Periksa Minyak Gearbox Automatik Perodua Alza Cara Koman

       Menentukan minyak gearbox automatik kereta Perodua Alza berada pada paras yang betul adalah sangat penting supaya dapat mencegah kerosakan awal. Paras minyak gearbox automatik  kereta Perodua Alza perlu diperiksa semasa enjin didalam  keadaan panas. Untuk memanaskan enjin, langkah terbaik adalah dengan memandu kereta sekurang-kurangnya 15 minit. Sesudah enjin Perodua Alza dalah keadaan panas lakukan langkah berikut :

1.Letakkan kereta di tempat yang rata dengan enjin dalam keadaan hidup.
2.Tuil gear hendaklah berada pada kedudukan "P".
3.Enjin hendaklah berada dalam keadaan idling speed (750rpm)
4.Gerakkan tuil gear perlahan-lahan dari kedudukan "P" ke "2". Berhenti 2 saat pada setiap kedudukan gear.Seterusnya pula, gerakkan tuil gear dari kedudukan "2" ke "P". 


5.Keluarkan gearbox oil dipstic dan dibersihkan.Seterusnya, masukkan gearbox oil dipstic kedalam gearbox dan keluarkan semula.
6.Periksa paras minyak gearbox pada dipstic.
7.Paras minyak gearbox yang betul hendaklah berada diantara tanda "A" dan "B". Sebaik-baiknya paras minyak gearbox  berada pada huruf "H" (hot). Tanda "C"(cold) adalah paras minyak gearbox pada semasa enjin sejuk.

tanda pada gearbox dipstic
8.Jika paras minyak gearbox melebihi dan berada di atas tanda "H" seperti di dalam gambar di atas, minyak gearbox perlu dikeluarkan.
9.Matikan enjin kereta dan keluarkan minyak yang berlebihan sedikit demi sedikit melalui gearbox drain plug dan  periksa paras minyak gearbox turun hingga tanda "H".

minyak gearbox berlebihan dikeluarkan
10.Hidupkan enjin kereta dan lakukan proses pada no. 4 dan periksa paras minyak gearbox semula.Jika paras minyak gearbox berada pada tanda "H" (diantara "A" dan "B") semasa enjin hidup, paras minyak gearbox berada pada paras yang betul. Jika minyak gearbox dikeluarkan telah berkurangan hingga tanda "C", minyak gearbox auto perlu ditambah semula.
11.Seterusnya pandu kereta selama 15 minit dan berhentikan kereta.Periksa semula paras minyak gearbox dengan melakukannya seperti dalam proses no. 4. untuk memastikan paras minyak gearbox berada pada paras yang betul.

paras minyak gearbox  semasa enjin panas
12.Pada waktu pagi keesokkan hari, sebelum enjin dihidupkan periksa semula paras minyak gearbox semasa enjin sejuk.Paras minyak gearbox semasa enjin sejuk hanyalah sebagai rujukan sahaja tidak boleh dianggap paras yang betul.

paras minyak gearbox pada masa enjin sejuk
13.Jika paras minyak gearbox berkurangan, buih udara akan terhasil lalu  menyebabkan lama-kelamaan clutch plate menjadi rosak. Jika paras minyak gearbox berlebihan pula, masaalah yang sama juga akan terjadi.Disamping itu juga, warna minyak gearbox pada dipstic hendaklah diperhatikan dan dipastikan berada dalam keadaan merah cerah. Jika warna minyak gearbox kehitaman, bermakna clutch plate telah slip. Disebabkan itu, paras minyak gearbox automatik Perodua Alza perlu berada pada paras yang betul.

104 comments:

  1. salam tuan, nak tanya nak isi minyak gearbox alza ni ikut lubang mana..masuk kot dipstick tu ke...biasa berapa liter nak isi..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak gearbox auto alza diisi melalui dipstick dan kuantiinya lebih kurang 2.2 liter.

