Ganti Timing Belt Dan Water Pump Proton Saga BLM Cara Koman

Timing belt  kereta Proton Saga BLM merupakan salah satu komponen penting yang perlu diselenggara secara berkala. Pengeluar kereta  menetapkan timing belt perlu diganti pada setiap 100000 kilometer ataupun 5 tahun. Timing belt dan water pump  perlu diganti pada masa yang sama disebabkan proses untuk menggantikan kedua-dua komponen tersebut dilakukan mengikut tatacara yang sama. Alatganti seperti timing belt kit, fead beltcoolant water pump dan timing belt cover seal disediakan sebelum kerja-kerja dilakukan. 

alatganti
Tatacara untuk mengeluarkan timing belt dan water pump
1.Tanggalkan wayar negatif pada terminal bateri.
2.Angkat  bahagian depan kereta dengan menggunakan  jack  kepada ketinggian yang mencukupi  supaya mudah bekerja di bawah kereta.
3.Keluarkan tayar hadapan sebelah kanan.
4.Tanggalkan splash shield di bawah enjin.
5.Longgarkan bolt yang mengikat water pump sebelum menanggalkan  fead belt (serpentine belt).
6.Buka dua biji bolt pengikat pada fead belt tensioner. Keluarkan fead belt tensioner dan fead belt.
7.Buka 3 biji bolt pada upper timing belt cover dengan menggunakan socket spanner saiz 10mm. 
8.Lapik bahagian bawah oil sump dengan plywood. Jack pada bahagian bawah oil sump untuk menampung berat enjin. Buka bolt pengikat dan keluarkan engine mounting sebelah kanan.Tanggalkan juga power steering fluid reservoir.
Mengeluar Engine Mounting 
9.Letakkan tanda pada bolt dan crankshaft pulley untuk memudahkan proses pemasangan semula. Buka  crankshaft pulley  bolt dengan menggunakan socket spanner sais 19mm. Penggunaan air gun memudahkan kerja-kerja  tersebut dilakukan. Tahan crankshaft pulley dengan peralatan khas untuk mengelakkan crankshaft berpusing.
Membuka Crankshaft Pulley Bolt
10.Pasang semula bolt pada crankshaft pulley. Pusingkan crankshaft mengikut arah jam sehingga timing mark selari. Timing mark pada kedua-dua camshaft sprocket perlu selari dengan timing mark pada engine block front case. Tandakan timing mark dengan cat putih supaya dapat dilihat dengan jelas.
Timing Mark Camshaft Sprocket
11.Pastikan timing mark pada crankshaft sprocket berada pada kedudukan yang betul.Timing mark pada crankshaft sprocket  perlu selari dengan timing mark pada engine block front case yang berada  pada kedudukan jam pukul 1.
Timing Mark Crankshaft Sprocket
12.Periksa ketegangan timing belt sebelum dikeluarkan. Pastikan rentang timing belt  diantara exhaust camshaft sprocket dan crankshaft sprocket boleh dipusingkan dengan jari sebanyak 90°. 

Pastikan rentang timing belt di antara timing belt tensioner pulley dan crankshaft sprocket boleh dipusingkan sebanyak 45°. Pemeriksaan yang dilakukan ini merupakan satu alternatif.
Memeriksa Ketegangan Timing Belt

