Testing Fuel Pump Relay Proton Saga BLM Cara Koman

   Kadangkala fuel pump kereta Proton Saga BLM menjadi rosak setelah lama digunakan. Kerosakan mungkin boleh terjadi kepada komponen fuel pump tersebut ataupun litar pendawaian fuel pump. Sebelum membuat kesimpulan berlakunya kerosakan kepada komponen fuel pump, adalah lebih baik sistem pendawaian  diperiksa terlebih dahulu. Salah satu komponen yang ada didalam  litar pendawaian fuel pump adalah relay. Untuk menguji relay beberapa cara boleh digunakan.


1. Kenalpasti  kedudukan relay fuel pump yang berada di dalam kotak fius dan keluarkan relay dari relay base.

kotak fius
2. Kenalpasti kedudukan pin pada relay. Pin relay telahpun dinomborkan. Maklumat tersebut boleh dirujuk kepada datasheet untuk mengenal kedudukan nombor  pin dengan lebih jelas.

relay
3. Kenalpasti kedudukan  nombor pin pada relay base . Gunakan nombor pada relay sebagai rujukan.

relay base
4. Gunakan test light dan uji  pin relay #3. Test light akan  menyala. Jika tidak menyala kemungkinan rosak pada pendawaian  atau fius telah putus.

pin relay base  #3
5 .Switch on ignition key dan  uji  pin relay base #1 dengan test light dan test light mestilah menyala . Pin #1 dikawal oleh ECU. Jika tidak menyala , pendawaian dari ECU perlu diperiksa.  Setelah kedua-dua pin diuji dan didapati test light menyala dapatlah dibuat kesimpulan bekalan kuasa dari bateri ke relay base adalah dalam keadaan baik.

pin relay base #5
6. Langkah seterusnya adalah menguji relay pula dengan menggunakan multimeter dan bateri. Selain dari menggunakan bateri kereta, relay juga boleh diuji dengan menggunakan bateri 9V. Multimeter jenis analog lebih sesuai digunakan dalam proses ini. Setkan multimeter pada julat ohm dan dan sambungkan probe multimeter pada pin #3 dan pin #5 dengan klip buaya .

sambungan pada relay
7. Seterusnya, sambungkan terminal positive bateri pada pin #1 .Sambil memerhatikan multimeter,   sambungkan terminal negative bateri pada pin #2

bateri 9V
 8. . Jika relay dalam keadaan baik, jarum multimeter akan bergerak ke kanan dan seterusnya relay akan berbunyi “klik”.


pergerakan jarum multimeter
9.Selain dari itu, relay juga boleh dibuat pintasan di antara pin #3 dan pin #5 pada relay base. Pintasan ini membolehkan fuel pump berfungsi secara terus tanpa perlu melalui ignition key iaitu dengan menggunakan multimeter ataupun jumper wire. Jika menggunakan digital multimeter, setkan julat multimeter pada DCA. Ubah probe positive multimeter kepada kedudukan lubang probe  10A. Sambungkan pin #3 dan pin #5 yang berada pada relay base dengan probe multimeter. Probe positive multimeter  hendaklah diletakkan pada pin # 3 dan probe negative pula  hendaklah diletakkan pada pin #5.

pintasan menggunakan multimeter
10.   Jika fuel pump dalam keadaan baik, bunyi fuel pump beroperasi akan kedengaran dan tekanan minyak petrol boleh dirasakan mengalir melalui hose ke fuel rail. Multimeter juga akan menunjukkan arus yang  digunakan oleh fuel pump.

arus fuel pump

11. Semua relay di dalam kotak fius kereta  Proton Saga BLM adalah dari jenis yang sama. Sekiranya berlaku kerosakan relay fuel pump, relay yang lain boleh digunakan sebagai gantian untuk sementara waktu bagi membolehkan kereta bergerak. Sebagai alternative, relay dari compressor pendingin udara ataupun  headlamp boleh digunakan.