      Delete
    2. Salam tuan
      Soalan sy ialah.. sy punyai kenari auto.. sudah berusia 12tahun kenari sy pkai..
      Sy mengadu pada pomen perodua servive center kerana kadang2 sewaktu memandu sy terasa slip pada gbox saya.. pomen tersebut terus pandu uji kenari saya.. yg menghairankan saya adalah..
      1. Perlukah di uji dengan cara kelajuan tinggi?
      Ini kerana sewaktu balik dari uji kenari saya.. terus rosak gbox sy.. bila tekan pedal minyak pun kereta x bergerak lagi..
      Terus pomen itu saran kan pada saya tukar gbox seketul..
      Mohon pencerahan tuan.. tqvm

      Delete
    3. Salam. Saya fikir kemungkinan mekanik tersebut hendak mengenalpasti punca masaalah gearbox pada kelajuan yang berbeza.Oleh kerana gearbox tersebut sudah lama digunakan, O ring dan oil seal yang berada di dalam gearbox mungkin sudah usang dan uzur. Kemungkinan tekanan minyak gearbox tidak mencapai tekanan yang ditetapkan menyebabkan terdapat masaalah clutch slip pada gearbox. Dalam keadaan sebegitu adalah lebih baik gearbox tersebut dibuat overhaul. Alternatif yang lain adalah mengganti gearbox tersebut dengan gearbox recond.

      Delete
  2. Assalam boss. Tinggal dimana yee. Saya perlukan serba sedikit pengatahuan tentang kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kalau nak dapatkan pengetahuan mengenai kereta, saya cadangkan untuk hadir ke kursus jangka pendek di Giat Mara, IKM ataupun ILP. Pusat latihan tersebut menawarkan latihan jangka pendek dengan kos berpatutan.

      Delete
    2. Maaf. Tiada pengalaman tentang gearbox Kenari.

      Delete
    3. Minyak gearbox myvi brp liter?

      Delete
    4. Sila rujuk pautan berikut http://www.perodua.com.my/service-maintenance/myvi-at-2014/40

      Delete
  3. Salam Koman Spana??? Sy nk tanye bkenaan myk ATF ni, sy guna keta persona 1.6auto... Skiranya pomen masukkn mnyk ATF 5liter, apa akn blaku??? Dan apa yg harus sy lakukan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Walaupun minyak ATF dimasukkan sebanyak 5 liter, minyak tersebut perlu diperiksa semasa enjin sedang hidup untuk memastikan minyak ATF berada pada paras yang betul. Cara untuk memeriksa minyak ATF Persona adalah hampir sama seperti cara pemeriksaan minyak ATF kereta Alza. Pemeriksan hendaklah dilakukan semasa tuil gear berada pada kedudukan "N". Jika minyak ATF didapati melebihi dari tanda "HOT", minyak tersebut perlu dibuang sedikit demi sedikit melalui drain plug ataupun disedut keluar melalui 'dipstick".

      Delete
    2. Sekiranya benda ni sy tak tau brp liter pomen masukkn minyak ATF ni, apa akan blaku ke atas enjin jika sy hanya pandai naik shj en.koman spana???

      Delete
    3. Sekiranya isipadu minyak gearbox automatic tidak mengikut sukatan yang tepat, masaalah yang berlaku adalah seperti penerangan pada para #13. Mekanik yang melakukan penukaran minyak gearbox akan memastikan sukatan minyak tersebut adalah tepat untuk mengelak sebarang masaalah pada gearbox. Penukaran minyak gearbox automatic untuk semua jenis kereta adalah hampir sama tatacara yang dilakukan. Walaubagaimanapun, jika masih terdapat keraguan tentang hasil kerja yang dilakukan sebaiknya kerja penyelenggaraan dilakukan di Pusat Service Bertauliah.

      Delete
  4. Minyak Spec 3 & spec 4, mane lg pekat?

    ReplyDelete
  5. Maaf saya tiada spesifikasi minyak gerabox yang dimaksudkan. Sukar untuk dibuat ulasan tanpa spesifikasi. Walaubagaimanapun, sebaiknya minyak yang hendak digunakan pada gearbox kereta perlu menepati spesifikasi yang ditetapkan di dalam operating manual.

    ReplyDelete
  6. Kalau Alza nak guna Minyak atf proton sp3 boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik gunakan minyak gearbox yang disyorkan oleh Perodua. Setiap pengeluar mempunyai spesifikasi khusus untuk kereta yang dikeluarkan.

      Delete
  7. Asalam admin nk tny cara nk periksa paras minyak gearbox wira 1.5 sila bg tnjuk ajar untuk paras yg betul...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tatacara yang digunakan adalah sama. Semasa pemeriksaan untuk kereta Wira tuil gear perlu diletakkan pada kedudukan "N".

