Memahami Kunci Kereta Proton Saga BLM Cara Koman

         Kunci  kereta  Proton Saga   BLM  sering kali dilapurkan mudah rosak jika terjatuh. Apabila kunci tersebut  terjatuh , pemegang kunci akan terbuka lalu menyebabkan komponen elektronik yang berada di dalamnya bertaburan keluar. Salah satu komponen yang kerap kali hilang adalah transponder. Tanpa transponder dipasang semula di dalam pemegang kunci, enjin kereta tidak akan dapat dihidupkan jika menggunakan kunci tersebut. Di antara komponen yang berada di dalam pemegang kunci tersebut adalah transponder, 2 biji bateri dan papan litar kunci berpusat.
 
komponen di dalam pemegang kunci Proton Saga BLM

       Transponder berfungsi untuk menghantar isyarat pengenalan kepada ECU immobilizer.Tanpa isyarat pengenalan dari transponder, ECU immobilizer tidak akan membenarkan enjin dihidupkan walaupun kunci telah dimasukkan kedalam lubang kunci. Isyarat pengenalan tersebut perlu diprogramkan sebelum sistem immobilizer berfungsi. Pemasangan immobilizer sebagai alat pencegah kecurian kereta dapat mengurangkan kemungkinan kereta  dari dicuri.

kedudukan transponder di dalam pemegang kunci
              Sistem kawalan kunci berpusat masih lagi berfungsi untuk membuka dan mengunci pintu kereta Proton Saga BLM walaupun transponder telah hilang . Walaubagaimanapun, enjin kereta hanya dapat dihidupkan dengan menggunakan kunci simpanan. 

Periksa Starter Motor Engine Sangkut Mercury 225HP EFI Cara Koman

      Starter motor merupakan komponen yang sangat penting untuk menghidupkan enjin sangkut. Kadangkala enjin tidak dapat dihidupkan walaupun starter motor boleh dipusingkan.Untuk memeriksa starter motor yang  tidak bergerak lancar langkah-langkah  berikut boleh dilakukan. Kaedah yang diguna pakai adalah menggunakan starter test lead yang disambung kepada multimeter. Dengan mengunakan starter test lead tidak perlu lagi menggunakan pembantu untuk memerhati multimeter. Wayar  probe multimeter telah digantikan dengan starter test lead yang mempunyai wayar yang lebih panjang.

1.Sambungkan satu bahagian starter test lead  pada positif post starter motor dan ground engine sangkut.

starter test lead pada starter motor
2.Sambungkan satu lagi bahagian starter test lead  pada positif dan negative post bateri.
   

starter test lead pada battery
3.Starter test lead mempunyai dua tanda pada toggle switch. Tanda "B" untuk battery. Tanda "S" pula untuk starter motor.

toggle switch
4.Letakkan selector pada multimeter pada kedudukan voltage.Toggle switch pula diletakkan pada tanda "B"  dan perhatikan bacaan voltage battery yang didapati.Voltage battery semasa enjin tidak dipusingkan adalah 12.36V.

bacaan battery
5.Seterusnya crank enjin dan perhatikan bacaan yang didapati pada battery.Semasa enjin dipusingkan oleh starter motor, bacaan pada batery adalah 11.12 V.

6.Pada masa yang sama, ketika starter motor sedang memusingkan enjin letakkan toggle switch pada kedudukan "S" pula dan perhatikan bacaan multimeter. Bacaan yang didapati  pada starter motor  adalah  9.54V.

7.Bacaan yang didapati pada ujian di atas adalah bacaan voltage yang baik untuk membolehkan enjin sangkut Mercury 225HP dapat dihidupkan. Starter motor memerlukan voltage yang melebihi 9.5V untuk menghidupkan enjin sangkut.

8.Jika bacaan voltage yang didapati  adalah rendah sebagai contoh 7V pada  starter motor dan batteri,  batteri perlu dicas semula.

9.Jika bacaan voltage yang didapati adalah sama sebagai contoh 10V  pada starter motor  dan batteri , penggantian  starter motor perlu dilakukan.