13.Buka semua bolt yang mengikat lower timing belt cover. Periksa keadaan lower timing belt cover seal.
14.Periksa dan tentukan sais hexagon head pada bolt  yang mengikat  timing belt tensioner pulley. Jika didapati hexagon head menggunakan spanner sais 10mm, pemilihan jenis spanner yang sesuai sangat mustahak.
Timing Belt Tensioner Pulley
Bolt  tersebut mudah rosak jika spanner yang digunakan tidak sesuai. Spanner yang sesuai adalah dari jenis  ⅜” drive 10mm 6 point socket spanner ataupun 10mm 6 point flexible head socket spanner yang berkualiti. Spanner yang tidak berkualiti  sukar memegang dengan baik dan boleh menyebabkan kerosakan hexagon head . Spanner perlu ditekan pada bolt  untuk mengelakkan terlucut semasa dibuka. Mungkin disebabkan mudah rosak, pihak pengeluar telah menukar hexagon head sediaada kepada sais spanner 14mm untuk mengelakkan malapetaka berulang.
Kerosakan Timing Belt Tensioner Pulley Bolt
15. Jika hexagon head telah rosak, kaedah kimpalan adalah salah satu cara yang sesuai untuk mengeluarkan tensioner pulley bolt . Tanggalkan penyambungan wiring harness enjin sebelum kerja kimpalan dilakukan. Pastikan keselamatan diri dan kereta semasa melaksana kerja-kerja kimpalan. Lakukan kerja kimpalan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kebakaran berlaku pada kereta. Dapatkan  hexagon head Ø10mm x 12mm mild steel bolt. Kimpal  bolt  tersebut pada  tensioner pulley bolt  yang rosak.
Mengimpal Tensioner Pulley Bolt
16.Buka bolt tersebut dengan spanner setelah kedua-dua bolt bersambung dengan kukuh. Keluarkan timing belt  tensioner pulley.
MengeluarTensioner Pulley Bolt 
17.Keluarkan  dan periksa keadaan timing belt. Jika hendak diguna semula, arah pusingan timing belt  perlu ditanda dengan cat putih sebelum dikeluarkan.
18.Buka bolt pengikat camshaft sprocket  menggunakan 17 mm 12 point 70° double offset ring spanner yang berkualiti. Camshaft sprocket  perlu ditahan menggunakan peralatan khas untuk menggelakkan berpusing. Tanggalkan kedua-dua camshaft sprocket setelah bolt dikeluarkan. Periksa camshaft sprocket  dan pastikan  gigi sprocket dalam keadaan baik.
Membuka Camshaft Sprocket
19.Periksa keadaan dan kedudukan pemasangan camshaft oil seal. Pastikan camshaft oil seal  dipasang lebih rendah dari permukaan engine block front case.
20.Keluarkan kedua-dua camshaft oil seal dengan menggunakan oil seal puller. Secara  alternatif oil seal boleh dicungkil keluar menggunakan flat screw driver.
Kebocoran Camshaft Oil Seal
21.Buka bolt yang mengikat water pump pada front case menggunakan 10mm socket spanner. Sebanyak 10 biji bolt perlu dibuka. Coolant akan mengalir keluar dari engine block apabila water pump dikeluarkan. Tutup alternator dengan plastik untuk mengelakkan limpahan coolant. Pada perumah water pump  terdapat satu lubang yang dikenali dengan nama tell tale hole. Coolant akan mengalir keluar melalui lubang tersebut menandakan  mechanical seal di dalam pam telah bocor dan pam perlu diganti.
22.Keluarkan crankshaft  sprocket  dari crankshaft. Umpil bahagian belakang crankshaft  sprocket  dengan menggunakan flat screwdriver besar  jika sukar dikeluarkan. Periksa dan pastikan lubang crankshaft  sprocket  tidak berkarat dan pastikan  gigi sprocket dalam keadaan baik.
23.Periksa keadaan  dan kedudukan pemasangan crankshaft oil seal. Pastikan crankshaft oil seal dipasang rata dengan permukaan engine block front case.
24.Crankshaft oil seal dikeluarkan dengan kaedah yang sama untuk mengeluarkan camshaft oil seal .