      Delete
  8. Salam.saya baru 1st servis alza..minyak auto trus ditukar.mmg perlu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika dirujuk pada buku panduan pengguna yang dibekalkan semasa membeli kereta, minyak automatic gearbox hanya perlu diperiksa pada 20000Km dan digantikan semasa 40000Km. Persoalan kenapa minyak automatic gearbox ditukar semasa 1st sevice perlu ditanya kepada pusat service untuk mendapatkan pencerahan.

      Delete
  9. salam tuan. nak tanya berapa liter minyak gear diperlukan untuk proton wira 1.5 auto? 1 lagi tuan masa nak check dipstick gearbox tu enjin kena on atau off dan ltk gear pada N ke?terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sebaiknya penukaran minyak gearbox automatic dilakukan mengunakan automatic flush machine. Filter gearbox juga perlu diganti. Jumlah minyak gearbox automatic digunakan akan menlebihi 4 liter jika menggunakan mesin. Pengukuran minyak minyak gearbox Wira dilakukan semasa enjin hidup dan tuil gear berada pada kedudukan "N".

      Delete
  10. Assalamualaikum tuan...mcm mna nak cek mnyk gearbox auto kelisa, adakah sama mcm alza jgk caranya..tuil gear pada N atau P..? Terima Kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam. Tatacara yang digunakan adalah sama dengan Alza.

    ReplyDelete
  12. Salam. Apa masalah alza jika gearbox tidak menukar gear langsung untuk satu perjalanan yang jauh dan meter km/h juga tidak berfungsi? Adakah ianya berkaitan dengan kerosakan sensor?

    ReplyDelete
  13. Salam. Kemungkinan ada masaalah pada speed sensor. Masaalah sensor boleh diperiksa dengan cara membuat flash codes. Rujuk Memahami Flash Codes Perodua Alza Cara Koman. Malangnya keterangan tentang codes tersebut tidak ada. Pilihan yang lain adalan membuat scan dengan scantool.

    ReplyDelete
  14. Salam boss....sy baru tahu cek minyak auto dalam enjn hidup

    ReplyDelete
  15. tq boss...nak tanya law kereta ford sama mcm tu jgk ke

    ReplyDelete
  16. Salam. Secara asasnya cara mengukur paras minyak automatic kereta adalah sama.

    ReplyDelete
  17. Minyak gearbox manual alza memerlukan berapa liter dan jenis apa yang sesuai digunakan

    ReplyDelete
  18. Isipadu minyak gearbox manual Alza adalah sebanyak 2.2Liter. Minyak gearbox yang sesuai adalah minyak gearbox yang disyorkan oleh Perodua dan digunakan oleh Pusat Service Perodua.

    ReplyDelete
  19. As salam tuan,
    Saya baru saja menukar enjin 3szve auto daripada toyota bB ke myvi saya. Walaupun kod enjinnya sama dengan Alza,persoalannya adakah saya perlu menggunakan ATF spesifikasi Alza (SP-III)?Mekanik saya menyarankan ATF SP-III,tetapi hasil carian saya di Google mendapati Toyota bB menggunakan ATF Toyota T-IV.Apa pendapat tuan?Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Salam. Saya fikir lebih baik gunakan minyak ATF Toyota T-IV kerana minyak tersebut adalah yang disyorkan oleh pengeluar. Kod enjin adalah sama tetapi code gearbox mungkin berbeza. Jika menggunakan gearbox halfcut, sebaiknya dibuat dibuat flushing minyak gearbox dan diganti filter gearbox disebabkan tiada rekod penggunaan sebelumnya.

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum. Saya nk taye kenepa lampu AT kat display menyala

    ReplyDelete
  22. Salam. Apabila lampu AT menyala di combination meter menunjukkan ada masaalah pada automatic gearbox electronic control system. Untuk mengenalpasti punca masaalah tersebut, electronic control system gearbox perlu diperiksa dengan scantool. Pembaikan selanjutnya adalah berdasarkan masaalah yang dikenalpasti melalui scantool.

