Laksana Proton Saga BLM Throttle Body Adaptation Cara Koman

Pada masa sekarang, enjin kereta Proton Saga BLM menggunakan electronic throttle body berbanding model kereta terdahuluPergerakan throttle valve ditentukan oleh engine control unit melalui kawalan throttle motor. Maklumat yang disimpan di dalam memory engine control unit menentukan enjin  kereta dapat beroperasi dengan baik. Kadangkala enjin kereta Proton Saga BLM  tidak  dapat beroperasi dengan baik setelah melalui proses berikut :
1.Wayar terminal bateri kereta telah ditanggal dan disambungkan semula
2.Engine control unit telah dikeluarkan dan dipasang semula
3.Throttle body telah dikeluarkan , dibersihkan  dan dipasang semula
4. Accelerator pedal telah dikeluarkan dan dipasang semula
Electronic throttle body
Proses yang dilakukan seperti di atas menyebabkan kehilangan maklumat yang tersimpan di dalam memory engine control unit. Electronic throttle body tidak dapat berkomunikasi dengan engine control unit apabila kehilangan memory. Untuk memulihkan pretasi enjin, throttle body perlu dibuat throttle body adaptation. Semasa tatacara ini dilakukan, throttle body akan melalui proses untuk  melaras semula kedudukan throttle valve

Walaubagaimanapun sebelum melakukan throttle body adaptation, perkara-perkara berikut  perlu diambilkira :
1.Tentukan tiada diagnostic trouble code
2.Tentukan voltan bateri berada tidak kurang 12 volt
3.Pastikan throttle valve berada pada  kedudukan tertutup
4.Pastikan bahagian dalam throttle body sekitar throttle valve tidak kotor

Tatacara throttle body adaptation yang dilakukan adalah satu kaedah alternatif. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat, tatacara sebenar perlu dirujuk kepada factory workshop manualProses throttle body adaptation dilakukan bermula seperti berikut:

1. Masukkan kunci kereta dan pusing kepada kedudukan ACC.
Posisi kunci kereta
2. Pijak accelerator pedal hingga rapat ke lantai kereta.
Accelerator pedal
3. Pusingkan kunci kepada kedudukan ON selama 30 saat
4. Pusingkan kunci kereta kembali kepada ACC.
5. Lepaskan accelerator pedal
6.  Hidupkan enjin dan uji kereta

Biasanya pergerakan kereta akan menjadi lebih lancar setelah dilakukan throttle body adaptation. Throttle valve juga turut memberi respon yang lebih baik apabila accelerator pedal dipijak semasa memandu kereta.

27 comments:

  1. Tuan mekanik,

    Soalan. throttle body adaptation ni sama ke dengan throttle pedal response?

    Saya bercadang ingin membersihkan sendiri TB. Cuma kurang pasti bab reset TB pada ECU. Saya juga ada beli Xtuner-E3 diagnostic tool http://www.tdintel.com/index.php?m=content&c=index&a=show&catid=63&id=4 cuma belum pandai guna.

    Adakah perlu kita buat pedal response selepas cuci TB?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Throttle body adaption hanya berfungsi untuk mengembalikan operasi throtttle body sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam ECU. Salah satu kelemahan electronic body adalah lambat memberi tindakbalas pada kelajuan enjin apabila accelerator pedal dipijak. Terdapat mekanik yang mengubahsuai masa tidakbalas throttle body dengan menggunakan factory scantool (PADT).Jika setakat hendak mencuci throttle body secara insitu dan tidak menanggalkan throttle body, tidaklah perlu dibuat throttle body adaption. Walaubagaimanapun, saya saran throttle body adaption dibuat kerana proses yang dilakukan sangat mudah.Scanner X Tuner perlu dicuba pada kereta Proton untuk memastikan peralatan tersebut benar-benar boleh digunakan. Kadangkala scanner tersebut tidak mencakupi semua model yang dikeluarkan oleh Proton. Hanya model Proton tertentu sahaja scanner tersebut dapat dapat digunakan. Setakat ini, belum ada review tentang scanner tersebut digunakan pada kereta Proton. Adalah sesuatu yang sangat bagus jika dapat dibuat riview tentang scanner tersebut.

    ReplyDelete
  3. Tuan..semasa hendak pomen hendak keluarkan tb...tiba tiba screw pembuka patah dalam...jadi pomen hanya membersihkan dengan spray...saya rasa x puas hati...apa nasihat tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika gasket T.Body dapat diikat dengan kuat dan tidak bocor tidak menjadi masaalah. Jika gasket TB longgar, lebihan udara akan masuk ke dalam intake manifold melalui gasket tersebut. Lebihan udara akan menyebabkan idling speed meningkat. Sebaiknya bolt yang patah tersebut dikeluarkan dan diganti baru.

      Delete
  4. Tuan...keta sya lari memang takde mslh cuma bila on aircond injin keta pndai mati....coil,injektr,plug,elektrik pam,n intek monifold sya dah buat...adakah sya kna reset juga T.body keta sya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba bersihkan throttle body jika belum dibuat. Jika masih bermasaalah, cuba reset (initialization) menggunakan scantool.

