Pihak pengeluar  mengesyorkan supaya fuel filter kereta Proton Saga BLM diganti sekiranya digunakan melebihi 3 tahun sebagai salah satu rutin penyenggaraan. Walaubagaimanapun, fuel filter yang digantikan tersebut jangan dibuang kerana masih boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Fuel filter terpakai tersebut hendaklah dipotong pada kedua-dua bahagian sambungan hose. Bahagian yang telah dipotong perlu dibersihkan dengan kikir untuk mengelakkan kesan tajam. Setelah dipotong terdapat dua bahagian yang boleh diambil sebagai fuel hose adapter.
![]()  | 
| T joint adapter | 
Setelah siap dipotong, satu bahagian  hendaklah disambungkan dengan brass T joint dengan kaedah kimpalan loyang. Satu lagi bahagian yang telah dipotong dikekalkan dengan bentuk asal.
![]()  | 
| fuel hose adapter | 
1.Semasa kunci kereta dalam keadaan off, keluarkan fius fuel pump.
2.Hidupkan enjin kereta dan biarkan enjin kereta mati dengan sendiri.
![]()  | 
| sambungan T joint adapter dan fuel hose tambahan | 
![]()  | 
| proses pemasangan T joint adapter | 
5.Sambungkan hose tambahan diantara fuel rail dan T Joint Adapter
6.Pasang kembali fius fuel pump
7.Onkan kunci kereta dan pastikan tiada kebocoran minyak petrol.
8.Hidupkan enjin kereta dan perhatikan fuel pressure tester.
![]()  | 
| tekanan minyak petrol Saga BLM | 
10.Tinggikan kelajuan enjin dan pastikan fuel pressure adalah stabil dan tidak menurun.
11.Tanggalkan hose vacum pada fuel pressure regulator dan pastikan fuel pressure meningkat.
12.Matikan enjin kereta dan pastikan tekanan minyak petrol tidak menurun dengan mendadak.
13.Jika tekanan minyak petrol menurun dengan mendadak terdapat kemungkinan kerosakan berlaku pada fuel pressure regulator, fuel pump ataupun kebocoran injector.
i.fuel pump check valve  bocor 
Pemeriksaan dilakukan dengan 
fuel pressure tester masih terpasang dan enjin dihidupkan. Gunakan long nose 
playar yang hujungnya disarungkan hose plastic (untuk mengelakkan hose petrol 
rosak) dan kepit hose petrol tambahan sebelum fuel rail sebaik sahaja enjin dimatikan. 
Proses ini memerlukan seorang pembantu untuk mematikan enjin. Jika tekanan 
petrol masih lagi menurun secara mendadak bermakna bukan fuel pump yang 
rosak. Manakala jika tekanan  petrol tidak 
menurun bermakna fuel pump check valve yang rosak.
ii.fuel injector 
bocor
Untuk 
memeriksa, keluarkan semua injector dari cylinder head.Dengan injector masih 
berada pada fuel rail dan semua wayar injector disambungkan, switch on igniton 
key.Perhatikan pada injector nozzle  jika terdapat minyak yang keluar.Proses ini 
perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati kerana pancitan dari injector jika 
terkena tangan atau jari boleh menyebabkan anggota berkenaan perlu 
dipotong
iii.fuel pressure regulator 
rosak  dan minyak petrol  akan kembali ke tangki semasa enjin mati.
Pemeriksaan dilakukan 
dengan fuel 
pressure tester masih terpasang.Keluarkan return fuel hose dari fuel pressure regulator.
![]()  | 
| fuel pressure regulator | 
Sambungkan fuel hose tambahan beserta fuel hose adapter di antara fuel pressure regulator dan return fuel hose.
![]()  | 
| fuel hose tambahan | 
Gunakan longnose plier yang hujungnya disarungkan hose plastic dan 
kepit hose tambahan minyak petrol yang kembali ke tangki minyak petrol selepas fuel pressure 
regulator sebaik sahaja enjin dimatikan. Proses ini memerlukan seorang 
pembantu untuk mematikan enjin. 
![]()  | 
| fuel hose tambahan dikepit dengan longnose plier | 
Jika tekanan petrol masih 
lagi menurun secara mendadak, bermakna bukan fuel pressure 
regulator yang 
rosak.Manakala jika tekanan petrol tidak 
menurun bermakna fuel pressure 
regulator yang rosak.








Salam bang.. mcn rumit je. Hehe
ReplyDeleteAbg ada bengkel ke.. kat mana ye? Mana tau bole dtg :)..
Salam. Cara itu adalah yang terbaik proses menyelenggara gearbox Waja untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk. Saya fikir lebih baik penyelenggaraan dibuat di Proton Service Centre kerana memiliki peralatan yang mencukupi.Walaubagaimanapun, tanya harga terlebih dahulu untuk mendapatkan kos penyelenggaraan yang berpatutan.
Delete