96 comments:

  1. assalam fuel pump ada kaitan kereta jadi semput x..sbb klu kereta saya nk mula..mcm minyak x naik..tapi dlm berapa saat ok pula..klu laju xde masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kemungkinan tetap ada jika fuel pump bermasaalah menyebabkan kereta semput. Untuk pencerahan sila rujuk entri Periksa Tekanan Minyak Petrol Proton Saga BLM Cara Koman. Walaubagaimanapun , saya fikir kemungkinan fuel filter pada kereta tersebut telah tersumbat. Gantikan fuel filter tersebut jika tidak pernah diganti dalam tempoh 3 tahun. Sila rujuk entri Ganti Fuel Filter Proton Saga Cara Koman.

      Delete
    2. Slm bos..kalau bar minyak yg kt panel meter tu jadi turun naik turun naik tu problem nye ape ye..

      Delete
    3. Salam. Perkara tersebut berlaku mungkin disebabkan fuel gauge sending unit di dalam tangki minyak bermaasalah. Perlu periksa dan pastikan wayar ground ataupun bekalan kuasa tidak longgar ataupun sending unit tidak rosak. Kerosakan pada panel combination meter juga boleh menyebabkan perkara tersebut terjadi.

      Delete
    4. Tetapi saya sudah pun menukar fuel pump 1 set.tp still sama juga kejadian nya...so ade tak tempat untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.boleh saya tau di boleh mendapatkan relay yg sama utk relay fuel pump...saya sudah servey di kedai aksesori tetapi tidak sama seperti asalnya tidak mempunyai pin2 tersebut

      Delete
    5. Adakah wirering atau lain2 lagi..ataupun kene tukar computer box boss

      Delete
    6. Cuba beli relay tersebut di Proton Part Center. Saya fikir kemungkinan ada masaalah pada wayar harness. ECU jarang sekali rosak kecuali disimbah dengan air ataupun reverse polarity bateri.

      Delete
  2. as salam....kereta waja 4g18 saya enjin tak boleh hidup....relay fuel pump panas walaupun dah tukar baru...adakah wiring dlm fuel pump dah kaput?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba tuan rujuk pada entri Proton Waja Drive Terminal Cara Koman. Itu adalah cara untuk menguji fuel fuel secara terus tanpa melalui ignition switch dan fuel pump relay. Cara tersebut dapat menentukan samaada fuel pump ataupun wiring harness yang rosak.

      Delete
  3. aslm kalau fuse fog lamp cepat rosak adakh relay dia rosak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Cuba periksa bahagian dalam foglamp. Pastikan tiada air di dalamnya. Pastikan juga penebat wayar pada socket foglamp tidak cair dan bersentuh dengan bahagian badan kereta. Jika mentol pernah ditukar sebelumnya, pastikan kadaran kuasa mentol adalah mengikut spesifikasi asal. Jika menggunakan mentol foglamp berkuasa lebih tinggi, arus yang mengalir turut tinggi dan boleh mencairkan penebat wayar.

      Delete
  4. Salam bos... saga blm fuel pump dah tukar baru original proton ttpi bar minyak masih tak betul.. adakah pnca kerosakan lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir tiada kerosakan lain.Cuba reset dengan cara menanggalkan terminal negatif bateri selama 30 saat. Dengan cara tersebut mungkin fuel lever gauge dapat menyesuai dengan digital meter.

      Delete
    2. aku kena juga..isi full tp meter bar x naik..pastu tetiba naik, yg x best dpt warning low fuel sedangkn baru 10km.. kira mcm kejap ok pastu xok. advice pls

      Delete
    3. aku kena juga..isi full tp meter bar x naik..pastu tetiba naik, yg x best dpt warning low fuel sedangkn baru 10km.. kira mcm kejap ok pastu xok. advice pls

      Delete
    4. Cuba tanggalkan socket wayar pada fuel pump assyembly. Periksa dan pastikan pin socket tersebut dalam keadaan baik dan tidak berkarat ataupun longgar.

