Salah satu peralatan yang wajib ada semasa mengenalpasti masaalah pada kereta yang menggunakan sistem pancitan bahanapi elektronik adalah fuel pressure tester.Tujuan fuel pressure tester digunakan adalah untuk menguji tekanan bekalan minyak petrol dari tangki minyak ke injektor.
enjin bay Perodua Alza |
Dengan menggunakan fuel pressure tester, masaalah pada sistem bekalan minyak petrol lebih mudah dikenalpasti.Langkah-langkah berikut adalah kaedah untuk mengukur tekanan minyak petrol pada enjin kereta Perodua Alza.
1.Tanggalkan fuel hose clamp yang dipasang sebelum fuel rail dan keluarkan fuel hose tersebut. Semasa fuel hose tersebut ditanggalkan, minyak petrol akan menyembur keluar. Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan untuk mengelakkan kemalangan seperti kebakaran.
fuel hose Perodua Alza |
kain penutup |
3.Setelah tekanan minyak petrol di dalam fuel hose berkurangan, fuel pressure tester boleh dipasang pada fuel hose tersebut
fuel pressure tester siap dipasang |
4.Untuk memudahkan pemasangan fuel pressure tester, kotak penapis udara perlu ditanggalkan.Walaubagaimanapun kotak penapis udara perlu dipasang semula sesudah fuel pressure tester siap dipasang sebelum enjin dihidupkan.
pandangan lebih jelas tanpa kotak penapis udara |
5.Switch on ignition key selama 10 saat dan off kan kembali. Pada masa ini, bunyi fuel pump beroperasi akan kedengaran.dan tekanan minyak petrol pada pressure gauge akan kelihatan meningkat.Periksa samaada terdapat kebocoran pada fuel hose dan fuel pressure tester.Baiki kebocoran yang berlaku jika ada.
proses ujian tekanan minyak petrol |
6.Hidupkan enjin pada tahap idle speed dan bandingkan fuel pressure yang kelihatan dengan sfesifikasi di dalam workshop manual.Tekanan minyak petrol kereta Perodua Alza adalah sebanyak 50 psi. Jika tekanan rendah di bawah 50 psi, bermakna fuel filter telah tersumbat. Walaubagaimanapun keseluruhan fuel pump perlu digantikan kerana fuel filter dipasang bersama fuel pump module. Jika tekanan minyak petrol meningkat melebihi 50 psi, kerosakan fuel pressure regulator.Walaubagaimapaun keseluruhan fuel pump perlu digantikan kerana fuel pressure regulator dipasang bersama fuel pump module.
tekanan minyak petrol Perodua Alza |
7.Tinggikan pusingan enjin secara mengejut beberapa kali dan perhatikan jarum penunjuk pressure gauge adalah stabil dan tekanan minyak tidak menurun dibawah 50 psi. Jika tekanan minyak petrol menurun, bermakna fuel pressure regulator telah rosak.
meninggikan RPM enjin |
8. Matikan enjin kereta dan perhatikan tekanan minyak petrol tidak menurun secara mendadak. Jika tekanan menurun secara mendadak, bermakna fuel pump check valve telah bocor dan fuel pump module perlu digantikan.
9. Setelah selesai kerja-kerja memeriksa tekanan minyak petrol, pasangkan kembali fuel hose ke fuel rail. Pastikan tiada berlaku kebocoran minyak petrol pada fuel hose sebelum enjin dihidupkan.
Kaedah ini juga boleh digunapakai untuk memeriksa tekanan minyak petrol pada enjin kereta Myvi.
salam tuan...
ReplyDeletesaya pakai proton persona auto 2009.masalah yang dihadapi ialah setiap kali mencapai kelajuan 120km keatas akan ada bau hangit melalui econ.jika kurangkan kelajuan bau hilang.bila tambah kelajuan bau tu dtg balik.satu lg bila tarik jauh dari gear 3 ke gear 4 pn akan ada bau hangit.perkara ni dah beberapa tahun berlaku sehingga sekarang.pernah bawa ke sc proton,diorang cakap xde apa2 masalah.sy rasa tu x normal kerana persona lain xde mcm ni.mintak pandangan tuan..terima kasih.
Cuba periksa warna minyak gearbox dan pastikan berwarna merah cerah.
DeleteSalam. Cuba periksa di celah-celah radiator fin dan pastikan tiada serangga yang melekat di situ. Kemungkinan apabila kereta bergerak laju, serangga yang terkumpul melepasi radiator fin dan mengenai bahagian enjin yang panas lalu terbakar.
ReplyDeleteSelalu berapa km nak check?
ReplyDeleteWalaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam manual pengguna, pemeriksaan setiap 40000 km adalah mencukupi.
DeletePerodua alza ade fuel filter kan
ReplyDeleteBoleh tau x di mana kedudukan filter tu??
Fuel filter berada pada fuel pump assembly yang terletak di dalam tangki bahanapi. Perlu turunkan tangki minyak petrol jika hendak mengeluarkan fuel pump.
DeleteOwh ye ke
DeleteTapi fuel filter tu perlu ditukar kan??
Sbb sebelum ni ade tgk video yg dia tukar fuel filter
Dan brp km perlu ditukar
Dari aspek penyelenggaraan, fuel filter sewajarnya diganti apabila mencapai tempoh tertentu. Walabagaimanapun Perodua tidak menyatakan secara jelas bilakah masa fuel filter perlu diganti. Yang dinyatakan adalah tekanan minyak petrol diperiksa dan seterusnya fuel filter perlu diganti jika tekanan minyak petrol didapati rendah. Sebagai langkah penyelenggaraan, fuel filter sebaiknya diganti setiap 3 tahun ataupun 60000 Km.
Deletehai sy pakai alza tapi range KM SY cepat turun & minyak pun banyak makan
ReplyDeleteHi,
DeleteTerdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan berlaku peningkatan penggunaan bahanapi. Saya fikir cuba lakukan seperti berikut :
1.Periksa air clener dan gantikan jika sudah kotor
2.Periksa spark plug dan pastikan dalam keadaan baik. Gantikan jika sudah melebihi 40000 Km.
3.Bersihkan throttle body jika kelihatan sudah kotor.
4.Akhir sekali, periksa fuel injector dengan fuel injector tester dan pastikan fuel injector tidak tersumbat. Jika tersumbat,fuel injector tidak dapat menyembur minyak petrol dengan berkesan kedalam rongga pembakaran.Enjin akan kehilangan kuasa walaupun masih boleh beroperasi.
bape kos tukar fuel filter
ReplyDeleteHarga OEM fuel filter bersama fuel pump Alza lebih kurang RM 200.00 bergantung kepada lokasi. Perlu buka dan keluarkan tangki minyak petrol jika nak ganti.
DeleteHai en.. Nape enjin bleh start tapi tak idup.. Kua di meter di bhgn myka err.. Adakah ia error.. Minta pencerahan en
ReplyDeleteHai. CUba periksa komponen yang mudah dulu bermula dengan spark plug. Jika spark plug ada percikan bunga api, periksa tekanan minyak petrol pula seperti didalam blog.
Delete