Timing belt kereta Proton
Saga BLM merupakan salah satu komponen penting yang perlu diselenggara secara
berkala. Pengeluar
kereta menetapkan timing belt perlu diganti pada setiap 100000
kilometer ataupun 5 tahun. Timing
belt dan water pump perlu diganti pada masa yang sama disebabkan proses untuk menggantikan kedua-dua
komponen tersebut dilakukan mengikut tatacara yang sama. Alatganti
seperti timing belt kit, fead belt, coolant
water pump dan timing belt cover seal disediakan sebelum kerja-kerja
dilakukan.
|
alatganti |
Tatacara
untuk mengeluarkan timing belt dan water
pump
1.Tanggalkan
wayar negatif pada terminal bateri.
2.Angkat bahagian
depan kereta dengan menggunakan jack kepada ketinggian yang mencukupi supaya mudah bekerja di bawah kereta.
3.Keluarkan tayar hadapan sebelah kanan.
4.Tanggalkan
splash
shield di bawah enjin.
5.Longgarkan
bolt yang mengikat water pump sebelum menanggalkan fead
belt (serpentine belt).
6.Buka
dua biji bolt pengikat pada fead belt
tensioner. Keluarkan fead belt
tensioner dan fead belt.
7.Buka
3 biji bolt pada upper timing belt cover dengan menggunakan socket spanner saiz 10mm.
8.Lapik
bahagian bawah oil sump dengan plywood. Jack pada bahagian bawah oil
sump untuk menampung berat enjin. Buka bolt
pengikat dan keluarkan engine mounting
sebelah kanan.Tanggalkan juga power
steering fluid reservoir.
|
Mengeluar Engine Mounting |
9.Letakkan tanda pada bolt dan crankshaft pulley untuk memudahkan
proses pemasangan semula. Buka crankshaft pulley bolt dengan
menggunakan socket spanner sais 19mm. Penggunaan air gun memudahkan kerja-kerja
tersebut dilakukan. Tahan crankshaft pulley dengan peralatan khas
untuk mengelakkan crankshaft berpusing.
|
Membuka Crankshaft Pulley Bolt |
10.Pasang semula bolt pada crankshaft pulley.
Pusingkan crankshaft mengikut arah jam sehingga timing mark selari. Timing mark pada kedua-dua camshaft sprocket perlu selari dengan timing mark pada engine block front case. Tandakan timing mark dengan cat putih supaya dapat dilihat
dengan jelas.
|
Timing Mark Camshaft Sprocket |
11.Pastikan timing mark pada crankshaft sprocket berada pada kedudukan yang betul.Timing mark pada crankshaft sprocket perlu selari dengan timing mark pada engine block front
case yang berada pada
kedudukan jam pukul 1.
|
Timing Mark Crankshaft Sprocket |
12.Periksa
ketegangan timing belt sebelum dikeluarkan. Pastikan rentang timing
belt diantara exhaust
camshaft sprocket dan crankshaft
sprocket boleh dipusingkan
dengan jari sebanyak 90°.
Pastikan rentang timing
belt di antara timing
belt tensioner pulley dan crankshaft
sprocket boleh dipusingkan
sebanyak 45°. Pemeriksaan yang dilakukan ini merupakan satu alternatif.
|
Memeriksa Ketegangan Timing Belt |
13.Buka semua bolt yang mengikat lower
timing belt cover. Periksa keadaan lower
timing belt cover seal.
14.Periksa
dan tentukan sais hexagon
head pada bolt yang mengikat timing
belt tensioner pulley. Jika didapati hexagon
head menggunakan spanner
sais 10mm, pemilihan jenis spanner yang sesuai sangat mustahak.
|
Timing Belt Tensioner Pulley |
Bolt tersebut mudah rosak jika spanner yang digunakan tidak sesuai. Spanner yang sesuai adalah dari jenis ⅜” drive
10mm 6 point socket spanner ataupun 10mm 6 point flexible head socket spanner
yang berkualiti. Spanner yang tidak
berkualiti sukar memegang dengan baik
dan boleh menyebabkan kerosakan hexagon head .
Spanner perlu ditekan pada bolt
untuk mengelakkan terlucut semasa dibuka. Mungkin disebabkan mudah
rosak, pihak pengeluar telah menukar hexagon
head sediaada kepada sais spanner
14mm untuk mengelakkan malapetaka berulang.
|
Kerosakan Timing Belt Tensioner Pulley Bolt |
15. Jika hexagon head telah rosak, kaedah kimpalan adalah salah satu cara yang sesuai untuk
mengeluarkan tensioner pulley bolt . Tanggalkan
penyambungan wiring harness enjin sebelum kerja kimpalan dilakukan. Pastikan keselamatan diri
dan kereta semasa melaksana kerja-kerja kimpalan. Lakukan kerja kimpalan dengan
berhati-hati untuk mengelakkan kebakaran berlaku pada kereta. Dapatkan hexagon head Ø10mm x 12mm mild
steel bolt. Kimpal bolt
tersebut pada tensioner pulley bolt
yang rosak.
|
Mengimpal Tensioner Pulley Bolt |
16.Buka
bolt tersebut dengan spanner setelah kedua-dua bolt bersambung dengan kukuh. Keluarkan timing belt tensioner
pulley.
|
MengeluarTensioner Pulley Bolt |
17.Keluarkan
dan periksa keadaan timing belt. Jika hendak diguna semula, arah pusingan timing belt perlu ditanda dengan cat putih sebelum
dikeluarkan.
