saya matikan engin dan start semula..keadaan kembali normal tp masalah tersebut jd semula apabila kereta berjalan. Ketika kereta dlm keadaan idle tanpa load. Tiada masalah yg berlaku. Saya telah bawa ke workshop lain..cam shaft sensor dan crankshaft sensor sudah tukar tp mslh ttp berlaku apabila kereta berjalan atau ada load.
ReplyDeleteSalam. Saya fikir mekanik telah menanggalkan sambungan crankshaft position sensor semasa menukar timing belt. Perlu reset fault code yang terhasil disebabkan sambungan crankshaft position sensor ditanggalkan semasa bateri masih terpasang.Cuba tanggalkan kabel negatif bateri selama 30 saat dan pasangkan semula. Uji kereta untuk memastikan masaalah yang sama tidak berulang.
DeleteAssalamualaikum tuan, sy nk tanya jika kereta sy semput semasa naik bukit tersengguk2 sedikit n semasa memandu di highway bawa 90-100kmh dia akan sengguk2 juga. Adakah berpunca oleh coil, fuel pump atau gearbox? Kereta sy sekarang ada masalah fuel meter x betul. N sy suspect fuel pump n gearbox. Benda ni terjadi selepas crank n timing sensor ditukar.
ReplyDeleteKerta sy waja 4g18 2004. Mohon tunjuk ajar. Tq
Salam. Cuba reset ECU dengan cara menanggalkan kabel negatif bateri. Jika masaalah yang sama masih berulang, periksa ignition timing dengan timing light dan pastikan menepati spesifikasi (10 BTC). Crank sensor memberi maklumat kepada ECU untuk mengawal igntion timing. Jika ignition timing tidak betul, crank sensor & sensing blade perlu diperiksa semula. Kadangkala sensing blade tidak dipasang dengan betul pada crankshaft sprocket menyebabkan ignition timing tidak betul.
DeleteSalam tuan...saya pengguna saga blm.
ReplyDeleteKereta saya ade masalah tersengguk2 klau dipandau dlam keadaan yg lama sperti perjalanan jauh atau berada dlam kesesakan yg agak teruk..enjin sperti hendak mati..
Sebelum ni saya dah tukar map sensor/cranksensor/fuel pump/fuel filter/o2 sensor..
Masalah tetap juga berlaku..apekaha masalahnya ye..harap dpt membantu
Salam. Agak banyak sensor yang ditukar. Sebelum ditukar sensor yang dijangka bermasaalah, sebaiknya enjin Saga BLM dibuat pemeriksaan dengan scan tool di Proton Service Center yang menggunakan scantool PADT. Proton Service Center menggunakan factory scantool yang berkeupayaan mengenalpasti masaalah pada sensor ataupun actuator di dalam electronic control system enjin. Penggunaan scantool dapat mengelakan penggantian sensor tidak rosak dan dapat menentukan electronic control system dalam keadaan baik. Oleh kerana fuel pump dan fuel filter telah diganti, fuel system boleh dianggap tiada masaalah. Saga BLM menggunakan Coil On Plug ignition system yang dipasang 4 unit ignition coil. Sekiranya salah 1 ignition coil rosak, enjin masih lagi boleh beroperasi dengan 3 cylinder dan enjin tidak mati kecuali terdapat spark plug yang rosak lebih dari satu. Penggunaan timing light untuk memeriksa ignition system Saga BLM agak sukar dilakukan kerana tiada spark plug cable.Saya fikir langkah berikutnya adalah memeriksa operasi Throttle Body. Sila rujuk entri Bersih Throtte Body Proton Saga BLM Cara Koman dan Periksa Operasi Throtte Body Proton Saga Cara Koman untuk pencerahan.
DeleteThrottle body juga sya sudah tukar baru..masalah tetap sama juga..
DeleteKete seperti lost power .dan ade semula..
Jika terjadi mcm ni sye tkpkse rilexs dlu..lpstu start dan jalan speti biase
Selepas ganti sensor, adakah pernah dibuat scan dengan PADT? Setelah diperiksa dengan PADT dan sekiranya tiada masaalah, electronic control system boleh dianggap dalam keadaan baik. Scantool yang ada di workshop luar tak sama dengan scantool Proton. Tidak dinafikan kerosakan Crank Position Sensor boleh menyebabkan enjin mati secara tiba-tiba. Walaupun Crank Position Sensor telah diganti baru, periksa pada pin socket sambungan dan pastikan tidak berkarat atau longgar.
