Vacum gauge merupakan
alat yang sangat berguna untuk memeriksa keadaan enjin kereta. Melalui vacuum gauge keadaan
dalaman dan luaran enjin dapat diperiksa tanpa perlu menggunakan compression gauge
ataupun timing light. Bacaan yang didapati melalui pemakaian vacum gauge pada enjin kereta dapat
memberitahu pengguna keadaan semasa enjin tersebut. Oleh itu, vacum gauge
merupakan satu alat yang perlu dimiliki oleh para mekanik ataupun orang
perseorangan yang mempunyai hobi menyenggara enjin kereta. Sebagai contoh,
dibawah ini disertakan cara-cara penggunaan vacum gauge pada enjin kereta
Perodua Alza. Pemasangan vacum gauge untuk kereta Perodua Alza lebih mudah jika dipasang pada vacum hose Purge Valve Canister.
1. Tanggalkan vacuum hose dari Intake Manifold yang di pasang pada
Vacum Switching Valve.
2.Pasangkan brass”T”
joint pada vacuum hose tersebut. Pasang kembali vacuum hose yang
ditanggalkan pada brass”T” joint. Gunakan vacum hose tambahan untuk menyambungkan brass”T” joint ke Vacum Switching Valve. Sambungkan juga sambungan pada brass”T” joint ke vacum gauge.
3.Hidupkan enjin
kereta Perodua Alza pada idling speed. Setelah enjin kereta dihidupkan, perhatikan kedudukan
jarum penunjuk vacum gauge. Oleh kerana vacuum gauge yang digunakan sudah
mempunyai maklumat yang cukup lengkap, keadaan dan pretasi enjin kereta Produa
Alza dapat diketahui secara terus. Bacaan vacuum gauge yang didapati pada kereta Perodua Alza adalah 20
inci Mercury. Jarum penunjuk vacum gauge diperhatikan berada dalam keadaan stabil dan secara tidak langsung menunjukkan enjin berada dalam keadaan baik.
bacaan vacum gauge |
4,Setelah selesai pemeriksaan, tanggalkan vacum hose pada vacum gauge dan pasang semula vacum hose pada kedudukan asal.
Salam BRo,
ReplyDeleteTahniah diatas belog yang bermaklumat dan banyak membantu.
Saya ada satu masalah yang memeningkan kepala.
Saya ada sebuah waja auto tahun 2000. Pada suatu subuh, selepas 10 mint memandu, enjin kereta saya tiba-tiba bergegar amat teruk sekali dan lampu engin pun menyala. Ketika itu juga, power kereta amat lemah sekali (gear satu macam org tolak je). Saya mematikan enjin. dan tunggu sekejap (mungkin dalam 5 minit kot).
selepas distart. keadaan kembali normal. Saya balik rumah kerana bimbang lain-lain perkara yang mungkin berlaku.
Dalam masa 3 hari saya asyik start kereta tu, tapi tak de pulak gegaran yang berlaku.
Tapi saya masih tidak konfident dan cuba memandunya dikawasan yang berhampiran. tetapi tiada masalah berlaku.
Pada harti yang lain, selepas memandu hampir sejam, kereta saya bergegar lagi dan kehilangan kuasa seperti sebelumnya dan lampu engin pun menyala, nasib baik dah dekat rumah, jadi saya teruskan ke garage dalam keadaan bergegar dan amt perlahan itu, dan terus matikan enjin.
setengah jam kemudian, saya cuba start engine tu, dan alhamdulillah, ia kembali normal.
saya hantar ke pomen dan tinggal kereta tersebut untuk di ligam oleh pomen debgan izin, tapi pomen memaklumkan tiada gegaran berkenaan berlaku dan dia tak dapat memberikan jawapan. Tapi pomen menemui kipas aircond tidak berfungsi dengan baik, dan motornya ditukar.
Dari pengalaman encik, apakah masalah sebenarnya?
