Bahagian lower unit merupakan komponen yang dipasang
pada kedudukan dibawah enjin sangkut. Lower unit berfungsi untuk
memindahkan kuasa dari powerhead enjin
sangkut melalui sistem gear kepada propeller dan seterusnya menghasilkan pergerakan bot.
Di antara
komponen yang dilengkapkan pada lower unit adalah seperti water intake,water pump,
anti ventilation plate, skeg dan propeller.
Water
intake pada lower unit digunakan sebagai laluan untuk menyedut air. Air yang
disedut oleh water pump dibekalkan kepada sistem penyejukkan enjin sangkut.
Anti ventilation plate pula digunakan untuk menghalang udara disedut oleh
propeller. Dengan adanya anti ventilation plate, kehilangan kuasa tolakan oleh
propeller akibat dimasuki udara dapat dielakkan.
lower unit enjin sangkut |
Pada
bahagian bawah lower unit terdapat komponen yang dikenali sebagai skeg.
Pemasangan skeg dapat melindungi propeller dari rosak jika terlanggar objek yang berada di bawah air.
Skeg juga dapat menambah keupayaan pengendalian bot supaya bot
boleh beroperasi dengan lebih lancar.
No comments:
Post a Comment