Deleteaslmkm tuan.sye nk tnye.kreta waja sye menggunakan engine gdi 1.8 waja.so bila enjin sejuk senng nk start .bila enjin pnas susah nk start kne tungfu 20 minit sejukkn bru boleh start.adakah ianya fuel pump atau pon ignition coil ? Ataupon coolant sensor?
ReplyDeleteSalam. Engine tersebut perlu ditentukan samaada tidak boleh 'crank' (starter motor tidak berpusing) ataupun boleh crank tetapi enjin tidak hidup?
DeleteSalam tuan .. saya pengguna proton waja 2001 auto ..1) saya mhadapi masalah seperti enjin jerking ketika idle .. dan btambah teruk ketika aircond dhidupkan .. terasa tendangan2 halus pd enjin .. 2) saya juga mhadapi masalah pembakaran di mana ketika hendak memecut kenderaan saya semput2 sehingga 1 masa ia akan dapat memecut sprt sediakala .. tp akan terjadi kembali masalah tsebut setiap kali hendak memecut mahupun mendaki jalan berbukit .. ia semput2 ..
ReplyDeleteSalam. Saya fikir cuba periksa engine mounting dan pastikan tidak rosak. Jika engine mounting rosak, knock sensor akan membuatkan pergerakan kereta tidak lancar. Rujuk Periksa Engine Mounting Cara koman. Periksa Juga ignition timing dengan timing light dan pastikan ignition timing berada 10 darjah BTD semasa enjin idling. Periksa juda ignition system dengngan menggunakan timing light. Kaedah ini lebih cepat. Rujuk Periksa Ignition Timing Kereta Cara koman. Akhir sekali periksa fuel pressure. Rujuk Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman.
DeleteSalam tuan..saya ada masalah enjin saga blm auto..bila saya start enjin ada bunyi seperti ezos bocor bila time memandu tekan minyak je bunyinya kuat mcm guna ezos besar picup pun kurang ape mslhnya ya tuan boleh tahu x
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa ekzos pipe samaada ada gesket yang bocor ataupun paip ekzos yang berlubang.
Deletesalam...kereta waja saya ada masalah sedut...sebelum ni saya dah tukar plug, coil, wire plug & fuel pump tapi pakai cukup sebulan sedut tu kembali jadi....pomen saya cek masalah coil...kenapa kereta saya selalu kena coil
ReplyDeleteSalam. Cuba gantikan dengan ignition coil tulen yang boleh di dapati dari Proton Part Service Centre. Kadangkala ignition coil yang dibeli dari kedai luar tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar.
ReplyDeleteSalam bos,sy ada masalah dgn ignition coil kereta waja,sy dapati salah 1 dpd ignition coil panas,idle kereta pun spt 3 cyclinder,setelah sy tukar yg baru keadaan menjadi baik tp cuma bertahan selama 10mnt,bolekah bos bg cadangan utk selesaikan masalah sy
ReplyDeleteSalam. Saya fikir kemungkinan berlaku litar pintas kepada power transistor di dalam ignition coil. Cuba periksa pin ignition coil dan pastikan pin tersebut tidak longgar dan tidak terdapat kesan "arching". Jika pin tersebut longgar, voltan akan meningkat dan akan merosakkan power transistor di dalam ignition coil. Satu lagi kemungkinan adalah , ignition coil yang baru diganti tidak menepati spesifikasi. Cuba gunakan ignition coil yang asli ataupun lebih berkualiti.
DeleteSalam tuan. Waja saya 1.6 thn 2005 menghadapi masalah jerking dan lampu check enjin menyala.sudah tukar coil plug n spark plug.tp masalah masih terjadi. Setelah di scan, masalah di jangka melibatkn crankshaft dan perlu overhaul dan kos yg tinggi.ada cara lain utk troubleshoot sebelum sy proceed dgn overhaul?...
DeleteSalam. Saya fikir cuba buat flash code. Rujuk entri Proton waja Flash Code Cara Koman. Dengan flash code jika crakshaft sensor bermasaalah dapat dikenalpasti melalui code yang dikeluarkan. Sebelum dibuat overhaul, periksa enjin dengan menggunakan compression tester. Bacaan yang didapati hasil pemeriksaan melalui compression tester akan menentukan samaada enjin perlu di overhaul. Sekiranya cranshaft sensor telah dikenalpasti dan disahkan bermasaalah, gantikan sahaja sensor tersebut. Tidak perlu dibuat overhaul. Masaalah pada crankshaft sensor tidak ada kaitan dengan keperluan untuk overhaul enjin.