    ReplyDelete
  23. Salam, berapa liter perlu untuk isi gearbox viva..automatic transmission...thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isipadu minyak gearbox yang perlu diisi gearbox automatic Viva adalah 1.7 liter

      Delete
  24. Salam berapa liter isi padu untuk toyota avanza

    ReplyDelete
  25. Assalam tuan. Bg perodua, 20k dah kena tukar atf. Saya x nak tukar, to pencerahan beliau bnyk habuk besi jadi harus ganti jadi saya berkeras hnye nak tukar masa 40k nnti. Betul ke tindakan saya?

    ReplyDelete
  26. Salam. Penyenggaraan berkala kereta Perodua Alza dilakukan berdasarkan jadual penyenggaraan berkala yang terdapat di dalam buku panduan pengguna yang dibekalkan oleh pengeluar kereta. Merujuk kepada jadual tersebut, penukaran minyak gear otomatik Perodua Alza perlu dilakukan setiap 40000 Km perbatuan ataupun 24 bulan. Penukaran minyak gear otomatik pada setiap 40000 Km memberi nilai ekonomi kepada pengguna dan perkara tersebut telah diambil kira oleh pengeluar kereta. Pengguna yang bijak membuat penyenggaraan berkala kereta berdasarkan jadual penyenggaraan berkala yang tetapkan oleh pengeluar kereta.

    ReplyDelete
  27. Salam.
    1. Apa beza minyak atf perodua d3 dgn sp3?
    2. Alza 1st model dgn alza facelift mnggunakan gearbox yg brlainan. Adakah alza facelift mnggunakan minyak gearbox yg brlainan dgn alza 1st model? Ada yg cakap alza facelift prlu gunakan minyak gearbox cvt. Mohon pencerahan n kajian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. 1. Perodua ATFSP3 adalah minyak gearbox yang telah dibuat penambaikan dari segi kualiti. Harga SP3 pun lebih mahal dari ATF D111. 2.Gearbox Alza facelift masih menggunakan gearbox yg sama. Minyak yang perlu digunakan adalah minyak gearbox automatic bukannya minyak CVT. Untuk lebih jelas, sila rujuk pada buku panduan pengguna yang disertakan semasa membeli kereta. Di dalam buku panduan pengguna terdapat banyak maklumat boleh diperolehi dan perlu diketahui oleh pengguna.

      Delete
  28. Tuan adakah perlu tukar filter gear box skali utk servis 80,000km..?
    Sekiranya tukar filter sekali berapa jumlah isipadu minyak gear yg perlu di isi.?
    Dan sekiranya tidak perlu tukar filter berapa jumlah isipadu minyak gear yg perlu di isi.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk service 80000 Km sebaiknya gantikan sekali gearbox filter.Gunakan ATF Flush Machine semasa menggantikan minyak gearbox suapay 90% minyak gearbox dapat diganti. Kuantiti sebenar minyak gearbox adalah 5 liter. Jika menggunakan kaedah biasa, hanya 2.2 liter sahaja yang berjaya dikeluarkan. Sebahagian lagi minyak gearboaxberada di dalam torque converter.

      Delete
    2. Salam bos...kereta Alza saya ada pomen masuk 2liter saja minyak gearbox ada kedai masuk 3liter...yg masuk 3liter tu dia stat Engin masuk gear N sampai minyak ada tahap h...pomen 2liter hanya masukkan saja....

      Delete
    3. Salam. Saya fikir buat pemeriksaan semula seperti prosedur di atas. Pastikan minyak berada pada kedudukan "H". Jika paras minyak gear berada pada "H" bermakana minyak adalah mencukupi

      Delete
    4. Assalamualaikum. Nak betanyak Tuan...
      Semasa memeriksa minyak Atf (Alza) dlm keadaan enjin hidup..tuil Sepatutnya berada d "P" @ "N"

      Delete
    5. Salam. Letakkan tuil gear pada kedudukan "P".

      Delete
  29. salam boss nk tnya alza nk pki mnyk hitam jnis cm na ek...no yg sesuai 15w40 or yg laen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Minyak pelincir enjin untuk Perodua Alza seperti yang disyorkan oleh pengeluar adalah gred SAE 5W-30. Gred minyak pelincir yang disyorkan oleh pengeluar adalah yang terbaik untuk pemanduan biasa.