18.Buka
bolt pengikat camshaft sprocket menggunakan
17 mm 12 point 70° double offset ring
spanner yang berkualiti. Camshaft sprocket perlu ditahan menggunakan peralatan khas
untuk menggelakkan berpusing. Tanggalkan kedua-dua camshaft sprocket setelah bolt
dikeluarkan. Periksa camshaft sprocket dan pastikan
gigi sprocket dalam keadaan
baik.
|
Membuka Camshaft Sprocket |
19.Periksa
keadaan dan kedudukan pemasangan camshaft
oil seal. Pastikan camshaft oil seal dipasang
lebih rendah dari permukaan engine block front case.
20.Keluarkan
kedua-dua camshaft oil
seal dengan menggunakan oil seal puller. Secara alternatif oil seal boleh dicungkil keluar menggunakan flat screw driver.
|
Kebocoran Camshaft Oil Seal |
21.Buka
bolt yang mengikat water pump pada front case menggunakan 10mm
socket spanner. Sebanyak 10 biji bolt
perlu dibuka. Coolant akan mengalir
keluar dari engine block apabila water pump dikeluarkan. Tutup alternator
dengan plastik untuk mengelakkan limpahan coolant.
Pada perumah water pump terdapat satu lubang yang dikenali dengan nama
tell tale hole. Coolant akan mengalir keluar melalui lubang tersebut
menandakan mechanical seal di dalam pam telah bocor dan pam perlu diganti.
22.Keluarkan
crankshaft sprocket dari crankshaft.
Umpil bahagian belakang crankshaft sprocket
dengan menggunakan flat
screwdriver besar jika sukar
dikeluarkan. Periksa dan pastikan lubang crankshaft sprocket
tidak berkarat dan pastikan gigi sprocket dalam keadaan baik.
23.Periksa
keadaan dan kedudukan pemasangan crankshaft oil seal. Pastikan crankshaft oil seal dipasang rata dengan permukaan engine block front case.
24.Crankshaft
oil seal dikeluarkan dengan kaedah yang sama untuk mengeluarkan camshaft oil seal .
Tatacara
untuk memasang timing belt dan water pump
1.Kenalpasti
tanda pemasangan pada shaft water pump
yang baru. Padankan tanda “FRONT”
pada water pump pulley dengan tanda pada shaft
water pump. Letak ‘O’ ring pada permukaan water pump. Jika perlu, sapukan sedikit sealant untuk mengelakkan ‘O’ ring tertanggal. Pasang kembali water pump pada front case tanpa water pump
pulley.
|
Water Pump |
2.Sapu sedikit minyak
pelincir pada bahagian dalam crankshaft
oil seal yang baru . Pasangkan oil seal tersebut pada front case. Dapatkan Ø 25mm pvc pipe connector dan pasang bersama crankshaft pulley bolt. Ikat crankshaft pulley bolt supaya pvc pipe connector dapat menolak oil seal . Pastikan oil seal masuk dengan rata dan selari pada
permukaan front case.
|
Memasang Crankshaft Oil Seal |
3.Pasangkan
semula crankshaft sprocket pada crankshaft.
4.Sapu
sedikit minyak pelincir pada bahagian dalam (lip seal) camshaft
oil seal yang baru.
|
Minyakkan Oil Seal |
Pasangkan oil
seal tersebut pada front case.
Dapatkan Ø 40mm pvc pipe cap. Gunakan
pvc pipe cap tersebut untuk
menolak oil seal . Pastikan oil seal
dipasang dengan sekata dan lebih rendah
dari permukaan front case.
|
Memasang Camshaft Oil Seal |
5.Pasangkan
semula camshaft sprocket
pada kedua-dua camshaft. Titiskan sedikit minyak pelincir
pada benang dan bahagian bawah hexagon
head camshaft sprocket bolt dan
ikat dengan kemas mengikut daya kilas yang ditetapkan. Bersihkan kesan minyak pada camshaft sprocket bolt.
6.Pasangkan timing belt tensioner pulley yang baru dan ikat dengan timing belt tensioner pulley bolt
(PW811696). Terdapat
perubahan sais spanner pada bolt yang baru dan spanner sais 14mm perlu digunakan.
|
Perbezaan Timing Belt Tensioner Pulley Bolt |
7.Titiskan
sedikit minyak pelincir pada benang dan bahagian bawah hexagon head tensioner
pulley bolt. Ikat tensioner
pulley bolt secara longgar untuk
memudahkan pelarasan.
