Kunci kereta
Proton Saga BLM sering kali dilapurkan mudah rosak jika
terjatuh. Apabila kunci tersebut
terjatuh , pemegang kunci akan terbuka lalu menyebabkan komponen
elektronik yang berada di dalamnya bertaburan keluar. Salah satu komponen yang
kerap kali hilang adalah transponder. Tanpa transponder dipasang semula di dalam
pemegang kunci, enjin kereta tidak akan dapat dihidupkan jika menggunakan kunci
tersebut. Di antara komponen yang berada di dalam pemegang kunci tersebut adalah
transponder, 2 biji bateri dan papan litar kunci berpusat.
Transponder berfungsi untuk menghantar
isyarat pengenalan kepada ECU immobilizer.Tanpa isyarat pengenalan dari
transponder, ECU immobilizer tidak akan membenarkan enjin dihidupkan walaupun
kunci telah dimasukkan kedalam lubang kunci. Isyarat pengenalan tersebut perlu
diprogramkan sebelum sistem immobilizer berfungsi. Pemasangan immobilizer
sebagai alat pencegah kecurian kereta dapat mengurangkan kemungkinan kereta dari dicuri.
kedudukan transponder di dalam pemegang kunci |
Sistem kawalan kunci berpusat masih lagi berfungsi untuk membuka dan mengunci pintu kereta Proton Saga BLM walaupun transponder telah hilang . Walaubagaimanapun, enjin kereta hanya dapat dihidupkan dengan menggunakan kunci simpanan.
Aslmkum. Nak tanya Klau rosak dimana boleh repair? Saya di KL
ReplyDeleteBerapa kosnya?
Salam. Saya fikir lebih baik pembaikan dibuat di Proton Service Center yang terdekat dan kosnya bergantung kepada jenis komponen yang perlu digantikan.
DeleteSalam nk tnye... mcam mane nk lumpuhkn sistem chip transponder to.. kunci sy hilang kunci pendua.. kunci utama plak chip transponder to hilang.. sy pkai saga flx
DeleteSalam. Selain menggantikan bateri remote key, tidak banyak perkara yang boleh dilakukan secara DIY untuk menyelenggara immobiliser system kereta. Saya fikir lebih pemeriksaan dilakukan di SC ataupun kedai kunci yang memiliki peralatan khusus untuk menyelenggara immobiliser system.
DeleteAssalam.. Kunci kereta Saya telah hilang... Dn sye beli kunci di halfcut berserta immobiliser dn alarm.... Sepasang... Adakah kereta Saya boleh dihihupkan??
DeleteSalam. Perlu buat coding di Proton service Center. Tanpa coding ECU tidak dapat berhubung dengan transponder dan enjin tidak boleh dihidupkan. Kunci baru mungkin tidak sama dengan key barrel pada pintu depan dan bonet jika hendak dibuka kunci secara manual.
DeleteAssalam..
ReplyDeleteTuan, kereta saya BLM manual.Transponder hilang ttpi masih dapat menghidupkan enjin kereta. Adakah kereta manual takde effect? Untuk makluman, saya buka pintu kereta secara manual. T.kasih. :-)
Salam. Jika enjin kereta dapat dihidupkan tanpa transponder, bermakna salah satu ciri-ciri keselamatan yang dilengkapkan pada kereta tersebut telah hilang. Keadaan sedemikian memudahkan kereta dilarikan oleh penjenayah dengan menggunakan kunci pendua.
Deleteassalam..... saya pun sama tuan saga BLM.Transponder hilang tapi masih boleh menghidupka enjin kereta.saya BLM auto.ada effect untuk sistem ECU x tuan...terima kasih...
DeleteSalam. Kehilangan transponder tidak merosakkan ECU. Cuma immoliser sistem tidak berfungsi seperti yang ditetapkan.
DeleteKunci pendua hilang dan kunci yang ada tadi terjatuh immobilisernya hilang kereta dapat dihidupkan ada tak cara atasi
ReplyDeleteCuba tanya tukang kunci yang biasa membaiki kunci kereta samaada mereka ada alat yang boleh 'menyahaktif" immobiliser system dan mereka boleh datang ke tempat kereta terhenti.Satu lagi pilihan, kereta perlu ditunda ke buat buat kunci ataupun Proton service Center. Cara lain tak ada.
ReplyDeleteSalam. Proton BLM ada ke function untuk auto lock kalau tekan brek bila dah start enjin?