      Delete
    5. Sama lah mcm aku.... isi full minyak... tp masih keluar lampu warning minyak habis... x tahu apa masalah.... fuel pump aku dah tukar.... meter aku try tukar dgn kereta kawan... masih sama juga mcm tu.... adakah di sebabkan wire ring

      Delete
    6. Kemungkinan ada masaalah pada fuel sender di fuel pump assembly yang menyebabkan meter penunjuk bahanapi tidak berfungsi.

      Delete
  5. Salam , fuel pump dan fuel filter dah ganti baru , tapi masih tak dapat start , selalunya check engine akan menyala dan hilang lepas start , sekarang check engine tak menyala walaupun baru nak start

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Oleh kerana check engine light menyala, saya ikir lebih baik enjin kereta di periksa dengan scantool. Pembaikan selanjutnya adalah berdasarkan penemuan oleh scantool.

      Delete
  6. Salam... Sy guna proton persona 2008,baru2 ni, kereta sy tiba2 mati sendiri apabila 1st start dan jalan.. Mati masa gear 1 masuk gear 2,dan lepas tu try start balik, dan rem2 sikit, jalan terus ok.. Apa punca2nya ye? Sebelum ni tak pernah jadi macam ni... Dan sy nak tanya, apa punca2 icm relay rosak? Sy harap sy mendapat pencerahan tentang 2 perkara ni..terima kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir cuba bersihkan throttle body. Mungkin kotoran pada throlle plate menghalang udara yg mencukupi masuk ke dalam combustion chamber. Selain dari itu, gantikan fuel filter jika belum diganti setelah 3 tahun penggunaan.

      Delete
  7. Saya pakai saga blm m 1.6....meter minyak turun naik sedangkan saya dah tukar set fuel pump baru...tapi maaih lg meter minyak turun naik..mohon bagi pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba periksa pelampung pada fuel sender gauge. Mungkin pelampung bocor menyebabkan meter penunjuk bekalan petrol turun naik.

      Delete
    2. salam tuan...kalu da tukar fuel pump 1set x mgkin pelampung bocor...tapi meter minyak masih turun naik..ade pemyelesaian?

      Delete
  8. Kereta proton Blm saya mati bila Injin panas dan boleh dihidupkan semula apabila Injin telah sejuk...perkara ini telah saya lakukan berkali kali tetapi masalah yang sama tetap berlaku..apakah masalah kereta saya ini.

    ReplyDelete
  9. Slm..fuel pump sdh tukar tp masih jg tdk berfungsi.Bila check soket utk fuel pump supply tdk ada.fuel pump relay pun sdh tukar tp masalah tetap sama..adakah masalah lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Bekalan kuasa 12V akan didapati pada fuel pump jika enjin hidup ataupun enjin di crank. Minta bantuan rakan untuk crank enjin dan ukur voltage pada fuel pump. Pastikan bekalan kuasa 12v diperolehi. Jika diperolehi 12V bermakna fuel pump rosak. Jika tiada bekalan 12V, uji bekalan kuasa pada relay base seperti dalam entri ini.

      Delete
    2. Sdh bt pengujian tp fuel pum sma jg tdk berfungsi dan bekal tdk smpi ke fuel pump.

      Delete
    3. Saya pon ada masalah mcm ni juga skrg sangkut kat kpg xdpt blk kl. Pomen bangla sini try bypass sambung wayar dr batt direct je fuel pump elok je fuel pump berfungsi. Tapi pomen x recomment modified mcm tu. Dia suruh check ecu juga.

      Delete
  10. Bila cabut soket ke fuel pum bekalan 12v ada tp bila pasng beklan jd 00 apa maslah tu ada ka berpunca dr pendawaian ke fuel pum ada short.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba buat sambungan bekalan kuasa terus dari battery ke fuel pump. Keluarkan battery dari battery tray dan letakkan diluar kereta berdekatan dengan fuel pump. Jangan keluarkan fuel pump dari tangki minyak. Kenalpasti terminal positif dan negatif pada fuel pump. Sambungkan secra terus seutas wayar dari positif battery ke terminal positif fuel pump. Sambungkan hujung seutas wayar ke terminal negatif fuel pump. Sentuh hujung satu lagi ke terminal negatif battery.Fuel pump akan berbunyi jika dalam keadaan baik dan kemungkinan terdapat wayar ke fuel pump yang longgar ataupun putus.