10.Jika bacaan voltage yang didapati adalah berbeza sebagai contoh 10V pada  batteri  dan 7V pada starter motor sambungan cable batteri  perlu  bersihkan.

Latihan Teknoloji Sistem Pancitan Bahanapi Elektronik Enjin Sangkut Cara Koman


Modul :

1.OBM Mechanical Systems
2.OBM Electronic Fuel Injection Systems
      - Fuel Delivery Systems
      - Air Intake Systems
      - Electronic Control Systems
3.OBM Multi Stage Induction Systems
4.OBM Variable Valves Timing Systems
5.OBM Gasoline Direct Injection Systems
6.OBM Distributorless  Ignition Systems
7.OBM Diagnosis & Troubleshootings
8.OBM Electronic Throttle Control Systems
9.OBM Scantool


overhaul lower unit


fuel pressure testing


fuel injector testing cara Koman

scantool diagnosis

Periksa Tekanan Minyak Petrol Mercury 2 Stroke EFI Cara Koman

Mengukur tekanan minyak petrol bagi enjin yang menggunakan electronic  fuel injection system adalah perkara  yang sangat penting untuk memastikan enjin beroperasi dengan baik. Enjin sangkut Mercury 2 stroke EFI juga perlu diperiksa tekanan minyak petrol jika disyaki enjin mengalami  masaalah beroperasi tidak normal. 

enjin sangkut Mercury 250HP 2 Stroke EFI
Diantara langkah-langkah untuk mengukur tekanan minyak petrol yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :

1.Pasangkan fuel pressure tester pada high pressure test port yang berada di fuel vapor separator.
high pressure test port
2.Hidupkan enjin pada kelajuan idling dan perhatikan tekanan yang terhasil. Jika tekanan minyak petrol berada dalam kedaan baik, tekanan akan berada  pada tahap 45PSI.

tekanan petrol pada kelajuan idling
3.Seterusnya pandu bot dan tingkatkan kelajuan enjin setinggi 5500 RPM dan perhatikan tekanan minyak petrol yang terhasil pada fuel pressure tester. Tekanan hendaklah kekal stabil dan berada pada 45PSI.

tekanan petrol pada 5500 rpm
4.Jika tekanan berada dibawah 45PSI, final filter di dalam fuel vapor separator perlu diperiksa.

kedudukan final filter
5.Final Filter hendaklah berada dalam keadaan bersih dan digantikan jika perlu.

final filter yang dikeluarkan
6.Disamping itu juga, tekanan minyak petrol pada low pressure fuel pump juga perlu diperiksa. 

low pressure fuel pump
7.Fuel pressure tester perlu dipasang di antara low pressure fuel pump dan fuel vapor separator.

pemasangan fuel pressure tester
8.Penggunaa fuel pressure tester yang mempunyai pressure gauge yang bersesuaian adalah sangat penting untuk memudahkan  tekanan minyak petrol yang terhasil dibaca.

tekanan yang sukar dibaca
9.Tekanan minyak petrol terhasil oleh low pressure fuel pump yang baik berada diantara 3 PSI-5PSI semasa enjin sedang beroperasi. Jika tekanan minyak petrol tidak menepati specsifikasi, fuel water separator perlu diperiksa.

Periksa Tekanan Minyak Petrol Proton Saga BLM Cara Koman

          Pihak pengeluar  mengesyorkan supaya fuel filter kereta Proton Saga BLM diganti sekiranya digunakan melebihi 3 tahun sebagai salah satu rutin penyenggaraan. Walaubagaimanapun, fuel filter yang digantikan tersebut jangan dibuang kerana masih boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Fuel filter terpakai tersebut hendaklah dipotong pada kedua-dua bahagian sambungan hose. Bahagian yang telah dipotong perlu dibersihkan dengan kikir untuk mengelakkan kesan tajam. Setelah dipotong terdapat dua bahagian yang boleh diambil sebagai fuel hose adapter.