ReplyDeleteSalam. Jika kereta Saga BLM dilengkapkan dengan auto lock, sistem tersebut tetap akan berfungsi walaupun brek ditekan semasa enjin dalam keadaan hidup.
DeleteSalam, kereta saga blm sye hilang tranponder kunci. Dan kunci spare sye juge hilang, kereta tdak dpat hidup. Bagai care untuk sye atasi masalah ini
ReplyDeleteSalam..Cuba tanya jika mekanik di Proton Service Center samaada boleh datang kerumah untuk menyelesaikan masaalah tersebut.Satu lagi pilihan adalah kereta perlu ditunda ke Proton Service Center untuk membuat kunci baru.
DeleteAssalamualaikumm..sy nk tnya brp kos harga klu cip proton saga flx hilang..
ReplyDeleteSalam. Saya fikir lebih baik hubungi Proton Service Centre yang terdekat untuk mendapatkan kos yang terkini.
DeleteSAYA INGIN BERTANYA BERAPA KOS UNTUK GANTIAN TRANSPONDER JIKA IANYA TERJATUH DAN HILANG..UNTUK MAKLUMAN KETE SAYA JENIS SAGA SE
ReplyDeleteSaya fikir lebih baik hubungi Proton Service Centre yang terdekat untuk mendapatkan harga terkini. Gunakan kunci simpanan jika masih dalam keadaan baik.
DeleteAssalam tuan..,
ReplyDeleteMslh saya kunci utama dah hilang dan skg saya pakai kunci kedua tetapi alarm xberfungsi sedangkan saya dah tukar batery baru n transponder masih ada dkt kunci tu..dan saya perhati lampu dkt kunci tsebut bila tekan button xde menyala...bole bg penjelasan..
Salam. Saya fikir kemungkinan micro switch didalam kunci telah rosak menyebabkan transmitter tidak dapat menghantar isyarat pada alarm module walaupun butang (micro switch) ditekan. Kadangkala signal transmitter yang lemah juga boleh menyebabkan masaalah tersebut berlaku.
ReplyDeleteKalau kunci hilang, buat kat proton service centre rm500-600 ke?
ReplyDeleteSila hubungi Proton Service Centre yang terdekat untuk mendapatkan harga terkini.
DeleteAda 2 pilihan :
Delete1. Proton CS akan tukar set Kunci Baru...2 pintu, 1 ignition Dan 1 bonet. Beberapa model pesona, flx Dan blm remote key boleh diprogram semula dgn kekalkan alarm receiver bod DLM kereta. Model main perlu ganti set alarm Baru.
2. Jumpa tukang Kunci. Mereka akan re-key hentuk Kunci spt asal tanpa menukar cylinder lock. Jika melibatkan immo chip mereka akan programkan chip Immo Baru.
Lebih ekonomik pilihan ke 2. Bagaimanapun kena dptkan sebutharga drp mereka. Jika total lost tukangkunci re-use manakala cs guna pendekatan replace.
Harga rm500-rm600 ialah harga daripada tukang kunci. Harga Proton service centre ialah satu kali ganda daripada itu. Ialah RM1200
Deleteremote sy dh tuka battery baru..tp bile tekan x berfungsi..lampu led kat kunci pon x menyala..ade kah sebab micro switch? ade kemungkinan x micro switch dua biji sekali rosak?
ReplyDeletebenda yg sama jadi jgk kat kunci spare..mula2 ok..secara tiba2 x menyala dh..boleh tolong x?
Periksa semula kunci tersebut dan pastikan pemasangan bateri adalah pada kedudukan yang betul.Kadangkala papan litar berpusat yang telah rosak boleh menyebabkan masaalah tersebut berlaku.
DeleteAda tukabg Kunci yg buat kerja ganti touch switch / led dan resoldering PCB board. Jika terlalu parah contohnya terendam air sabun / air laut, mereka akan clone atau duplicate remote key. Sekadar berkongsi ilmu cari makan...
DeleteSaya juga mengalami masalah yang sama iaitu lampu led pada kunci tidak menyala dan menyebabkan alarm tak boleh digunakan. Perkara yang sama Terjadi pada kunci pendua juga dan keadaan kedua-duanya terjadi secara tiba-tiba selepas bateri ditukarkan. Ada apa-apa risiko tak jika kita tukar board tu? Contohnya risiko enjin kereta tidak boleh dihidupkan ke. Mohon bantuan
DeleteUntuk menukar bateri di dalam transmitter boleh dilakukan sendiri tanpa peralatan khusus. Walaubagaimanapun jika terdapat masaalah yang lain, sebaiknya kerja-kerja pemeriksaan dilakukan di SC ataupun kedai yang membuat kunci.
