Ganti Bendalir Stereng Kuasa Proton Saga BLM Cara Koman



Sistem stereng kuasa merupakan salah satu sistem kereta Proton Saga BLM yang perlu diselenggara secara berkala. Bendalir stereng kuasa perlu ditukar pada selang masa 24 bulan atau 40000 kilometer. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menggantikan bendalir di dalam sistem stereng kuasa. 

1.Tanggalkan serpentine belt dari pulley pam stereng kuasa. Apabila serpentine belt ditanggalkan, pulley pam steering kuasa boleh dipusingkan dengan tangan.


pam stereng kuasa
2. Angkat  bahagian depan kereta dengan menggunakan jack kepada ketinggian yang mencukupi  supaya mudah bekerja di bawah kereta. Oleh kerana roda stereng perlu dipusing, penggunaan jack  stand  lebih sesuai untuk membolehkan tayar bergerak secara bebas.

3. Tanggalkan bolt yang mengikat takungan bendalir stereng kuasa. 

takungan bendalir dtanggalkan
4. Sediakan bekas untuk  mengumpul  bendalir steering kuasa sediaada yang akan dikeluarkan.  Keluarkan penapis dari takungan dan sedut bendalir yang berada di dalam takungan dengan picagari.


bendalir di dalam takungan disedut
5. Keluarkan lebihan bendalir stereng kuasa  yang berada di dalam takungan. Tuang bendalir tersebut ke dalam bekas yang disediakan.


lebihan bendalir dikeluarkan
6.Tanggalkan hos (return hosebendalir stereng kuasa yang mengalir kembali dari rak stereng kuasa ke takungan. Tutup lubang hos pada takungan untuk mengelakkan bendalir mengalir keluar semasa diisi. 

hos yang perlu ditanggal
7. Hujung hos yang telah  ditanggal  perlu diletakkan ke dalam bekas yang disediakan untuk  membolehkan bendalir lama mengalir keluar.

bendali yang dikeluarkan melalui hos
8. Tambahkan bendalir stereng kuasa yang baru ke dalam takungan sehingga penuh. Gelembung udara dan seluruh bendalir di dalam sistem perlu dikeluar  untuk membolehkan stereng kuasa berfungsi dengan baik .

9. Switch on kunci enjin kereta. Dapatkan bantuan rakan memusing roda stereng kereta dan pada masa yang sama pusingkan pulley pam stereng kuasa dengan tangan. Lebih banyak bendalir mengalir keluar melalui hos ke dalam bekas apabila roda stereng dipusingkan. Tambahkan bendalir ke dalam takungan apabila paras bendalir berkurangan. Sentiasa perhatikan paras bendalir di dalam takungan. Berhenti memusing roda stereng dan pulley pam apabila bendalir yang baru kelihatan mengalir keluar dari hos. Minta rakan  untuk memusing roda stereng ke kiri dan kanan  (lock  to lock) semasa bendalir ditambah ke dalam takungan. Proses yang dilakukan ini dapat membantu mengeluarkan udara dari hos sistem stereng kuasa.

perbezaan warna bendalir
10. Pasangkan semula hos stereng kuasa kepada takungan. Isikan takungan dengan bendalir stereng kuasa sehingga paras yang disyorkan dan pasangkan penutup takungan. Pasangkan kembali serpentine belt pada pulley pam stereng kuasa.

11.Hidupkan enjin dan pusingkan  roda stereng  dari kiri ke kanan dan sebaliknya selama lima minit.  Pusing roda stereng dari kedudukan lock  to lock.  Bunyi dengung yang kedengaran semasa roda stereng dipusing menunjukkan  masih terdapat udara yang terperangkap di dalam sistem. Pusingkan roda stereng secara berterusan untuk mengeluarkan  udara dan bendalir dapat mengalir dengan lancar ke seluruh sistem.

12.Matikan enjin dan tambah bendalir ke dalam takungan. Paras bendalir di dalam takungan menurun  selepas  pengujian stereng disebabkan bendalir mengalir keluar dari takungan dan beredar ke dalam sistem. Pastikan paras bendalir stereng kuasa di dalam takungan berada di antara  tanda MIN dan MAX.


paras bendalir
13.Turunkan kereta dari jack stand .Pastikan stereng berfungsi dengan baik apabila berat kenderaan dipindahkan kepada tayar. Hidupkan enjin kereta  dan pusingkan  roda stereng ke kiri dan ke kanan. Pastikan tayar boleh berpusing seperti biasa. Pandu kereta selama 10 minit untuk menguji operasi sistem stereng kuasa. Jika sistem masih bermasaalah,  proses mengeluarkan gelembung udara di dalam sistem perlu diulang semula.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...