T  joint adapter
Setelah siap dipotong, satu bahagian  hendaklah disambungkan dengan brass T joint dengan kaedah kimpalan loyang. Satu lagi bahagian yang telah dipotong dikekalkan dengan bentuk asal.

fuel hose adapter
Kedua-dua hose adapter tersebut akan digunakan untu memeriksa tekanan minyak petrol kereta Proton Saga BLM ataupun enjin CAMPRO. Untuk memeriksa tekanan minyak petrol Proton Saga BLM, langkah-langkah berikut boleh dilakukan.

1.Semasa kunci kereta dalam keadaan off, keluarkan fius fuel pump.
2.Hidupkan enjin kereta dan biarkan enjin kereta mati  dengan sendiri.

sambungan T joint adapter dan fuel hose tambahan
3.Tanggalkan fuel hose yang membawa minyak ke fuel rail dan sambungkan dengan T Joint Adapter.


proses pemasangan T joint adapter
4.Sambungkan fuel pressure tester ke T Joint Adapter
5.Sambungkan hose tambahan diantara fuel rail dan T Joint Adapter
6.Pasang kembali fius fuel pump
7.Onkan kunci kereta dan pastikan tiada kebocoran minyak petrol.
8.Hidupkan enjin kereta dan perhatikan fuel pressure tester.


tekanan minyak petrol Saga BLM
9.Tekanan minyak petrol  Proton Saga BLM  adalah sebanyak 42 psi.
10.Tinggikan kelajuan enjin dan pastikan fuel pressure adalah stabil dan tidak menurun.
11.Tanggalkan hose vacum pada fuel pressure regulator dan pastikan fuel pressure meningkat.
12.Matikan enjin kereta dan pastikan tekanan minyak petrol tidak menurun dengan mendadak.
13.Jika tekanan minyak petrol menurun dengan mendadak terdapat kemungkinan kerosakan berlaku pada fuel pressure regulator, fuel pump ataupun kebocoran injector.


i.fuel pump check valve  bocor 

Pemeriksaan dilakukan dengan fuel pressure tester masih terpasang dan enjin dihidupkan. Gunakan long nose playar yang hujungnya disarungkan hose plastic (untuk mengelakkan hose petrol rosak) dan kepit hose petrol tambahan sebelum fuel rail sebaik sahaja enjin dimatikan. Proses ini memerlukan seorang pembantu untuk mematikan enjin. Jika tekanan petrol masih lagi menurun secara mendadak bermakna bukan fuel pump yang rosak. Manakala jika tekanan petrol tidak menurun bermakna fuel pump check valve yang rosak.


ii.fuel injector bocor
Untuk memeriksa, keluarkan semua injector dari cylinder head.Dengan injector masih berada pada fuel rail dan semua wayar injector disambungkan, switch on igniton key.Perhatikan pada injector nozzle jika terdapat minyak yang keluar.Proses ini perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati kerana pancitan dari injector jika terkena tangan atau jari boleh menyebabkan anggota berkenaan perlu dipotong



iii.fuel pressure regulator rosak dan minyak petrol  akan kembali ke tangki semasa enjin mati.
Pemeriksaan dilakukan dengan fuel pressure tester masih terpasang.Keluarkan return fuel hose dari fuel pressure regulator.
fuel pressure regulator
Sambungkan fuel hose tambahan beserta fuel hose adapter di antara fuel pressure regulator dan return fuel hose.
fuel hose tambahan
Gunakan longnose plier yang hujungnya disarungkan hose plastic dan kepit hose tambahan minyak petrol yang kembali ke tangki minyak petrol selepas fuel pressure regulator sebaik sahaja enjin dimatikan. Proses ini memerlukan seorang pembantu untuk mematikan enjin. 

fuel hose tambahan dikepit dengan longnose plier
Jika tekanan petrol masih lagi menurun secara mendadak, bermakna bukan fuel pressure regulator yang rosak.Manakala jika tekanan petrol tidak menurun bermakna fuel pressure regulator yang rosak.

