Terdapat berbagai pendapat tentang cara-cara untuk menggantikan bateri kereta. Ada yang mengatakan bateri kereta hendaklah diganti semasa enjin kereta sedang hidup untuk mengelakkan ECU kehilangan memory.
Cara di atas adalah berbahaya kepada kereta anda. Semasa enjin hidup, alternator akan mengecas bateri. Apa akan terjadi apabila anda mengeluarkan bateri ketika itu? Kemanakah 'charging current" akan pergi bila bateri dikeluarkan? Jawapannya retifier berisiko tinggi akan rosak kerana proses mengecas tidak lengkap. Elakkan diri dari menggantikan bateri semasa enjin sedang hidup. Gantikan bateri semasa enjin off seperti biasa.
RAM di dalam ECU akan hilang sementara sahaja tetapi ROM masih kekal.Jadi tiada masaalah yang besar.Yang hilang hanya setting pada jam, radio ataupun immobiliser dan boleh diset semula secara manual. Anda juga boleh mengunakan "memory saver" semasa menukar bateri sekiranya ada dan dapat mengelakkan jam, radio ataupun immobiliser perlu diset semula..