Terimakasih saya dahulukan.
terimakasih
Wsalam.Berdasarkan pengalaman saya keadaan tersebut disebabkan ignition coil yang hampir rosak. Kereta Waja ada 2 ignition coil. Persoalannya yang mana satu bermasaalah? Dalam blog ini ada 2 teknik yang boleh digunakan untuk periksa ignition system. 1) Periksa ignition sistem cara koman, 2)Periksa ignition coil Proton Waja Cara Koman. Cuba buat yang itu dulu.Pastikan ignition sistem tidak bermasaalah,
DeleteSalam. Saya fikir kemungkinan terdapat penebat wayar yang telah pecah dan seterusnya bersentuh dengan badan kereta (short to ground).Lebih baik pendawaian kereta tersebut dibuat pemeriksaan dan punca bau terbakar dikenalpasti dan dibaiki.
ReplyDeleteSlam.nak tnya ckit,time bila vacum suis valve ni berfungsi
ReplyDeleteSalam. Vacuum switching valve adalah sebahagian dari sistem evoporative emission control. Vacuum switching valve dipasang pada hose diantara intake manifold dan charcoal cannister. ECU mengawal opeasi vacuum switching valve. Setelah enjin panas dan kereta dipandu ECU akan membuka vacuum switching valve dan membolehkan fuel vapor yang disimpan di dalam charcoal cannister ditolak masuk ke dalam intake manifold. Ujian yang dilakukan di atas adalah untuk menguji keadaan cylinder enjin bukannya menguji evoparative emission control system.
Deletesalam..nk tny pasal kereta alza thn 2012. throttle body sudah di bersih kan tapi bila start kereta tiba2 rpm drop, kalau pasang aircond mcm biasa naik turun meter rpm tapi bila tutup aircond engine tak stabil bergegar satu kereta dan tiba2 mati engine. Mohon pencerahan. Terima kasih
ReplyDeleteSalam. Cuba reset throttle body dengan cara menanggalkan terminal negatif bateri selama 1 minit. Pada masa yang sama tanggalkan socket wayar pada Idle Speed Control Solenoid, periksa pin dan pasangkan semula. Uji kereta semula. Jika masaalah yang sama masih berulang kemungkinan Idle Speed Control Solenoid mengalami kerosakan.
DeleteAssalam..nak tanya sikit..brake jadi keras dan tak cengkam bile on aircond..sudah tukar brake servo pon masih masalah yang sama..adakah masalah datang dari sistem vacuum kereta...perodua viva..
ReplyDeleteSalam. Kemungkinan masaalah pada vacuum sistem. Oleh kerana brake servo sudah diganti, cuba periksa keadaan hose vacum dan check valve. Pastikan komponen tersebut dalam keadaan baik.
DeleteSaya juga menghadapi masalah sama bile on aircond brake jadi keras..booster baru masterpump baru dah flushing dan service brake masih sama..vacum hose dan check valve semua ok..ada kaitan dgn vacuum switching valve x??
ReplyDeleteSalam tuan...blh ke pemasangan meter vacuum/boost tarik dr hose vacum ni
ReplyDeleteSalam. Vacum gauge boleh dipasang dengan cara yang sama.
DeleteSalam tuan...kereta alza saya susah dihidupkan... kena tekan pedal minyak baru boleh hidup....hanya masalah nk hidupkan injin setelah dimatikan selama 30 min keatas...
ReplyDeleteSalam. Saya fikir kemungkinan kemungkinan berlaku kerosakan pada fuel pressure regulator menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Cuba onkan kunci selama 5 saat dan offkan kembali bertujuan supaya fuel pump build up pressure dalam fuel system. Ulang sebanyak 5 kali. Kemudian baru dihidupkan enjin. Jika enjin senang dihidupkan bermakna fuel pressure regulator rosak.
DeleteSalam bang. Nak tanya tips nak masuk kan hos tu dengan selamat? sebab hose tu sy paksa masuk sebab ketat jadi terbelah retak panjang. dah potong nak masukkan lagi, susah masuk, ada tips ke bagi senang masuk?
ReplyDelete