Periksa Absorber Link Perodua Alza Cara Koman

Salah satu  komponen yang dilengkapkan  pada sistem suspensi  roda hadapan kereta Perodua Alza adalah absorber link.Pemeriksaan perlu dilakukan pada absorber link tersebut untuk memastikannya berada dalam keadaan baik. Salah satu masaalah yang kerap kedengaran  pada  kereta Perodua Alza  adalah nut yang mengikat absorber link menjadi longgar. Apabila nut  tersebut longgar, bunyi  ketukan yang kuat akan kedengaran pada bahagian suspensi  roda depan semasa  kereta  melalui  jalan yang berlopak ataupun berbonggol.
absorber link suspensi depan Perodua Alza

Pemeriksaan tersebut adalah mudah dilakukan. Untuk melakukan pemeriksaan, steering  kereta Perodua Alza perlu dipusingkan sehingga bahagian bertanda ‘lock’ untuk membolehkan  absorber link dicapai. Terdapat 2 nut yang perlu diperiksa dan dikunci iaitu 1 dibahagian atas manakala 1 lagi di bahagian bawah. Gunakan spanner yang bersesuaian dan  kunci nut yang mengikat  absorber link jika didapati longgar

Menghayati Karangan Percubaan SPM 2015 Cara Koman

           Buku teks, buku nota, bekas pensel, bekal makanan. Siap. Kumasukkan barang-barangku satu per satu ke dalam beg sandang dan akhir sekali, kusisipkan telefon bimbit, kunci rumah dan dompet ke dalam poket seluar. Kususun langkah menuju ke pintu apartment di mana buat pertama kalinya aku seorang anak Melayu, seorang gadis meningkat dewasa bergelar pelajar di University of Vienna, Vienna, Austria. Saat pintu di buka wusshh!!! Laju angin musim luruh menyapa muka, membekukan hidung. Cepat-cepat aku ketatkan ikatan mafela dan merapatkan kot ke tubuh untuk memanaskan badan. Rambutku yang panjang hanya disanggul ala kadar, cukup sekadar tidak mengerbang ditiup angin.Setelah pakaianku dikemaskan, aku melangkah keluar keluar menuju ke tempat di mana dalam masa lima tahun lima bulan aku bakal mencapai impianku untuk bergelar seorang doktor,semangat berkobar-kobar dan yakin.
        Perjalanan ke University of Vienna mengambil masa 30 minit jika menggunakan perkhidmatan kereta api. Saat aku mengambil tempat duduk, seorang gadis Eropah bertudung biru melangkah masuk di dalam gerabak kereta api yang penuh. Sayang sekali tiada tempat duduk ditawarkan untuknya dan seperti golongan minoriti muslim Eropah yang lain, dipinggirkan oleh orang-orang disekelilingnya.”Mein freund,” aku memanggilnya sambil menepuk-nepuk tempat kosong di sebelahku. Ternyata dia menerima pelawaanku dan lega apabila dapat melabuhkan punggungnya. “Danke,” jawabnya dalam bahasa Jerman. “Bitte,” balasku, juga dalam bahasa Jerman. Buat seketika ruang antara kami hanya diisi sepi. Lantas dia mengeluarkan sebuah al-Quran mini dari tas tangannya dan mula mengaji. Aku cam ayat yang dialunkannya.’Surah Luqman,’ aku menyebut dalam hati, lansung turut serta dalam bacaannya. Tiba-tiba bacaannya terhenti. “Sie sind ein Moslem?” laju  pertanyaan itu keluar dari bibirnya disertai riak kurang percaya yang terukir diwajahnya. Belum sempat aku menjawab, satu pengumuman menandakan kereta api telah sampai ke University of Vienna berkumandang.Cepat-cepat aku meninggalkannya,membiarkan pertanyaannya tidak bersambut.Hanya pandangan matanya sahaja yang mengekori aku keluar dari kereta api.
        “Mengapa aku lari darinya? Adakah kenyataan itu terlalu pahit untuk ditelan atau aku terlalu sombong untuk menjawab pertannyaanya?’ Bertubi-tubi soalan menghentam kepala sejak aku turun dari kereta api sehinggakan aku kurang fokus di dalam kelas.Hatta sewaktu menjamu selera di kafe pun kepalaku masih diasak oleh soalan yang sama.”Assalamualaikum” satu suara menegur memberi salam. Gadis bertudung biru itu lagi.kali ini dia tersenyum kecil. “Boleh aku menyertaimu minum di kafe ini?” tanyanya, kini dalam bahasa Inggeris.Aku menggangguk. Dia memanggil pelayan dan memesan minuman. Seraya dia bertanya, “Kamu memang lahir sebagai Muslim?”. Angguk. “Mengapa tidak …..” “Memakai tudung? Sakit kepala” pintasku. “Tapi itu kewajipan” dia membalas kurang puas hati. Aku merenung tajam, gigiku digetapkan. Bertudung hak aku. Biarlah rambut panjang lagi hitam ini mengerbang ditiup angin asalkan kepalaku tidak berbungkus panas sakit kepala.”Kewajipanmu yang lain?” Soalnya lagi. “Aku tunaikan.” aku merengus. “Lihat sini, aku juga sama muslim sama sepertimu.Solat, puasa,melakukan kebaikan dam macam-macam lagi. Pandangan kau seperti kau melayakkan wanita muslim berhijab sahaja yang layak melakukan kebaikan.Hipokrit!” Aku menghamburkan perasaanku kepadanya. Dia terkebil-kebil memandangku lalu tertunduk. Sedih barangkali tetapi aku tidak peduli. Dia meraba-raba tas tangannya lalu mengeluarkan seuatu dan meletakkannya di atas meja. Spontan aku mengambilnya. Sekeping kad nama tertulis Noorul Hidaya. Kuulangi namanya dalam hati. Apabila aku mengangkat muka, dia telah pergi.