Periksa Ignition System Suzuki DF140 Cara Koman

            Kadangkala enjin sangkut Suzuki DF140 tidak dapat dihidupkan walaupun enjin boleh dipusingkan dengan menggunakan starter motor. Selain dari masaalah pada fuel system, masaalah pada ignition system juga boleh menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan.

enjin sangkut Suzuki DF140
 Salah satu cara paling mudah untuk mengesan masaalah ignition system pada enjin sangkut tersebut adalah dengan menggunakan spark tester. Langkah-langkah berikut adalah di antara kaedah yang boleh digunakan untuk memeriksa ignition system.
1.Tanggalkan sambungan wayar elektrik high pressure fuel pump yang berada pada vapor saparator.

high pressure fuel pump
2.Crank enjin 5-10 kali untuk mengurangkan tekanan minyak petrol di dalam fuel rail.
3.Laraskan gap pada spark tester mengikut ukuran yang disyorkan oleh pengeluar.
4.Keluarkan spark plug cable dan sambungkan kepada spark tester.
spark tester
5.Sambungkan wayar pada  spark tester kepada enjin(ground).
6.Crank enjin beberapa kali dan minta seorang pembantu memerhati spark tester.
7.Buat proses yang sama pada semua spark plug cable yang ada.
8.Jika ignition system dalam keadaan baik, percikan api berwarna kebiruan akan kelihatan pada spark plug tester.
9.Jika percikan api tidak kelihatan ataupun berwarna kekuningan, kemungkinan ignition coil sudah rosak.
10.Setelah ignition coil digantikan , sambungkan kembali wayar high pressure fuel pump.
11.Start enjin untuk memastikan enjin dapat dihidupkan.

Memahami Air Terbentuk Di Dalam Ekzos Cara Koman

              Setiap kali enjin kereta dihidupkan di waktu pagi akan kelihatan  air keluar melalui paip ekzos. Berbagai –bagai teori dikemukakan berkaitan air yang keluar tersebut. Bagi yang mengemukakan  teori  berkaitan carburetor  akan mengatakan carburetor telah dibuat pelarasan dengan tepat menyebabkan air terhasil.
 
air dari ekzos

Secara umumnya, air akan terbentuk apabila minyak petrol dibakar di dalam cylinder enjin. Teori kimia menyatakan air terdiri dari 2 molekul Hydrogen dan 1 molekul Oksigen (H2O). Hydrogen (H) didapati dari minyak petrol dan Oksigen(O)  pula didapati dari udara. Semasa proses pembakaran berlaku, hydrogen dari minyak petrol akan bercampur dengan Oksigen  yang berada di dalam udara lalu membentuk wap air. Wap air tersebut akan bersentuh bahagian ekzos system yang sejuk semasa enjin dimatikan lalu menghasilkan air. Semasa enjin hidup dan ekzos system dalam keadaan panas, wap air akan hilang disebabkan wap air telah mendidih (100ºC).

Periksa Minyak Gearbox Automatik Perodua Alza Cara Koman

       Menentukan minyak gearbox automatik kereta Perodua Alza berada pada paras yang betul adalah sangat penting supaya dapat mencegah kerosakan awal. Paras minyak gearbox automatik  kereta Perodua Alza perlu diperiksa semasa enjin didalam  keadaan panas. Untuk memanaskan enjin, langkah terbaik adalah dengan memandu kereta sekurang-kurangnya 15 minit. Sesudah enjin Perodua Alza dalah keadaan panas lakukan langkah berikut :

1.Letakkan kereta di tempat yang rata dengan enjin dalam keadaan hidup.
2.Tuil gear hendaklah berada pada kedudukan "P".
3.Enjin hendaklah berada dalam keadaan idling speed (750rpm)
4.Gerakkan tuil gear perlahan-lahan dari kedudukan "P" ke "2". Berhenti 2 saat pada setiap kedudukan gear.Seterusnya pula, gerakkan tuil gear dari kedudukan "2" ke "P". 