      Delete
  11. Fuelpump savvy dengan saga blm sama ker....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf saya tiada pengalaman berkaitan kereta Savvy.

      Delete
  12. Kalau fuel pump x berfungsi macam karan x ade apa masalahnya tuan.. Adakah fuel pump rosak @ masalah fius fuel pump relay. Proton persona

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa kemungkinan.1.Fuel Pump rosak 2.Fuel Pump Relay rosak. 3.Fius putus 4.Wayar putus

      Delete
  13. Salam.. Nk tanya tuan masalah keta minyak x sampai p engine. Fuel pump dh tukar yg baru. Minyak mc x sampai p engine apa msalah nya tuan fuel pump mcm x berfungsi new saga BLM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa fuel pump relay, fius dan wayar dari fuel pump relay ke fuel pump. Mungkin salah satu komponen tersebut tidak berfungsi.

      Delete
  14. Salam bos..
    Sy pkai saga blm msuk thn ke-8,mslh keta sy mcm nie..

    1. Msa tgh drive tiba2 jd lampu meter/radio jd malap,enjin tetap hidup tp bila tekan pedal minyak enjin xda respon(logo enjin menyala)..lepas enjin mati,try start balik xhidup..cek bateri kuat,bila on kunci bunyi sensor ada tp xda kik..try jumper bateri enjin hidup..

    2. Msa tgh parking,enjin hidup..tiba2 enjin b'gegar kuat(logo enjin menyala),bila enjin mati..try start balik enjin xhidup,on kunci bunyi sensor ada tp xda kik..dlm sejam try start hidup plak,jln dlm 1km jd mslh mcm d atas(mslh no.1)jumper enjin hidup logo enjin xmenyala plak,bwa g bengkel try scantool pn xda detect pa2..4-5kali da jd mcmnie,minta tlong kalo pena jmpa mslh mcm nie bos😣😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa keadaan luaran crank position sensor. Pastikan wayar ataupun housing sensor tersebut tidak pecah. Rujuk entry periksa https://serbamaneka.blogspot.com/2015/04/periksa-crank-position-sensor-proton.html?fbclid=IwAR08OYyxyHVCZbqlIE4_SX5swohTYlBg4Gz8CKmf6_G9GTIZXSK9PfGbcqg. Selain dari itu periksa tekanan minyak petrol dan pastikan adalah menepati spesifikasi. Rujuk entri https://serbamaneka.blogspot.com/2014/10/periksa-tekanan-minyak-petrol-proton.html. Mungkin fuel filter tersumbat menyebabkan enjin kadangkala mati.

      Delete
  15. Salam tuan kereta saya bermasaalah bila long distance mostly kalau ikut highway. Bila exit highway je bila jalan perlahan kereta terus jadi berat dan macam tak larat. Tekan minyak macam tak function.Tapi injin tak mati. Kalau berhenti sekejap dan jalan balik ok tetapi akan jadi balik sebebrapa ketika. Kalau parking dan bawa balik esoknya ok pulak as long jangan buat long distance. Rasanya apa masalah tu tu? Adakah feul pump dah panas boleh jadi begitu atau ada masalah lain.

    ReplyDelete
  16. Salam tn. Sy nak tnya sedikit. Kereta satria neo cps. Bila jalan long dist speed 100 keatas kereta ok takdr masalah. Tapi bila tiba2 jem atau jalan dekat2 kereta tiba2 semput mcm minyak tak naik. Lepas matikan enjin dan hidupkan semula kereta boleh jalan mcm biasa. Tp bila slow atau jam kadang2 semput balik. Mohon pandangan tuan. Adakah sy patut tukat fuel pump?