        Hari demi hari berlalu. Saban hari aku bertemu Noorul Hidaya yang juga pelajar University of Vienna tetapi pertemuan kami sentiasa membangkitkan isu kewajipan seorang muslimah. Kami bagai anjing dengan kucing, minyak dengan air. Bagiku, ini cara hidupku. Ditambah lagi kesibukan sebagai seorang pelajar membuatkan aku tiada masa untuk melakukan kewajipan yang satu. Satu demi satu ibadahku tinggalkan semata-mata ingin mengejar impian bergelar doktor. Mataku sudah kabur dengan akhirat, yang celik hanya dunia. Ibu bapaku juga begitu, kewajipan yang satu adalah dunia. Dek didikan itulah aku tegar sekali mematahkan hujahnya. Dan di cuti musim panas ini, aku berharap dapat melupakan pertelingkahan aku dengan Noorul Hidaya dengan mengikuti lawatan ke Turki dan Sepanyol.
        Saat bas kami sampai di Turki, aku terpegun dengan kecantikannya yang menggabungkan keunikan budaya Eropah dan Asia. Masjid-masjid peniggalan Empayar Turki Uthmaniyah yang bertahan selama lebih 600 tahun masih lagi gah berdiri walaupun empayarnya telah lama musnah. Masjid Suleymaniye hasil tangan Mimar Sinan, arkitek agung Empayar Turki Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Suleiman yang hebat berdiri megah di ibu kota Turki, Istanbul. Tetapi yang lebih mencuri perhatianku adalah Hagia Sophia. Entah kenapa hatiku tergerak untuk melihatnya. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, barang-barang orang Kristian dan Muslim Turki terpamer di kiri kanan. Di kubah muzium terbentang lukisan Nabi Isa a.s bersama ibunya, Maryam.  Kuangkat brosur ditangan yang kuambil seraya membaca sejarahnya. Sebuah gereja Empayar Byzantine, Hagia Sophia yang bererti Wisdom of God telah bertukar menjadi masjid setelah Constantinople, kini Istanbul ditakluk oleh Sultan Mehmed II. Kini Hagia Sophia telah dijadikan muzium. Masjid, aku berbisik perlahan lalu meligas mataku mencari kalimah yang sering menghiasi masjid. Dan nun jauh di atas sana, di bawah lukisan Nabi Isa a.s, tulisan Allah dan Muhammad beserta nama empat orang Khulafa’ Ar-Rashidin menghiasi tiang masjid. Tiada tuhan melainkan Allah, aku berbisik perlahan diselangi air mata bercucuran.
        Perjalanan kami diteruskan lagi,kali ini menuju ke Sepanyol. Dalam perjalanan aku asyik memikirkan hanya kerana menginginkan kemodenan Bapa Turki, Mustafa Kemal At-Tartuk sanggup mengenepikan agama sehingga membawa kemusnahan Empayar Turki Uthmaniyah. Perjuangan selama beratus-ratus tahun yang dilakukan oleh sultan- sultan terdahulu untuk menyebarkan Islam hanya hilang begitu sahaja tanpa dikenang. Kufur nikmat, fikirku tetapi bukankah aku juga begitu? Mengaku muslim tetapi gaya hidupku tidak mencerminkan ciri-ciri keperibadian  seorang muslim. Dalam lamunan panjang, bas terhenti di suatu tempat. Cordoba, tulis satu papan tanda. Bagaikan direnjat elektrik, aku turun dari bas. Sambil berlari-lari anak mataku meligas mencari tempat itu, sebuah gereja yang kutemukan di internet, La Mezquita-Catedral de Cordoba. ‘Tolonglah ya Allah’ aku berdoa dalam hati, ‘janganlah kau benarkan apa yang aku baca di internet itu.’ Dengan langkah yang menggeletar aku masuk ke dalam gereja itu yang sedia sesak dengan pelancong. Walaupun bergelar gereja, ciri-cirinya binaan jelas menunjukkan bahawa pada suatu masa dahulu bangunan ini merupakan sebuah masjid. Mihrab, ruang solat dan binaan yang lain masih lagi terpelihara. Apa yang mengejutkan aku adalah sisa-sisa kaligrafi tulisan al-Quran pada dinding masjid terukir kabur, tanda telah dimusnahkan daripada rupa asalnya. Hanya beberapa kaligrafi sahaja yang masih kekal tidak terusik.  Di suatu sudut terpamer patung Nabi Isa a.s disalib. Di ruang masjid yang penuh sesak dengan pengunjung ini,aku terasa begitu tidak berdaya. Aku sujud dan menangis semahu-mahunya mengenang masjid suci ini yang telah bertukar rupa,tidak seperti Hagia Sophia yang dibenarkan untuk kekal berdiri walaupun terdapat kontra pertembungan dua agama yang berbeza. Hilang sudah seri asal masjid ini daripada apa yang digambarkan oleh Muhammad Iqbal, penyajak kebanggaan Pakistan dalam puisinya akan keagungan masjid ini. Tetapi tindakanku mengundang padah apabila aku dihalau keluar daripada pengawal gereja. “Tidak , pergi biarkan aku!” aku meronta tetapi permintaanku tidak dihiraukan malah aku diheretkan keluar. Aku terpempan. Cordoba, ibu kota kebanggaan Bani Umayyah, mengapa jadi begini?

