Selain dari
dibersihkan, operasi throttle valve di dalam electronic throttle body Proton
Saga perlu diperiksa dan ditentukan berada dalam keadaan baik.Kaedah seperti berikut boleh digunakan untuk memeriksa throttle valve tersebut.
1.Tanggalkan kabel negative dari battery terminal untuk mengelakkan throttle valve motor beroperasi.
2.Tanggalkan air cleaner hose supaya throttle valve senang diperiksa.
air cleaner hose ditanggalkan |
3.Pada
masa yang sama, bersihkan electronic throttle body.
throttle valve ditolak ke posisi terbuka |
5.Setelah throttle valve berada pada kedudukan terbuka,lepaskan throttle valve dan pastikan throttle valve bergerak dengan lancar ke posisi
tertutup.
throttle valve dilepaskan ke posisi tertutup |
6.Jika
throttle valve bergerak tidak lancar
ataupun terhenti pada satu kedudukan sebelum sampai ke posisi tertutup semasa
dilepaskan, electronic throttle body tersebut
perlu diganti.
7.Setelah diperiksa dan dipastikan throttle valve berfungsi dengan baik,pasang kembali kabel negative ke battery terminal.
8.Pasang kembali air cleaner hose ke throttle body.
Boleh saya tau dak klau apa fungsi throttle valve ni?
ReplyDeleteThrottle valve berfungsi untuk mengawal jumlah udara yang masuk kedalam combustion chamber. Pada enjin jenis lama, throttle valve bersambung dengan accelerator padel melalui mekanikal cable. Enjin jenis baru pula menggunakan elektrik cable yang menggeralkan throttle valve motor. Apabila accelerator padel dipijak, throttle valve turut akan terbuka. Semakin besar pembukaan throttle valve, semakin banyak udara akan memasuki combustion chamber serta menyebabkan jumlah petrol yang dipancitkan oleh injector semakin bertambah.Hanya enjin petrol sahaja yang menggunakan throttle valve.
DeleteSalam saya mempunyai msalah dimana apabila accelerator padle dipijak,RPM lambat naik dan bunyi enjin tidak sekata dengan pijakkan accelerator padle.. adakah msalah ini berpunca dari throttle body ? Terima kasih tuan
ReplyDeleteSalam.Cuba periksa engine mounting kereta. Rujuk entri Periksa Engine Mounting Kereta Cara Koman untuk pencerahan.
DeleteSalam.. boleh ke tekan butterfly guna jari? Sbb dgr dari group2 kereta diorg cakap xboleh sentuh butterfly kalau x rpm jadi gila...
ReplyDeleteSalam. Throttle valve boleh ditekan dengan jari untuk menguji tindakbalas dan menentukan throttle valve dalam keadaan baik. Perkara yang menyebabkab rpm turun naik adalah disebabkan throttle body dikeluarkan tanpa menanggal terminal negative battery.
DeleteKalau throttle valve dh tertekan dn rpm gila spa perlu bust
ReplyDeletePerlu reset dengan scantool.
DeleteSalam,saya nak tanya sikit saya telah cuci throttle body dan pasang balik,bila start rpm tinggi sehingga nombor 2,apa masalah dia tuan
ReplyDeletePerlu reset dengan scantool jika RPM masih tinggi.
Delete