5.Keluarkan gearbox oil dipstic dan dibersihkan.Seterusnya, masukkan gearbox oil dipstic kedalam gearbox dan keluarkan semula.
6.Periksa paras minyak gearbox pada dipstic.
7.Paras minyak gearbox yang betul hendaklah berada diantara tanda "A" dan "B". Sebaik-baiknya paras minyak gearbox  berada pada huruf "H" (hot). Tanda "C"(cold) adalah paras minyak gearbox pada semasa enjin sejuk.

tanda pada gearbox dipstic
8.Jika paras minyak gearbox melebihi dan berada di atas tanda "H" seperti di dalam gambar di atas, minyak gearbox perlu dikeluarkan.
9.Matikan enjin kereta dan keluarkan minyak yang berlebihan sedikit demi sedikit melalui gearbox drain plug dan  periksa paras minyak gearbox turun hingga tanda "H".

minyak gearbox berlebihan dikeluarkan
10.Hidupkan enjin kereta dan lakukan proses pada no. 4 dan periksa paras minyak gearbox semula.Jika paras minyak gearbox berada pada tanda "H" (diantara "A" dan "B") semasa enjin hidup, paras minyak gearbox berada pada paras yang betul. Jika minyak gearbox dikeluarkan telah berkurangan hingga tanda "C", minyak gearbox auto perlu ditambah semula.
11.Seterusnya pandu kereta selama 15 minit dan berhentikan kereta.Periksa semula paras minyak gearbox dengan melakukannya seperti dalam proses no. 4. untuk memastikan paras minyak gearbox berada pada paras yang betul.

paras minyak gearbox  semasa enjin panas
12.Pada waktu pagi keesokkan hari, sebelum enjin dihidupkan periksa semula paras minyak gearbox semasa enjin sejuk.Paras minyak gearbox semasa enjin sejuk hanyalah sebagai rujukan sahaja tidak boleh dianggap paras yang betul.

paras minyak gearbox pada masa enjin sejuk
13.Jika paras minyak gearbox berkurangan, buih udara akan terhasil lalu  menyebabkan lama-kelamaan clutch plate menjadi rosak. Jika paras minyak gearbox berlebihan pula, masaalah yang sama juga akan terjadi.Disamping itu juga, warna minyak gearbox pada dipstic hendaklah diperhatikan dan dipastikan berada dalam keadaan merah cerah. Jika warna minyak gearbox kehitaman, bermakna clutch plate telah slip. Disebabkan itu, paras minyak gearbox automatik Perodua Alza perlu berada pada paras yang betul.

Periksa Vacum Perodua Alza Cara Koman

       Vacum gauge merupakan alat yang sangat berguna untuk memeriksa keadaan  enjin kereta. Melalui vacuum gauge keadaan dalaman dan luaran enjin dapat diperiksa  tanpa perlu menggunakan compression gauge ataupun timing light. Bacaan yang didapati melalui pemakaian  vacum gauge pada enjin kereta dapat memberitahu pengguna  keadaan semasa enjin tersebut. Oleh itu, vacum gauge merupakan satu alat yang perlu dimiliki oleh para mekanik ataupun orang perseorangan yang mempunyai hobi menyenggara enjin kereta. Sebagai contoh, dibawah ini disertakan cara-cara penggunaan vacum gauge pada enjin kereta Perodua Alza. Pemasangan vacum gauge untuk kereta Perodua Alza lebih mudah jika dipasang pada vacum hose Purge Valve Canister.

1. Tanggalkan vacuum  hose dari Intake Manifold yang di pasang pada Vacum Switching Valve.

vacum hose
2.Pasangkan brass”T” joint pada vacuum hose tersebut.  Pasang kembali vacuum hose yang ditanggalkan pada brass”T” joint. Gunakan vacum hose tambahan untuk menyambungkan brass”T” joint ke Vacum Switching Valve. Sambungkan juga sambungan pada brass”T” joint ke vacum gauge.
 
pemasangan brass "T" joint

3.Hidupkan enjin kereta Perodua Alza pada idling speed. Setelah enjin kereta dihidupkan, perhatikan kedudukan jarum penunjuk vacum gauge. Oleh kerana vacuum gauge yang digunakan sudah mempunyai maklumat yang cukup lengkap, keadaan dan pretasi enjin kereta Produa Alza dapat diketahui secara terus. Bacaan vacuum gauge yang didapati pada kereta Perodua Alza adalah 20 inci Mercury. Jarum penunjuk vacum gauge diperhatikan berada dalam keadaan stabil dan secara tidak langsung menunjukkan  enjin berada dalam keadaan baik.

bacaan vacum gauge
4,Setelah selesai pemeriksaan, tanggalkan vacum hose pada vacum gauge dan pasang semula vacum hose pada kedudukan asal.