        Kini, aku di dalam tandas di Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bayanganku di dalam cermin berbanding lima tahun dahulu sewaktu aku pertama kali menjejakkan kaki di atas bumi Austria ternyata jauh berbeza. Aku bersyukur ditemukan dengan Noorul Hidaya, Hagia Sophia dan Cordoba. Aku kini lebih mengerti,sebagai seorang muslim yang menghargai hidupnya. Hadis Rasulullah s.a.w mengatakan hidup kita ini bagai pengembara, begitu singkat di Bumi ini yang hanyalah sebuah tempat persinggahan. Gunakanlah masa yang sebaik-baiknya untuk menghambakan diri kepadanya. Kubetulkan tudung di kepala, bersedia untuk melangkah ke dunia baru, halaman baru kisah hidupku sebagai seorang muslimah.

Ganti Fuel Filter Proton Saga Cara Koman

                Semua kereta yang menggunakan electronic fuel injection system dilengkapkan dengan fuel filter. Pada kereta Proton Saga, fuel filter dipasang pada kedudukan  sebelah kanan dibawah kereta. Fuel filter disyorkan oleh pengeluar diganti setiap 3 tahun walaupun tidak bermasaalah. Untuk menentukan samaada fuel filter dalam keadaan baik, ujian tekanan minyak petrol boleh dibuat seperti disini. Langkah berikut pula adalah cara-cara untuk mengantikan fuel filter kereta Proton Saga BLM.

1.Gunakan  jack yang bersesuaian dan angkat kereta untuk memberi ruang yang selesa semasa membuka fuel filter.
kedudukan fuel filter
2.Keluarkan fuel pump relay yang berada di dalam kotak fius.
fuel pump relay
3.Hidupkan enjin kereta dan biarkan enjin mati dengan sendirinya. Pada masa ini, tekanan minyak petrol didalam fuel hose akan berkurangan. Walaupun minyak petrol sudah berkurangan, masih terdapat lagi lebihan minyak petrol di dalam fuel hose. Sediakan bekas yang sesuai untuk menampung lebihan minyak petrol tersebut. Picit pengunci pada fuel hose dan tanggalkan fuel hose pada arah minyak petrol mengalir masuk ke dalam fuel filter.

4.Gunakan spanner saiz 10mm dam buka bolt bracket yang memegang fuel filter. Seterusnya barulah dibuka fuel hose pada arah minyak petrol mengalir keluar  dari fuel filter.
fuel filter lama
5.Pasang fuel filter yang baru  pada fuel hose arah minyak petrol mengalir keluar  dari fuel filter. Seterusnya pasang fuel filter pada bracket yang memegang fuel filter. Setelah itu, pasang fuel hose pada arah minyak petrol mengalir masuk ke dalam fuel filter.
fuel filter baru
6.Sebelum fuel hose dipasang pada fuel filter, pastikan arah aliran minyak petrol masuk ke dalam fuel filter mengikut tanda yang terdapat pada fuel filter. Sebagai contoh, fuel filter jenama Bosch menggunakan tanda 'IN" untuk menunjukkan arah aliran minyak petrol.
tanda arah aliran miyak petrol masuk
7.Setelah semuanya siap , pasangkan kembali fuel pump relay. Onkan  dan offkan kunci kereta beberapa kali untuk  membolehkan fuel pump mengepam minyak petrol ke dalam fuel hose yang kosong. Periksa sambungan fuel hose pada fuel filter dan pastikan tidak berlaku kebocoran minyak petrol.

8.Jika tiada kebocoran, hidupkan enjin kereta selama 10 minit untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik. Periksa semula sambungan fuel hose pada fuel filter dan pastikan tiada kebocoran.

Ganti Spark Plug Proton Saga BLM Cara Koman

Spark plug kereta Proton Saga BLM  perlu diperiksa  setiap 20000 kilometer dan perlu digantikan jika didapati tidak berada dalam keadaan baik. Oleh kerana Proton Saga BLM menggunakan coil on plug ignition system, penggunaan spark plug cable tidak diperlukan. Spark plug juga tidak kelihatan kerana berada dibawah ignition coil. Jika spark plug  hendak diganti, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan.