      Delete
  30. Salam tuan. Kereta saya Proton Exora Bold.
    Kilometer sudah cecah 80,000 km. Cadang nak tukar sendiri minyak gear box. Minyak gear box, filter dan gasket sudah dibeli.
    Nak dapat nasihat tuan, berapa liter minyak perlu diisi dan di mana tempat nak masukkan minyak gear.
    Kata pomen 3 liter, betul ke?
    Bila saya angkat modul air filter, ada satu hose kecil melekat di gear box. Adakah itu tempat untuk masuk minyak ATF?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Proton Exora Bold mengguna gearbox jenis CVT dan berbeza dari gearbox automatic konvesional. Minyak gearbox yang digunakan juga berbeza.Isipadu minyak gearbox yang perlu digantikan adalah sebanyak 4 liter. Terdapat 3 komponen seperti drain plug yang perlu dikenalpasti pada gearbox tersebut dan dibuka menggunakan allen key . 1)Drain plug berada dibawah takungan minyak gearbox-digunakan untuk mengeluarkan minyak gearbox 2) Inspection plug berada ditepi takungan minyak gearbox- digunakan untuk memeriksa paras minyak gearbox. 3. Oil filling plug berada dibahagian atas gearbox-digunakan untuk mengisi minyak gearbox. Untuk mengganti minyak CVT tersebut, sila rujuk pautan berikut untuk pencerahan : https://www.facebook.com/notes/dr%C3%A9x-chan/punch-continuous-variable-transmission-vt2vt3-fluid-level-inspection-procedure/920849407944335/.

      Delete
  31. salam. apa terjadi jiKa myk auto terlbih. apa pula terjadi bila myk auto kurang.dari segi pemanduan ada jerking ka? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Rujuk pada para # 13 masaalah minyak gearbox terlebih ataupun berkurang. Kemungkinan berlaku masaalah jerking tetap ada jika minyak gearbox berkurangan dan boleh menyebabkan clutch plate haus.

      Delete
  32. SALAM TUAN,,,UNTUK NORMAL PERGERAKAN ALZA....10 liter myak boleh bergerak berapa KM ye?

    sebab bberapa hari lepas ya isi mnyak,,dan saya lihat pada meter digital...saya isi 10 liter,,tapi naik cumalah 97 KM sahaja,,saya merasakan sesuatu pada knderaan sya,,kereta baru 2 mggu saya guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Anggaran jarak perbatuan untuk Alza bagi setiap 1 liter minyak petrol boleh mencapai jarak diantara 10 hingga 12 kilometer. Walaubagaimanapun, jika melalui jalan yang sesak dan membawa penumpang yang ramai jarak perbatuan akan berkurangan per Kilometer.

      Delete
  33. penambahan ,,kereta saya alza std auto 2017

    ReplyDelete
  34. Assalam tuan, sy pnh topap minyak gearbox pd km90+++, tp tidak menukar filter gearbox... kini km sy 128++, adakah sy perlu menukar filter gearbox scpt mgkin?? mohon pencerahan dr tuan.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sebaiknya filter gearbox tersebut ditukar. Kekotoran yang terperangkap di dalam filter boleh menyebabkan minyak gearbox tidak mengalir dengan lancar.

      Delete
  35. salam tuan,
    sy top up mnyk gb kelisa auto sy lbh kurg 50 ml sbb sy tukar radiator kereta.mslhnye skrg bile sy letak ke gear N enjin melahu tinggi.melebihi 2500 rpm.ape yg berlaku sbnrnye & boleh ke sy cek paras mnyk dlm keadaan enjin melahu tinggi mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Masaalah enjin melahu terlalu tinggi mungkin disebabkan kabel accelerator tersangkut. Cuba periksa dan pastikan kabel tersebut dalam keadaan baik. Pastikan juga screw idling tidak diganggu semasa penukaran radiator. Sebaiknya idling speed sudah normal barulah diperiksa minyak gearbox. Adalah merbahaya berada didepan kereta semasa idling speed dalam keadaan tinggi.

      Delete
  36. Salam admin. Sy memakai kancil auto. Kalau kita membiarkan minyak gearbox lebih daripada standard akan berlaku kerosakan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Minyak gearbox auto perlu berada pada paras yang ditetapkan oleh pengeluar. Jika minyak gearbox auto terkurang ataupun terlebih dari paras yang ditetapkan, dalam jangkamasa yang panjang akan berlaku kerosakan pada gearbox tersebut.