8.Lilit timing belt pada camshaft
sprocket , crankshaft
sprocket dan tensioner pulley. Pastikan timing mark pada crankshaft
sprocket dan camshaft
sprocket berada pada kedudukan yang betul. Gunakan dua batang
17mm 70° offset ring spanner untuk
melaras kedudukan kedua-dua camshaft
sprocket.
|
Melaras Camshaft Sprocket |
9.Pasangkan timing
belt pada kedua-dua
camshaft sprocket dan kepit
dengan klip kertas untuk mengelakkan camshaft
sprocket berubah kedudukan.
|
Memasang Timing Belt |
10.Tarik bahagian timing belt pada rentang yang panjang dengan tegang dan lilit
pada crankshaft
sprocket . Tolak timing belt tensioner pulley supaya timing belt menjadi
tegang. Pastikan timing mark tidak berubah.
|
Peralatan Menegang Timing Belt |
11.Pasang peralatan khas pada timing belt
tensioner pulley
untuk menegang timing belt. Periksa ketegangan timing belt supaya
sama dengan pemeriksaan awal. Pastikan ketegangan timing belt telah
mencukupi. Tahan timing belt tensioner
pulley
supaya tidak berpusing dan ikat timing belt
tensioner pulley bolt mengikut
daya kilas yang ditetapkan. Bersihkan kesan minyak pada tensioner pulley bolt.
|
Menegang Timing Belt |
12.Pusing
crankshaft sebanyak 2 pusingan penuh
(720°) mengikut arah pusingan jam. Periksa dan pastikan timing
mark pada crankshaft sprocket dan kedua-dua
camshaft sprocket berada pada kedudukan yang betul. Keluarkan
semula crankshaft pulley setelah
ditentukan pemasangan adalah betul. Ulang
semula proses di atas jika timing mark
berubah kedudukan.
13. Gantikan
lower timing belt cover seal dan pasang lower
timing belt cover.
14.Pasang
semula crankshaft pulley dan pastikan pin pada crankshaft sprocket dipasang dengan betul. Titiskan sedikit minyak pelincir pada benang dan
bahagian bawah hexagon head crankshaft pulley
bolt . Ikat crankshaft pulley bolt mengikut
daya kilas yang ditetapkan atau tanda yang dibuat pada awal. Bersihkan kesan minyak pada crankshaft pulley bolt .
|
Crankshaft Pulley Bolt |
15. Pasang engine mounting dan power steering fluid reservoir dengan kemas dan alih jack yang
menampung berat enjin.
16.Pasang
water pump pulley pada water pump. Padankan tanda “FRONT” pada water pump pulley dengan tanda yang ada pada shaft water pump supaya lubang bolt
pengikat selari.
|
Water Pump Pulley |
17. Pasang
fead belt tensioner dan fead belt.
18. Ikat
bolt pengikat water pump pulley dengan kemas
19. Pasang
wayar negatif pada bateri terminal
20.Lakukan throttle body adaption. Rujuk disini .
21. Periksa
semua pemasangan dan pastikan berada dalam keadaan teratur.
22. Hidupkan
enjin selama 3 minit. Matikan enjin
setelah 3 minit ataupun jika kedengaran bunyi luarbiasa. Pastikan tidak ada
kedengaran bunyi luarbiasa dari enjin. Jaga keselamatan diri semasa enjin
dihidup Perhatikan pergerakan timing belt
melalui upper timing belt cover semasa
enjin hidup. Pastikan timing belt berpusing dengan sekata dan
berada tetap pada gigi camshaft sprocket.
23.Hidupkan
enjin semula selama 15 minit setelah ditentukan enjin dalam keadaan normal.
Periksa dan pastikan tidak ada kebocoran
pada water pump ataupun oil seal. Suluh dengan lampu picit
melalui upper timing belt cover
keadaan crankshaft oil seal setelah
enjin dimatikan dan pastikan tidak ada kebocoran minyak pelincir.
24. Apabila
enjin dimatikan, coolant di dalam expansion tank akan disedut ke dalam radiator. Tambah coolant ke dalam radiator dan expansion
tank jika berkurangan. Pastikan
suhu coolant telah menurun semasa
menambah coolant.
25. Gantikan
upper timing belt cover seal dan pasang kembali upper timing belt cover.
26. Pasangkan
splash
shield di bawah enjin.
27. Pasang
tayar semula dan ikat bolt pengikat
tayar
28. Alih
jack stand dan turunkan kereta
29. Periksa
dan pastikan bolt pengikat tayar
diikat dengan kemas.
30. Pandu
uji kereta dan pastikan enjin beroperasi dengan baik.