Periksa Absorber Link Perodua Alza Cara Koman

Salah satu  komponen yang dilengkapkan  pada sistem suspensi  roda hadapan kereta Perodua Alza adalah absorber link.Pemeriksaan perlu dilakukan pada absorber link tersebut untuk memastikannya berada dalam keadaan baik. Salah satu masaalah yang kerap kedengaran  pada  kereta Perodua Alza  adalah nut yang mengikat absorber link menjadi longgar. Apabila nut  tersebut longgar, bunyi  ketukan yang kuat akan kedengaran pada bahagian suspensi  roda depan semasa  kereta  melalui  jalan yang berlopak ataupun berbonggol.
absorber link suspensi depan Perodua Alza

Pemeriksaan tersebut adalah mudah dilakukan. Untuk melakukan pemeriksaan, steering  kereta Perodua Alza perlu dipusingkan sehingga bahagian bertanda ‘lock’ untuk membolehkan  absorber link dicapai. Terdapat 2 nut yang perlu diperiksa dan dikunci iaitu 1 dibahagian atas manakala 1 lagi di bahagian bawah. Gunakan spanner yang bersesuaian dan  kunci nut yang mengikat  absorber link jika didapati longgar

Menghayati Karangan Percubaan SPM 2015 Cara Koman

           Buku teks, buku nota, bekas pensel, bekal makanan. Siap. Kumasukkan barang-barangku satu per satu ke dalam beg sandang dan akhir sekali, kusisipkan telefon bimbit, kunci rumah dan dompet ke dalam poket seluar. Kususun langkah menuju ke pintu apartment di mana buat pertama kalinya aku seorang anak Melayu, seorang gadis meningkat dewasa bergelar pelajar di University of Vienna, Vienna, Austria. Saat pintu di buka wusshh!!! Laju angin musim luruh menyapa muka, membekukan hidung. Cepat-cepat aku ketatkan ikatan mafela dan merapatkan kot ke tubuh untuk memanaskan badan. Rambutku yang panjang hanya disanggul ala kadar, cukup sekadar tidak mengerbang ditiup angin.Setelah pakaianku dikemaskan, aku melangkah keluar keluar menuju ke tempat di mana dalam masa lima tahun lima bulan aku bakal mencapai impianku untuk bergelar seorang doktor,semangat berkobar-kobar dan yakin.
        Perjalanan ke University of Vienna mengambil masa 30 minit jika menggunakan perkhidmatan kereta api. Saat aku mengambil tempat duduk, seorang gadis Eropah bertudung biru melangkah masuk di dalam gerabak kereta api yang penuh. Sayang sekali tiada tempat duduk ditawarkan untuknya dan seperti golongan minoriti muslim Eropah yang lain, dipinggirkan oleh orang-orang disekelilingnya.”Mein freund,” aku memanggilnya sambil menepuk-nepuk tempat kosong di sebelahku. Ternyata dia menerima pelawaanku dan lega apabila dapat melabuhkan punggungnya. “Danke,” jawabnya dalam bahasa Jerman. “Bitte,” balasku, juga dalam bahasa Jerman. Buat seketika ruang antara kami hanya diisi sepi. Lantas dia mengeluarkan sebuah al-Quran mini dari tas tangannya dan mula mengaji. Aku cam ayat yang dialunkannya.’Surah Luqman,’ aku menyebut dalam hati, lansung turut serta dalam bacaannya. Tiba-tiba bacaannya terhenti. “Sie sind ein Moslem?” laju  pertanyaan itu keluar dari bibirnya disertai riak kurang percaya yang terukir diwajahnya. Belum sempat aku menjawab, satu pengumuman menandakan kereta api telah sampai ke University of Vienna berkumandang.Cepat-cepat aku meninggalkannya,membiarkan pertanyaannya tidak bersambut.Hanya pandangan matanya sahaja yang mengekori aku keluar dari kereta api.