      Delete
  37. assalam tuan,boleh ke saya menggunakan atf toyota untuk alza thn 2011?brp kos utk tukar filter gearbox tu?dan brp liter atf pula kena prepare ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya fikir lebih baik gunakan ATF yang disyorkan oleh Perodua walaupun gearbox adalah sama dengan model kereta Toyota. Boleh gunakan DIII ataupun SPIII. Isipadu sebenar ATF Alza adalah 5 liter.Sebaiknya buat flushing dengan ATF Changing Machine semasa mengganti minyak ATF dan gearbox filter seperti yang disyorkan oleh pengeluar gearbox. Harga yang dikenakan untuk menukar minyak ATF berbeza diantara tempat. Sila dapatkan harga anggaran dari bengkel berhampiran.

      Delete
  38. satu lagi,jika xleh guna toyota atf,kena guna d3 atau sp3?

    ReplyDelete
  39. Assalam... Tuan berapa liter di perlukan utk servis minyak auto alza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isipadu sebenar ATF Alza adalah 5 liter. Walaubagaimanapun, jika dikeluarkan melalui drain plug sahaja hanya 2.2 liter sahaja dapat dikeluarkan. Sebaiknya buat flushing dengan ATF Changing Machine semasa mengganti minyak ATF dan dan gantikan juga gearbox filter seperti yang disyorkan oleh pengeluar gearbox.

      Delete
  40. Salam tuan, sy tersilap bkk skru drain myk gb sy.. Spatutnya sy buka nut myk enjin. Soalan sy boleh ke isi semula myk gb yg dikeluarkn td? Ada apa2 kesan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika minyak gearbox sudah dikeluarkan, sebaiknya minyak tersebut jangan dimasukkan kembali ke dalam gearbox. Isikan minyak gearbox yang baru. Minyak yang dikeluarkan biasanya mengandungi kotoran dari habuk clutch ataupun cebisan halus besi yang terhasil disebabkan geseran pada bush.

      Delete
  41. Kalu keluar minyak sy thu nk masuk kn kat mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isikan minyak gearbox melalui lubang dipstick.

      Delete
  42. Tuan. Berapa liter minyak gearbox untuk kelisa auto?

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum... Nak Tanya Cara sukat minyak gearbox Proton saga lama 1.5I ... Batang sukatan dia tulis Cold / Hot/ Adjust to hot....

    Masa tukar minyak tu... Enjin kena mati dulu kah ? N masa isi tu sukatan minyak pada paras hot kan ( enjin mati ) ?

    N apa yg dia tulis adjust to hot yg atas skali kt batang sukatan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Semasa penggantian minyak gearbox automatic, engine hendaklah dimatikan. Isi kembali minyak gearbox sehingga paras HOT. Hidupkan enjin selama 15 minit, tekan brek, ubah tuil gear pada setiap gear dan berakhir pada "N". Ukur minyak gearbox dan pastikan berada pada paras HOT. Jika terlebih dari paras HOT dan berada pada paras ADJUST TO HOT , minyak gearbox perlu dikeluarkan setelah dimatikan enjin.

      Delete
  44. Salam tuan.. meter kereta alza saya tak gerak.. ada masalah apa ya? Selamat tak kalau saya pakai kereta untuk jalan jauh contohnya nak ke pekan ke tempat keja ke? Baru semalam meter tak gerak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa fius di dalam glovebox. Mungkin ada fius yang putus. Periksa juga socket combination meter dan pastikan tidak longgar. bleh digunakan tetapi perlu berhati-hati. Jika meter tidak bergerak agak sukar menentukan kelajuan kereta pada kelajuan yang selamat.

      Delete
  45. salam tuan... berape liter utk tukar minyak gear auto untuk axia bg 2 keadaan ni
    1. tukar minyak auto sahaja?
    2. tukar minyak auto skali filter/gasket/oil sum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika ditukar minyak auto dengan cara membuka drain plug, hanya separuh sahaja minyak auto dapat dikeluarkan iaitu 3 liter.Separuh lagi minyak auto terperangkap di dalam torque converter. Jika dilihat pada manual pengguna minyak auto Perodua Axia disyorkan diganti setiap 40000 Km. Bermakna pada masa tersebut minyak gearox auto dan auto filter juga perlu diganti. Kaedah terbaik adalah menggunakan ATF Flushing Machine untuk menukar minyak auto. Dengan menggunakan machine, 80% minyak auto dapat dikeluarkan.