DeleteSalam. Alarm saya gila tiba2. Lampu nyala tpi tak bunyi. Tekan button kt kunci tak function. Buka manual terus bising. Tekan button reset ok bile kunci lekat je. Cabut kunci bising balik. Sbb ape ehh. Mohon penjelasan
ReplyDeleteSalam. Kemungkinan papan litar kunci tersebut telah rosak.
DeleteKemungkinan ITU ( papan litar / PCB ) Rosak adalah kecil. Do DLM kereta alarm dirangkaikan dgn sensor / switch . sebagai contoh jika switch pada pintu PEMANDU Rosak / tak berfungsi alarm akan berbunyi apabila diaktifkan. Seolah2 ada cubaan utk buka kereta. Begitu juga dgn switch pada hood Dan bonet. Untuk waja biasanya switch dibonet perlu diketatkan kerana tersasar drp kedudukan asal. Begitu juga dgn kereta yg guns tilt Dan shock sensor yg terlalu sensetif. Sekadar sampaikan ilmu cari makan....
Deletekereta sy saga fl.masa nk start xblh.xde bunyi ap2.dh hntr sc pun msh jd mslh yg sm.kdg2 blh start kdg2 xblh..cip kunci dh tkr.blh tau ke mslh ap ni?
ReplyDeleteSaya fikir kemungkinan ada masaalah pada starting system menyebabkan engine tidak boleh crank. Cuba service starter motor. Kemungkinan carbon brush di dalam starter motor sudah haus dan perlu diganti. Disamping itu juga, sisa kotoran dari carbon brush boleh menghalang pengaliran arus elektrik di dalam starter motor dan menyebabkan enjin tidak boleh dipusing.
Deleteassalamualaikum. tumpang tanya, alarm kete sy ada prob part getah/silikon tu makin nipis. bila tekan alarm susah sgt. kat mana saya nk cari ganti getah/silikon alarm ?
ReplyDeleteSalam.Cuba dapatkan dari kedai yang membuat kunci pendua kereta.
DeleteDisini tempat ada ganti getah tu.. RM16
DeleteTempat di Sungkai Perdana, Perak
Salam..tumpang tny..sy pkai saga blm..saga sy mati tiba2 dan start blik xde crank..kosong saje..bleh bntu x sape2 y ade pengalaman nk ilmu tntang nie
ReplyDeleteSalam. Cuba kenalspasti masaalah pada starting system bermula dengan bateri. Gunakan digital mutimeter dan ukur voltage bateri.Voltage bateri dalam keadaan yang baik adalah lebih dari 12 volt.Jika kurang dari 12 volt bateri perlu dicas semula. Seterusnya tanggalkan wayar dari ignition switch pada terminal starter motor. Gunakan jumper wire dan sambung kutub potitif terminal bateri dengan terminal starter motor. Cara ini digunakan untuk by-pass ignition switch .Enjin akan crank jika starter motor dalam keadaan baik. Kesimpulannya ignition switch , wiring harness ataupun starter relay ada masaalah. Jika starter motor masih tidak crank, kemungkinan starter motor ataupun starter solenoid ada masaalah.
DeleteJika semua masaalah starting system telah dibaiki tetapi enjin masih tidak boleh crank, baru diperiksa immoliser system terutama remote key. Kemungkinan batteri dalam remote key telah kehilangan kuasa dan perlu diganti. Tidak banyak penyelenggaraan secara D.I.Y. yang boleh dilakukan pada remote key kecuali mengganti bateri. Penyelenggaraan immoliser lebih sesuai dilakukan di Service Centre ataupu tukang kunci yang mempunyai peralatan khusus untuk penyelenggaraan immobiliser.
Salam tuan..saya pakai saga blm..nak kunci guna remote tak boleh..dia bekelip double signal 4kali..da reset da cbut btri psg blik pn ttp sama..
ReplyDeleteSalam. Selain menggantikan bateri remote key, tidak banyak perkara yang boleh dilakukan secara DIY untuk menyelenggara immobiliser system. Saya fikir lebih pemeriksaan dilakukan di SC ataupun kedai kunci yang memiliki peralatan khusus untuk menyelenggara immobiliser system.
DeleteSalam tuan. Sy pakai saga blm. Sdh berbulan tak guna remote alarm hanya pakai manual unlock dan lock pintu dan start enjin, sbb remote seolah2 sdh tak berfungsi.. mgkn bateri @ masalah lain. Bbrp hari lepas tak dapat start enjin... Tapi crank boleh. Adakah enjin tak dapat start disebabkan remote key tak berfungsi?