1. Buka penutup enjin dan ketepikan penutup tersebut.
spark plug dibawah ignition coil
2.Tanggalkan negatif battery terminal untuk mengelakkan kemungkinan enjin hidup. Langkah tersebut juga dapat mengelakkan check engine light menyala disebabkan  socket wayar ignition coil ditanggalkan.
3.Tekan clip dan tanggalkan socket wire pada ignition coil 
clip socket wire
4.Buka bolt pengikat  dan keluarkan keempat-empat ignition coil.
bolt pengikat ignition coil
5.Buka spark plug sedia ada dengan menggunakan spark plug spanner. Periksa keadaan spark plug yang dikeluarkan dari enjin. Tentukan keadaan spark plug tersebut dan gantikan dengan yang baru jika perlu.
spark plug yang lama dan yang baru
6.Dapatkan spark plug yang baru dan pasangkan pada lubang  spark plug. Proton Saga BLM menggunakan spark plug yang mempunyai nombor alatganti NGK BPR6EF-11. Penggunaan spark plug yang betul adalah perlu untuk mengelakkan keadaan engine missfiring semasa enjin beroperasi.
pemasangan spark plug baru
7.Spark plug perlu diikat dengan tangan terlebih dahulu. Ikat dengan tangan sehingga rapat di dalam lubang spark plug.
spark plug dikunci drngan tangan
8.Setelah diikat dengan rapat, spark plug perlu diikat lagi sebanyak 1/16 pusingan seperti yang disyorkan oleh pengeluar. Spark plug perlu diikat dengan spark plug spanner yang disambungkan dengan rachet ataupun sliding T bar. Selain dari itu, torque wrench boleh digunakan untuk mengikat  spark plug mengikut tightening torque yang boleh didapati dari service manual.
cara mengikat spark plug yang disyorkan
9.Sebagai alternatif, spark plug juga boleh diikat dengan socket spanner menggunakan kekuatan tarikan 2 jari pada rachet handle. Elakkan spark plug diikat dengan terlalu ketat. Kemungkinan sebahagian spark plug akan tertinggal di dalam lubang spark plug semasa dibuka jika spark plug diikat dengan terlalu ketat. Untuk membuka bahagian spark plug yang tertinggal di dalam lubang spark plug, enjin perlu dibuat top overhaul.
spark plug diikat dengan 2 jari
10.Setelah spark plug siap diikat, pasangkan kembali keempat-empat ignition coil.
12.Sambungkan socket wire pada ignition coil dan pasangkan kembali negatif battery terminal.
13.Hidupkan enjin untuk menguji hasil kerja yang telah dilakukan.

Mengenali Lower Unit Enjin Sangkut Cara Koman

        Bahagian  lower unit merupakan komponen yang dipasang pada kedudukan dibawah enjin sangkut. Lower unit berfungsi untuk memindahkan  kuasa dari powerhead enjin sangkut melalui  sistem gear kepada  propeller dan seterusnya menghasilkan  pergerakan bot.

Di antara komponen yang dilengkapkan pada lower unit adalah seperti water intake,water pump, anti ventilation plate, skeg dan propeller.

lower unit enjin sangkut
Water intake pada lower unit digunakan sebagai laluan untuk menyedut air. Air yang disedut oleh water pump dibekalkan kepada sistem penyejukkan enjin sangkut. Anti ventilation plate pula digunakan untuk menghalang udara disedut oleh propeller. Dengan adanya anti ventilation plate, kehilangan kuasa tolakan oleh propeller akibat dimasuki udara dapat dielakkan.

Pada bahagian bawah lower unit terdapat komponen yang dikenali sebagai skeg. Pemasangan skeg dapat melindungi propeller dari rosak jika  terlanggar objek yang berada di bawah air. Skeg juga dapat menambah keupayaan pengendalian bot supaya bot boleh beroperasi dengan lebih lancar.

Mengenal Kerosakan Lead Acid Bateri Perodua Alza Cara Koman

  Lead Acid Battery merupakan salah satu  komponen  penting yang membekalkan kuasa elektrik  kepada  sistem elektrik dan elektronik kereta. Sesuai dengan fungsi tersebut, bateri perlu sentiasa berada dalam keadaan baik. Bateri perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala untuk memastikan  bekalan kuasa elektrik yang berterusan  dibekalkan di dalam kereta.

 Lead Acid Battery yang digunakan di dalam kereta Perodua Alza  perlu digantikan  apabila menunjukkan tanda-tanda tertentu. Kaedah untuk mengenalpasti bateri kereta Perodua Alza yang bermasaalah tidak memerlukan alatan khusus. Melalui pemerhatian tanda-tanda bateri yang bermasaalah dapat dikenalpasti.

