Sistem pelinciran merupakan salah satu sistem yang sangat penting di dalam enjin kereta Perodua Alza. Penyelenggaraan sistem pelinciran secara berkala dapat memastikan enjin berada pada pretasi optimum. Merujuk kepada manual pengguna yang dibekalkan, pengeluar menetapkan minyak pelincir perlu diganti setiap 5000 kilometer perbatuan ataupun 3 bulan.
Minyak pelincir pada enjin kereta Perodua Alza dikeluarkan melalui drain plug.Kedudukan drain plug enjin Perodua Alza mudah dicapai kerana berada dibawah takungan minyak pelincir. Berdasarkan kedudukan tersebut, kereta Perodua Alza tidak perlu diletakkan di atas jack stand. Hanya tempat yang rata diperlukan untuk meletak kereta Perodua Alza dan kerja menukar minyak pelincir boleh dilakukan. Walaubagaimanapun penggunaan jack stand dapat memberi ruang kerja yang lebih selesa. Langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan untuk mengganti minyak pelincir dan penapis minyak pelincir enjin kereta Perodua Alza.
jadual penyelenggaraan berkala Perodua Alza |
1.Sediakan bekas takungan yang cukup besar untuk mengumpul minyak pelincir yang dikeluarkan dari enjin.
2.Sediakan minyak pelincir,gasket drain plug dan penapis minyak pelincir yang baru.
3.Hidupkan enjin atau pandu kereta selama 15 minit sebelum minyak pelincir dikeluarkan.Matikan enjin setelah dipastikan enjin mencapai suhu operasi.Minyak pelincir akan mengalirkan keluar dengan lebih cepat semasa enjin dalam keadaan panas.
4.Kenalpasti lokasi drain plug pada enjin.
lokasi drain plug |
5.Lapik suratkhabar di bawah bekas takungan untuk mengelakkan percikan minyak pelincir.
6.Buka penutup lubang pengisi minyak pelincir pada enjin.
penutup lubang pengisi minyak pelincir |
7.Gunakan socket spanner sais 14mm untuk melonggarkan drain plug dengan cara melawan arah pusingan jam.
8.Setelah longgar, tanggalkan drain plug dengan tangan secara perlahan-lahan. Pastikan minyak pelincir mengalir ke dalam bekas takungan yang disediakan. Elakkan terkena minyak pelincir yang keluar dalam keadaan suhu panas.
9.Periksa benang drain plug dan tentukan dalam keadaan baik.
drain plug dikeluarkan |
10.Pasangkan drain plug beserta gasket baru setelah minyak pelincir berhenti mengalir keluar. Ikat drain plug mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
11.Longgarkan penapis minyak pelincir menggunakan peralatan membuka penapis.
12.Setelah longgar, tanggalkan penapis minyak pelincir menggunakan tangan. Tuangkan sisa minyak pelincir yang berada dalam penapis ke dalam bekas takungan.
penapis minyak pelincir dikeluarkan |
13.Bersihkan tapak pemasangan penapis minyak pelincir pada enjin.
tapak pemasangan penapis minyak pelincir |
14.Sapukan sedikit minyak pelincir pada permukaan ‘o’ ring penapis minyak pelincir yang baru untuk mengelakkan ‘o’ ring dari retak, melekat dan bocor. Elakkan mengisi minyak pelincir ke dalam penapis minyak pelincir yang baru.
minyakkan 'o' ring |
15.Pasang penapis minyak pelincir dengan tangan sehingga permukaan penapis minyak pelincir menyentuh tapak penapis minyak pelincir.Pusingkan penapis minyak pelincir sebanyak 1 pusingan.
16.Gunakan corong yang sesuai semasa mengisi minyak pelincir untuk mengelakkan minyak pelincir tumpah.
botol air mineral sebagai corong |
17.Tuangkan minyak pelincir ke dalam enjin dengan berhati-hati untuk mengelakkan minyak pelincir tumpah.
18.Isikan minyak pelincir ke dalam enjin sehingga hampir tanda 3 liter mengikut sukatan pada bekas minyak pelincir yang baru.Isipadu minyak pelincir yang diperlukan untuk kereta Perodua Alza adalah sebanyak 3.1 liter.
baki minyak pelincir yang tinggal |
19.Periksa paras minyak pelincir pada dipstick.Terdapat 2 lubang pada dipstick sebagai penanda paras minyak pelincir. Tanda MAX dan MIN diletakkan sebagai rujukan.
dipstick penanda paras minyak pelincir |
20.Isikan minyak pelincir enjin sehingga hampir paras (MAX) yang ditunjukkan pada dipstick. Minyak pelincir akan turun di bawah tanda MAX setelah enjin dihidupkan.