DeleteSalam tuan..saya punya waja mmc manual..die punya alarm xberbunyi..die punya siren yang dekat motor viper tu ke?
ReplyDeleteSalam. Itu adalah siren sistem penggera kenderaan. Cuba periksa samaada voltan didapati pada wayar siren tersebut. Kalau voltan tidak didapati, siren tak akan berbunyi walaupun siren masih baik.
Deletesaya dah check..satu wayar ada voltan dan satu lagi xde..normal kan?maknanya siren la rosak kan?
DeleteItu adalah normal. Periksa juga keadaan fius dan pastikan dalam keadaan baik. Periksa juga samaada ada terdapat relay yang mengawal sistem penggera tersebut. Jika ada relay, pastikan berada dalam keadaan yang baik. Periksa pada specsifikasi siren tersebut, jika siren menggunakan voltan 12V, tanggalkan soket dan sambungkan siren tersebut terus kepada bateri mengikut polarity. Siren akan berbunyi jika dalam keadaan baik.
DeleteA.salam...Sy nak tanya waja sy 2005 manual..masalahnya kereta saya jalan 3silinder..buka plug no 1 pembakaran kurang hitam plugnya..injin bila dlm keaadaan idling stabil tekan minyak 3 silinder. Buka air cond lg teruk sampai mati injin mcm minyak tak naik...plug dh dua kali tukar..coil dh 4biji sy tukar sampai ada yg beli di potong kereta ambil dr injin 2hd tetapi masih sama masalahnya....harap tuan bg pandagan apa yg perlu sy buat...terima kasih
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa keadaan elekltronik control system dengan cara flash code dan pastikan tiada code yang diperolehi. Rujuk entri Proton Waja Flash Code Cara Koman. Oleh kerana enjin boleh hidup, pemeriksaan seterusnya dilakukan pada ignition system dengan menggunakan timing light dan pastikan ignition system tiada bermasaalah. Rujuk entri Periksa Ignition System Proton Waja Cara Koman. Jika bermasaalah, periksa pula dengan spark tester dan pastikan ignition coil mengelauarkan spark yang baik. Kadangkalan wayar pada ignition coil tidak menerima voltan yang mencukupi. Periksa wayar ignition coil dan pastikan voltan yang diperolehi adalah sama pada kedua-dua ignition coil. Akhir sekali periksa fuel pressure dan pastikan fuel pressure menepati spesifikasi. Rujuk entri Testing Fuel Pressure Proton Waja Cara Koman. Walaupun fuel pressure didapati menepati spesifikasi, terdapat juga keadaan fuel injector tersumbat menyebabkan enjin tidak dapat beroperasi dengan baik.
ReplyDeleteassalam. tuan nak tanya sikit...kalau fius INJ putus setiap kali kita masukan yg baru knape ye...masa nak masukkan fuis tu cam ada spark kat tempat cucuk fius tu....
ReplyDeleteSalam. Saya fikir ada kemungkinan wayar elektrik fuel injector yang telah mengalami short to ground. Cuba tanggalkan semua socket penyambungan pada injector. Masukkan fius baru dan switch on kunci kereta. Pasangkan socket penyambungan injector satu persatu. Fius akan putus jika terdapat injector yang short semasa socket penyambungan dipasang. Satu lagi kemungkinan adalah terjadi short to ground pada injector.Gunakan mutimeter dan setkan pada julat Ohm. Ukur rintangan diantara pin injector dan body injector. Nilai rintangan akan menunjukkan nilai kosong jika terdapat short to body injector.
