Sistem pancitan bahanapi elektronik adalah sistem yang berfungsi menghantar bahanapi dari tangki minyak ke pemancit sebelum dipancitkan ke dalam kebuk pembakaran enjin dengan dikawal oleh engine control module. Pada masa sekarang boleh dikatakan hampir semua enjin sangkut beroperasi menggunakan sistem pancitan bahanapi elektronik.
Komposisi campuran bergantung kepada nisbah berat udara dan bahan api. Pembakaran bahan api yang ideal adalah berlaku pada nisbah 14.7 kg udara dan 1 kg bahanapi. Nisbah campuran udara dan bahanapi tersebut dikenali sebagai nisbah stoichiometric.
Rajah 1: Sistem pancitan bahanapi elektronik
Sistem Pancitan Bahanapi Elektronik
Sistem ini terdiri dari 3 komponen utama iaitu :
i.Sistem Pengambilan Udara
ii.Sistem Bekalan Bahanapi
iii.Sistem Kawalan Elektronik
Sistem Pengambilan Udara
Sistem pengambilan udara terdiri dari Intake Manifold, Throttle Body dengan dilengkapkan Throttle Position Sensor (TPS), sebuah Idle Air Control (IAC), Manifold Absolute Pressure (MAP) sensor dan Manifold Air Temperature (MAT) sensor. Pada intake manifold juga turut dipasang Fuel Rail dan Fuel Injector.
Rajah 2:Sistem Pengambilan Udara
Throttle body
Rajah 3:Throttle body
Fungsi throttle body adalah sebagai saluran utama yang dilalui oleh udara sebelum masuk ke dalam intake manifold.
Sistem Bekalan Bahanapi
Sistem bahan api terdiri dari penyambung hos bahanapi, low pressure fuel pump, high pressure fuel pump, fuel rail, fuel injector, fuel vapor saparator fuel cooler dan fuel pressure regulator. Mechanical low pressure fuel pump menyedut bahan api dari tangki bahanapi melalui hose bahanapi dan penapis bahanapi.
Bahanapi dihantar kepada high pressure fuel pump yang berada di dalam fuel vapor saparator dan disalur kepada fuel injector. Bahanapi bertekanan tinggi disembur oleh fuel injector yang dipasang pada fuel rail melalui kawalan Engine Control Module. Lebihan bahanapi yang tidak digunakan oleh fuel injector mengalir melalui fuel cooler. Setelah itu, bahanapi tersebut mengalir melalui fuel pressure regulator dan kembali semula ke fuel vapor saparator.
Rajah 4:Sistem bekalan bahanapi
Low pressure fuel pump
Rajah 5:Low pressure fuel pump
Low pressure fuel pump adalah sebuah pam mekanikal. Pam tersedut dipacu oleh cam lobe camshaft. Operasi pam adalah dengan menyedut bahanapi dari tangki bahanapi dan mengepam ke vapor separator
Low pressure fuel pump filter
Rajah 6:Low pressure fuel pump filter
Low pressure fuel pump filter berfungsi untuk menapis kotoran dari tangki bahanapi dan mengasingkan bendasing yang dimampatkan oleh pam bahan api.
Fuel Vapor Saparator
Rajah 7:Fuel Vapor Saparator
Fuel vapor saparator berfungsi untuk memisahkan wap bahanapi dan mengurangkan vapor lock di dalam saluran bahanapi.
High pressure fuel pump
Rajah 8:High pressure fuel pump
High pressure fuel pump berada di dalam fuel vapor saparator. Pam berfungsi menghantar bahanapi dari fuel vapor saparator kepada fuel injector. Di bawah high pressure fuel pump terdapat fuel strainer dipasang untuk menapis kotoran di dalam bahanapi.
High pressure fuel filter
Rajah 9:High pressure fuel filter
High pressure fuel filter berfungsi untuk menapis kotoran yang berada di dalam fuel vapor saparator.
Fuel rail
Rajah 10:Fuel rail
Fuel rail berfungsi untuk mengagihkan bahan api ke fuel injector mengikut bilangan selinder enjin.
Fuel pressure regulator
Rajah 11:Fuel pressure regulator
Fuel pressure regulator berfungsi untuk memastikan tekanan bahanapi sentiasa dalam keadaan stabil. Kedudukan fuel pressure regulator adalah berada di dalam vapor saparator.