        “Mengapa aku lari darinya? Adakah kenyataan itu terlalu pahit untuk ditelan atau aku terlalu sombong untuk menjawab pertannyaanya?’ Bertubi-tubi soalan menghentam kepala sejak aku turun dari kereta api sehinggakan aku kurang fokus di dalam kelas.Hatta sewaktu menjamu selera di kafe pun kepalaku masih diasak oleh soalan yang sama.”Assalamualaikum” satu suara menegur memberi salam. Gadis bertudung biru itu lagi.kali ini dia tersenyum kecil. “Boleh aku menyertaimu minum di kafe ini?” tanyanya, kini dalam bahasa Inggeris.Aku menggangguk. Dia memanggil pelayan dan memesan minuman. Seraya dia bertanya, “Kamu memang lahir sebagai Muslim?”. Angguk. “Mengapa tidak …..” “Memakai tudung? Sakit kepala” pintasku. “Tapi itu kewajipan” dia membalas kurang puas hati. Aku merenung tajam, gigiku digetapkan. Bertudung hak aku. Biarlah rambut panjang lagi hitam ini mengerbang ditiup angin asalkan kepalaku tidak berbungkus panas sakit kepala.”Kewajipanmu yang lain?” Soalnya lagi. “Aku tunaikan.” aku merengus. “Lihat sini, aku juga sama muslim sama sepertimu.Solat, puasa,melakukan kebaikan dam macam-macam lagi. Pandangan kau seperti kau melayakkan wanita muslim berhijab sahaja yang layak melakukan kebaikan.Hipokrit!” Aku menghamburkan perasaanku kepadanya. Dia terkebil-kebil memandangku lalu tertunduk. Sedih barangkali tetapi aku tidak peduli. Dia meraba-raba tas tangannya lalu mengeluarkan seuatu dan meletakkannya di atas meja. Spontan aku mengambilnya. Sekeping kad nama tertulis Noorul Hidaya. Kuulangi namanya dalam hati. Apabila aku mengangkat muka, dia telah pergi.
        Hari demi hari berlalu. Saban hari aku bertemu Noorul Hidaya yang juga pelajar University of Vienna tetapi pertemuan kami sentiasa membangkitkan isu kewajipan seorang muslimah. Kami bagai anjing dengan kucing, minyak dengan air. Bagiku, ini cara hidupku. Ditambah lagi kesibukan sebagai seorang pelajar membuatkan aku tiada masa untuk melakukan kewajipan yang satu. Satu demi satu ibadahku tinggalkan semata-mata ingin mengejar impian bergelar doktor. Mataku sudah kabur dengan akhirat, yang celik hanya dunia. Ibu bapaku juga begitu, kewajipan yang satu adalah dunia. Dek didikan itulah aku tegar sekali mematahkan hujahnya. Dan di cuti musim panas ini, aku berharap dapat melupakan pertelingkahan aku dengan Noorul Hidaya dengan mengikuti lawatan ke Turki dan Sepanyol.
        Saat bas kami sampai di Turki, aku terpegun dengan kecantikannya yang menggabungkan keunikan budaya Eropah dan Asia. Masjid-masjid peniggalan Empayar Turki Uthmaniyah yang bertahan selama lebih 600 tahun masih lagi gah berdiri walaupun empayarnya telah lama musnah. Masjid Suleymaniye hasil tangan Mimar Sinan, arkitek agung Empayar Turki Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Suleiman yang hebat berdiri megah di ibu kota Turki, Istanbul. Tetapi yang lebih mencuri perhatianku adalah Hagia Sophia. Entah kenapa hatiku tergerak untuk melihatnya. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, barang-barang orang Kristian dan Muslim Turki terpamer di kiri kanan. Di kubah muzium terbentang lukisan Nabi Isa a.s bersama ibunya, Maryam.  Kuangkat brosur ditangan yang kuambil seraya membaca sejarahnya. Sebuah gereja Empayar Byzantine, Hagia Sophia yang bererti Wisdom of God telah bertukar menjadi masjid setelah Constantinople, kini Istanbul ditakluk oleh Sultan Mehmed II. Kini Hagia Sophia telah dijadikan muzium. Masjid, aku berbisik perlahan lalu meligas mataku mencari kalimah yang sering menghiasi masjid. Dan nun jauh di atas sana, di bawah lukisan Nabi Isa a.s, tulisan Allah dan Muhammad beserta nama empat orang Khulafa’ Ar-Rashidin menghiasi tiang masjid. Tiada tuhan melainkan Allah, aku berbisik perlahan diselangi air mata bercucuran.