    ReplyDelete
  17. Salam. Terdapat 2 kemungkinan yang boleh menyebabkan masaalah tersebut berlaku iaitu masaalah ignition system ataupun masaalah fuel system. Cuba periksa spark plug. Uji spark plug dan pastikan spark plug mengeluarkan percikan bunga api bewarna biru. Jika ignition system dalam keadaan baik, periksa pula fuel system. Rujuk pautan berikut untuk pencerahan https://serbamaneka.blogspot.com/2014/10/periksa-tekanan-minyak-petrol-proton.html . Kemungkinan fuel filter tersumbat menyebabkan enjin mudah mati. Gantikan fuel filter jika sudah melebihi masa 3 tahun. Rujuk pautan berikut untuk pencerahan https://serbamaneka.blogspot.com/2015/11/ganti-fuel-filter-proton-saga-cara-koman.html . Walaupun kereta yang digunakan adalah berbeza, teknik penyelenggaraan adalah sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dah tukar ignition coil, plug cable, plug dan fuel filter😅.

      Delete
  18. Sy dah tukar ignition coil, plug cable, plug dan fuel filter😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ukur tekanan minyak petrol.Tanpa diukur tekanan minyak petrol, sukar untuk menentukan arah tuju pembaikan selanjutnya. Setelah diukur dan didapati tekanan minyak petrol masih rendah, barulah boleh dibuat kesimpulan fuel pump yang rosak.

      Delete
  19. Mohon tunjuk ajar..
    Bila saya nak start enjin saya tak dpt hidup mcm minyak tak sampai..
    Tapi bila saya goyangkan wayar di kawasan plug dan wayar sekelilingnya..bila saya cuba start boleh pula hidup..apa ya yang perlu saya lakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan yang diguna pakai untuk mencari kerosakan adalah betul. Kaedah tersebut dinamakan "wiggle test". Saya fikir masaalah yang berlaku kemungkinan disebabkan ada wayar yang longgar. Cuba tanggalkan negatif bateri terminal. Tanggalkan semua injector connector. Periksa setiap pin pada wire connector dan ignition coil.Pastikan pin tidak berkarat atau patah. Pasang semula connector . Pasangkan negatif battery termin al dan uji kereta.

      Delete
  20. Salam bos...kereta proton saga flx sv masa tgh berhenti enjin masih hidup pastu tiba2 je mati..bila diperiksa dekat fuel pump minyak xnaik bila kita start keta..perlu ke tukar fuel pump sebiji terus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa relay fuel pump dan fius di dalam kotak fius dan pastikan dalam keadaan baik. Jika didapati kedua-duanya dalam keadaan baik, kemungkinan besar kerosakan berlaku pada fuel pump dan perlu diganti satu unit yang baru. Gantikan juga fuel filter.

      Delete
  21. Salam tuan.. saga flx lampu check injin menyala dan enjin xde power... cucuk komputer, code utk trottlebody. Dh tukar trottlebody, masih keadaan yg sama. Code masih trottle body.. mohon bantuan.. 0167780148 tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa bekalan kuasa pada throttle body dan tentukan throttle body motor mendapat bekalan kuasa yang cukup. Jika menggunakan scantool sepatutnya trottle body motor boleh diaftifkan oleh scantool secara direct. Dengan kaedah itu, boleh diketahui samada throlttle body motor yang bermasaalah ataupun pendawaian throttle body motor yang bermasaalah.

      Delete
  22. Salam, masalah saya ialah fuel pump satria neo saya kerap rosak...ape penyebab nye? Terasa panas pd seat blkg skali.... Boleh x share pe akibat dr relay fuel pump problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa pendawaian elektrik untuk fuel pump tersebut. Mungkin terdapat wayar terputus ataupun socket penyambung tidak berfungsi dengan baik yang menyebabkan fuel pump tidak mendapat bekalan voltan yang mencukupi.
      Relay adalah sejenis suis. Jika relay fuel pump rosak, fuel pump tidak dapat berfungsi.Kerosakan fuel pump relay hanya menyebabkan operasi fuel pump terganggu tetapi tidak merosakkan fuel pump.

