Periksa Paras Air Bateri Proton Saga BLM Cara Koman

Walaupun penggunaan free maintainance battery semakin popular, penggunaan lead acid battery masih lagi mempunyai pengguna yang tersendiri. Kekurangan lead acid battery adalah kerana  perlu diselenggara secara berkala. 

lead acid batery
Antara yang perlu diperiksa dari masa ke semasa adalah paras air bateri. Untuk memeriksa paras air bateri, penutup lubang mengisi air bateri perlu dibuka.  Di dalam lubang mengisi air bateri, terdapat penunjuk paras air bateri. Penunjuk tersebut menunjukkan paras air bateri yang tertinggi (high level). Walaupun begitu, adalah sukar untuk menentukan paras air bateri kerana sukar dilihat.

lubang mengisi air bateri
Di luar kotak bateri terdapat tanda paras terendah (low level) dan paras tertinggi (high level) air bateri.Paras air bateri betul perlu berada di tengah kedua-dua tanda tersebut. Jika paras air bateri berada pada paras terendah, plet didalam bateri akan mengalami kerosakan disebabkan proses mengecas oleh alternator. .Begitu juga jika paras air bateri berada pada paras tertinggi pula, air bateri akan melimpah keluar. Untuk memeriksa paras air bateri, langkah berikut boleh dijadikan panduan.

1.Gunting cebisan kertas berwarna putih selebar 5mm x 150mm mengikut bilangan lubang mengisi air bateri. Jika menggunakan kertas litmus adalah lebih baik. Ukur kertas tersebut di luar bateri di antara bahagian atas bateri dengan bahagian tengah paras air bateri.Tandakan ukuran yang didapati.

ukuran paras air bateri
2.Dengan mengunakan ukuran yang didapati, masukan kertas tersebut ke dalam lubang mengisi air bateri.

proses mengukur
3.Keluarkan kertas tersebut dari lubang mengisi air bateri. Bandingkan kertas yang basah tersebut pada tanda paras air bateri. Jika hujung yang basah melebihi paras tertinggi air bateri, kandungan air bateri perlu dikeluarkan.Jika hujung kertas tersebut tidak basah, kandungan air bateri perlu ditambah. Jika hanya sedikit sahaja air bateri mengenai hujung kertas tersebut, paras air bateri berada pada paras yang betul.

paras air bateri
4.Lakukan proses yang sama pada lubang mengisi air bateri seterusnya. Akhir sekali basuh bahagian kereta  yang terkena air bateri dengan air untuk mengelakkan kesan kakisan.

2 comments:

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...