Tatacara untuk memasang timing belt dan water pump

1.Kenalpasti tanda pemasangan pada shaft water pump yang baru. Padankan tanda “FRONT” pada water pump pulley dengan tanda  pada shaft water pump.  Letak ‘O’ ring pada permukaan water pump. Jika perlu, sapukan sedikit sealant untuk mengelakkan ‘O’ ring tertanggal. Pasang kembali water pump pada front case tanpa water pump pulley.
Water Pump
2.Sapu sedikit minyak pelincir pada bahagian dalam crankshaft oil seal yang baru . Pasangkan oil seal tersebut pada front case. Dapatkan Ø 25mm pvc pipe connector dan pasang bersama crankshaft pulley bolt. Ikat crankshaft pulley bolt supaya pvc pipe connector dapat menolak oil seal . Pastikan oil seal masuk dengan rata dan selari pada permukaan  front case.
Memasang Crankshaft Oil Seal
3.Pasangkan semula crankshaft sprocket  pada crankshaft.
4.Sapu sedikit minyak pelincir pada bahagian dalam (lip seal) camshaft oil seal  yang baru. 
Minyakkan Oil Seal
Pasangkan oil seal tersebut pada front case. Dapatkan Ø 40mm pvc pipe cap. Gunakan pvc pipe cap tersebut untuk menolak  oil seal . Pastikan oil seal dipasang  dengan sekata dan lebih rendah dari permukaan front case.
Memasang Camshaft Oil Seal
5.Pasangkan semula camshaft sprocket  pada kedua-dua camshaft. Titiskan sedikit minyak pelincir pada benang dan bahagian bawah hexagon head camshaft sprocket bolt dan ikat dengan kemas mengikut daya kilas yang ditetapkan. Bersihkan kesan minyak pada camshaft sprocket bolt.
6.Pasangkan timing belt tensioner pulley yang baru dan ikat dengan timing belt tensioner pulley bolt (PW811696). Terdapat perubahan sais spanner pada bolt yang baru dan  spanner sais 14mm perlu digunakan.
Perbezaan Timing Belt Tensioner Pulley Bolt
7.Titiskan sedikit minyak pelincir pada benang dan bahagian bawah hexagon head tensioner pulley bolt.  Ikat tensioner pulley bolt  secara longgar untuk memudahkan pelarasan.
8.Lilit timing belt pada camshaft sprocket , crankshaft sprocket  dan tensioner pulley. Pastikan timing mark pada crankshaft sprocket  dan camshaft sprocket berada pada kedudukan yang betul. Gunakan dua  batang 17mm  70° offset ring spanner untuk melaras kedudukan kedua-dua camshaft sprocket.
Melaras Camshaft Sprocket
9.Pasangkan  timing belt  pada kedua-dua  camshaft sprocket  dan kepit dengan klip kertas untuk mengelakkan camshaft sprocket berubah kedudukan.
Memasang Timing Belt
10.Tarik bahagian timing belt  pada rentang yang panjang dengan tegang dan lilit pada crankshaft sprocket . Tolak timing belt tensioner pulley  supaya timing belt menjadi tegang. Pastikan timing mark tidak berubah.
Peralatan Menegang Timing Belt
11.Pasang peralatan khas pada timing belt tensioner pulley  untuk menegang timing belt. Periksa ketegangan timing belt supaya sama dengan pemeriksaan awal. Pastikan ketegangan timing belt telah mencukupi. Tahan timing belt tensioner pulley  supaya tidak berpusing dan ikat timing belt tensioner pulley bolt mengikut daya kilas yang ditetapkan. Bersihkan kesan minyak pada tensioner pulley bolt.
Menegang Timing Belt
12.Pusing crankshaft sebanyak 2 pusingan penuh (720°) mengikut arah pusingan jam. Periksa dan pastikan  timing mark pada  crankshaft sprocket  dan kedua-dua camshaft sprocket  berada pada kedudukan yang betul. Keluarkan semula crankshaft pulley setelah ditentukan pemasangan adalah betul. Ulang semula proses di atas jika timing mark berubah kedudukan.
13. Gantikan lower timing belt cover seal dan pasang  lower timing belt cover.
14.Pasang semula  crankshaft pulley dan pastikan pin pada crankshaft sprocket dipasang dengan betul. Titiskan sedikit minyak pelincir pada benang dan bahagian bawah hexagon head crankshaft pulley bolt . Ikat  crankshaft pulley bolt  mengikut daya kilas yang ditetapkan atau tanda yang dibuat pada awal. Bersihkan kesan minyak pada crankshaft pulley bolt .
Crankshaft Pulley Bolt
15. Pasang   engine mounting dan power steering fluid reservoir dengan kemas dan alih jack yang menampung berat enjin.
16.Pasang water pump pulley pada water pump. Padankan tanda “FRONT” pada water pump pulley dengan tanda yang ada pada shaft water pump supaya lubang bolt pengikat selari.
Water Pump Pulley
17. Pasang fead belt tensioner dan fead belt.
18. Ikat bolt pengikat water pump pulley dengan kemas
19. Pasang wayar negatif pada bateri terminal
20.Lakukan throttle body adaption. Rujuk disini .
21. Periksa semua pemasangan dan pastikan berada dalam keadaan teratur.
22. Hidupkan enjin selama  3 minit. Matikan enjin setelah 3 minit ataupun jika kedengaran bunyi luarbiasa. Pastikan tidak ada kedengaran bunyi luarbiasa dari enjin. Jaga keselamatan diri semasa enjin dihidup Perhatikan pergerakan timing belt melalui upper timing belt cover semasa enjin hidup. Pastikan timing belt berpusing dengan sekata dan berada tetap pada gigi camshaft sprocket.

