Enjin kereta Proton Waja menggunakan ignition system
yang dikenali dengan nama distributorless waste spark gnition system. Pada sistem jenis ini ,hanya 2 unit ignition coil digunakan untuk menyalakan 4 unit palam pencucuh. Kerosakan ignition system menyebabkan enjin kereta tidak dapat dihidupkan
dan juga menyebabkan enjin mati secara mendadak. Terdapat beberapa kaedah untuk
memeriksa dan memastikan ignition system enjin kereta Proton Waja berada dalam
keadaan yang baik. Kaedah yang disyorkan oleh pengeluar kereta ada ditunjukkan di dalam service manual yang tidak dibekalkan secara percuma
kepada pengguna.
Terdapat kaedah yang lebih mudah dan berkesan untuk
memeriksa ignition system tanpa perlu merujuk kepada service manual . Selain digunakan
untuk melaras ignition timing enjin kereta, timing light juga boleh digunakan
untuk memeriksa keadaan ignition system yang bermasaalah. Penggunaan timing
light merupakan kaedah yang berkesan dan mudah untuk memeriksa ignition system
enjin kereta Proton Waja.
penggunaan timing light |
Untuk memeriksa keadaan ignition system kereta Proton
Waja yang bermasaalah, timing light clamp perlu dikepit pada spark plug cable selinder nombor 1-4 dan 2-3 dalam keadaan enjin kereta sedang hidup pada
kelajuan idling. Cahaya timing light tersebut dihalakan kepada bahagian berwarna
gelap kereta dan kerlipan cahaya
tersebut diperhatikan dengan teliti.
ignition system dalam keadaan baik
Jika ignition system dalam keadaan baik, kerlipan
cahaya timing light akan berkelip dengan sekata. Jika ignition system dalam
keadaan bermasaalah, kerlipan cahaya timing light akan berkelip dengan tidak sekata
dan seakan-akan terhenti seketika. Masaalah tersebut diantaranya spark
plug , spark plug cable ataupun ignition coil yang rosak. Pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan,
untuk menentukan samaada spark plug ataupun ignition coil yang bermasaalah.
ignition system bermasaalah
Untuk memeriksa ignition coil Proton Waja dengan lebih terperinci boleh dirujuk disini .
Tuan mcmana saya nak ke bengkel Tuan sebab kereta saya naik kod P0420 jenis kia forte 1.6 2010
ReplyDeleteSaya tiada bengkel. Saya DIY sebagai hobi. Rujuk disini untuk pencerahan http://www.engine-codes.com/p0420_kia.html . Codes tersebut untuk kereta Kia di USA yang menggunakan format OBD-II. Kemungkinan besar kereta Kia Forte yang dijual di Malaysia menggunakan OBD-II juga. Persamaan codes adalah sesuatu yang sangat baik. Saya fikir, dapatkan bengkel yang adan scan tool untuk mmbaiki masaalah tersebut. Dengan adanya scan tool, untuk periksa, uji komponen dan reset ECU lebih mudah.
DeleteSy sdah pon tkar cable plug,spark plug dan coil plug msalah same ttp blaku ke ade msalah wiring wyar smbung ke coil plug??or socket pnyambung problem??
ReplyDeleteTerdapat 3 wayar yang disambung pada setiap connector ignition coil. Wayar tersebut bermula dari arah kiri ke kanan connector ditandakan di dalam circuit diaghram sebagai 1)Power 2)Ground 3)Control. Wayar Power berhubung terus dengan ignition key. Wayar Control berhubung terus dengan ECU. Dapatkan sebatang jarum dan cucuk pada pin Power melalui kaedah backprobe. Onkan ignition key. Sediakan digital multimeter. Sambungkan probe negatif multimeter pada terminal negatif bateri (ground) dan probe positif pada jarum. Ukur voltage pada pin tersebut.Jika voltage yang didapati adalah 12v, bekalan kuasa pada primary ignition coil adalah baik. Jika kurang dari 12v, kemungkinan ada wayar yang putus. Seterusnya, hidupkan enjin dan ukur kembali voltage tersebut. Pastikan voltage akan meningkat melebihi 12v kerana alternator sedang mengecas.. Ini adalah kerana kadangkala voltage semasa enjin tidak dihidupkan berada dalam keadaan baik tetapi sebaliknya berlaku apabila enjin dihidupkan. Periksa voltage pada kedua-dua ignition coil.Cara pengukuran voltage kaedah backprobe rujuk pautan berikut :https://serbamaneka.blogspot.my/2016/03/periksa-voltage-fuel-injector-proton.html.
DeleteUntuk memeriksa wayar Control pada connector ignition coil, kaedah yang lebih advance perlu digunakan. Wayar CONTROL lebih sesuai diperiksa dengan oscilloscope. Dengan oscilloscope bentuk gelombang ignition coil beroperasi dapat dilihat dengan jelas.
Selain dari itu, periksa pin di dalam connector ignition coil dan pastikan tidak berkarat atau cacat. Pastikan juga pin tersebut tidak terlalu longgar. Kemungkinan yang lain adalah kerosakan ECU. Walaubagaimanapun, saya tidak fikir ECU mengalami kerosakan. Akhir sekali, pastikan alatganti yang digunakan alatganti tulen.
Boss..nk tanyak kenapa kereta waja jalan tersenguk2..dan rpm naik tinggi pastu turun..laju pulak tu dia naik turun..dan juga masa rpm naik tinggi injen x meraung just dia tersenguk2..dh tukar trotel body suiz n sensor camp..still ada msalah tu..
ReplyDeletehi tuan. boleh tak sy tau dimana letaknya spark plug waja mmc 4G18?sy baru nak mencuba untuk DIY sendiri.
ReplyDeleteUntuk mengeluarkan spark plug, perlu buka penutup plastic bewarna kelabu. Ada 4 bolt yang memegang penutup tersebut dan perlu dibuka menggunakan socket spanner 10mm (T spanner). Setelah penutup plastik dikeluarkan, 2 unit ignition coil dapat dilihat dengan jelas.Dibawah setiap ignition coil terdapat 1 unit spark plug dan bersambung dengan 1 high tension cable. 1 unit ignition coil menyalakan 2 unit spark plug.
Deletesalam. macam mana nak keluarkan getah yang ada pada hujung ignition coil yg lekat pada spark plug. masa tarik keluar getah yg palam pada spark plug tu tercabut. masukkn semula. tarik tak mau keluar jugak. ada cara x???
ReplyDeleteSalam. Cuba gunakan bolt saiz M10 . Pusing bolt supaya masuk dan lekat pada lubang tersebut. Tarik keluar bolt dengan plier.
Deletewaja meter nombor digital km jadi separuh boleh repair tak..
ReplyDeleteKemungkinan berlaku kerosakan pada LCD screen menyebabkan nombor digital nampak separuh. Perlu ganti baru.
DeleteSalam tuan..... Apa punca ignition coil waja hangus/burn?
ReplyDeleteSalam.Saya fikir kemungkinan wire harness ke socket ignition coil longgar ataupun reput. Cuba periksa bahagian tersebut. Jika socket longgar, rintangan menjadi tinggi menyebabkan arus elektrik tidak dapat mengalir dengan baik ke ignition coil. Suhu pada wayar turut meningkat dan seterusnya membakar ignition coil.
Deleteapa masalah tetiba engin mati..sy check cable plug x de spark
ReplyDelete