ReplyDeleteSalam. Pemeriksaan immobiliser system lebih baik dilakukan di SC ataupun ataupun kedai kunci yang memiliki peralatan khusus. Pemeriksaan secara DIY sukar dilakukan tanpa peralatan khusus seperti scan tool.
DeleteSalam. .... immobiliser system lebih baik namun tak akan berguna ketika saya kehilangan cip pada kunci, sehingga sudah 2 minggu mobil tidak bergerak, mohon pencerahannya bro apakah bisa mengganti cip kunci saya tersebut ???? alamat saya di Pontianak Kalimantan Barat Indonesia mohon Bantuannya
ReplyDeleteSalam. Tansponder chip yang hilang boleh digantikan di Service Centre ataupun tukang kunci yang membuat kunci kereta. Selepas diganti chip, kunci tersebut perlu diprogram semula supaya enjin kereta boleh dihidupkan.
DeleteASLM..kreta sy bila start tak boleh...lmpu smua x hdup..kreta mcm hlang kuasa...sbb apa ye
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa relay dan fius di dalam fius box yang berada bonet kereta.Pastikan fius dan relay dalam keadaan baik.
DeleteSalam..saya nk tnya..kunci kereta saya terjatuh..dan Kereta sy ada 2 ,1 kunci utk start enjin dan 1 lg utk kunci(alarm)..kunci yg nk start enjin tu jatuh,saya tkut nk start enjin,tkut bunyi..cmna nk buat ye?
ReplyDeleteSalam. Jika kunci jatuh dan pecah casing, kemungkinan transponder akan hilang. Dalam kes demikian , enjin tak dapat dihidupkan. Jika sekadar kunci jatuh, kemungkinan tiada masaalah apabila hendak start enjin.
DeleteAssalam..jika alarm xleh on secara auto kena bukak mengunakan kunci secara manual...alarm berbunyi cmner nk mati kan bunyi alarm yea..
DeleteSalam. Switch on kunci dan tekan butang bertanda titik putih yang berada sebelah kiri butang lampu hazard pada dashboard.
DeleteSalam.betulkah transponder proton semua sama.
ReplyDeleteSalah. Minta maaf. Saya tidak ada maklumat jenis transponder yang digunakan pada setiap kereta Proton.
DeleteAssalam...nak tanya..kunci kereta sy mcm ada crack skit,dah gam kan..tp lama2 mcm butang sensore nya lari dri tmpt asal,senget sedikit..lepas tu alarm selalu berbunyi dan last2 kedua2 butang sensore tu dh xblh guna..hari tu tgh drive alarm berbunyi..bila tekan butang sensore dlm kereta terus mati sensore skli dgn horn xbunyi2 dah...agak2 harga tukar sarang kunci tu brp ya?
ReplyDeleteSalam. Saya fikir lebih baik hubungi Proton SC ataupun kedai kunci yang khusus membuat kunci kereta untuk mendapatkan harga terkini housing kunci tersebut.
DeleteSalam.. sy nk tny kereta sy kadang2 susah nk start. Bunyi tap2 saja.. kadang2 boleh smpai 20 30 kali start bru hdp. Bateri baru tukar. Kadang2 saja berlaku masalah tu.. adakah mungkin sebab transponder kunci tu? Saya xda kunci spare sebab dh jatuh dalam longkang.. pernah juga bawa ke bengkel tp xboleh detect sbasa tu boleh start mcm biasa
ReplyDeleteSalam. Kemungkinan masaalah tersebut berpunca dari starter motor. Saya fikir cuba buat penyelenggaraan starter motor tersebut. Kadangkala kotoran yang berpunca dari sisa-sisa habuk carbon brush menyebabkan starter motor sukar berpusing.
DeleteBetul ke Saga BLM generasi pertama yg tahun 2008 takde immobilizer? Mcm mana nk tahu kereta ada immobilizer ke dak?
ReplyDeleteUntuk semua yg bertanya, harga untuk tukar kunci beserta remote ialah RM60, sy pernah tukar sekali dah. Tpi Proton SC cuma bagi remote seketul tu, bhgian kunci tu kena potong sendiri dikedai luar, maksudnya kena bawa kunci asal utk kedai tu duplicate. SC hanya akan tlg pindahkan cip dari remote lama ke remote baru. Kalau cip tu hilang, lagi mahallah jawabnya.