23.Hidupkan enjin semula selama 15 minit setelah ditentukan enjin dalam keadaan normal. Periksa dan pastikan tidak ada  kebocoran pada water pump ataupun oil seal. Suluh dengan lampu picit melalui upper timing belt cover keadaan crankshaft oil seal setelah enjin dimatikan dan pastikan tidak ada kebocoran minyak pelincir.

24. Apabila enjin dimatikan, coolant di dalam expansion tank akan disedut ke dalam radiator. Tambah coolant ke dalam radiator dan expansion tank jika berkurangan. Pastikan suhu coolant telah menurun semasa menambah coolant.
25. Gantikan upper timing belt cover seal dan  pasang kembali upper timing belt cover.
26. Pasangkan splash shield di bawah enjin.
27. Pasang tayar semula dan ikat bolt pengikat tayar
28. Alih jack stand dan turunkan kereta
29. Periksa dan pastikan bolt pengikat tayar diikat dengan kemas.
30. Pandu uji kereta dan pastikan enjin beroperasi dengan baik.

73 comments:

  1. Saya nk tanya, memang wajib ke tukar water pump sekali?.. Atau masa bila perlu tukar?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waterpump tidak semestinya diganti semasa peggantian timing belt.Ini adalah kerana pada waterpump terdapat tell tale hole yang menjadi panduan jika waterpump telah bocor dan perlu diganti.Walaubagaimanapun, proses penggantian waterpump agak rumit kerana perlu melalui proses seperti menggantikan timing belt. Oleh kerana itu, peluang tersebut diambil untuk menggantikan waterpump bersama dengan timing belt bagi menjimatkan masa dan kos. Tiada tempoh masa ditetapkan oleh pengeluar untuk menukar waterpump. Pengeluar hanya mengesyorkan waterpump diperiksa secara berkala.Waterpump perlu diganti jika semasa pemeriksaan didapati coolant bocor melalui waterpump tell tale hole. Namun begitu, kaedah tersebut agak berisiko kerana kemungkinan coolant bocor dengan banyak lalu menyebabkan engine overheat.

      Delete
    2. Mark dh betul..tp bile rem...rpm hanye mampu prgi 2000 Shje..pastu jd mcm blow

      Delete
    3. Saya fikir lebih baik periksa semula timing belt mark. Mungkin ketegangan timing belt tidak mencukupi.

      Delete
    4. Walaupun penukaran water-pump melibatkan proces yang lebih kurang sama dengan timing belt tetapi yang membimbangkan ialah asalnya water-pump tak bermasalah tetapi bermasalah muncul selapas tukar. :(

      Delete
    5. Penggantian water pump akan memberi hasil yang lebih baik kepada sistem penyejukan kecuali water pump yang mempunyai kualiti rendah digunakan. Workmanship yang tidak berkualiti juga turut menyumbang kepada masaalah water pump jika tidak dipasang dengan betul.

