Starter motor
merupakan komponen yang sangat penting untuk menghidupkan enjin sangkut. Kadangkala enjin tidak dapat dihidupkan walaupun starter motor boleh
dipusingkan.Untuk memeriksa starter motor yang tidak bergerak lancar langkah-langkah berikut boleh
dilakukan. Kaedah yang diguna pakai adalah menggunakan starter test lead yang
disambung kepada multimeter. Dengan mengunakan starter test lead tidak perlu lagi menggunakan pembantu untuk memerhati multimeter. Wayar probe
multimeter telah digantikan dengan starter test lead yang mempunyai wayar yang
lebih panjang.
1.Sambungkan satu bahagian starter test lead pada positif post starter motor dan ground engine sangkut.
starter test lead pada starter motor |
2.Sambungkan satu lagi bahagian starter test lead pada positif dan negative post bateri.
starter test lead pada battery |
3.Starter test lead mempunyai dua tanda pada toggle switch. Tanda "B" untuk battery. Tanda "S" pula untuk starter motor.
toggle switch |
4.Letakkan selector pada multimeter pada kedudukan voltage.Toggle switch pula diletakkan pada tanda "B" dan perhatikan bacaan voltage battery yang didapati.Voltage battery semasa enjin tidak dipusingkan adalah 12.36V.
bacaan battery |
5.Seterusnya crank enjin dan perhatikan bacaan yang didapati pada battery.Semasa enjin dipusingkan oleh starter motor, bacaan pada batery adalah 11.12 V.
6.Pada masa yang sama, ketika starter motor sedang memusingkan enjin letakkan toggle switch pada kedudukan "S" pula dan perhatikan bacaan multimeter. Bacaan yang didapati pada starter motor adalah 9.54V.
7.Bacaan yang didapati pada ujian di atas adalah bacaan voltage yang baik untuk membolehkan enjin sangkut Mercury 225HP dapat dihidupkan. Starter motor memerlukan voltage yang melebihi 9.5V untuk menghidupkan enjin sangkut.
8.Jika bacaan voltage yang didapati adalah rendah sebagai contoh 7V pada starter motor dan batteri, batteri perlu dicas semula.
9.Jika bacaan voltage yang didapati adalah sama sebagai contoh 10V pada starter
motor dan batteri , penggantian starter motor perlu dilakukan.
10.Jika bacaan voltage yang didapati adalah berbeza sebagai contoh 10V pada batteri
dan 7V pada starter motor sambungan cable batteri perlu bersihkan.
No comments:
Post a Comment