Periksa Tekanan Minyak Petrol Perodua Alza Cara koman

       Salah satu peralatan yang wajib ada semasa mengenalpasti masaalah pada kereta yang menggunakan sistem pancitan bahanapi elektronik  adalah fuel pressure tester.Tujuan fuel pressure tester digunakan adalah untuk menguji tekanan bekalan minyak petrol  dari tangki minyak ke injektor. 

enjin bay Perodua Alza
Dengan menggunakan fuel pressure tester, masaalah pada sistem bekalan minyak petrol  lebih mudah dikenalpasti.Langkah-langkah berikut adalah kaedah untuk mengukur tekanan minyak petrol  pada enjin kereta Perodua Alza.

1.Tanggalkan fuel hose clamp yang dipasang sebelum fuel rail dan keluarkan fuel hose tersebut. Semasa fuel hose tersebut ditanggalkan, minyak petrol akan menyembur keluar. Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan untuk mengelakkan kemalangan seperti kebakaran.

fuel hose Perodua Alza
2.Gunakan kain yang bersesuaian untuk mengelakkan minyak petrol yang menyembur keluar  membasahi enjin apabila fuel hose ditanggalkan.


kain penutup 
3.Setelah tekanan minyak petrol di dalam fuel hose berkurangan, fuel pressure tester boleh dipasang pada fuel hose tersebut

fuel pressure tester siap dipasang
4.Untuk memudahkan pemasangan fuel pressure tester, kotak penapis udara perlu ditanggalkan.Walaubagaimanapun kotak penapis udara perlu dipasang semula sesudah fuel pressure tester siap dipasang sebelum enjin dihidupkan. 

pandangan lebih jelas tanpa kotak penapis udara
5.Switch on ignition key selama 10 saat dan off kan kembali. Pada masa ini, bunyi fuel pump beroperasi akan kedengaran.dan tekanan minyak petrol pada pressure gauge akan kelihatan meningkat.Periksa samaada terdapat kebocoran pada fuel hose dan fuel pressure tester.Baiki kebocoran yang berlaku jika ada.

proses ujian tekanan minyak petrol
6.Hidupkan enjin pada tahap idle speed dan bandingkan fuel pressure yang kelihatan dengan sfesifikasi di dalam workshop manual.Tekanan minyak petrol kereta Perodua Alza adalah sebanyak 50 psi. Jika tekanan rendah di bawah 50 psi, bermakna fuel filter telah tersumbat. Walaubagaimanapun keseluruhan fuel pump perlu digantikan kerana fuel filter dipasang bersama fuel pump module. Jika tekanan minyak petrol meningkat  melebihi 50 psi, kerosakan fuel pressure regulator.Walaubagaimapaun keseluruhan fuel pump perlu digantikan kerana fuel pressure regulator dipasang bersama fuel pump module.

tekanan minyak petrol Perodua Alza
7.Tinggikan pusingan enjin secara mengejut  beberapa kali dan perhatikan jarum penunjuk pressure gauge adalah stabil dan tekanan minyak tidak menurun dibawah 50 psi. Jika tekanan minyak petrol menurun, bermakna fuel pressure regulator telah rosak.

meninggikan RPM enjin
8. Matikan enjin kereta dan perhatikan tekanan minyak petrol tidak menurun secara mendadak. Jika tekanan menurun secara mendadak, bermakna fuel pump check valve telah bocor dan fuel pump module perlu digantikan.

9. Setelah selesai kerja-kerja memeriksa tekanan minyak petrol, pasangkan kembali fuel hose  ke fuel rail. Pastikan tiada berlaku kebocoran minyak petrol pada fuel hose sebelum enjin dihidupkan.

Kaedah ini juga boleh digunapakai untuk memeriksa tekanan minyak petrol pada enjin kereta Myvi.