Salah satu lampu penunjuk yang ada pada meter cluster kereta Perodua Alza  adalah lampu penunjuk ABS.  Semasa kunci kereta  berada pada kedudukan ‘on’, lampu penunjuk ABS akan menyala. Jika lampu tersebut tidak menyala, kemungkinan mentol sudah rosak dan perlu diganti.Setelah 5 saat  lampu tersebut akan terpadam. Jika tidak terpadam, kemungkinan system kawalan elektronik ABS bermasaalah dan  perlu dibuat diagnosis dengan scan tool.
lampu penunjuk ABS
 Lead Acid Battery kereta Perodua Alza yang bermasaalah boleh dikenalpasti melalui  pemerhatian pada lampu penunjuk ABS.  Sebaik sahaja enjin kereta Perodua Alza dihidupkan, lampu penunjuk  ABS yang dalam kedaan terpadam akan menyala dan kemudiannya terpadam kembali. Perkara tersebut akan berulang setiap kali enjin kereta dihidupkan. Bateri perlu diganti baru apabila diperhatikan  berlakunya keadaan tersebut. Walaubagaimanapun, bateri clamp perlu dipastikan dalam keadaan diikat dengan ketat sebelum dibuat kesimpulan bateri kereta yang bermasaalah. Bateri clamp kereta Perodua Alza yang longgar juga boleh menyebabkan lampu penunjuk ABS menyala setelah enjin dihidupkan dan kemudiannya terpadam kembali.
lampu ABS menyala semasa enjin dihidupkan

Semasa enjin dihidupkan, starter motor menggunakan arus elektrik yang tinggi. Oleh kerana  bateri bermasaalah , voltage pada bateri tidak dapat menampung arus yang digunakan starter motor. Penurunan voltage secara mendadak menyebabkab voltage pada sensor ataupun actuator system ABS berada diluar julat yang ditetapkan. Apabila ECU ABS mengesan voltage berada diluar julat yang ditetapkan, lampu penunjuk ABS akan menyala.

Setelah enjin kereta hidup, alternator  akan kembali mengecas bateri dan voltage kembali meningkat kepada 12 volt. Pada ketika ini, ECU ABS mengesan voltage pada sensor ataupun actuator system ABS berada didalam julat yang ditetapkan dan seterusnya memadamkan lampu penunjuk ABS yang menyala.

Periksa Crank Position Sensor Proton Saga Dengan Oscilloscope Cara Koman

     ECU enjin kereta memerlukan signal dari crank position sensor untuk memastikan enjin terus beroperasi.  Kerosakan crank position sensor menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan. Masaalah timbul apabila crank position sensor rosak secara tiba-tiba dan menyebabkan kereta tidak boleh bergerak. Lebih malang jika kerosakan tersebut berlaku jauh dari bengkel kereta.
CPS socket
Crank position sensor (CPS) yang digunakan pada kereta Proton Saga BLM terletak di antara gearbox dan enjin. Sensor tersebut terletak  pada kedudukan dibawah flywheel . 
CPS dibawah enjin
Kedudukan sensor tersebut  agak pelik kerana berada dibawah flywheel  dan terdedah kepada cuaca yang melampau kerana tidak terlindung. Pemeriksaan lebih kerap perlu dilakukan untuk memastikan sensor tersebut berada dalam keadaan baik. 
pemasangan oscilloscope
Salah satu cara memeriksa crank position sensor adalah dengan menggunakan oscilloscope. Melalui oscilloscope bentuk gelombang CPS yang bermasaalah dapat dikesan. Crank Position Sensor yang digunakan pada kereta Proton Saga BLM adalah dari jenis magnetic. Bentuk gelombang yang dihasilkan merupakan gelombang arus  ulang alik  (gelombang sinus).

Pada flywheel terdapat gerigi yang dipotong khas untuk bertindakbalas dengan crank position sensor. Apabila flywheel berpusing, gerigi tersebut menghampiri sensor dan seterusnya menghasilkan gelombang yang boleh dilihat melalui oscilloscope.
bentuk gelombang CPS
Pada kedudukan 'a', gerigi tersebut menghampiri CPS dan gelombang positif terhasil. Apabila gerigi tersebut berada bertentangan CPS iaitu pada kedudukan 'b' tiada gelombang dihasilkan bermakna 0 voltage. Setelah gerigi tersebut bergerak menjauhi CPS gelombang negatif akan terhasil pada kedudukan 'c'. 


Kemaskini


waveform CPS


Mengenali Midsection Enjin Sangkut Cara Koman

     Salah satu komponen yang terdapat di bahagian midsection adalah exhaust housing.Di dalam exhaust housing terdapat laluan untuk membolehkan asap dikeluarkan dari enjin.Laluan air untuk sistem penyejukan enjin sangkut juga terletak di midsection.
midsection enjin sangkut
Enjin sangkut di gantung pada bot dengan menggunakan steering bracket.Di antara steering bracket dipasang dengan power tilt & trim unit.Steering arm pula terletak pada swivel bracket untuk membolehkan enjin sangkut digerakkan ke kiri atau kanan.
power tilt & trim unit
Tilt tube diguna sebagai peyambung di antara steering arm dengan swivel bracket. Enjin sangkut yang berpaksi pada tilt tube dapat diangkat dengan menggunakan power tilt & trim.
Biasanya pada tilt tube juga turut dipasang dengan steering cable. Drive shaft yang digunakan untuk memindahkan kuasa dari powerhead ke lower unit juga turut dipasang melalui midsection.

