Mengenal Kerosakan Lead Acid Bateri Perodua Alza Cara Koman

  Lead Acid Battery merupakan salah satu  komponen  penting yang membekalkan kuasa elektrik  kepada  sistem elektrik dan elektronik kereta. Sesuai dengan fungsi tersebut, bateri perlu sentiasa berada dalam keadaan baik. Bateri perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala untuk memastikan  bekalan kuasa elektrik yang berterusan  dibekalkan di dalam kereta.

 Lead Acid Battery yang digunakan di dalam kereta Perodua Alza  perlu digantikan  apabila menunjukkan tanda-tanda tertentu. Kaedah untuk mengenalpasti bateri kereta Perodua Alza yang bermasaalah tidak memerlukan alatan khusus. Melalui pemerhatian tanda-tanda bateri yang bermasaalah dapat dikenalpasti.

Salah satu lampu penunjuk yang ada pada meter cluster kereta Perodua Alza  adalah lampu penunjuk ABS.  Semasa kunci kereta  berada pada kedudukan ‘on’, lampu penunjuk ABS akan menyala. Jika lampu tersebut tidak menyala, kemungkinan mentol sudah rosak dan perlu diganti.Setelah 5 saat  lampu tersebut akan terpadam. Jika tidak terpadam, kemungkinan system kawalan elektronik ABS bermasaalah dan  perlu dibuat diagnosis dengan scan tool.
lampu penunjuk ABS
 Lead Acid Battery kereta Perodua Alza yang bermasaalah boleh dikenalpasti melalui  pemerhatian pada lampu penunjuk ABS.  Sebaik sahaja enjin kereta Perodua Alza dihidupkan, lampu penunjuk  ABS yang dalam kedaan terpadam akan menyala dan kemudiannya terpadam kembali. Perkara tersebut akan berulang setiap kali enjin kereta dihidupkan. Bateri perlu diganti baru apabila diperhatikan  berlakunya keadaan tersebut. Walaubagaimanapun, bateri clamp perlu dipastikan dalam keadaan diikat dengan ketat sebelum dibuat kesimpulan bateri kereta yang bermasaalah. Bateri clamp kereta Perodua Alza yang longgar juga boleh menyebabkan lampu penunjuk ABS menyala setelah enjin dihidupkan dan kemudiannya terpadam kembali.
lampu ABS menyala semasa enjin dihidupkan

Semasa enjin dihidupkan, starter motor menggunakan arus elektrik yang tinggi. Oleh kerana  bateri bermasaalah , voltage pada bateri tidak dapat menampung arus yang digunakan starter motor. Penurunan voltage secara mendadak menyebabkab voltage pada sensor ataupun actuator system ABS berada diluar julat yang ditetapkan. Apabila ECU ABS mengesan voltage berada diluar julat yang ditetapkan, lampu penunjuk ABS akan menyala.

Setelah enjin kereta hidup, alternator  akan kembali mengecas bateri dan voltage kembali meningkat kepada 12 volt. Pada ketika ini, ECU ABS mengesan voltage pada sensor ataupun actuator system ABS berada didalam julat yang ditetapkan dan seterusnya memadamkan lampu penunjuk ABS yang menyala.

2 comments:

  1. Jika lampu AT menyala bila lebih 80km apa rosak ya? Bila stop n letak gear N lampu AT hilang.apa masalahnya tuan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh kerana lampu AT telah menyala, saya cadangkan enjin kereta dibuat diagnosis dengan scantool. Mungkin ada masaalah pada gearbox electronic control system. Pembaikan selanjutnya adalah berdasarkan masaalah yang dikesan oleh scantool.

      Delete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...