Mengenali Operasi Purge Valve Proton Saga Cara Koman

Minyak petrol merupakan bahan api yang mudah mengewap dan menghasilkan vapour. Minyak petrol yang digunakan pada kenderaan terdiri dari pelbagai hidrokarbon yang berbeza (HC). Semasa cuaca panas, unsur-unsur ringan yang terkandung dalam minyak petrol mengewap dengan mudah.
Vapour yang terdapat di dalam tangki bahan api boleh menyejat tanpa mengira masa. Lubang pengudaraan (air vent) yang terdapat pada tangki bahan api kenderaan jenis terbuka membolehkan vapour keluar bebas ke atmosfera walaupun kenderaan tidak dipandu. Vapour yang keluar ke atmosfera tanpa kawalan boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. 
Salah satu sumber pencemaran yang disebabkan oleh vapour adalah jerebu. Pembentukan jerebu adalah merupakan hasil tindak balas di antara vapour dengan udara dan cahaya matahari. Penggunaan sistem evaporative emission control dapat mengelakkan vapour sebagai sumber pencemaran udara dengan menghalang vapour dari sistem bahan api keluar bebas ke atmosfera. Kereta Proton Saga turut dipasang dengan sistem evaporative emission control sebagai langkah mengurangkan pencemaran udara.

Komponen Sistem Evaporative Emission Control
Komponen sistem evaporative emission control pada kereta Proton Saga adalah terdiri dari  komponen seperti berikut iaitu purge valve, hos air vent dan penutup tangki minyak petrol yang tertutup. Sistem yang digunakan pada Proton Saga tidak dilengkapkan dengan purge valve canister
purge valve
Pada purge valve terdapat 1 inlet dan 1 outlet yang disambungkan dengan hos. Pada hujung inlet purge valve terdapat hos yang bersambung dengan air vent tangki minyak petrol. Hos pada hujung outlet purge valve bersambung dengan intake manifold di belakang throttle body. Operasi penutupan dan pembukaan purge valve dikawal oleh ECU.
 hos ke intake manifold
Operasi Sistem Evaporative Emission Control

Sistem evaporative emission control adalah sistem tertutup sepenuh yang direka untuk mengekalkan tekanan tangki minyak petrol yang stabil tanpa membenarkan vapour  keluar bebas ke atmosfera. Vapour yang keluar melalui lubang pengudaraan tangki bahan api akan dihalang oleh purge valve sehingga enjin beroperasi. Apabila enjin panas dan kenderaan sedang bergerak, ECU membuka purge valve lalu membenarkan vapour dari tangki minyak petrol bergerak masuk ke dalam pancarongga pengambilan. Vapour yang masuk ke dalam  pancarongga pengambilan  dibakar dengan campuran udara / bahan api biasa. Penambahan vapour dilakukan semasa sistem evaporative emission control dalam keadaan operasi secara closed loop.

31 comments:

  1. Sy respek tuan sebab selalu sgt rajin berkongsi pengetahuan tentang automotif ...penerangan tuan sgt jelas dan teratur. ..Walaupun sy faham sistem tetapi utk menjelaskan nya melalui lisan sy gagal..tuan menjelaskan ia dgn sgt terperinci dan ia juga menjadi rujukan buat sy dgn mudah dan ia membantu sy dgn posting tuan utk menjelaskan kepada rakan2 lain..mudahan ilmu yg tuan kongsi menjadi bekalan yg berkekalan buat tuan untuk dibawa ke sana. ..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terimakasih atas maklumbalas tuan. Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

      Delete
    2. Salam..Kalau benda tu rosak...akan jadi kuat mkan minyak ke tuan?

      Delete
    3. Salam. Jika purge valve rosak, vapour tidak dapat disalurkan ke intake manifold. Tekanan vapour di dalam tangki minyak meningkat dan boleh menyebabkan bau minyak petrol yang kuat seolah fuel hose bocor.