DeleteSalam tuan... Kereta waja 1.6 tahun 2002.. Masaalah dia bila naik lampu check enjin Keta jadi semput...Off suis start semula ok...Kadang2 jadi...Coil dah tukar baru..Dah 3 biji...Masuk Proton service mereka cakap coil...Dah tukar pun tetap macam tu juga..Tak sampai 1 km dah jadi balik...Kalau tekan minyak lagi kuat lagi cepat dia jadi..sebenarnya dah lama masaalah ni....Dah pening ni tuan...Harap tuan dapat membantu... Terima kasih
ReplyDeleteSalam. Saya fikir cuba buat flash code. Rujuk pada entri Proton Waja Flash Codes Cara Koman. Jika ignition sistem bermasaalah, code yang keluar adalah code 44. Berdasarkan code tersebut, pemeriksaan seterusnya dilakukan pada ignition sistem. Pastikan ignition coil tidak rosak, pastikan pin female connector ignition tidak berkarat, wayar tidak putus dan ECU tidak rosak. Satu lagi kaedah memeriksa ignition sistem adalah dengan menggunakan timing light. Rujuk entri Periksa Ignition Sistem Proton Waja Cara Koman. Itu adalah antara kaedah untuk memastikan ignition sistem adalah punca enjin menjadi semput.
DeleteWalaubagaimanapun, enjin semput mungkin juga disebabkan masaalah lain. Fuel sistem yang bermasaalah juga boleh menjadi penyebab enjin semput. Cuba gantikan fuel filter jika belum diganti dalam tempoh 3 tahun. Jika fuel filter tersumbat, enjin juga boleh mati secara tiba-tiba.
Salam sy ingin btanye kreta waja sy mgalami semput2 dan keluar lmpu cek enjin ble scan msalah coil plug..sg dah 3kali tuka coil plug tp ttal same,sy perasan ble sy sntuh wayar socket coil plug enjin akan jerking adakah msalah wayar atau socket??mnta bntuan pening dah..
ReplyDeleteSalam. Kerosakan cable spark plug rosak lalu menyebabkan masaalah pada ignition system adalah diantara salah satu punca masaalah tersebut. Saya fikir cuba tukar kedua-dua cable spark plug jika sudah lama tidak diganti. Setelah diganti cable spark plug tersebut, sila gunakan pemeriksaan cara seperti pautan berikut https://serbamaneka.blogspot.my/2016/08/periksa-ignition-system-proton-waja.html untuk menentukan masaalah tersebut telah selesai.
ReplyDeletesalam saya nak tanya kerosakan pada kereta waja saya sama seperti brother dkt atas check trouble code kluar 44 . spark plug dengan coil dah tukar masih sama apa patut saya buat ya tuan ?
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa wayar bekalan kuasa pada ignition coil dan pastikan ignition coil menerima voltage sebanyak 12 volt. Pastikan wayar tersebut tidak longgar.
DeleteSalam tuan..coil waja mmc saya nk masukan coil k20 tuan ada tak diagram untk wiring?
ReplyDeleteSalam. Minta maaf, saya tidak ada circuit diagram tersebut.
DeleteSalam, distributor wira 1.6,bila pegang distributor Kene karen.apakah penyebabnya?terima kasih
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa dan tentukan penutup distributor tidak retak. Disamping itu juga pastikan tidak ada kesan kesan carbon track dibawah penutup distributor . Perkara tersebut boleh menyebabkan arus elektrik mengalir melalui penutup distributor ke ground.
DeleteBoss..nk tanyak kenapa kereta waja jalan tersenguk2..dan rpm naik tinggi pastu turun..laju pulak tu dia naik turun..dan juga masa rpm naik tinggi injen x meraung just dia tersenguk2..dh tukar trotel body suiz n sensor camp..still ada msalah tu..
ReplyDeleteWaja tahun 2001. Minggu lalu kereta mula buat hal.. boleh start dan jalan tapi tersengguk2. Dah ganti plug 4 biji baru dan boleh start ok je. Hari ni crank2 tapi api tak sampai. Enjin tak hidup. Sebelum ni memang kadang2 kalau nak hidupkan enjin ...kena crank 3 4 kali baru hidup. Tapi kadang2 boleh juga start one kick sekali crank je dah hidup.
ReplyDeleteSaya fikr kemungkinan ada masaalah pada ignition coil. Tiada spark menunjukkan tanda-tanda kerosakan ignion coil. Cuba guna kaedah yang ini pula. https://serbamaneka.blogspot.my/2016/08/periksa-ignition-system-proton-waja.html
DeleteAssalamualaikom tuan...sy ada masalah berkenaan coil waja 2004 auto...tiada api spark kesemua coil...n crank sensor n cam sensor dh tkr baru...masih still masalah..adakah mslh pada ecu ? Mntk pencerahan..terima kasih
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa wayar bekalan kuasa pada kedua-dua primary ignition coil dan pastikan kedua-dua primary ignition coil menerima voltage sebanyak 12 volt. Jika tiada voltage 12 volt kemungkinan wayar bekalan kuasa terputus. Periksa dan pastikan wayar ground dalam keadaan baik dan tidak terputus. Setelah dipastikan bekalan kuasa dan wayar ground pada primary ignition coil dalam keadaan baik, cuba swap ECU sediaada ada dengan ECU yang diketahui dalam keadaan baik. Kerosakan ECU sukar ditentukan kerana tiada pemeriksaan khusus untuk ECU kecuali dengan swap ECU yang baik.