      Delete
  2. boleh saya tahu kenapa negatif bateri kena tanggalkan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kunci kereta dalam keadaan 'OFF" bekalan kuasa elektrik masih lagi dibekalkan oleh bateri ke starter motor. Apabila kunci dalam keadaan 'OFF' starter solenoid menghalang enjin dihidupkan. Jika kabel negatif tidak ditanggalkan, dikhuatiri kemungkinan berlaku litar pintas pada starting system lalu menyebabkan starter motor memusingkan enjin. Keadaan tersebut boleh mendatang bahaya kepada orang yang sedang membaiki enjin. Dengan menanggalkan kabel negatif pada bateri, bekalan kuasa elektrik telah diputus sepenuhnya kepada starter motor.

      Delete
  3. Boleh senaraikan nama2 tools set yang digunakan semasa penukaran belt luar dan belt dalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk penggantian timing belt, senarai tools telah dinyata di dalam entri ini. Tools yang digunakan adalah set combination sapnner dan set socket spanner. Speacial tools yang digunakan ada yang telah di ubahsuai. Sila rujuk entri ganti serpentine belt proton saga cara koman untu melihat tools yang digunakan semasa menukar belt luar.

      Delete
  4. Hi selamat sejahtera... boleh ws saya di nombor ini +601128392859... saya nak tukar timimg belt tapi taknak pergi ke sc atau tmpat lain better diy baru rasa puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sejahtera. Tuan boleh tanya di ruang komen jika ingin pertanyaan lanjut.

      Delete
  5. Salam koman spana boleh senarai kan barang yg perlu ditukar sewaktu menukar timing belt buat pertama kali.. Mcm plug.. Water pump.. Sy ingt mmg nak tukar sekali.. Ada x barang yg penting untuk ditukar lagi?? Alang alang dah tukar timing belt.. Biar buat smpi puas ati... Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sila sediakan alatganti berikut :

      1.Timing belt kit
      2.Fead belt
      3.Water pump
      4.Timing belt cover seal
      5.Tensioner pulley bolt jika masih menggunakan 10mm hexagon head

      Delete
  6. Salam di mana boleh dpat special tool? Dan klu diada special tool apakah cara lain untuk menahan pulley dari berpusing

    ReplyDelete
  7. Salam. Speacial Service Tools boleh dibeli di Proton Part Centre ataupun melalui pautan berikut : http://www.e-bookmanual.com/SST_campro.html . Cara alternatif adalah menggunakan air gun untuk membuka crankshaft pulley bolt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dgn cara start injin buka crankshaft bolt blh x?

      Delete
    2. Cara tersebut boleh dilakukan tetapi sangat berisiko tinggi. Jika nasib kurang baik, bolt tidak dapat ditanggalkan tetapi crankshaft yang patah. Elakkan dari melakukan perkara tersebut.

      Delete
  8. Salam n selamat pagi
    Sy nak tanya, selain dari guna special tool untuk menolak tensioner belt pully utk menegang tu, ada cara lain lg tak?
    Contoh, paut/tuas dgn mggunakan skru drver ke?
    Sy nak diy sndiri tp takut x de ruang nak paut/tuas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Untuk melaras timing belt tensioner perlu gunakan peralatan yang sesuai. Jika tiada special tool, cuba gunakan peralatan berikut iaitu angle grinder adjustable pin wrench seperti gambar berikut : https://www.lelong.com.my/adjustable-pin-wrench-kensingstore-I5845417-2007-01-Sale-I.htm

      Delete
    2. Terima kasih tuan. Sy doakan Smoga tuan didalam keadaan sihat selalu dan dmurahkan rezeki. Rasanya dah dkat stahun dah sy brjaya diy sndiri tming belt kreta sy hasil dri prkongsian tuan. Tiba2 hari ni rsa nak tgok2 email lama jd trjmpa plak email pasal ni. Tqvm tuan

      Delete
    3. Amin. Terimakasih di atas doa dan maklumbalas tuan. Tahniah kerana berkeyakinan dan berjaya menggantikan timing belt secara DIY.