      Delete
  2. Tuan saya sekadar nak tahu..purge valve ni bila kita hembus di bahagian inlet atau outlet adakah angin dapat lepas..sebb barang yg lama bila saya hembus angin lepas..bila saya tukar yg baru saya hembus angin memang tidak lepas pada inlet mahupun outlet..jadi saya keliru di situ.mana yg elok mahupun yg sudah rosak.mohon pencerahan tuan..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika purge valve dalam keadaan terbuka bermakna sudah rosak. Purge valve yang baru dan berkeadaan baik adalah dalam keadaan tertutup. Pembukaan purge valve dikawal oleh ECU.

      Delete
  3. As salam tuan, baru-baru ni terjadi lapmpu "check engine" menyala pada saga blm saya. Setelah di diagnos dengan scan tool mendapati lampu "check engine menyala disebabkan oleh purge valve canister.Tetapi yg menjadi musykil di sini saya baru je tukar dan belum sampai setahun lagi dan tiada kedengaran bunyi 'tick... tick...'. Adakah benda ni rosak atau ada masalah wiring supply ke purge canister? Macam mana nak pastikan.. Mohon pencerahan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kadangkala socket wire purge valve longgar atau pin socket berkarat juga boleh menyebabkan check engine light menyala. Cuba periksa keadaan socket dan pastikan berada dalam keadaan baik. Jika dalam keadaan baik, kemungkinan besar purge valve tersebut telah rosak walaupun baru diganti. Untuk mengukur bekalan kuasa pada purge valve, ukur voltan pada salah satu pin dengan digital multimeter melalui kaedah backprobe. Pastikan bacaan yang didapati adalah sama dengan voltan bateri. Jika bacaan voltan tidak sama dengan bateri bermakna wayar purge valve bermasaalah.

      Delete
  4. Klu kreta jd semput dtambah dgn bunyi mcm msin jhit...ada kaitan dgn krosakan bnda ni ke tuan?

    ReplyDelete
  5. Salam.. kalau bunyi tik tik tik pada purge valve carnister.. mmg problem ke? Apa kesan dia jika di biarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika dibiarkan kemungkinan enjin dapat tidak beroperasi dengan baik. Performance enjin akan berkurangan.

      Delete
  6. Salam tuan....purge valve ni sama fungsi ke dgn FCD feul cut defender....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Fungsi keduanya adalah berbeza. Purge valve mengawal fuel vapor dari tangki minyak. FCD mengawal boost pressure.

      Delete
  7. Assalamualaikum.. Saya nak tanya..saya guna waja manual.ada bau petrol dlm Kereta..kdg2 tak bau..ad yg kta hose fuel return gesel dgn hose aircond..ad yg kta charcoal canister depan bonet..mohon pencerahan Tuan.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba tuan periksa dibawah tempat duduk belakang. Disitu ada penutup lubang bulat yang merupakan laluan ke fuel pump. Umpil penutup tersebut dan periksa sambungan hose minyak petrol pada fuel pump semasa enjin hidup dan fuel pump beroperasi. Kemungkinan ada sambungan hose yang bocor disitu.

      Delete
  8. ok boss..tapi bila saya lihat di bhgn enjin ada kesan wap air..Dan menitik ats lantai..saya periksa engine tiada yang leaking..

    ReplyDelete
  9. Salam..saya ingin bertanya..bile saye matikan aircond sewaktu memandu akan terasa enjin pickup dan ringan.selepas on aircond enjin sdkit drop.ade sesetengah brpendapat brpnca dripda canisster ni tuan.adakah btul?tetapi canister tdak ada mgeluarkn bnyi ape2..mohon pncerahan.trima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Selain dari purge valve cannister, cuba tuan gantikan fuel filter jika tidak diganti di dalam tempoh 3 tahun. Fuel filtersumbat juga boleh menyebabkan pretsi enjin menurun.

      Delete
  10. Salam tuan, adakah purge valve yg rosak akan menyebabkan susah hidup semasa start?