Mengenali Powerhead Enjin Sangkut Cara Koman

Powerhead enjin sangkut adalah bahagian  atas enjin sangkut yang merangkumi komponen seperti flywheel, cylinder head, cylinder block, piston, con-rod, crankshaft, camshaft (enjin 4 lejang), crankcase, sistem pencucuhan, sistem bahanapi, sistem udara masuk, sistem pengecas dan sistem penghidup.

Kebanyakan powerhead enjin sangkut menggunakan minyak petrol sebagai bahan bakar. Terdapat juga powerhead yang menggunakan minyak kerosene sebagai bahan bakar untuk tujuan lebih ekonomi. Powerhead enjin sangkut biasanya mempunyai satu hingga lapan selinder.

Powerhead ditutup oleh penutup yang dinamakan cowling untuk melindungi enjin dari percikan air dan mengurangkan kebisingan bunyi enjin. Disamping itu juga, cowling dapat melindungi pengendali bot dari bahaya bahagian enjin yang sedang bergerak. Komponen cowling terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian sebelah atas dinamakan top cowling dan bahagian sebelah bawah dinamakan bottom cowling.
powerhead enjin sangkut
Flywheel berfungsi untuk mengekalkan momentum pusingan enjin supaya komponen dalaman di dalam cylinder dapat berfungsi dengan lancar di antara setiap lejang kuasa. Disamping itu juga, flywheel turut  mengandungi magnet yang digunakan untuk membekal kuasa elektrik kepada sistem pencucuhan dan juga peralatan elektrik. Sebagaimana enjin pembakaran dalam yang lain, flywheel enjin sangkut dipasang pada crankshaft.
komponen powerhead enjin sangkut
Komponen dalaman seperti piston dipasang pada conrod dan disambung kepada crankshaft. Proses pembakaran yang berlaku di dalam kebuk pembakaran telah menghasilkan pergerakkan piston. Setiap piston bergerak ke atas dan ke bawah di dalam cylinder untuk memusing crankshaft. Seterusnya crankshaft menukar pergerakan turun naik piston kepada pergerakan pusingan untuk menggerakkan enjin.

Pada bahagian belakang powerhead enjin sangkut  terdapat 1 ataupun 2 cylinder head yang dipasang dengan spark plug pada setiap cylinder. Powerhead enjin sangkut yang mempunyai 1 cylinder head dinamakan “inline model”. Ini adalah kerana semua cylinder berada dalam kedudukan sebaris.

Bagi powerhead  enjin sangkut yang mempunyai 2 cylinder head pula dinamakan “V model”. Ini adalah kerana kedua-dua cylinder berada dalam keadaan bentuk huruf Vee. Sesetengah powerhead enjin sangkut Vee model dinamakan 60°V disebabkan sudut diantara kedua-dua cylinder head adalah 60°.  Selain dari itu, ada juga powerhead enjin sangkut  Vee model yang dinamakan 90°V.
enjin sangkut 60° V Yamaha
Bagi powerhead enjin sangkut 4-lejang, cylinder head juga turut dilengkapkan dengan inlet dan exhaust valve. Fuel injector juga turut dipasang pada cylinder head jika powerhead tersebut menggunakan electronic fuel injection system. Pemasangan fuel injector adalah pada intake manifold berhampiran inlet valve tetapi di luar combustion chamber.

Terdapat powerhead enjin sangkut 2-lejang yang menggunakan sistem bahanapi Gasoline Direct Injection (GDI). Fuel injector untuk 
Gasoline Direct Injection (GDI) dipasang secara terus di atas cylinder head.

Air silencer terletak pada bahagian hadapan powerhead enjin sangkut. Carburetor pula terletak di belakang air silencer. Bagi powerhead enjin sangkut yang menggunakan electronic fuel injection system, udara memasuki kedalam cylinder melalui throttle body. Terdapat powerhead enjin sangkut menggunakan throttle body dari jenis tunggal. Sebilangan lagi powerhead menggunakan throttle body jenis berbilang. Penggunaan throttle body pada powerhead enjin sangkut bergantung kepada kesesuaian rekabentuk enjin.

Mengenali Enjin Sangkut Cara Koman

    Kebanyakaan bot yang bergerak laju digerakkan oleh oleh enjin dalam ataupun enjin sangkut. Walaubagaimanapun, penggunaan enjin sangkut lebih popular disebabkan rekabentuknya yang lebih padat.  Selain dari itu, enjin sangkut yang dipasang pada bahagian belakang bot dapat memberikan ruang yang lebih luas dan selesa di dalam bot. Apabila bot tidak digunakan, enjin sangkut dapat diangkat keluar dari permukaan air yang juga merupakan satu kelebihan berbanding enjin dalam.

