Periksa Alternator Perodua Alza Cara Koman

        Selain dari menggunakan multimeter untuk memeriksa alternator, terdapat satu lagi cara untuk memeriksa alternator dengan lebih mudah. Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan compass. Secara teori, jika compass berada berdekatan sesuatu benda yang menghasilkann medan magnet,  jarum compass akan bergerak. Pada wayar bateri kereta, arus yang mengalir didalam wayar tersebut menghasilkan medan magnet. Oleh itu, jarum penunjuk compass akan bergerak jika berada berdekatan dengannya. Untuk menguji alternator, langkah-langkah berikut boleh diikuti dengan menggunakan bateri kereta Perodua Alza sebagai rujukan.

1.Letakkan sebuah compass diatas bateri berdekatan dengan positif battery post. Compass hendaklah berada pada kedudukan yang dekat dengan bateri post supaya medan mangnet yang terhasil adalah cukup kuat untuk menggerakkan jarum compass.. Didalam gambar di bawah, jarum penunjuk compass yang berwarna merah berada pada kedudukan E ketika enjin tidak dihidupkan.

compass di atas batteri
2. Seorang pembantu diperlukan untuk menghidupkan enjin kereta. Semasa starter motor sedang memusingkan enjin,  dapat diperhatikan jarum merah compass  akan berpusing mengikut jam dari E sehingga kedudukan S. Pada masa ini, arus elektrik mengalir dari batteri ke alternator dan medan magnet yang terhasil menyebabkan jarum compass berpusing mengikut jam.

3.Setelah enjin dihidupkan, jarum merah compass akan berpusing berpatah balik lawan jam dari S hingga kedudukan E. Pada masa ini, arus elektrik mengalir dari alternator (mengecas) ke batteri dan medan magnet yang terhasil menyebabkan jarum compass berpusing lawan jam.. Itu adalah ciri-ciri yang menentukan alternator dalam keadaan baik secara mudah.

1 comment:

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...