Memahami Check Engine Light Perodua Alza Cara Koman

         Salah satu komponen siap dipasang  pada kereta yang menggunakan  Electronic Fuel Injection System adalah Check Engine Light (CEL). Begitu juga pada kereta Perodua Alza. CEL di lengkapkan pada combination meter. Setiap kali kunci kereta Perodua Alza dalam keadaan switch on, CEL turut menyala. Setelah enjin kereta dihidupkan barulah CEL terpadam dengan sendirinya. Jika CEL tidak terpadam setelah enjin dihidupkan, ada masaalah sedang berlaku pada Electronic Control System.

CEL Perodua Alza
Terdapat juga pada sesetengah kereta apabila kunci kereta  dalam keadaan switch on, CEL turut menyala dan setelah 5 saat CEL akan terpadam dengan sendiri tanpa perlu enjin dihidupkan. CEL bertujuan memaklumkan kepada pemandu kereta jika Electronic Control System bermasaalah dengan menyala semasa enjin sedang hidup. Jika pemandu kereta melihat CEL menyala semasa sedang memandu, tindakan yang perlu dilakukan adalah dengan membawa kereta ke pusat service atau bengkel untuk pemeriksaan. ECU kereta perlu di periksa dengan menggunakan scan tool untuk menentukan masaalah yang berlaku pada Electronic Control System. CEL boleh dianggap amaran awal dari ECU kepada pemandu.

CEL perlu dipastikan menyala semasa kunci  kereta dalam keadaan switch on bertujuan untuk memaklumkan kepada pemandu bahawa mentol CEL dalam keadaan baik. Jika CEL tidak menyala apabila kunci kereta dalam keadaan switch on, combination meter  perlu diperiksa dengan segera dan seterusnya dibaiki masaalah tersebut. Sekiranya CEL tidak menyala dan apabila berlakunya masaalah pada Electronic Control System, pemandu tidak mendapat amaran awal dari ECU. Pada ketika itu, pemandu akan memandu kereta yang mempunyai masaalah pada Electronic Control System tanpa disedari.


4 comments:

  1. Salam tuan, alza saya mengeluarkan isyarat ECU, bersama dgn isyarat minyak injin berkelip2, sudah tukar vvt sensor, tapi masaalah kembali lagi,injin transmission auto akn dragging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba buat flash codes dahulu dan tentukan codes yang diperolehi. Sila rujuk pautan berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2014/07/memahami-flash-codes-perodua-alza-cara.html . Cuba periksa sambungan socket lub. oil sensor, mungkin longgar.

      Delete
  2. Salam tuan,alza saya tahun 2009 saya dah tukar suis selinder dengan buka takung selinder dan cuci pump selinder tapi kadang kadang simbol takung selinder menyala klip klip kadang kadang.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan,alza saya tahun 2011, masalah logo enjin menyala..pomen cakap sebab ekzos sensor. .siap dh tukar atas n bawah tapi masih ada lampu amaran enjin...apa masalah tu..buntu dah saya ni..

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...