Uji Bateri Kereta Perodua Alza Dengan Digital Multimeter Cara Koman

   Bateri merupakan komponen penting yang diperlukan oleh sistem elektrik dan elektronik di dalam kereta. Pada kereta Perodua Alza, lampu penunjuk  Antilock Brake System menyala semasa enjin dihidupkan dan kemudian terpadam kembali merupakan salah satu petunjuk bateri bermasaalah. Maklumat lanjut adalah seperti disini . Bateri kereta perlu diuji untuk mengesahkan kerosakan bateri. Menguji bateri dengan digital multimeter merupakan proses yang mudah. Langkah pertama proses pengujian adalah memastikan terminal bateri boleh dicapai semasa melakukan ujian tersebut. 


bateri  lead acid
Bateri kerapkali dipasang berdekatan dengan enjin kereta. Dalam kereta moden, bateri mempunyai penutup plastik yang diikat dengan bolt atau skru. Penutup bewarna merah juga dipasang di atas terminal positif bateri. Langkah keselamatan perlu diambil kira apabila terminal bateri telah terdedah. Bahan yang diperbuat dari logam perlu dielakkan menyentuh terminal bateri. 



Ujian pertama dengan digital multimeter adalah mengukur voltan arus terus bateri. Julat digital multimeter perlu ditetapkan hingga 20 volt bagi membolehkan pengukuran voltan dengan tepat di antara 0-20 volt. Sambungkan probe merah digital multimeter ke terminal positif bateri. Pada masa yang sama, sambungkan probe hitam digital multimeter ke terminal negatif bateri. Terminal bateri berwarna merah untuk positif dan bertanda dengan simbol positif (+) . Terminal bateri berwarna hitam untuk negatif dan bertanda dengan simbol negatif (-) . 



Bacaan voltan bateri yang ideal perlu berada tidak kurang dari 12.6 volt tanpa enjin dihidupkan. Bacaan voltan bateri yang didapati melebihi 12.6 volt adalah disebabkan surface charge yang berada pada bateri. Surface charge perlu dihilangkan semasa pengukuran voltan bateri untuk mendapatkan bacaan voltan yang tepat. Kaedah menyalakan lampu depan kereta dan blower penyaman udara selama 1 minit mampu menghilangkan surface charge pada bateri.



Ujian kedua adalah menguji voltan bateri semasa enjin dihidupkan. Voltan bateri perlu kekal berada melebihi 9.5 volt untuk memastikan bateri mampu membekal kuasa yang cukup semasa enjin dihidupkan. Enjin kereta sukar dihidupkan tanpa voltan yang mencukupi. Voltan bateri akan menurun dengan drastik semasa enjin kereta dihidupkan. Motor penghidup akan menyusut voltan bateri semasa memusingkan enjin kereta. 

Voltan bateri di bawah 9.5 volt tidak dapat menghasil cranking speed untuk memusing enjin. Cranking speed yang rendah tidak dapat meningkat compression pressure di dalam ruang pembakaran dan menyebabkan suhu campuran udara dan bahanapi menjadi rendah. Proses pembakaran tidak berlaku kerana palam pencucuh tidak dapat mencucuh campuran udara dan bahanapi. Bateri yang diuji dan didapati bacaan voltan berada dibawah 9.5 volt perlu diganti baru walaupun bateri tersebut masih boleh digunakan.


Video diatas menunjukkan pengukuran voltan bateri semasa enjin dalam keadaan statik dan semasa enjin dihidupkan. Pada permulaan pengukuran voltan, bacaan voltan bateri adalah sebanyak 12.94 volt disebabkan pengaruh surface charge. Setelah blower penyaman udara dan lampu depan dinyalakan, voltan menurun kepada 12.4 volt. Semasa enjin dihidupkan voltan bateri menyusut kepada 8.0 volt dan kembali meningkat kepada 14.18 volt. Peningkatan voltan berlaku adalah kerana alternator kembali mengecas bateri. Bateri dianggap tidak boleh digunakan kerana berlaku penyusutan voltan bateri kepada 8.0 volt.

Video berikut menunjukkan voltan pada bateri yang baru. Pada permulaan pengukuran voltan, bacaan voltan bateri adalah sebanyak 12.53 volt. Semasa enjin dihidupkan voltan bateri menyusut kepada 9.53 volt dan kembali meningkat kepada 14.48 volt. Pada kesimpulannya, bateri yang berada di dalam keadaan baik susutan voltan yang berlaku adalah tidak kurang dari 9.5 volt.



Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...