21.Pasangkan penutup lubang pengisi minyak pelincir.
22.Pastikan percikan minyak pelincir pada enjin dibersihkan.
23.Hidupkan enjin selama 1 minit supaya minyak pelincir dapat beredar ke dalam seluruh sistem pelinciran.Pastikan lampu penunjuk tekanan minyak pelincir pada combination meter padam setelah enjin dihidupkan sekitar 5 saat. Enjin perlu dihentikan jika lampu penunjuk tekanan minyak pelincir tidak padam.
lampu penunjuk tekanan minyak pelincir |
24.Matikan enjin setelah enjin hidup mencapai masa 1 minit.
25.Periksa dan pastikan minyak pelincir tidak bocor pada drain plug dan sekitar permukaan penapis minyak pelincir.
26.Keluarkan dipstick dan bersihkan kesan minyak pelincir.
27.Masukkan semula dipstick dan keluarkan sekali lagi.
28.Periksa paras minyak pelincir dan pastikan paras minyak pelincir berada di antara tanda MAX dan MIN pada dipstick. Tambahkan minyak pelincir jika paras minyak pelincir berada hampir dengan tanda MIN.
27.Masukkan semula dipstick dan keluarkan sekali lagi.
paras minyak pelincir yang betul |
Salam bang Koman, ada buka bengkel ke? Saya ada problem dgn gearbox waja, terbaca post lepas tntg lancer/waja, harap dpt bang koman dpt bantu kalau saya hantar kereta ke bengkel bang koman.
ReplyDelete0.133227652
Taufiq
Salam. Minta maaf, saya tak ada bengkel.
DeleteAssalam bam Koman.
ReplyDeleteBoleh tak bam Koman beri tunjuk ajar, bagaimanakah cara untuk install/pasang HKS Kompresor pada kereta Alza.
Ianya perlu disambung pada bahagian mana ya?
Salam. Minta maaf. Saya tidak ada pengalaman memasang HKS compressor. Walaubagaimanapun, sila rujuk pautan berikut untuk pencerahan http://car-accessories-part.blogspot.my/2012/05/pemasangan-hks-micro-compressor.html.
DeleteTerima kasih bam Koman kerana memberi cadangan pautan. TQ.
DeleteSalam untuk alza baru..kilometer 7000..minyak injin apa yg sesuai..untuk alza ea
DeleteSalam. Saya fikir gunakan minyak enjin yang disyorkan oleh pengeluar kereta sudah memadai. Yang penting adalah gantikan minyak enjin mengikut masa seperti yang disyorkan di dalam manual pengguna.
DeleteSalam...alza 2009 minyak hitam apa yg sesuai
ReplyDeleteSalam. Minyak pelincir yang digunakan sebagaimana di Pusat Service Perodua sudah memadai digunakan.
DeleteSalam, sya pakai minyak enjin fully synthetic jenama Revvo.Bleh kah di tukar kepada minyak enjin lain jenama yg fully synthetic, kreta hndak berjalan jauh juga. Mohon pncerahan pakar. TQ.
ReplyDeleteSalam. Untuk kereta Alza,tiada masaalah minyak pelincir fully sintetik dari jenama lain digunakan. Untuk nilai ekonomi, minyak pelincir yang digunakan sebagaimana di Pusat Service Perodua sudah memadai.
Deletejika terlebih isi minyak hitam 4 liter ?
ReplyDeleteEngine oil yang berlebihan akan terkumpul pada crankshaft. Pusinagn crankshaft yang tinggi menyebabkan engine oil bercampur dengan udara dan berbuih. Lub. oil pump sukar mengepam engine oil yang bebuih. Tekanan engine oil menurun dan komponen yang memerlu pelinciran tidak mendapat engine oil yang mencukupi. Lama -kelamaan enjin akan rosak disebabkan kekurangan pelinciran.
DeleteKalau isi minyak enjin 3L sahaja, memadai ke x?
ReplyDeleteJika isipadu minyak pelincir diisi 3 liter dan paras yang diukur berada diantara tanda MAX da MIN bermakna isipadu minyak pelincir telah mencukupi.
Delete