Periksa Operasi Fuel Pump Perodua Alza Cara Koman

              Fuel pump merupakan salah satu komponen yang sangat penting kepada enjin kereta yang menggunakan sistem pancitan bahanapi elektronik. Kerosakan fuel pump menyebabkan enjin kereta tidak dapat dihidupkan. Pada  kereta Perodua Alza, fuel pump diletakkan didalam tangki minyak petrol. Untuk memeriksa fuel pump yang terletak didalam tangki agak sukar disebabkan tangki minyak kereta perlu dikeluarkan dari kereta.
Walaubagaimanapun terdapat kaedah yang mudah untuk memeriksa fuel pump tanpa mengeluarkannya dari tangki minyak petrol. Langkah berikut adalah kaedah untuk menguji operasi fuel pump selain  mendengar bunyi fuel pump beroperasi.

1.Untuk memudahkan pemeriksaan tersebut, sebaik-baiknya kotak penapis udara hendaklah dibuka jika perlu.

lokasi pemeriksaan
2.Letakkan jari di tengah-tengah bahagian bawah pulsation damper yang terletak sebelum fuel rail. Minta seorang pembantu untuk "switch on" kunci kereta. Semasa kunci kereta dalam keadaan "switch on" , screw pada pulsation damper akan timbul jika fuel pump berfungsi dengan baik. Setelah itu, "switch off" kunci kereta. Pada masa ini screw pada pulsation damper akan akan kembali tenggelam. Itu adalah ciri-ciri fuel pump yang beroperasi dengan baik.

8 comments:

  1. Sy ada masalah engine produa alza tidak boleh di hidupkan.. Tetapi apabila sy membuka pulsation damper dari fuel rail tanpa membuka hose minyak.. Lalu sy menutup dengan menggunakan jari.. Dan start engine. Engine dapat di hidupan seketika.. Boleh sy tahu..adakah pulsation damper ini bermasalah..

    ReplyDelete
  2. Sy ada masalah engine produa alza tidak boleh di hidupkan.. Tetapi apabila sy membuka pulsation damper dari fuel rail tanpa membuka hose minyak.. Lalu sy menutup dengan menggunakan jari.. Dan start engine. Engine dapat di hidupan seketika.. Boleh sy tahu..adakah pulsation damper ini bermasalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti samaada fuel pump ataupun pulsation damper rosak. Kemungkinan pulsation damper rosak tetap ada. Tuan boleh cuba menggantikan pulsation damper tersebut sebagai penyelenggaraan awal. Walaubagaimanapun jika dapat, uji tekanan minyak petrol. Sila rujuk pautan berikut untuk pencerahan.
      https://serbamaneka.blogspot.com/2014/08/periksa-tekanan-minyak-petrol-perodua.html .

      Delete
  3. As Salam, tuan
    Kereta alza saya didapati fuel pump rosak, pomen ganti baru tpi bulan ore Rm 480.00 siap psg. Kalau ore Mahal katanya. Tak smpi 1 bulan rosak lgi, apa masalahnya ye? Mohon tunjuk ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Penggunaan alatganti tidak tulen lebih bergantung kepada nasib semata-mata. Saya fikir penggunaan alatganti tulen lebih menjamin ketahanan fuel pump dalam jangka masa yang lama.

      Delete
  4. Salam, di mana letaknya Fuel pump Alza ? Tempat buka ? Trm ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Fuel pump berada di dalam tangki minyak petrol. Perlu keluarkan tangki jika hendak buka fuel pump.

      Delete
  5. Alza sya keluar amaran gambar teko/gambar minyak..Ade kah itu kerosakkan fuel pump??...

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...