DeleteNak masalah proton persona 2007 coil plug no3 tiada berfungsi,berfungsi 3 piston je,sensor segsla sensor coil dah tukar plug cable dah tukar top overhoul dah masalah tetap jadi..tolong tolong pakar campro siapa pernah halami....
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa dan pastikan bekalan kuasa sebanyak 12 volt ada pada wayar ignition coil # 3. Jika tiada bekalan kuasa, ignition coil tersebut tidak dapat berfungsi.
DeleteAssalamualaikum tuan saya asa satu enjin bot sangkut,bila start bunyi letup di ekzos,dah tukar plug pun sama.macam mn nk tahu samaada coil atau cdi rosak atau pun ada masalah lain,terima kasih
ReplyDeleteSalam. Periksa dan pastikan part no. spark plug adalah betul seperti yang disyorkan oleh pengeluar enjin sangkut. Ignition coil boleh diperiksa menggunakan spark tester. Terdapat pemeriksaan khusus yang perlu dilakukan pada CDI dengan merujuk servis manual. Pemeriksaan CDI unit bergantung model enjin dan berbeza di antara pengeluar enjin sangkut. Saya fikir cuba periksa ignition timing dengan menggunakan timing light dan pastikan menepati spesifikasi. Jika ignition timing tidak betul, spark plug mungkin mencucuh pada masa yang tidak betul lalu menyebabkan bunyi letupan.
DeleteSalam.. kereta saya Gen2 Campro baru2 ini telah diservis alternator. Namun sekarang fius ignition coil asyik kena tembak. Boleh tuan kongsi serba sedikit maklumat ttg keadaan dimana fius ignition coil boleh kena tembak.
ReplyDeleteSalam. Saya fikir kemungkinan ignition coil berlaku short circuit semasa enjin telah panas.Cuba buat begini, gunakan timing light dan uji spark yang dihasilkan oleh spark plug. Rujuk entri berikut untuk pencerahan https://serbamaneka.blogspot.my/2016/08/periksa-ignition-system-proton-waja.html . Seterusnya, tanggalkan socket wayar ignition coil. Terdapat 3 pin pada ignition coil iaitu piri kiri input, pin tengah 12 volt dan pin kanan input. Gunakan digital multimeter dan setkan julat OHM. Sambungkan probe positif multimeter ke pin tengah ignition coil dan probe negatif ke pin kiri input. Bacaan yang didapati hendaklah berada diantara 0.5 - 1.3 OHM. Alihkan probe negatif ke pin kanan input dan bacaan didapati hendaklah sama.
DeleteSeterusnya alihkan probe positif ke pin kiri input dan probe negatif ke pin kanan input. Bacaan yang diantara keduanya hendaklah berada diantara julat 1-1.9 Ohm. Itu adalah ciri-ciri ignition coil dalam keadaan baik.
Jika dengan ujian yang dilakukan dan didapati ignition coil dalam keadaan baik, saya fikir tumpuan masaalah seterusnya adalah pada alternator. Kemungkinan alternator tersebut berlaku short circuit yang menyebabkan fius putus. Cuba periksa samaada fius alternator dan ignition coil berkongsi. Periksa dengan multimeter operasi alternator dan tentukan jult voltage adalah diantara 13 hingga 14.5 volt.
Salam,kereta waja mmc saya problem coil plug panas melampau,dah tukar 12 set masih Sama,APA masaalah nye tuan
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa pin socket ignition coil. Pastikan pin tersebut bersih dan dan tidak berkarat. Pastikan pemasangan ignition coil ke spark plug adalah kemas. Akhir sekali gunakan alatganti tulen semasa menggantikan ignition coil.