    ReplyDelete
  11. Tuan.. saga saya sekarang xboleh isi minyak penuh.. asyik tendang keluar je.. kadang2 xsampai 10 rgt dah tendang.. adakah disebabkan pressure dalam tank? Apa sebab dia ye? Dan cara mudah untuk check.. hos minyak yang dri tempat isi minyak ke tank xde sumbat pun.. tp mcm pressre dlm tank rasanya

    ReplyDelete
  12. Saya fikir ada 2 kemungkinan yang boleh menyebabkan masaalah tersebut berlaku. 1.Mungkin saluran hos mengisi minyak petrol (hos besar) tesumbat. Cuba periksa dan pastikan saluran hos tersebut tidak kemek pada sebelah bahagian dalam. 2. Pada bahagian mengisi minyak petrol terdapat lubang saluran hos (vent hose)yang kecil yang bertujuan melepaskan gas-gas didalam tangki. periksa dan pastikan saluran hos tersebut tidak tersumbat.

    ReplyDelete
  13. Salam.... Klu purge valve.... Ada x kemungkinan enjin mati tiba2.... Sy pakai wira VDO... Kdg dia mati tiba2... Lg 1 klu mendaki...terasa drop...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika ada masaalah pada purge valve enjin tidak mati. Masaalah enjin mati perlu periksa sistem bekalan bahanapi. Periksa tekanan minyak petrol dan pastikan tekanan adalah mencukupi.Periksa penapis minyak petrol dan pastikan tidak tersumbat. Gantikan jika perlu.
      Periksa pada sistem pencucuhan dan pastikan spark plug menyala dengan kuat.

      Delete
  14. Salam.... Klu purge valve problem.... Ada x kemungkinan enjin mati tiba2.... Sy pakai wira VDO... Kdg dia mati tiba2... Lg 1 klu mendaki...terasa drop...

    Reply

    ReplyDelete
  15. salam..boleh ke kita cut penggunaan purge valve canistor ni kerana jika diganti baru ia tetap akan bunyi..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  16. Salam. Purge Valve tersebut perlu dikekalkan seperti rekabentuk asal walaupun terdapat bunyi injap bebola yang kedengaran.Jika purge valve dibuang dan hose disambung terus ke intake manifold boleh menyebabkan fuel overflow (rich mixture).

    ReplyDelete
  17. Askm tuan. Saya nk mntk bntuan dn brtny. Ok kereta saga flx bru ni sye dgr mcm bnyi fuel pump x kuat. Bunyi die slow. Dn mse tu sye strt tpi x blh hidup. Sye tkr fuel pump, tapi msih x blh, fuel filter pn tkr tpi x blh, kemudian tkr crank sensor pn x blh. Care nk hidup kn die kne tutup throtle body dn strt slm mse yg sme bru blh hidup. Tpi ble dh hidup jd sebu, ble jln tekan mnyk kete xnk pegi jd sebu. Mntk tlg pencerahan tuan. Dh jd buntu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya beranggapan tiada masaalah pada electronic control system kerana tidak disebut check engine light menyala. Pada pendapat saya, langkah yang perlu dilakukan adalah memeriksa tekanan minyak petrol seperti pautan berikut https://serbamaneka.blogspot.com/2014/10/periksa-tekanan-minyak-petrol-proton.html . Walaupun fuel pump dan fuel filter telah ditukar, tidak bermakna komponen-komponen tersebut akan berfungsi dengan baik. Dengan mengukur dan mengetahui tekanan petrol adalah betul bermakna sistem bekalan petrol berada dalam keadaan baik dan bukan punca masaalah.
      Seperti yang dimaklumkan pada peringkat awal iaitu fuel pump berbunyi dengan pelahan dan perkara tersebut perlu ditentukan samada fuel pump rosak ataupun fuel pump tidak mendapat voltan yang cukup. Jika fuel pump tidak rosak tetapi ada masaalah pada wiring harness boleh menyebabkan fuel pump tidak beroperasi dengan baik.

      Delete
    2. tuan cuba periksa mass air pressure (MAP) sensor.

      Delete
  18. Salam bro...

    Saya jugak ada 1 masalah berkenaan, Purge. Jikalau ia rosak adakah ia akan membuat bacaan minyak meter X tepat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera. Jika purge valve rosak, fuel vapour tidak dapat disalurkan ke intake manifold. Tekanan vapour di dalam tangki minyak meningkat dan boleh menyebabkan bau minyak petrol yang kuat seolah fuel hose bocor.
      Jika bacaan meter tidak tepat kemungkinan terdapat masaalah fuel tank float switch, wayar float switch ataupun fuel level meter.

      Delete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...