Periksa Operasi Fuel Pump Perodua Alza Cara Koman

              Fuel pump merupakan salah satu komponen yang sangat penting kepada enjin kereta yang menggunakan sistem pancitan bahanapi elektronik. Kerosakan fuel pump menyebabkan enjin kereta tidak dapat dihidupkan. Pada  kereta Perodua Alza, fuel pump diletakkan didalam tangki minyak petrol. Untuk memeriksa fuel pump yang terletak didalam tangki agak sukar disebabkan tangki minyak kereta perlu dikeluarkan dari kereta.
Walaubagaimanapun terdapat kaedah yang mudah untuk memeriksa fuel pump tanpa mengeluarkannya dari tangki minyak petrol. Langkah berikut adalah kaedah untuk menguji operasi fuel pump selain  mendengar bunyi fuel pump beroperasi.

1.Untuk memudahkan pemeriksaan tersebut, sebaik-baiknya kotak penapis udara hendaklah dibuka jika perlu.

lokasi pemeriksaan
2.Letakkan jari di tengah-tengah bahagian bawah pulsation damper yang terletak sebelum fuel rail. Minta seorang pembantu untuk "switch on" kunci kereta. Semasa kunci kereta dalam keadaan "switch on" , screw pada pulsation damper akan timbul jika fuel pump berfungsi dengan baik. Setelah itu, "switch off" kunci kereta. Pada masa ini screw pada pulsation damper akan akan kembali tenggelam. Itu adalah ciri-ciri fuel pump yang beroperasi dengan baik.

Periksa Paras Air Bateri Proton Saga BLM Cara Koman

Walaupun penggunaan free maintainance battery semakin popular, penggunaan lead acid battery masih lagi mempunyai pengguna yang tersendiri. Kekurangan lead acid battery adalah kerana  perlu diselenggara secara berkala. 

lead acid batery
Antara yang perlu diperiksa dari masa ke semasa adalah paras air bateri. Untuk memeriksa paras air bateri, penutup lubang mengisi air bateri perlu dibuka.  Di dalam lubang mengisi air bateri, terdapat penunjuk paras air bateri. Penunjuk tersebut menunjukkan paras air bateri yang tertinggi (high level). Walaupun begitu, adalah sukar untuk menentukan paras air bateri kerana sukar dilihat.

lubang mengisi air bateri
Di luar kotak bateri terdapat tanda paras terendah (low level) dan paras tertinggi (high level) air bateri.Paras air bateri betul perlu berada di tengah kedua-dua tanda tersebut. Jika paras air bateri berada pada paras terendah, plet didalam bateri akan mengalami kerosakan disebabkan proses mengecas oleh alternator. .Begitu juga jika paras air bateri berada pada paras tertinggi pula, air bateri akan melimpah keluar. Untuk memeriksa paras air bateri, langkah berikut boleh dijadikan panduan.

1.Gunting cebisan kertas berwarna putih selebar 5mm x 150mm mengikut bilangan lubang mengisi air bateri. Jika menggunakan kertas litmus adalah lebih baik. Ukur kertas tersebut di luar bateri di antara bahagian atas bateri dengan bahagian tengah paras air bateri.Tandakan ukuran yang didapati.

ukuran paras air bateri
2.Dengan mengunakan ukuran yang didapati, masukan kertas tersebut ke dalam lubang mengisi air bateri.

proses mengukur
3.Keluarkan kertas tersebut dari lubang mengisi air bateri. Bandingkan kertas yang basah tersebut pada tanda paras air bateri. Jika hujung yang basah melebihi paras tertinggi air bateri, kandungan air bateri perlu dikeluarkan.Jika hujung kertas tersebut tidak basah, kandungan air bateri perlu ditambah. Jika hanya sedikit sahaja air bateri mengenai hujung kertas tersebut, paras air bateri berada pada paras yang betul.

paras air bateri
4.Lakukan proses yang sama pada lubang mengisi air bateri seterusnya. Akhir sekali basuh bahagian kereta  yang terkena air bateri dengan air untuk mengelakkan kesan kakisan.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...