Fuel injector  merupakan merupakan komponen  yang sangat penting  di dalam enjin sangkut yang menggunakan
electronic fuel injection system. Salah satu masaalah yang kerap berlaku  kepada fuel injector adalah tersumbat.  
             Sistem bahanapi enjin sangkut bermula dari
tangki bahanapi dan berakhir di fuel injector. Walaupun sistem bahanapi
untuk enjin sangkut dipasang dengan  fuel
water saparator, low pressure  fuel
filter, high pressure fuel filter dan fuel injector micro filter masaalah
tersebut tetap berlaku. Untuk mengatasi masalah tersebut, tangki minyak petrol
akan dibersihkan apabila kerja-kerja penyenggaraan dilakukan. Semasa
penyenggaraan, salah satu komponen yang kerapkali terlepas pandang adalah penggantian
fuel  hose yang digunakan  pada system bahanapi. Fuel hose jarang sekali
diganti  baru walaupun terdapat syor dari
pihak pengeluar untuk menukar fuel hose apabila mencapai tempoh tertentu. Fuel hose perlu diganti apabila sudah digunakan selama 2 tahun.
           Fuse hose yang digunakan
pada enjin sangkut terdedah kepada persekitaran marin  dan memerlukan penyenggaraan yang lebih  kerap. 
Apabila mencapai tempoh masa tertentu, bahan yang digunakan untuk
membuat fuel hose akan menjadi  lusuh.
Dari segi fizikal luaran. fuel hose kelihatan masih baik tetapi berbeza dengan
keadaan  fizikal di dalam fuel hose. Minyak
petrol diketahui mempunyai kesan kakisan kepada bahan yang diperbuat dari
getah.
       Pengaliran minyak petrol  secara
berterusan di dalam fuel hose akan menghakis bahagian  dalaman fuel hose secara perlahan-lahan. Kotoran
dari kesan kakisan tersebut akan mengalir bersama  minyak petrol dan seterusnya terhenti di
micro fuel injector filter. Itulah punca yang menyebabkan micro fuel injector filter
tersumbat. Sekiranya fuel injector tersumbat, enjin sangkut tidak  dapat beroperasi dengan baik.  


No comments:
Post a Comment