      Delete
  9. Salam..saya nak tanya untuk proton saga fl 2010..saya keluarkan kreta tu pada tahun 2011..kilometer dah cecah 77000..adakah perlu utk saya tukar timing belt utk pertama kali pada mileage tu atau masih selamat digunakan hingga cecah mileage 90k-100k...Barapa lama sbenarnya jangka hayat timing belt tersebut? Ada member ckp 90k dn ada plk ckp 100k jd sy agak kebingungan nk tukar pada milage brapa untuk faktor keselamatan dan bajet..kalau tuan tdk kberatan sy nk minta sikit pendapt la..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika dirujuk jadual penyelenggaraan Proton Saga , pengeluar mengesyorkan supaya timing belt diganti baru apabila milage mencecah 100K kilometer ATAUPUN usia mencapai 5 tahun berdasarkan yang mana dulu. Dalam kes kereta tuan, walaupun perbatuan hanya mencecah 77K tetapi tempoh usia telah melebihi 5 tahun. Saya fikir, sewajarnya timing belt tersebut diganti baru sebagai langkah penyelenggaraan berkala.

      Delete
  10. assalam, saya pengguna saga fl, terdapat kebocoran di bahagian timing belt mungkin berpunca dari oil seal,. persoalannya adakah kebiasaan harga upah tukar oil seal sahaja seperti harga tukar 1set timing belt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Proses untuk menggantikan oil seal crankshaft ataupun camshaft adalah sama dengan proses untuk menggantikan timing belt. Kos penggantian yang dikenakan mungkin kurang jika hanya oil seal sahaja yang digantikan. Walaubagaimanapun, jika timing belt telah terkena dengan engine oil bermakna timing belt juga perlu ditukar. Dalam keadaan demikian kos yang dikenakan adalah kos penuh menggantikan timing belt.

      Delete
  11. Asslm.saya ingin bertanya berkenaan pump minyak proton saga flx rosak.elok tukar di service centre atau bengkel biasa sj.mohon pendapat tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Di kedua-dua tempat boleh diganti fuel pump. Jika diganti di bengkel biasa, pastikan alatganti yang digunakan adalah alatganti tulen.

      Delete
    2. Sy tukar sendiri je fuel pumps flx...beli pump ori bosch rm400

      Delete
    3. Tidak dinafikan bagi yang ada keyakinan, penggantian fuel pump boleh dilakukan secara DIY. Walaubagaimanapun, kadangkala pihak yang bertanya tidak ada pengalaman dan pengetahuan untuk melakukan secara DIY. Justeru itu, adalah lebih baik mereka diberi pilihan tempat yang sesuai untuk mengganti fuel pump tanpa risiko yang membebankan jika tersalah pasang.

      Delete
  12. as salam, sy baru tukar timing belt saga fl 1.3 tapi tensioner xtukar lagi,adakah hayat tensioner ni lama? dan blh ditukar pada masa akan dtg tukar timing belt sekali lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sebaiknya timing belt diganti bersama dengan tensioner untuk mengelakkan sebarang masaalah yang mungkin timbul. Sila periksa dengan lebih kerap dan pastikan tiada bunyi yang pelik dari tensioner tervsebut.

      Delete
  13. sy nak tanya knpe timing belt sy da berbunyi sedangkan blom sampai milage lagi..kata satu pomen td ada pemegang timing belt blah dalam dah longgar.. lupa td nk tanya namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan berlaku kerosakan pada timing belt tensioner menyebabkan bunyi tersebut kedengaran. Selain dari itu, pastikan fead belt tiada tanda-tanda retak.

