Back Probe Voltage Cara Koman

Pengukuran voltage merupakan salah satu perkara penting semasa membuat kerja-kerja diagnostic  sistem elektronik dan elektrik kenderaan. Walaubagaimanapun, pengukuran voltage memerlukan peralatan khusus untuk memudahkan kerja-kerja tersebut dilaksana. Di antara peralatan yang kerap digunakan adalah multimeter. Oleh kerana wayar tembaga yang membawa arus elektrik disalut penebat. pengukuran voltage sukar dilakukan kerana tiada wayar tembaga yang terdedah.
        Bagi mengatasi masaalah tersebut, kaedah yang kerap digunakan untuk mengukur voltage adalah dengan cara menebuk penebat wayar dengan hujung probe multimeter. Penebat yang telah ditebuk akan membuatkan penebat berlubang. Kaedah tersebut akan membuatkan wayar tembaga yang dilindungi penebat akan terdedah kepada unsur-unsur persekitahan yang boleh mendatangkan kerosakan wayar tembaga. Lembaran wayar tembaga juga mungkin boleh terputus jika terkena hujung probe multimeter yang tajam.
        Pihak pengeluar kenderaan ada menyediakan peralatan khusus (special service tool) yang dikenali sebagai breakout box ataupun test cord untuk  mengukur voltage. Walaubagaimanapun, peralatan khusus tersebut hanya terhad kepada model kenderaan tertentu sahaja. Untuk memiliki peralatan khusus tersebut sudah tentu memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi jika hendak dibeli berdasarkan semua model kenderaan.
Sebagai alternatif, beberapa jenis peralatan yang mudah diperolehi boleh digunakan sebagai alat bantuan pengukuran voltage. Di antara peralatan tersebut adalah jarum, keronsang ataupun klip kertas. Sebagai contoh, jarum boleh dicucuk pada bahagian belakang socket sambungan sesuatu litar.
peralatan untuk back probe
Jarum tersebut seterusnya dihubungkan dengan klip buaya yang bersambung dengan probe multimeter untuk mendapatkan bacaan voltage yang ingin diketahui. Jarum yang digunakan itu perlu dielakkan bersentuh dengan enjin untuk mengelakkan kerosakan ECM.
jarum dicucuk pada belakang socket sambungan
Penggunaan jarum yang dicucuk pada bahagian belakang socket sambungan  dapat mengelakkan penebat wayar elektrik ditebuk dan seterusnya berlubang. Kaedah yang dilakukan tersebut tidak merosakkan wayar elektrik dan adalah selamat jika dilakukan dengan berhati-hati.

Memahami Operasi Litar Sensor Cara Koman



ECM mempunyai keupayaan untuk memeriksa dan mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada komponen sensor. Sebagai contoh, jika berlaku kerosakan kepada Engine Coolant Temperature Sensor, ECM akan merekodkan kerosakan tersebut dan  menyalakan CEL sebagai amaran kepada pemandu.

Engine Coolant Temperature Sensor yang digunakan di dalam litar adalah dari jenis Negatif Temperature Coefficient yang merupakan sejenis thermistor. Apabila  suhu thermistor dari jenis Negatif Temperature Coefficient meningkat, rintangan akan menurun.
Engine Coolant Temperature Sensor
Di dalam litar di atas, apabila thermistor menjadi panas, nilai rintangan akan menurun dan pada masa yang sama turut menurunkan nilai voltan. Oleh kerana terdapat arus yang mengalir di dalam litar maka susutan voltan telah berlaku pada coolant temperature sensor (R1). Walaugaimanapun, arus yang mengalir di dalam litar adalah sangat kecil dan tidak boleh diukur dengan ammeter.

Di dalam litar thermistor,  ECM memantau voltan di antara perintang R1 dan perintang R2 yang dipasang secara bersiri. Voltan di antara kedua-dua perintang bergantung kepada jumlah rintangan setiap perintang dan juga samaada litar dalam keadaan tertutup atau terbuka.

Apabila litar dalam keadaan terbuka, tiada arus akan mengalir melalui litar. Disebabkan itu, tiada berlaku susutan voltan pada coolant temperature sensor (R1). Pada masa tersebut, ECM akan merekodkan bacaan 5 volt setiap masa. ECM akan merekodkan keadaan "open circuit" di dalam memory dan boleh dibaca melalui scan tool.

Jika berlaku litar pintas di antara wayar 5 volt dengan engine ground ataupun sensor mengalami short circuit, semua voltan bekalan kuasa akan mengalami susutan voltan melalui coolant temperature sensor (R1). Pada masa tersebut, ECM pula akan merekodkan bacaan 0 volt. ECM akan merekodkan keadaan  "short circuit" di dalam memory dan boleh dibaca melalui scan tool.


Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...