Fuel pump merupakan salah satu komponen yang sangat penting di dalam kereta yang menggunakan electronic fuel injection system. Kerosakan pada fuel pump menyebabkan enjin kereta tidak dapat dihidupkan. Oleh itu, pemeriksaan awal untuk menentukan keadaan semasa fuel pump tersebut adalah sesuatu yang digalakkan. Selain dari memeriksa tekanan minyak petrol, keadaan fuel pump tersebut boleh juga diperiksa melalui oscilloscopes dan low amp clamp meter.
![]() |
pemasangan oscilloscope |
1. Low amp clamp meter boleh di pasang pada wayar negatif ataupun wayar positif fuel pump. Untuk pemeriksaan ini, clamp meter dipasang pada fius fuel pump melalui jumper wire.
![]() |
current meter pada fius fuel pump |
2. Dengan menggunakan oscilloscope, keadaan waveform fuel pump tersebut dapat dilihat dengan lebih jelas. Waveform dibawah adalah untuk kereta Proton Saga BLM yang berusia 5 tahun. Dari pemerhatian, waveform yang dihasilkan oleh commutator fuel pump dalam keadaan sekata. Berdasarkan waveform tersebut, dapatlah dibuat kesimpulan fuel pump masih dalam keadaan baik.
![]() |
waveform fuel pump |
3. Waveform tersebut boleh dijadikan rujukan apabila hendak dibuat pemeriksaan berikutnya pada fuel pump.
Kemaskini.
4. Waveform fuel pump Proton Saga dengan menggunakan oscilloscopes yang lebih terkini.
Kemaskini.
4. Waveform fuel pump Proton Saga dengan menggunakan oscilloscopes yang lebih terkini.
![]() |
waveform fuel pump |
berapa tahun jangka hayat petrolpump?
ReplyDeleteJika dirujuk di dalam service manual, jangkahayat fuel pump tidak ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Walaubagaimanapun, pemeriksaan fuel pump dengan oscilloscope merupakan langkah awal untuk menentukan samaada fuel pump masih dalam keadaan baik.
Delete