      Delete
  23. Salaam.satria 1.6 on kunci tak function fuel pump.start baru function.kelihatan pada test bulb juga on switch tak menyala.bila start baru test bulb menyala.mana letaknya fuel pump relay.ada lain fuse atau relay ke yg bersangkutan dengan fuel pump.plug dah tukar baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir kemungkinan ada masaalah pada ignition key menyebabkan lampu check engine tidak menyala semasa kunci pada kedudukan "on". Cuba periksa pastikan bekalan kuasa 12 volt diperolehi pada pin switch on ignition key.

      Delete
  24. Assalamualaikum bos saga blm meter bar x menentu .. Feul pamo l baru tukar.. Adakah meter rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Semasa menggantikan Fuel Pump assembly pastikan alatganti tulen digunakan. Elakkan menggunakan alatganti aftermarket. Masaalah fuel pump aftermarket adalah disebabkan litar elektronik yang berhubung dengan pelampung tidak dapat memberi bacaan yang tepat.

      Delete
  25. salam..nk tanya kedudukan icm relay saga blm dekt mne???

    ReplyDelete
  26. nak Tanya bos keta bila jalan dekat2 aircond sejuk gila bila lond distance aircond jadi kong bunyi ajer keluar..kene berhenti dalam 45minit baru ok balik jln lama siket jadi balik apa masalah dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan penyaman udara tidak sejuk. Mungkin filter drier tersumbat, gas refergrant bocor/kurang ataupun TEV perlu diganti. Dalam kes paling teruk kemungkinan gas bocor pada compressor. Di dalam keadaan demikian pilihan yang ada adalah memeriksa masaalah tersebut di workshop yang khusus membaiki penyaman udara. Workshop tersebut peralatan yang dimiliki sesuai dan diagnosis permasaalahan tersebut dapat dilakukan dengan lebih tepat.

      Delete
  27. Assalam tuan, saya ada basuh kereta, lepas basuh kereta tiba2 tak boleh start, sebab masa basuh saya ada jirus lubang antara cermin deoan dan bonet, masa nak start ada bunyi kt feul pump, apa ssebabnya? Trima kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Pada sebelah pemandu di tepi pintu terdapat kota fius . Kemungkinan air tepercik kedalam kotak fius menyebabkan ada fius yang putus. Cuba periksa keadaan fius dan pastikan tidak putus.

      Delete
    2. Periksa juga fius di dalam kotak fius pada engine bay. Periksa stater relay dan pastikan tidak dibasahi air. Jika terkena air, keringkan dan sembur dengan electrical contact cleaner.

      Delete
  28. Saga blm lampu injin kejap hidup kejap mati,bila lampu injin menyala biasanya baru dapat start,.sudah berlaku 3 kali ..lepas tu tak hidup2 lampu injin dan tak dapat starr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir kemungkinan ECU tidak mendapat bekalan voltan yang mencukupi.Cuba periksa Engin Control Relay # 1 dan # 2 di dalam kotak fius pada engine bay. Pastikan kedua-dua relay masih dalam keadaan baik dan mendapat bekalan voltan yang mencukupi. Disamping itu, periksa fius ECU 15 Amp dan pastikan tidak longgar dan masih dalam keadaan baik.

      Delete
  29. Salam tuan.. Saga BLM.. bila switch on engine bunyi fuel pump Xberhenti.. Normal bunyi kejap je kan.. Tp engine boleh hidup n running normal.. Mcm Xde mslh.. Cume lampu check engine menyala.. Harap tuan boleh share pandangan.. Thanks

    ReplyDelete
  30. Salam. Fuel pump hanya beroperasi sekitar 3 saat semasa kunci dalam keadaan switch on. Saya fikir kemungkinan terdapat litar pintas terjadi menyebabkan fuel pump beroperasi secara berterusan. Diantara komponen yang boleh menyebabkan litar pintas adalah fuel pump relay, ignition key ataupun wayar harness engine. Oleh kerana check engine light telah menyala, lebih baik electronic control system dibuat diagnostic dengan scantool. Penyelenggaraan selanjutnya adalah berdasarkan maklumat yang ditemui oleh scantool.