Deletesalam sy pengguna perdana v6 masalh sy terdapt 2 coil yg tidak kelua api..dan power tr unit sy terlalu panas tuka baru pon xsmpai 5 mnt rosak balek akibat panas ape mslh
ReplyDeleteSalam. Saya fikir kemungkinan power transistor yang rosak menyebabkan ignition coil tidak dapat beroperasi. Cuba ukur rintangan secondary coil dengan digital multimeter. Jika nilai rintangan ketiga-tiga ignition coil adalah hampir sama bermakna ignition coil dalam keadaan baik.
Deleteknp kereta saya tiada power mksdnya hnya jln 3 silider je..waja mmc auto..
ReplyDeleteSecara am, terdapat 3 faktor yang boleh menyebabkan 1 cylinder tidak berfungsi dengan baik. 1.Kerosakan ignition sistem merangkumi kerosakan pada ignition coil, spark plug atau kabel spark plug longgar atau rosak. 2. Kerosakan fuel injector pada 1 cylinder merangkumi injector tersumbat ataupun injector short to ground.3. Compression pressure lemah disebabkan gasket cylinder head bocor ataupun cylinder liner bercalar dan sudah haus dengan teruk.Piston ring patah juga adalah satu kemungkinan.
DeleteAsalam.. Nk tnya sy pakai waja thn 2003 mmc..masa bwk kete tiba2 engine bergegar tp xkuat dan bunyi macam exzos jd mcm bunyi motorbot. Apa masalahnya ye?
ReplyDeleteSalam. Enjin mungkin mengalami masaalah misfire. Cuba periksa spark plug dan pastikan spark plug tidak longgar. Pastikan juga rubber boot spark plug tidak terkoyak dan putus. Periksa ignition system dengan timing light seperti pautan berikut : https://serbamaneka.blogspot.com/2016/08/periksa-ignition-system-proton-waja.html
DeleteSalam tuan KomanSpana... Sedikit pertyn tentg mslh yg dihadapi pd keta waja mmc 1.6 auto... Semput akan jd msa awal start,,ia akn mengmbil masa agk lama utk pnskan enjin dan semput akan hilang..amaran check enjin xlah naik. Injector bru servis.. Skrg pkai single coil k20.. Apa perlu sy check lg...
ReplyDeleteSalam. Saya fikir kemungkinan fuel filter tersumbat ataupun fuel regulator tidak beroperasi dengan baik. Cuba gantikan fuel filter jika sudah lama tidak diganti.
DeleteSalam bang. Sy pakai waja enjin 1.8 gdi turbo.masuk gear kereta jadi semput. Bnde masalah dia.
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa ignition dan pastikan berfungsi dengan baik. Periksa spark plug dan ignition coil. Ukur tekanan minyak petrol dan pastikan tekanan mengikut spesifikasi. Gantikan fuel filter jika tidak pernah digantikan dalam tempoh 3 tahun.
Deletesalam...sy pakai waja 1.6 auto...mslahnye ade keluar code 44...sy dh tukar coil tu tp same jgk...bila off enjin pastu start blk ok lampu check enjin padam...jln dlm 5 mnit kuar check enjin blk dn tkan mnyak kosong je...ape mslhnye
ReplyDeleteSalam. Cuba reset ECU dengan cara mennanglkan negative bateri terminal selama 30 saat dan pasang semula. Jika masih tiada perubahan cuba periksa samaada bekalan kuasa 12 volt sampai pada ignition coil. Periksa pada pin kedua-dua ignition coil dengan kaedah backprobe dan ukur dengan digital multimeter. Salah satu pin igition coil adalah pin bekalan kuasa. Tanpa bekalan kuasa yang mencukupi ignition coil tidak akan berfungsi walaupun diganti baru.
DeleteSalam tuan , saya ada masalah waja 1.6 auto mmc , keluar code 44 IG Signal 1 . Dah try tukar coil , dah tukar altenator , sensor semua tukar. Tapi code masih naik , enjin jadi 3 piston. Mati kunci start balik check engine hilang. Jalan 5 minit mcmtu naik balik
ReplyDeleteSalam. Saya beranggapan kereta tersebut telah dibuat diagnotic dengan scantool dan keluar code 44 IG Signal 1. Cuba reset ECU dengan menanggalkan terminal negatif bateri selama 1 minit. Seterusnya buat diagnostic dengan kaedah flash codes pula untuk mengesahkan codes tersebut adalah merujuk kepada masaalah ignition coil. Rujuk pautan berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2013/07/flash-code.html untuk pencerahan. Biasanya hanya kedua-dua ignition coil perlu diganti untuk menyelesaikan masaalah tersebut. Oleh kerana ignition coil telah diganti, cuba periksa dengan kaedah berikut untuk menentukan igntion yang baru tidak rosak. Rujuk pautan https://serbamaneka.blogspot.com/2016/08/periksa-ignition-system-proton-waja.html untuk pencerahan.
