Setiap kali enjin kereta
dihidupkan di waktu pagi akan kelihatan air keluar melalui paip ekzos. Berbagai –bagai
teori dikemukakan berkaitan air yang keluar tersebut. Bagi yang mengemukakan teori berkaitan
carburetor akan mengatakan carburetor
telah dibuat pelarasan dengan tepat menyebabkan air terhasil.
Secara umumnya, air akan
terbentuk apabila minyak petrol dibakar di dalam cylinder enjin. Teori kimia
menyatakan air terdiri dari 2 molekul Hydrogen dan 1 molekul Oksigen (H2O).
Hydrogen (H) didapati dari minyak petrol dan Oksigen(O) pula didapati dari udara. Semasa proses
pembakaran berlaku, hydrogen dari minyak petrol akan bercampur dengan Oksigen yang berada di dalam udara lalu membentuk wap
air. Wap air tersebut akan bersentuh bahagian ekzos system yang sejuk semasa
enjin dimatikan lalu menghasilkan air. Semasa enjin hidup dan ekzos system dalam
keadaan panas, wap air akan hilang disebabkan wap air telah mendidih (100ÂșC).
Salam tuan, pagi2 lepas start enjin akan ada air keluar dari ekzos, mengikut pendapat sesetengah org lama, air keluar tu menandakan enjin OK... betul kah pendapat tu tuan? TQ
ReplyDeleteSalam.Selagi ada asap keluar melalui exzos,akan berlaku proses pemeluapan yang menyebabkan air terbentuk. Tidak semestinya air tersebut menunjukkan enjin dalam keadaan baik.
Deleteoh mcm tu rupanya... saya ada 1 lg soalan tuan, kadang2 ada terbau mcm minyak petrol di corong ekzos, adakah sebab ekzos x berapa elok dah atau masalah lain? t/kasih.
ReplyDeleteKemungkinan nisbah campuran udara dan petrol tidak sempurna menyebabkan perkara tersebut berlaku. Cuba periksa air filter samada sudah kotor yang menyebabkan udara berkurangan tetapi petrol berlebihan. Kerosakan oksijen sensor atau PCV Valve tersumbat juga boleh mendatangkan masaalah yang sama.
Deleteaslm bang,kete sy kenari..normal kerr klau ekzos kete kuar air,wlaupun kradaan sekeliling panas,contoh nya dh tgh panas terik pun kuar air dekat eksoz..air radiotor okey jerr,minyak enjin pun okey jerr,xkurg..xbyk..ngam2 jerrr..sblum terjadi mya fenomena nhh..kete sy pernah semput2..tapi tu pun kekadang jerr..slalu dlm 40-50kmh..atau pun tth nak kuar simpang..suami sy cek dkat injektor dya..ad wyr dh xreput..dye repar lh wyr tuu..lps on jerr kete..tgk dkat eksoz dh kuar air,mohon pertolongan dri abang..ad pomen suggest suoh buat top overhaul..valve dye bocor dye kata..
ReplyDeleteSalam. Saya fikir air keluar dari exhaust adalah normal.Jika cylinder head gasket bocor, tekanan dari cylinder enjin akan menolak air keluar dari radiator dan coolant akan berkurangan di dalam radiator. Sebelum dibuat top overhaul, enjin tersebut perlu dibuat compression test untuk menentukan compression pressure didalam enjin sudah berkurangan dari spesifikasi yang ditetapkan pengeluar. Hasil dari ujian tersebut barulah dapat dibuat kesimpulan samaada perlu buat top overhaul ataupun tidak.
DeleteAssalam..ekzos kereta ada keluar petrol. baru je beli petrol tapi tiba-tiba habis dan ekzos ada keluar asap yang berbau petrol.
ReplyDeleteSalam . Kemungkinan fuel injector tidak membakar petrol dengn baik menyebabkan asap berbabu petrol. Cuba periksa isipadu minyak pelincir dan pastikan paras minyak pelincir masih dalam julat yag betul. Hidu minyak pelincir dan pastikan tiada bau petrol. Jika ada bau pterol, minyak pelincir perlu diganti.
DeleteAssalam.. Boleh bg pendapat pada saya, pagi2 bila start enjin ada keluar percikan air dan air akan menitis dr ekzos, kenapa mcm tu ye.. 1 lagi kenapa kereta saya air panas keluar signal hot
ReplyDelete