      Delete
  5. Tuan . Untuk saga flx sv sama ke caranya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir kaedah yang digunakan adalah sama memandangkan throttle body adalah buatan BOSCH. Walaubagaimanapun jika tiada perubahan dari segi pretasi enjin, perlu gunakan Scantool untuk membuat tuning pada ECU.

      Delete
  6. Tuan.. kereta saya saga blm manual.. kereta semput2. Angin keluar ikut ekzos pun sama semput. Pefi scan memang trottle body masalah.. apa patut saya buat? Bersihkan ke atau tukar baru.. dah la mahal seketul tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika telah dibuat diagnosis dengan scan tool dan didapati throttle body telah rosak, saya fikir lebih baik tukar baru. Kemungkinan potensiometer di dalam throttle body telah rosak menyebabkan throttle body tidak dapat berfungsi dengan baik.

      Delete
  7. Tuan...knapa tb lpas buka n pasang balik tba2 timing jadi tinggi rendah...sbelum buka cuci ok saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya terminal negatif bateri hendaklah ditanggalkan jika hendak mengeluarkan throttle body untuk dicuci supaya ECU tidak sedar . Throttle body motor merupakan actuator yang dikawal oleh ECU. Apabila ditanggalkan throttle body motor, parameter throttle body motor tiada lagi tersimpan di dalam memori ECU. Kemungkinan ECU tidak mengenal throttle body motor apabila dipasang kembali. RPM turun naik disebabkan ECU tidak dapat mengawal throttle body motor kerana tidak kenal.

      Delete
  8. Engine kereta tiba2 mati - bila start hidup kemudian mati -start semula hidup sekejap kdian mati-diagnosis pomen masaalah TB betul ke- lps tu dia kata TB mesti beli yg code nya sama dgn pedal controller minta penjelasaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika masaalah tersebut telah dibuat diagnosis oleh mekanik, saya fikir tuan wajar mengikut nasihat tersebut. Mekanik yang memeriksa permasaalahan tersebut mempunyai maklumat yang lebih tepat berdasarkan diagnosis yang dilakukan.

      Delete
  9. Tuan,adakah proton saga flx 1.6 sama caranya jika kita buat diy servis sendiri?

    ReplyDelete
  10. Tuan....mcmne cara nk buat padle respon....sy tgk ada mekanik yg buat padle respon untk lg pickup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf saya tiada pengalaman buat paddle respon. Tuan boleh buat carian dalam internet untuk mendapatkan maklumat perkara tersebut.

      Delete
  11. Tuan...bru sbntr td sye service TB sye (diy)... slps itu injin timing tinggi hingga 2000 rpm...sye dh cuba buat throttle body adaption tu tp rpm tetap sama...adakah throttle body adaption perlu di buat sekali lg...

    ReplyDelete
  12. Cable negatif terminal batery perlu ditanggalkan semasa mengeluarkan throttle body supaya ECU tidak dapat mengesan perubahan yang berlaku semasa socket throttle body motor ditanggalkan. Cuba reset semula dengan cara tanggalkan Cable negatif terminal batery. Jika tiada perubahan, ECU perlu dibuat proses re-learning dengan Scantool.

    ReplyDelete
  13. Salam tn..saya punya saga blm saya tak cabut TB pun..saya cuma spray guna tb cleaner..lps tu timing jd tinggi dr biasa..dah reset ecu pn sama juga...mohon pencerahan drpd tn

    ReplyDelete
  14. Kereta persona sya bila nak start kena crank 2 kali..crank kali pertama susah hidup kali kedua senang je hidup..enjin slalu masuk "limpmode" hilang kuasa dan RPM stuck 4K shaja walau dah tekan habis...apa apa masalahnya ye?

    ReplyDelete
  15. Saya servis throttle body kareta saga blm saya ....lepas pasang timing enjin slow saja rpm bawah 1...klu tekan padel minyak rpm naik sampai no 2 saja....boleh bantu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba reset semula dengan cara tanggalkan cable negatif terminal batery. Setelah 30 saat, pasang cable bateri semula dan uji kereta. Jika masih tiada perubahan pada idle speed, ECU perlu dibuat proses re-learning dengan scantool di workshop.

      Delete
  16. Bos kereta saya saga blm 1.3 jika saya pasang tb 1.6 gen2 kena reset seperti biasa kah yang tua tunjukan setelah cuci tb ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon maaf. Tiada pengalaman ganti tb 1.6 Gen2 ke Saga BLM.

      Delete
  17. Untuk yang cuba diy bersihkan throttle body, pastikan jangan usik bahagian butterfly throttle body. Memang ada mechanic yang buat tolak butterfly untuk cuci dalam throttle body tu, tapi bila dah usik bahagian tu timing akan jadi gila.
    Kalau tuan2 usik butterfly throttle body, maka perlu hantar ke bengkel untuk tuning balik guna scan tool.

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...