      Delete
  46. Salam.. Perodua atf d3-sp sama ka dngan spec atf sp3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. ATF D3-SP untuk Alza yang lama. ATF SP3 untuk Alza yang baru. Sila rujuk di dalam manual pengguna untuk pencerahan spesifikasi yang betul.

      Delete
  47. Dan auto filter gearbox ni brapa km perlu ganti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auto filter perlu diganti setiap 40000 Km. Sebaiknya guna ATF fluid changing machine untuk gantikan hampir keseluruhan minyak ATF.

      Delete
  48. Salam Tuan, gearbox Alza (A) sy mempunyai masalah apabila memulakan perjalanan..gear kereta tetiba macam free dan apabila menekan pedal kereta tidak bergerak seolah olah gear dlm keadaan N. Pastu dlm seminit dua kereta boleh bergerak semula..Boleh tuan kenal pasti masalahnya?. Adakah sensor auto sy mengalami kerosakan atau sy tidak menukar auto filter. sedangkan sy menukar minyak auto tepat pada masanya. Tq

    ReplyDelete
  49. Salam. Saya fikir kemungkinan tekanan minyak hydraulic gearbox rendah menyebabkan forward clutch tidak berada dalam keadaan tetap.Cuba tuan gantikan Transmission Filter dan tentukan gearbox boleh beroperasi dengan baik.

    ReplyDelete
  50. Salam tuan, saya nk mohon pencerahan untuk Alza 1.5 se dengan milleage 110000km:
    1. Model Minyak gear yang patut saya tukar?
    2. Perlu atau tidak saya tukar sekali dengan filter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan ATF-D3 SP. Sebaiknya gantikan sekali dengan gearbox filter kerana benda asing seperti serpihan dari gear , clutch dan bush di perangkap oleh filter.

      Delete
  51. viva auto masuk minyak atf 1,8 litter adakah iaberlebihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara teori isipadu ATF 1.8 liter nampak berlebihan. Walaubagaimanapun jika paras ATF pada dipstick berada pada H semasa enjin panas, isipadu tersebut adalah mencukupi. Jika paras ATF melebihi H, ATF perlu dikeluarkan sedikit.

      Delete
  52. Assalamualaikum.. sy ada beberapa soalan.. apa beza myk atf d3 dgn atf sp3... Kalau masukkn mana2 kereta yg pakai atf ada mendatangkan mslh jikalau tidak mengikut model atf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. ATF D3 adalah untuk model gearbox auto Perodua yang terdahulu. ATF SP adalah untuk model yang terkini. Spesifikasi kedua-dua adalah berbeza dan mungkin mendatangkan masaalah dalam jangka masa yang panjang. Sebaiknya gunakan ATF yang disyorkan seperti dalam manual pengguna kereta.

      Delete
  53. assalammualaikum....tuan Koman Spana, sy ingin mengetahui adakah bagus jika sy memakai minyak enjin HDEO untuk memulihkan kembali keadaan head atas ( enjin myvi tetapi head sudah hitam terbakar 60% ) akibat penukaran minyak enjin yg terlalu lewat, sy mencari penyelesaian yg minima selain drpd overhaul. enjin masih power lagi...mohon pencerahan drpd Tuan. terima kasih.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum tuan spana.... Sy nak tanya apakah langkah untuk menukaq atf.. Flush dan filter.... Yg mana harus didulukan dan apa yg dikemudiankan...

    ReplyDelete
  55. Salam tuan..boley x klau myvi 1.3 auto pakai mnyak atf jenama toyota..

    ReplyDelete
  56. Asalam..Tuan saya bru tukar minyak atf dgn atf filter, pada kesokan harinya keluar simbol at . Bila sya swich off engin simbol hilang tp kadang2 simbol at naik balik yg menyebabkan sentap bila masuk gear d dan R dan x pickup mcm gear3 .Bila enjin da lama jalan bila restart.enjin simbol at tak naik lg.. Bila scan di workshop keluar cod P0743. Mohon nasihat dr tuan

    ReplyDelete
  57. Shell s2 ATF D2 boleh pakai ke kat alza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir lebih baik gunakan ATF Perodua seperti yang disyorkan oleh pengeluar kereta memandangkan ATF tersebut telah diuji dan disahkan sesuai untuk kegunaan Alza.

      Delete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...