    ReplyDelete
  31. Salam tuan.. Saga flx saga bila switch on bunyi fuel pump sangat kuat tidak sperti sebelum ni dan enjin tidak boleh dihidupkan. Kalau hidup pn sekejap, lepastu mati mcm semput minyak xnaik. Memamg masalah fuel pump la kan? Berapa market fuel pump saga flx ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Untuk menentukan masaalah pada sistem bekalan bahanapi kereta Saga , sila rujuk pautan berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2014/10/periksa-tekanan-minyak-petrol-proton.html . Setelah sistem bekalan bahanapi diuji , masaalah sebenar dapat dikenalpasti.

      Delete
    2. Topek. .dh jumpa ke masalah kereta tu.. Kereta sy pun sama jgk.. Nk taw Gak ape masalah boleh jadi mcm tu.. Boleh share x? Terima kasih

      Delete
  32. Salam tuan..fius fuel saya selalu putus..apa masalah sebenarnya? Kadang2 sya terpaksa guna fius 20A supaya x putus dan kreta blh hidup..

    ReplyDelete
  33. Salam. Cuba periksa pada setiap socket penyambung untuk bekalan kuasa dari bateri ke fuel pump. Kemungkinan terdapat wayar ataupun pin socket penyambung yang terbakar dan tidak dapat mengalir arus dengan baik lalu menyebabkan fius putus. Fius perlu diganti dengan kadaran yang betul untuk mengelakkan wayar menjadi panas dan terbakar.

    ReplyDelete
  34. salam tuan....fuel pump saga blm dah tukar...tetap meter minyak turun naik...ade lain yg perlu di tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa pin pada socket wiring fuel pump dan tentukan pin tersbut tidak berkarat. Periksa juga wayar harness dari socket fuel pump ke meter dan tentukan wayar tersebut tidak terputus.

      Delete
  35. Assalam tuan..saga blm sya bila isi minyak,meter masi dlm kdaan naik turun..lampu minyak kosong mnyala..apa masalah tu ya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya masaalah paras minyak turun naik disebabkan masaalah pada fuel gauge sender. Jika fuel gauge sender sudah diganti, cuba periksa socket penyambungan pada combinatiom meter. Kemungkinan ada wayar yang longgar pada bahagian tersebut ataupun combination meter telah rosak.

      Delete
  36. salam...klau api d coil saga blm xda dan coil sudah ditukar,,bahagian mana yang boleh dilihat dan ditukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sila rujuk entri berikut untuk pencerahan https://serbamaneka.blogspot.com/2018/04/periksa-ignition-system-proton-saga.html

      Delete
  37. Salam..smlm sa x tersengaja tercabut pembakar rokok saga flx.tiba2 berasap.short.kereta tiba2 mati..bila pusing kan kunci semua tidak start..meter x hidup.bila pusing kan kunci x bunyi kosong.apa msalahnya?

    ReplyDelete
  38. Saga flx tak dapat start walaupun battery baru dh tukar, masa nak start tak ada bunyi compression langsung.. Apa masalah dia tuan?

    ReplyDelete
  39. Proton persona 2010 saya dah check fuel pump semua ok...ngan coil plug ok...tp still kereta boleh start ad bunyi tp xboleh hidup....mula2 terjadi kereta mati sendiri tgh bawak...last2 serender bagi Kat Pomen check dan servis throttle body.selang seminggu Lansung xboleh start....crank angel sensor dah try tukar still xjumpa jawapan...adakah disebabkan icm relay...boleh jadi gutu jugak ka??.crank angel tukar sbb Pomen kata dah check computer kata soh tukar...tp dah tukar still xleh start...boleh sapa2 membantu

    ReplyDelete
  40. Nak minta bantuan...meter minyak saya saga blm 2009 dah x betul. Minyak penuh pun meter bar minyak kejap 4 bar kadang2 lampu minyak menyala. Fuel pump dah tukar tapi tetap sama. Minta candagan...dan kedai yg sesuai utk saya bawak baiki sekitar Kawasan KL

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum..stria neo 1.6.. problem fuel pump x hidop cek wayar semua bawah kapet xda pon terbakar..or putus.. dh tkar icm relay ngan fuel pump pon sma.. fius pon ok..sya terpksa tarik wyar + ke fuel pump bru hidup tp level mnyk xhidup..ada solution x bos