DeleteBoss..kalau 4g18p auto pakai coil ori atau coil k20 lebih bagus?nak minta pendapat mana satu lebih bagus dan lebih berbaloi
ReplyDeleteLebih baik guna coil yang original kerana coil original direka bersesuaian dengan enjin tersebut.
DeleteSalam tuan..saya ada masalah kereta waja 1.6 auto 4g18 ignition coil sering hangus walaupun dh ditukar banyak kali dlm sebulan..cable plug dan spark plug dh ditukar..saya minta prndapat tuan apa punca ignition coil waja saya selalu hangus..sdah 11 biji coil saya tukar dlm msa 2 bulan ksmua hngus or short..minta pendapat tuan apa punca yang mnyebabkan ignition sering hangus dan apa yg perlu saya buat?
ReplyDeleteSalam.Berdasarkan pengalaman saya, ignition coil asal(original) yang dipasang pada enjin kereta Waja adalah lebih berkualiti berbanding ignition coil yang dibeli di kedai spare part. Semasa membeli ignition coil baru, ukur rintangan secondary ignition coil. Pastikan rintangan ignition coil pada julat 14-21 kiloohm. Jika diluar julat, bermakna ignition coil bermasaalah walaupun masih baru. Untuk lebih meyakinkan, gunakan ignition coil tulen. Disamping itu juga, periksa pin pada socket ignition coil dan pastikan tidak longgar semasa dipasang.
Deletesalam tuan saya baru tukar satu coil plug waja dan yang satu lagi baru tukar 2 tahun lepas. tapi baru sebulan enjin bergegar dan semput. kenapa ye? berapa lama jangka hayat coil waja ni?
ReplyDeleteSalam. Oleh kerana ignition coil telah diganti, cuba periksa dengan kaedah berikut untuk menentukan igntion yang baru tidak rosak. Rujuk pautan https://serbamaneka.blogspot.com/2016/08/periksa-ignition-system-proton-waja.html untuk pencerahan. Jika ignition coil rosak, saya fikir lebih baik gunakan alatganti tulen yang boleh dibeli di Proton Part Center. Ignition coil yang dibeli di kedai spare part kadangkala tidak menepati spesifikasi pengeluar.
DeleteSalam tuan.. minta pendapat.. kereta saya saga flx.. tersenguk2 bila naik bukit... pastu simbol enjin keluar... bru tukar ignition coil tp still tk ok.. tukar yg second.. mungkin tk ok.. ape perlu sy buat.. 💆♂️ lg 1 bila trun bukit kereta mengaum.. minta bantuan tuan..
ReplyDeleteJika check engine light menyala semasa enjin masih hidup bermakna adalah masaalah engine electronic control system. Dalam kes begini, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat diagnostic dengan scantool di pusat service atau workshop yang ada scantool. Pembaikan selanjutnya adalah berdasarkan maklumat yang dikenalpasti oleh scantool. Tanpa scantool pembaikan tidak dapat dilakukan dengan tepat.
DeleteSalam tuan. Tumpang bertanya. Kereta waja saya cable plug selalu tercabut dari coil? Apa yg saya perlu lakukan tuan? Minta syor tuan. Terima kasih
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa pada ignition coil dan pastikan lubang untuk pin cable plug tidak longgar. Periksa dan pastikan pin cable plug tidak haus dan kecil dari lubang pada coil.
DeleteSalam, kereta waja saya enjin mmc 1.6 auto mengalami masalah jarum temperature dan fuel lompat naik dan turun bila double signal dari alarm menyala di awal masa injin dihidupkan. Selepas injin berjalan semua jarum stabil di tempatnya.
ReplyDeleteSalam. Kemungkinan voltan yang rendah menyebabkan perkara tersebut berlaku dan setelah battery dicas oleh alternator, voltan kembali stabil. Cuba periksa terminal bateri dan pastikan tidak longgar. Periksa juga keadaan wire harness dan pastikan tidak reput atau short.
