Kebanyakaan bot yang bergerak laju digerakkan oleh oleh enjin dalam ataupun enjin sangkut. Walaubagaimanapun, penggunaan enjin sangkut lebih popular disebabkan rekabentuknya yang lebih padat. Selain dari itu, enjin sangkut yang dipasang pada bahagian belakang bot dapat memberikan ruang yang lebih luas dan selesa di dalam bot. Apabila bot tidak digunakan, enjin sangkut dapat diangkat keluar dari permukaan air yang juga merupakan satu kelebihan berbanding enjin dalam.
Komponen utama enjin sangkut terbahagi kepada 3 bahagian utama. Komponen-komponen tersebut adalah powerhead, mid-section dan lower unit.Walaubagaimanapun istilah yang digunapakai untuk menerangkan komponen-komponen tersebut adalah berbeza di antara sesuatu tempat.
enjin sangkut
Powerhead adalah enjin kepada sesebuah enjin sangkut. Powerhead enjin sangkut menggunakan kitaran 2 lejang ataupun kitaran 4 lejang. Terdapat enjin sangkut yang masih lagi menggunakan carburetor untuk menentukan campuran udara dan petrol berada dalam nisbah yang betul sebelum melengkapkan proses pembakaran. Perkembangan teknoloji yang semakin pesat menyebabkan electronic fuel injection system semakin popular digunakan pada enjin sangkut. Di samping itu juga, penggunaan Gasoline Direct Injection juga semakin mendapat tempat.
Bahagian midsection pula terdiri dari sistem penyejukan dan juga laluan exzos. Semasa proses pembakaran berlaku, kuasa pusingan menegak dari powerhead disalurkan melalui driveshaft ke lower unit. Seterusnya lower unit memindah pusingan menegak kepada pusingan mendatar melalui satu set gear untuk memusingkan kipas. Pusingan kipas yang dihasilkan oleh enjin sangkut membolehkan bot bergerak.

No comments:
Post a Comment