Ganti Clock Spring Proton Saga BLM Cara Koman

Pada kereta Proton Saga BLM, clock spring berfungsi untuk  menghubungkan horn relay  dengan horn switch. Clock spring berada di belakang roda stereng. Di antara tanda-tanda clock spring mengalami kerosakan adalah  horn switch tidak berfungsi. Horn  juga berbunyi secara berterusan walaupun  horn switch tidak ditekan.
Untuk mengelakkan horn berbunyi secara berterusan, langkah sementara yang boleh diambil adalah dengan mengeluarkan fius horn dari kotak fius yang berada di dalam kereta. Selain dari itu, wayar penyambung kepada horn juga boleh ditanggalkan untuk mengelak horn berbunyi.
Walaubagaimanapun, memandu kereta tanpa horn adalah merbahaya dan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Untuk menggantikan clock spring  yang rosak, langkah berikut boleh diikuti.

1.Tanggalkan sambungan wayar terminal negatif pada bateri .
2.Keluarkan juga fius horn yang berada pada kotak fius di dalam kereta.
fius hon
3.Keluarkan 2 biji  torx screw  yang memegang  horn switch  di tepi steering column.
4.Tanggalkan wayar bekalan kuasa elektrik ke horn switch dan keluarkan  horn switch dari steering column.
5.Pegang roda steering dengan kuat untuk mengelakkan roda steering bergerak. Buka  nut yang mengikat  roda stereng dengan menggunakan socket spanner saiz 17mm.
6.Pusing roda stereng dan pastikan tayar berada dalam keadaan lurus.Letakkan tanda  pada steering wheel shaft  dan roda stereng dengan cat putih supaya mudah dipasang semula.
tanda pada roda stereng
7.Keluarkan  roda stereng dengan menggunakan  steering wheel puller.
roda stereng dikeluarkan mengguna puller
8.Keluarkan 4 screw pada  penutup plastik di tepi  ruang stereng dan tanggalkan penutup plastik tersebut.
9.Keluarkan 4 screw yang mengikat clock spring.
kedudukan screw clock spring
10.Tanggalkan wayar penyambung clock spring pada bahagian bawah steering colum.
11.Keluarkan clock spring dari  steering wheel shaft.
1 way clock spring
12.Pasang clock spring yang baru pada steering shaft dan ikat dengan screw. Clock spring Proton Saga sedia ada hanya menggunakan 1 wayar sahaja. Jika sukar diperolehi, 10 way clock spring boleh digunakan dengan sedikit pengubahsuaian pada wayar penyambungan. 
wayar yang digunakan
Pada 10 way clock spring, hanya 1 wayar  yang sama warna digunakan. Wayar-wayar yang lain tidak digunakan.Wayar tersebut perlu dipotong dari socket penyambung dan dipasang dengan female bullet connector. Kerja ubahsuai wayar clock spring perlu dilakukan sebelum pemasangan clock spring pada stereng.
female bullet connector
13.Pasang penutup plastic  di tepi ruang stereng dan ikat dengan screw. Tarik dan keluarkan lock yang bewarna biru dari clock spring.
clock spring lock
14.Letakkan roda stereng pada steering shaft mengikut tanda yang dibuat sebelumnya tanpa diikat dengan nut. Letakkan horn switch dan sambung wayar dengan clock spring . Pasang semula kabel pada negative bateri terminal. Pasang fius horn.Uji fungsi horn switch.
15.Setelah dipastikan horn berfungsi dengan normal, tanggalkan semula horn switch. Keluarkan juga fius horn.
16.Pasang dan ikat roda stereng pada steering shaft dengan nut.
17.Pasangkan semula horn switch pada roda stereng dan sambung wayar dengan clock spring .
18.Ikat penutup  horn switch dengan screw.
19.Pasangkan semula  fius horn.
20.Uji horn switch sekali lagi untuk memastikan pemasangan berada dalam keadaan baik.



3 comments:

  1. salam abg.. untuk proton waja yg pakai air bag mcm mn ye step pasang..sambungan mana dulu.. risau gak meletop.. kalau cabut terminal negatif bateri lebih selamat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Negatif terminal perlu ditanggalkan. Kalau nak yang lebih mudah, keluarkan clock spring yang ada pada steering. Bawa clock spring tersebut ke kedai spare parts sebagai contoh dan beli clock spring yang sama model. Semasa dipasang semula tak buat ubahsuai pada wayar. Hanya plug and play. Jika gunakan jenis clock spring 10 way, perlu ubahsuai seperti di atas.

      Delete
  2. Salam tuan..nk tanya cara pasang audio button kat stering tanpa tukar clock spring..mcm ye nk tambah wayar?hrp dpt membantu tuan..kerwta saga vvt

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...