DeleteAs salam...waja/manual/mmc/2003
ReplyDeleteProblem..semput/tersentak sentak...
Kdg2 mati terus..selepas mati kalau terus start engine hidup lepas 3-4 saat mati balik...kena tunggu 10 minit start balik baru ok semula...pluq..coil pluq..fuel filter..fuel pump..trottle body dah tukar...dah berbulan..masalah tak settle....semua mekanik yg repair kereta saya dah pening....tolongggg
Salam. Berdasar maklumat yang diberi, hampir semua komponen yang boleh mendatangkan masaalah telah diganti. Walaubagaimanapun, terdapat 1 komponen yang belum diganti iaitu fuel pressure regulator. Cuba gantikan komponen tersebut. Selain dari itu, walaupun jarang berlaku, fuel hose mungkin tersumbat.
DeleteSalam tuan kereta waja mmc sy xleh start. Ada crank tp engine tidak jalan. Pulley bergerak. fuel pump ada bunyi.
ReplyDeletesy buka plug coil. pin 1 dan 2 ada bacaan rintangan. Tapi yg terminal high voltage xde bacaan.
Plug coil ke rosak tuan?
Salam. Cuba keluarkan semua spark plug dan buat spark test pada setiap ignition coil. Pastikan setiap ignition coil ada spark yang kuat.
DeleteAssalamualaikum Tuan...Nak Tanya ...Sebelum nie enjin saya waja mmc saya ada masalah timing drop bila off atau on aircond...bila saya tukar stepper keadaan nyer sama cuma yg berbeza bila on aircond drop off aircond ok...dan mula² nk start enjin akan drop sampai 500 pastu lama skit baru naik 1000...apa masalah yer....
ReplyDeleteSalam. Jika stepper motor telah diganti tetapi idle speed masih tidak stabil kemungkinan throttle body telah rosak dan perlu diganti baru. Cuba pinjam throttle body dari kenderaan Waja rakan untuk dibuat ujian sebelum diganti baru.
DeleteAssalamualaikum Tuan.
ReplyDeletesaya ada waja MMC Manual 2001.
masalahnya adalah bila jalan dalam 1km ke 2 km, enjin mati tiba2. Tunggu dalam 10 - 20 minit baru hidup semula.masa nak mati enjin terasa kereta senguk2 lepas tu mati.
saya dah tukar
.fuel pump
.fuel filter
.rely fuel pump
masa enjin mati, saya ada check ke empat2 spark plug dan saya dapati tidak ada pawer/api. tetapi selepas 10 -20 minit enjin hidup semula.
Deletesenarai fi atas saya dah tukar tetapi masih masalah yang sama
DeleteSalam. Ignition coil ada masaalah. Sila rujuk https://serbamaneka.blogspot.com/2016/08/periksa-ignition-system-proton-waja.html
DeleteSalam cable plug dan plug brand apa yang boleh masuk dengan proton waja 1.6cps auto ya tuan? Yang performance
ReplyDeleteSalam. Saya tidak pasti model spark plug dan cable yang dikategori sebagai performance part dan sesuai dengan Waja memandangkan saya hanya menggunakan spark plug standard sahaja.
DeleteAssalamualaikum bang proton perdana v6 coil plug no 5 no 3 tk berfungsi ,
ReplyDeleteCoil sy dh tukar, tp tk berfungsi juga
DeleteSya sdh tkar plug coil, tpi kerata msih bergegar bla on aircond mkin tmbh bergegar
ReplyDeleteBlh bgi cadangan
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeleteSy pengguna waja 2000..baru² ni terjadi enjin light menyala dan kereta jadi semput..buat scan tp tak jumpa error kod..enjin idling ok tp bila bergerak enjin light akan menyala dan enjin semput.
Salam tuan. Perlu ada dua2 multimeter jenis analog dan digital ke utk buat dua2 test tu?
ReplyDeleteSalam. Sebaiknya perlu ada jenis multimeter seperti contoh diatas untuk memudahkan kerja.
DeleteSalam tuan sy convert gearbox auto ke manual waja mmc maslah sy pada system wiring.. kerta jd jln hanya 2 piston shaja . Bila pakai wiring auto n ecu auto ok . Tp bila pakai ecu n wiring manual jd jalan 2 piston je api ada.. mnta pnjelasan atau pandangan dari tuan . Apakah maslah sy tu .smada ecu rosak ke
ReplyDelete