Salah
satu komponen yang dilengkapkan pada sistem suspensi roda hadapan kereta Perodua Alza adalah
absorber link.Pemeriksaan perlu dilakukan pada absorber link tersebut untuk
memastikannya berada dalam keadaan baik. Salah satu masaalah yang kerap
kedengaran pada kereta Perodua Alza adalah nut yang mengikat absorber link
menjadi longgar. Apabila nut tersebut
longgar, bunyi ketukan yang kuat akan
kedengaran pada bahagian suspensi roda depan
semasa kereta melalui
jalan yang berlopak ataupun berbonggol.
absorber link suspensi depan Perodua Alza |
Pemeriksaan
tersebut adalah mudah dilakukan. Untuk melakukan pemeriksaan, steering kereta Perodua Alza perlu dipusingkan sehingga
bahagian bertanda ‘lock’ untuk membolehkan
absorber link dicapai. Terdapat 2 nut yang perlu diperiksa dan dikunci
iaitu 1 dibahagian atas manakala 1 lagi di bahagian bawah. Gunakan spanner yang
bersesuaian dan kunci nut yang
mengikat absorber link jika didapati longgar
No comments:
Post a Comment