Sila buka pemegang kunci dan periksa samaada terdapat transponder di dalam. Jika ada, bermakna ada immobiliser.
Deletesalam mcm mna kita nk tahu sbnrnya mslh xdpt start kereta adalah d sebabkan immobliser bmasalah.
ReplyDeletesy sbnrnya konfius kadang2 kereta situasi dia
bila sy start pusing kunci 1st akan bunyi spt suma sistem tgh on. pastu bila nk pusing utk starter still bunyi sama mcm yg 1st td tp takda bunyi kick dr starter. adakah ini tanda immobiliser sy bmasalah.. tq
Salam. Salah satu punca yang menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan adalah masaalah pada immobiliser. Jika masih ada kunci simpanan, cuba gunakan kunci tersebut untuk menghidupkan enjin. Walaubagaimanapun faktor-faktor lain adalah disebabkan voltan pada bateri yang rendah. Voltan bateri boleh diperiksa dengan multimeter dan ditentukan berada 12.3 volt ke atas bagi bateri yang dalam keadaan baik. Selain itu, kerosakan starter motor juga menyebabkan enjin tidak boleh dihidupkan. Cuba ketuk pada starter motor dan solenoid semasa enjin sedang dihidupkan. Kadangkala cara ini dapat menghidupkan enjin. Masaalah wayar yang lama dan mempunyai rintangan tinggi juga boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Saya fikir keseluruhan starting system perlu diperiksa satu-persatu dan jika didapati semua dalam keadaan baik, barulah boleh dibuat kesimpulan immobiliser bermasaalah.
ReplyDeletesalam tuan nak tnya.. kereta saga saya xdpt dihidupkan.. jika dpt pun.. hanya seketika sebelum padam semula.. bateri ok.. fuse ok.. adakah kene mengena dgn chip transponder? ia x hilang.. tp adakah kemungkinan chip itu boleh rosak?
ReplyDeleteSalam. Cuba tuan periksa diod yang berwarna hijau dan berada berdekatan dengan blower aircond. Mungkin ada kerosakan komponen tersebut.
DeleteSalam saya nak tanya saya pakai saga blm baru 2 tahun, semalam kereta saya tak boleh buka guna remote after dah tukar battery pada remote masih juga tak boleh buka pintu. Apa patut saya buat? Dan lagi satu nak tanya jika, battery kereta kong adakah itu juga salah satu sebab tak boleh buka kereta guna remote?
ReplyDeleteMaaf bukan saga blm tapi saga vvt cvt
DeleteJika batery kehilangan kuasa boleh menyebabkan remote control tidak boleh digunakan.
DeleteKerta sya proton saga fv 1.3..dpt on kuasa bila kunci dimasukkan... Bila nak pusing lagi nak hidup kan enjin... Free sja.... Xpat start... Xda bunyi
ReplyDeleteKemungkinan ada asaalah startting system. Cuba periksa fius , starter relay dan starter motor. Salah satu komponen tersebut ada masaalah.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAsalamualaikum tuan..maaf mengganggu..saya buntu..kereta saya tiba2 x bole start..td saya balik dr hospital..perjalanan lebih kurang 2 jam..selepas 1 jam rehat..saya nak start enjin kereta..tiba2 x boleh..bila saya pusing kunci yg pertama..semua lampu kat meter ada..tp pusing kunci kali kedua terus x bole hidup..cume bunyi tuk..saya da cek kunci saya..dalamnya memg x de chip..da mencari x jupe..saya ingatkan jatuh..tp saya amek kunci spare..nak start pon x bole juga..rupanya kunci kedua pon x de chipnya..sebelum ni guna kunci spare oke je bole hidup..bole bg penjelasan x kenapa jd macam tu..saya rasa dua2 kunci memang x de chipnya dr dulu..tp bole hidup..tp sekarg ni jd macam ni..saya puas fikir..esok saya urgen ke hospital sbb bini saya masuk wad bersalin..tolong saya
ReplyDeleteTumpang tanya saya dah buntu .starter dah tukar .sekejap boleh krank skejap tak boleh .kalau boleh krank pon engine hidup 1saat je terus mati balik.krank balik tak boleh lama sikit krank balik engine nak hidup je trlerus mati balik .ad kah chip pada kunci trsebut rosak
ReplyDeleteCuba periksa keadaan transponder dalam kunci. Kalau ada kunci spare, cuba guna dulu.
DeleteRemote kereta saga flx saya tekan lama lama baru dapat lock/unlock pintu beteri remote sudah tukar baharu..kenapa cam tu?
ReplyDelete