      Delete
  14. Terima kasih banyak kepada tuan yang sudi berkongsi maklumat yang amat bermanfaat ini. Maklumat tuan telah meningkatkan pengetahuan saya sebagai DIYer. Kereta saya Exora CPS tetapi reka bentuk dan pemasangan timing belt adalah sama dengan Saga tuan. Oleh itu, maklumat tuan amat berguna kepada saya dan sangat saya hargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih di atas maklumbalas tuan. Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

      Delete
  15. Salam,baru ni saga blm manual tahun 2008 tukar waterpump ,timingbelt n lain yg berkaitan,masalahnya engin mati bila slow,kereta tak ada pick-up dan bila reverse pun engin akan mati...harap dapat bantu,tksih

    ReplyDelete
  16. Semalam tganu cutie...Ari ni no anta semuoa kereta jt women tu...dah Tak boleh start....bila nk start...bunyi....macam dia tarik power....mungkin Masa x pakai...arau berjalan juga..tolong bg pandangan mengapa jd cmni...pomen x ngaku Salah..katanya kete memang dah sakit...tp sebelum saya tukar waterpump ...x Ada masalahnya lain

    ReplyDelete
  17. Ni dia suruh tukar bateri pulak....duit lg...Masa repair waterpump.dah Kena bayar rm 750...brg n upah...cmna ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Saya fikir masaalah yang baru berlaku hendaklah diselesaikan oleh mekanik yang melakukan penyelenggaraan. Ini adalah kerana kereta tersebut tiada masaalah seperti yang dinyatakan sebelumn dibuat penyelenggaraan timing belt dan waterpump. Mekanik yang bertanggungjawab akan memberi waranti setiap kerja penyelenggaraan yang dilakukan.

      Delete
  18. Assalaamu'alaikum.

    Terima kasih saya dahulukan atas perkongsian Tuan Koman Spana yang bagi saya sangat terperinci dan mudah difahami.

    Mohon bertanya,
    Adakah THERMOSTAT perlu ditukar untuk penukaran kali ke-dua timing belt kit? Kereta telah berusia 11 tahun dan mileage 180,200 km.

    Coolant dan gear oil jenama apa yang bagus untuk enjin campro. Kereta model WAJA CAMPRO manual tahun 2007.

    Boleh saya tahu bengkel Tuan di mana?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Thermostat hanya perlu digantikan apabila keadaan fizikal thermostat sudah kelihatan usang.Jika keadaan fizikal masih baik, uji thermostat dengan cara merebus didalam air panas bersama thermometer. Pada suhu 70C, injap thermostat akan terbuka perlahan-lahan jika dalam keadaan baik. Jika tidak terbuka, barulah diganti thermostat tersebut.
      Coolant dan gear oil jenama Proton sudah mencukupi untuk digunakan pada kereta Proton.Tidak perlu guna jenama yang pelik atau hebat hanya pada pengiklanan. Pastikan penggantian dibuat mengikut kilometer yang disyor oleh Proton.
      Saya tiada bengkel hanya DIY.

      Delete
  19. Terima kasih atas maklumbalas :-)

    ReplyDelete
  20. slm,bro ada no fon tak?..nk minta tunjuk ajar tukar timing belt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf kerana tidak dapat berkongsi nombor telefon.

      Delete
  21. Salam bos, kalau timing belt dipasang terbalik arah arrownya adakah mendatangkan masalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika timing belt baru, tiada masaalah walaupun dipasang terbalik. Tanda anak panah memudahkan timing belt yang lama dipasang semula mengikut arah. Walaubagaimanapun, jika timing belt lama hendak digunakan semula, kemungkinan tegangan timing belt berubahjika dipasang secara terbalik.

      Delete
  22. Salam...bos boleh tunjuk tak cara nak buat paddle respon untuk campro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Minta maaf. Saya tiada pengalaman melaksanakan throttle respond.

      Delete
  23. Asslm.. Tn dan salam sejahtera.Pertanyaan utk set timing belt ni sy pernah tukar pada 76k km pertama.Pertanyaan sya adalah.. Untuk pertukaran kali kedua...brp km tn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sila gantikan timing belt berikutnya pada 176000 kilometer ataupun 5 tahun dari tarikh terkini timing belt diganti.