Komponen utama enjin sangkut terbahagi kepada 3 bahagian utama. Komponen-komponen tersebut adalah powerhead, mid-section dan lower unit.Walaubagaimanapun istilah yang digunapakai untuk menerangkan komponen-komponen tersebut adalah berbeza di antara sesuatu tempat.


enjin sangkut

    Powerhead adalah enjin kepada sesebuah enjin sangkut. Powerhead enjin sangkut menggunakan kitaran 2 lejang ataupun  kitaran 4 lejang. Terdapat enjin sangkut yang masih lagi menggunakan carburetor  untuk menentukan campuran udara dan petrol berada dalam nisbah yang betul  sebelum melengkapkan proses pembakaran. Perkembangan teknoloji yang semakin pesat menyebabkan electronic fuel injection system semakin popular digunakan pada enjin sangkut. Di samping itu juga, penggunaan Gasoline Direct Injection juga semakin mendapat tempat. 

Bahagian midsection pula terdiri dari sistem penyejukan dan juga laluan exzos. Semasa proses pembakaran berlaku, kuasa pusingan menegak dari powerhead disalurkan melalui driveshaft ke lower unit. Seterusnya lower unit memindah pusingan menegak kepada pusingan mendatar melalui satu set gear untuk memusingkan kipas. Pusingan kipas yang dihasilkan oleh enjin sangkut membolehkan bot  bergerak.




Ganti Fuel Injector Enjin Sangkut Cara Koman

             Fuel injector pada enjin sangkut  perlu diperiksa dengan lebih teliti jika disyaki bermasaalah. Untuk mengganti fuel injector tersebut, langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya perlu diberi perhatian.Oleh kerana penggantian fuel injector melibatkan minyak petrol yang akan tertumpah keluar, bahaya yang boleh menyebabkan kebakaran perlu dielakkan. 

1.Keluarkan fius ataupun sambungan kabel elektrik high pressure fuel pump.
2.Seterusnya hidupkan enjin dan biarkan enjin mati dengan sendirinya.
3.Setelah tekanan minyak petrol berkurangan, tanggalkan saluran minyak petrol ke fuel rail.

fuel rail enjin sangkut
4.Buka nut yang mengikat fuel rail ke enjin.
5.Keluarkan fuel rail besama fuel injector dari enjin sangkut.

fuel rail dan injector
6.Seterusnya fuel injector satu persatu  dikeluarkan dari fuel rail untuk diperiksa.
7.Setelah fuel injector siap dibuat penyenggaraan, pasang kembali fuel injector ke fuel rail.
8.Sebelum pemasangan fuel injector pada fuel rail, sedikit minyak petrol perlu disapu pada "o" ring fuel injector.
pemasangan fuel injector ke fuel rail
9.Pasang kembali fuel injector tersebut ke  fuel rail.
10Setelah fuel injector dimasukkan, pusingkan fuel injector tersebut ke kiri dan kanan untuk memastikan "o" ring fuel injector berada dalam kedudukan betul.  dan fuel Injector dapat digerakkan dengan mudah.
11.Sesudah semua fuel injector siap dipasang ke fuel rail , pasang kembali fuel rail bersama fuel injector ke enjin sangkut.
12.Setelah semua saluran minyak petrol siap dipasang, pasang kembali fius high pressure fuel pump.
13.Switch on kunci enjin sangkut dan periksa saluran minyak petrol untuk memastikan tiada berlaku kebocoran minyak petrol.
14.Setelah dipastikan semua berada dalam keadaan baik barulah enjin hidupkan. 

Memahami Masaalah Fuel Injector Tersumbat Cara Koman

            Fuel injector  merupakan merupakan komponen  yang sangat penting  di dalam enjin sangkut yang menggunakan electronic fuel injection system. Salah satu masaalah yang kerap berlaku  kepada fuel injector adalah tersumbat.  

injector enjin sangkut
             Sistem bahanapi enjin sangkut bermula dari tangki bahanapi dan berakhir di fuel injector. Walaupun sistem bahanapi untuk enjin sangkut dipasang dengan  fuel water saparator, low pressure  fuel filter, high pressure fuel filter dan fuel injector micro filter masaalah tersebut tetap berlaku. Untuk mengatasi masalah tersebut, tangki minyak petrol akan dibersihkan apabila kerja-kerja penyenggaraan dilakukan. Semasa penyenggaraan, salah satu komponen yang kerapkali terlepas pandang adalah penggantian fuel  hose yang digunakan  pada system bahanapi. Fuel hose jarang sekali diganti  baru walaupun terdapat syor dari pihak pengeluar untuk menukar fuel hose apabila mencapai tempoh tertentu. Fuel hose perlu diganti apabila sudah digunakan selama 2 tahun.

fuel hose enjin sangkut
           Fuse hose yang digunakan pada enjin sangkut terdedah kepada persekitaran marin  dan memerlukan penyenggaraan yang lebih  kerap.  Apabila mencapai tempoh masa tertentu, bahan yang digunakan untuk membuat fuel hose akan menjadi  lusuh. Dari segi fizikal luaran. fuel hose kelihatan masih baik tetapi berbeza dengan keadaan  fizikal di dalam fuel hose. Minyak petrol diketahui mempunyai kesan kakisan kepada bahan yang diperbuat dari getah.

