Uji Non-return Valve AIFM Proton Saga BLM Cara Koman

Pada enjin kereta Proton Saga BLM terdapat satu non-return valve yang dipasang untuk mengawal operasi intake air fuel module. Non-return valve tersebut dipasang  pada hos di antara vacuum reservoir dan throttle body. Pemasangan  non-return valve dapat mengelakkan kehilangan vacuum di dalam vacuum reservoir .
lokasi non-return valve
Non-return valve perlu diuji untuk memastikan intake air fuel module dapat berfungsi dengan baik. Di antara langkah-langkah pengujian non-return valve adalah seperti berikut :

Ujian pertama
1.Kenalpasti kedudukan non-return valve
2.Tanggalkan sambungan hos dari vacuum reservoir
3.Hidupkan enjin kereta
4.Letakkan jari pada hujung hos yang telah ditanggalkan
menguji vacuum
5.Pastikan  sedutan oleh vacuum dapat dirasakan pada hujung jari
6.Matikan enjin kereta setelah ujian dilakukan

Ujian kedua
1.Tanggalkan hujung sambungan hos dari  throttle body
menguji non-return valve
2.Tiup hujung hos yang bertanda “A”  mengikut tanda arah pada non-return valve
3.Pastikan udara dapat melalui non-return valve
4.Pastikan hos tidak tersumbat
5.Tiup pada hujung hos yang bertanda “B”  melawan tanda arah pada non-return valve
6.Pastikan udara tidak dapat melalui non-return valve. Jika udara dapat melalui non-return valve bermakna non-return valve telah bocor dan perlu diganti.


Laksana Proton Saga BLM Throttle Body Adaptation Cara Koman

Pada masa sekarang, enjin kereta Proton Saga BLM menggunakan electronic throttle body berbanding model kereta terdahuluPergerakan throttle valve ditentukan oleh engine control unit melalui kawalan throttle motor. Maklumat yang disimpan di dalam memory engine control unit menentukan enjin  kereta dapat beroperasi dengan baik. Kadangkala enjin kereta Proton Saga BLM  tidak  dapat beroperasi dengan baik setelah melalui proses berikut :
1.Wayar terminal bateri kereta telah ditanggal dan disambungkan semula
2.Engine control unit telah dikeluarkan dan dipasang semula
3.Throttle body telah dikeluarkan , dibersihkan  dan dipasang semula
4. Accelerator pedal telah dikeluarkan dan dipasang semula
Electronic throttle body
Proses yang dilakukan seperti di atas menyebabkan kehilangan maklumat yang tersimpan di dalam memory engine control unit. Electronic throttle body tidak dapat berkomunikasi dengan engine control unit apabila kehilangan memory. Untuk memulihkan pretasi enjin, throttle body perlu dibuat throttle body adaptation. Semasa tatacara ini dilakukan, throttle body akan melalui proses untuk  melaras semula kedudukan throttle valve

Walaubagaimanapun sebelum melakukan throttle body adaptation, perkara-perkara berikut  perlu diambilkira :
1.Tentukan tiada diagnostic trouble code
2.Tentukan voltan bateri berada tidak kurang 12 volt
3.Pastikan throttle valve berada pada  kedudukan tertutup
4.Pastikan bahagian dalam throttle body sekitar throttle valve tidak kotor

Tatacara throttle body adaptation yang dilakukan adalah satu kaedah alternatif. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat, tatacara sebenar perlu dirujuk kepada factory workshop manualProses throttle body adaptation dilakukan bermula seperti berikut:

1. Masukkan kunci kereta dan pusing kepada kedudukan ACC.
Posisi kunci kereta
2. Pijak accelerator pedal hingga rapat ke lantai kereta.
Accelerator pedal
3. Pusingkan kunci kepada kedudukan ON selama 30 saat
4. Pusingkan kunci kereta kembali kepada ACC.
5. Lepaskan accelerator pedal
6.  Hidupkan enjin dan uji kereta

Biasanya pergerakan kereta akan menjadi lebih lancar setelah dilakukan throttle body adaptation. Throttle valve juga turut memberi respon yang lebih baik apabila accelerator pedal dipijak semasa memandu kereta.

Periksa Timing Belt Proton Saga BLM Cara Koman

Setiap enjin 4 lejang dilengkapkan dengan timing belt. Fungsi timing belt adalah untuk memindahkan kuasa pusingan yang dihasilkan oleh crankshaft kepada camshaft bagi mengerakkan injap sedutan dan injap ekzos. Timing belt perlu ditukar secara berkala untuk mengelakkan kerosakan berlaku.

Kepanasan yang dihasilkan oleh enjin boleh menyebabkan timing belt retak  dan putus. Piston dan injap akan berlaga apabila timing belt putus lalu menyebabkan injap bengkok. Enjin perlu dirombak rawat untuk membaiki kerosakan injap. Pengeluar menetapkan timing belt kereta Proton Saga BLM perlu ditukar setiap 100000km ataupun 5 tahun. Tiada tempoh pemeriksaan secara berkala timing belt ditetapkan oleh pengeluar. Walaubagaimanapun, pemeriksaan timing belt wajar dilakukan untuk memastikan timing belt berada dalam keadaan baik. Untuk memeriksa timing belt kereta Proton Saga BLM langkah-langkah berikut boleh diikuti.

1.Pusingkan tayar hadapan sebelah kanan ke arah kanan untuk memberi lebih ruang memusing crankshaft.
2.Buka upper timing belt cover.
3.Hidupkan enjin kereta dan pastikan timing belt berada dalam keadaan tetap pada gigi camshaft sprocket
4.Matikan enjin dan pusing crankshaft mengikut jam sebanyak 90° (¼ pusingan). Periksa keadaan bahagian dalam dan luar timing belt. Gunakan lampu suluh supaya keadaan timing belt dapat dilihat dengan jelas.
  • Pastikan bahagian tepi timing belt tidak berbulu.
  • Pastikan gigi  timing belt tidak  terkoyak dan tertanggal.

Pemeriksaan keadaan tepi dan gigi timing belt
  • Pastikan bahagian luar timing belt tiada kesan retak.

Pemeriksaan bahagian luar timing belt
  • Pastikan bahagian luar timing belt tidak berbekas semasa ditekan dengan kuku.
  • Pastikan  timing belt tidak  basah dengan minyak ataupun air.
  • Pastikan  timing belt bersih dari kotoran seperti pasir atau habuk.
5.Crankshaft perlu dipusing sehingga satu pusingan penuh. Pusing crankshaft mengikut jam dan berhenti pada setiap 90° pusingan. Ulang pemeriksaan pada timing belt.  
6.Ganti timing belt jika didapati menghadapi tanda-tanda kerosakkan seperti yang dinyatakan.
7.Pasang upper timing belt cover setelah dipastikan timing belt dalam keadaan baik.


Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...