      Delete
  24. Salam.nak bertanya soalan jika waterpump shj ditkr. Timebelt blm capai mileage bagaimana ye.adakah ada mslh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika waterpump mengalami masaalah tetapi timing belt belum mencapai jangkahayat penggunaan, tiada masaalah jika hanya menggantikan waterpump.

      Delete
  25. salam nk tnye water pump saga blm harga berapa ye??klu tukar belt n timing belt brapa hrga ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Harga alatganti kereta adalah bergantung kepada samada penggunaan alatganti tulen ataupun aftermarket. Untuk alatganti tulin harga terkini boleh didapati di service center. Alatganti aftermarket harga terkini boleh didapati di kedai sparepart.

      Delete
  26. slm sejahtera,

    persona 2010 saya dah km 276000,saya nak tukar timing belt dan waterpump. pada masa yg sama saya kena tukar engine mounting jugak. boleh tak saya buat sekali atau asing2. dari segi kos dan time tolong advise ye.

    ReplyDelete
  27. Selamat sejahtera. Enjin mounting boleh diganti secara berasingan. Gantikan timing belt dan waterpump dahulu kerana lebih mustahak.

    ReplyDelete
  28. Salam saya nak tanya baru2 ni saya tukar timing belt dan waterpump masalah sekarang kereta berat apa punca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa dan pastikan marking gear pada timing belt adalah betul. Disamping itu juga pastikan timing belt tidak terlalu tegang ataupun kendur.

      Delete
  29. Salam nk tnye berapa jangka hayat timing belt saga flx skng dh 86000km kereta keluar thun 2016...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Pengeluar menyeyorkan timing belt diganti setiap 100 000 km ataupun 5 tahun bergantung yang mana dahulu.

      Delete
  30. Salam saya nk bertanya keta saga saya thn 2014 tp ade bunyi besi bergesel saya dh bawa jumpa pomen pomen bgtau bearing tensioner yg problem adekah disebab kan oleh masalah tensioner

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Bunyi benda yang bergeser pada enjin kereta perlu diperiksa secara dekat. Mekanik yang telah memeriksa kereta tersebut dan mendapati masaalah pada tensioner bearing mempunyai asas. Walaubagaimanapun, tuan boleh meminta mekanik yang lain pula untuk memeriksa kereta tersebut bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.

      Delete
  31. Salam.nk tanya sekiranya kita pasang timing belt lama tetapi tk ikut marking.ada masalah tak

    ReplyDelete
  32. boleh sy tahu fead belt ni selalu nya org panggil apa? sebab susah nya nak beli online sbb takde tulis fead belt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fead belt ataupun dalam bahasa yang biasa adalah belt aircond/water pump.

      Delete
  33. Boleh saya tahu, adakah crankshaft pulley untuk enjin CAMPRO boleh mendatangkan masalah jika tidak ditukar? adakah patut diganti semasa menukar timing belt/fead belt?

    Dulu2 saya pakai proton wira, jadi crankshaft pulley memang selalu kena tukar sebab lama2 nanti jadi bunyi tikus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada kebiasaan, crankshaft pulley tidak perlu diganti semasa menggantikan fead belt. Walaubagaimanapun, jika diperiksa dan didapati keadaan fizikal crankshaft pulley tersebut tidak berada dalam keadaan yang baik ianya perlu diganti.

      Delete
  34. sy bru tukar timing belt skli feadbelt dn waterpump...maslh skrg marking atas bwh semua btul xde lari..ketegangan pn ok..tapi ad bunyi mcm ketukan pd engin..sblm tukar timing belt xde bnyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba periksa semula kedudukan timing mark dan pastikan dalam keadaan betul. Pusing enjin 2 kali dan periksa timing mark dan keadaan tegang timing belt. Jika pemasangan semua komponen dalam dalam keadaan baik, tidak akan ada kedengaran bunyi yang ganjil dari enjin.

      Delete
  35. terima kasih, atas perkongsian.semoga dipermudahkan

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...