       Pengaliran minyak petrol  secara berterusan di dalam fuel hose akan menghakis bahagian  dalaman fuel hose secara perlahan-lahan. Kotoran dari kesan kakisan tersebut akan mengalir bersama  minyak petrol dan seterusnya terhenti di micro fuel injector filter. Itulah punca yang menyebabkan micro fuel injector filter tersumbat. Sekiranya fuel injector tersumbat, enjin sangkut tidak  dapat beroperasi dengan baik.  

Memahami Throttle Body Proton Waja Cara Koman


Bagi kereta Proton Waja , throttle body  merupakan sebahagian dari sistem pengambilan udara. Throttle body berfungsi untuk mengawal jumlah udara yang memasuki ke dalam enjin berdasarkan tindak balas accelerator pedal. Throttle body terletak di antara kotak penapis udara dan intake manifold. Throttle body yang digunakan pada Proton Waja adalah dari jenis stepper motor. 
throttle body Proton Waja
Pada  throttle body terdapat beberapa komponen yang dipasang dan mempunyai fungsi tersendiri. Di antara komponen tersebut adalah :

i.Fast Idle Air Valve
ii.Idle Speed Control  Servo Motor
iii.Speed Adjusting Screw


keratan rentas throttle body
Fast Idle Valve dari jenis thermo wax berfungsi untuk mempercepatkan proses warm up enjin selepas dihidupkan. Thermo wax digunakan kerana mudah bertindakbalas dengan kesan haba. Pada satu bahagian Fast Idle Valve, terdapat hose yang bersambung dengan engine coolant. Semasa enjin berhenti, Fast Idle Air Valve dan ISC Servo Motor  berada dalam keadaan terbuka. Pada waktu yang sama, Throttle Valve pula berada dalam keadaan tertutup.  

Oleh kerana Fast Idle Valve dalam keadaan terbuka, udara tambahan akan masuk ke dalam cylinder enjin walaupun throttle valve berada dalam keadaan tertutup. Lebih banyak udara memasuki enjin akan menyebabkan peningkatan isipadu minyak petrol yang dipancitkan oleh injector dan seterusnya meninggikan pusingan enjin. ECU akan cuba mengekalkan nisbah campuran udara dan petrol pada tahap ideal. Disebabkan itu, semasa enjin kereta Proton Waja dihidupkan pada waktu pagi, pusingan enjin akan berada di antara 1200 hingga 1500.

     Peningkatan pusingan enjin akan mempercepatkan  pemanasan enjin. Apabila suhu enjin meningkat, suhu coolant juga turut meningkat. Peningkatan suhu coolant akan menutup Fast Idle Air Valve secara perlahan-lahan dan seterusnya mengurangkan kemasukan udara. Pengurangan kemasukan udara akan mengurangkan pancitan minyak petrol kedalam enjin. Selepas beberapa minit, Fast Idle Valve akan  tertutup sepenuhnya dan pada ketika itu pusingan enjin Proton Waja  akan berada pada tahap idle speed (750 rpm) yang dikehendaki. 

Kerosakan Fast Idle Air Valve menyebabkan idle speed tidak turun ke tahap idle speed yang ditetapkan. Fast Idle Valve tidak boleh diganti jika rosak kerana berada di dalam throttle body. Keseluruhan throttle body perlu diganti baru jika Fast Idle Air Valve mengalami kerosakan.

ISC  Motor berfungsi untuk meningkatkan pusingan enjin ketika keadaan seperti berikut :

i. Penyaman udara dihidupkan
ii.Stering kereta dipusingkan
iii.Engaged gear
iv.Brek kereta ditekan

Sebagai contoh, apabila pendingin udara dihidupkan, beban enjin akan bertambah. Setelah ECU mengesan  pendingin udara dihidupkan melalui aircond switch, ECU akan menggerakkan ISC Motor supaya berada dalam keadaan terbuka. Semasa ISC Motor dalam keadaan terbuka, udara tambahan akan memasuki ke dalam enjin. Lebih banyak udara masuk kedalam enjin, lebih banyak minyak petrol  dipancitkan oleh injector ke dalam kebuk pembakaran enjin. Pertambahan campuran nisbah udara dan petrol akan meningkatkan pusingan enjin dan dapat mengelakkan enjin mati akibat pertambahan beban. Kebiasaannya, kerosakan  ISC Servo Motor akan menyebabkan pusingan enjin tidak stabil. 

Speed Adjusting Screw berfungsi untuk menetapkan idle speed seperti yang ditetapkan oleh pengeluar. Jika idle speed terlalu tinggi, gearbox sukar untuk engaged  dan bunyi bising gear bergeseran akan kedengaran. Jika idle speed terlalu rendah, enjin akan mati apabila beban bertambah. Sebaiknya speed adjusting screw tidak diganggu dan perlu berada di dalam kedudukan asal seperti yang telah ditetapkan semasa dikeluarkan dari kilang.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...