    ReplyDelete
  42. Saya nak tanya.. saga blm saya ada masalah susah nak hidup selepas matikan engine kalau sudah jalan jauh.. saya perasan mcm fuel pump tak berfungsi.. ambik masa sikit mcm 15 minit untuk kereta boleh hidup semula... Punca yg saya dapat kenal pasti Lampu check engine tidak menyala.. fuel pump tak berfungsi..dan kereta kadang2 semput semasa free giar.. boleh bantu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika fuel pump, enjin tidak akan boleh dihidupkan lagi. Saya fikir masaalah tersebut mungkin berpunca dari fuel filter tersumbat ataupun fuel pressure regulator yang rosak. Rujuk entri berikut untuk pencerahan https://serbamaneka.blogspot.com/2014/10/periksa-tekanan-minyak-petrol-proton.html

      Delete
  43. Salam tuan.. Saya nak tanya saga blm tak boleh hidup..lampu enjin smua ok menyala.. Tp tak boleh hidup..nk masuk computer scan pon tak detect.. Apa masalah ya tuan.. Terima kasih.. Harap tuan dapat membantu

    ReplyDelete
  44. Salam. Saya andaikan engine boleh crank tetapi tidak boleh hidup. Cuba periksa dan pastikan fuel pump beroperasi. Pastikan fuel filter tidak tersumbat. Scantool hanya boleh memeriksa electronic control system. Jika fuel system bermasaalah, scantool tidak dapat kesan masaalah tersebut.

    ReplyDelete
  45. Salam,kereta saya mengalami masalah ketika hidupkan enjin waktu pagi.enjin seperti semput bila tekan pedal minyak dan waktu mendaki bukit juga tidak berdaya.bila enjin telah panas masalah semput tidak ada.apakah ia punca dari fuel filter tersumbat? Pada meter menyala check enjin.

    ReplyDelete
  46. Assalam w.b.t tuan. enjin kereta saya mati tiba-tiba dan tak dapat dihidupkan .saya dapati fuel pump tak ada bunyi bila On switch. tetapi hanya fius utk Ign coil (20amp) terus putus bila On switch.wlwpon sdh diganti. mohon penjelasan,bantuan,panduan dan nasihat dari tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kemungkinan ada wayar yang short circuit. Cuba tanggalkan semua connector pada ignition coil. Gantikan fius 20amp yang baru. Minta bantuan rakan untuk sambungkan hujung test light pada kaki fius. Switch on ignition key dan test light akan menyala. Semasa test light menyala, sambungkan connector pada ingnition coil satu persatu. Test light akan terpadam apabila fius putus. Periksa wayar pada litar yang menyebabkan fius 20 amp putus.

      Delete
  47. Hi, nak tanya klu dlm keadaan yg terjadi pada saya.. Mulanya, pagi 10-11 am bila nak pusing kunci ke ACC & seterusnya ke On (Belum Ke Start lagi) terdapat bunyi kasar kek kek kek kek dlm beberapa saat kedengaran (Biasanya bunyi Soft Humming Zzzzx shj), seterusnya saya cuba juga utk start injin, ianya blh hidup tapi dah mula semput & dlm berapa minit injin dah mula nak mati. Saya cuba tekan minyak lebih sikit tapi ianya mati injin. Lepas tu saya keluarkan kunci kereta & cuba masuk semula & Pusing kunci ke ACC & je On (Sblm Start), bunyi dari Fuel Pump dah langsung takda. Apa masalah sebenarnya..?

    ReplyDelete
  48. Sorry lupa nak bagi tau, kereta model Proton Saga FLX 2015 CVT 1.3 ye. TQ so much ye klu blh bantu saya secepat mungkin sbb kereta dah tersadai kat rumah seminggu lebih dah sejak sblm Hari Raya hingga kini.

    ReplyDelete
  49. Sorry ye sbb saya dah cuba sign in dlm blog ni tapi tak dapat & terpaksa pakai user : Anonymous shj. Harap maaf. Juga Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...