        Perjalanan kami diteruskan lagi,kali ini menuju ke Sepanyol. Dalam perjalanan aku asyik memikirkan hanya kerana menginginkan kemodenan Bapa Turki, Mustafa Kemal At-Tartuk sanggup mengenepikan agama sehingga membawa kemusnahan Empayar Turki Uthmaniyah. Perjuangan selama beratus-ratus tahun yang dilakukan oleh sultan- sultan terdahulu untuk menyebarkan Islam hanya hilang begitu sahaja tanpa dikenang. Kufur nikmat, fikirku tetapi bukankah aku juga begitu? Mengaku muslim tetapi gaya hidupku tidak mencerminkan ciri-ciri keperibadian  seorang muslim. Dalam lamunan panjang, bas terhenti di suatu tempat. Cordoba, tulis satu papan tanda. Bagaikan direnjat elektrik, aku turun dari bas. Sambil berlari-lari anak mataku meligas mencari tempat itu, sebuah gereja yang kutemukan di internet, La Mezquita-Catedral de Cordoba. ‘Tolonglah ya Allah’ aku berdoa dalam hati, ‘janganlah kau benarkan apa yang aku baca di internet itu.’ Dengan langkah yang menggeletar aku masuk ke dalam gereja itu yang sedia sesak dengan pelancong. Walaupun bergelar gereja, ciri-cirinya binaan jelas menunjukkan bahawa pada suatu masa dahulu bangunan ini merupakan sebuah masjid. Mihrab, ruang solat dan binaan yang lain masih lagi terpelihara. Apa yang mengejutkan aku adalah sisa-sisa kaligrafi tulisan al-Quran pada dinding masjid terukir kabur, tanda telah dimusnahkan daripada rupa asalnya. Hanya beberapa kaligrafi sahaja yang masih kekal tidak terusik.  Di suatu sudut terpamer patung Nabi Isa a.s disalib. Di ruang masjid yang penuh sesak dengan pengunjung ini,aku terasa begitu tidak berdaya. Aku sujud dan menangis semahu-mahunya mengenang masjid suci ini yang telah bertukar rupa,tidak seperti Hagia Sophia yang dibenarkan untuk kekal berdiri walaupun terdapat kontra pertembungan dua agama yang berbeza. Hilang sudah seri asal masjid ini daripada apa yang digambarkan oleh Muhammad Iqbal, penyajak kebanggaan Pakistan dalam puisinya akan keagungan masjid ini. Tetapi tindakanku mengundang padah apabila aku dihalau keluar daripada pengawal gereja. “Tidak , pergi biarkan aku!” aku meronta tetapi permintaanku tidak dihiraukan malah aku diheretkan keluar. Aku terpempan. Cordoba, ibu kota kebanggaan Bani Umayyah, mengapa jadi begini?

        Kini, aku di dalam tandas di Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bayanganku di dalam cermin berbanding lima tahun dahulu sewaktu aku pertama kali menjejakkan kaki di atas bumi Austria ternyata jauh berbeza. Aku bersyukur ditemukan dengan Noorul Hidaya, Hagia Sophia dan Cordoba. Aku kini lebih mengerti,sebagai seorang muslim yang menghargai hidupnya. Hadis Rasulullah s.a.w mengatakan hidup kita ini bagai pengembara, begitu singkat di Bumi ini yang hanyalah sebuah tempat persinggahan. Gunakanlah masa yang sebaik-baiknya untuk menghambakan diri kepadanya. Kubetulkan tudung di kepala, bersedia untuk melangkah ke dunia baru, halaman baru kisah hidupku sebagai seorang muslimah.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...