Fuel cooler
Rajah 12:Fuel cooler
Fungsi fuel cooler adalah untuk menyejukkan bahanapi. Bahanapi yang mengalir di dalam tiub fuel cooler disejukkan oleh air laut yang berada diluar tiub fuel cooler.
SISTEM KAWALAN ENJIN ELEKTRONIK
Rajah 13:Sistem kawalan elektronik
Fungsi sistem kawalan elektronik enjin adalah untuk membolehkan operasi enjin sangkut menjadi lebih mesra alam sekitar, cekap dan ekonomi. Komponen utama sistem ini adalah Engine Control Module yang memantau operasi enjin dan mengawal enjin supaya berada pada tahap terbaik. Engine Control Module mengawal isipadu bahanapi, kelajuan melahu, masa pencucuhan dan mengesan kerosakan. Sistem kawalan elektronik enjin dilengkapkan sensor untuk mendapatkan maklumat dari enjin sangkut. Engine Control Module akan menggerakkan actuactor setelah menerima maklumat dari sensor.
Sistem kawalan elektronik enjin boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :
1. Sensor
2. Actuator
3. Engine Control Module
JENIS SENSOR
Manifold Absolute Pressure Sensor (MAP)
Rajah 14:Manifold pressure sensor
Fungsi manifold absolute pressure sensor didalam sistem pancitan bahan api untuk mengesan tekanan di dalam intake manifold.
Throttle Position Sensor (TPS)
Rajah 15:Throttle position sensor
Fungsi throttle position sensor adalah untuk membekalkan maklumat samaada throttle plate dalam keadaan tertutup atau terbuka. Apabila pembukaan throttle mencapai kedudukan tertentu dan enjin beroperasi dalam keadaan beban penuh.
Engine Cooling Temperature Sensor (ECT)
Rajah 16:Engine cooling temperature sensor
Fungsi engine cooling temperature sensor adalah untuk menghantar isyarat keadaan suhu enjin. Sensor ini adalah sejenis thermistor dari jenis Negative Temperature Coeficient. Apabila suhu rendah , nilai rintangan penderia akan menjadi tinggi. Apabila suhu tinggi, rintangan sensor menjadi rendah. Voltan turut berubah mengikut keadaan suhu semasa. Semasa suhu dalam keadaan sejuk voltan ECT sensor adalah tinggi. Apabila suhu menjadi panas, voltan ECT sensor menjadi rendah. Engine Control Module mengunakan isyarat dari ECT sensor untuk mengawal kadar pancitan bahanapi.
Oil pressure switch
Rajah 17:oil pressure switch
Fungsi oil pressure switch adalah untuk mengesan kadar tekanan minyak pelincir. Jika tekanan minyak pelincir terlalu rendah komponen enjin menjadi rosak.
Crankshaft Position Sensor (CKP)
Rajah 18:Crankshaft position sensor
Fungsi crankshaft position sensor adalah untuk menghantar isyarat kepada Engine Control Module untuk menentukan kelajuan enjin dan mengesan sudut crankshaft.
Camshaft Position Sensor (CPS)
Rajah 19:Camshaft position sensor
Fungsi camshaft position sensor adalah untuk memberikan maklumat kepada Engine Control Module kedudukan piston nombor satu.
JENIS ACTUATOR
Pergerakan actuactor dikawal oleh Engine Control Module.
Fuel Injector
Rajah 20: Fuel Injector
Fuel injector adalah sejenis injap yang digerakkan secara elektronik dan berfungsi untuk memancitkan bahanapi ke dalam rongga pembakaran selinder enjin mengikut isyarat yang diberikan oleh Engine Control Module. Fuel injector memancit bahan api setelah diaktifkan oleh Engine Control Module yang menerima isyarat dari sensor.
Idle Speed Control (ISC)
Rajah 21:Idle Speed Control
Fungsi Idle Speed Control adalah untuk menstabilkan enjin semasa pertambahan beban. Idle Speed Control motor dipasang pada throttle body.
Engine Control Module
Rajah 22:Engine Control Module
Engine Control Module merupakan sebuah komputer digital yang digunakan untuk berkomunikasi dengan sensor serta mengawal actuator.