Tip Baiki Kereta Selepas Banjir Cara Koman


Perubahan cuaca membawa kepada keadaan cuaca yang tidak menentu dan boleh berlaku banjir jika hujan turun dengan tidak berhenti. Apabila kereta ditenggelami banjir kemungkinan kereta itu tenggelam selama beberapa hari atau minggu . Kejadian tersebut boleh menjejaskan komponen dalaman kereta seperti sistem elektrik, sistem elektronik dan  sistem mekanikal kereta dengan teruk. Lebih malang lagi jika  kereta itu ditenggelami oleh banjir air masin.  Walaupun kereta terkena sedikit sahaja banjir air masin tetapi faktor tersebut masih boleh  menyebabkan berlaku kerosakan paling teruk kepada kereta. 


Pembaikan kereta yang ditenggelami banjir air masin hendaklah dielakkan jika kereta hendakdigunakan dalam tempoh yang lama kecuali  jika pemilik kereta bersedia untuk membuat pembaikan kereta secara menyeluruh. Adalah tidak berbaloi untuk membaiki kereta-kereta moden yang ditenggelami oleh banjir air masin .

Air garam yang bersifat menghakis boleh meresap ke dalam rongga-rongga  casis kereta  dan menyebabkan berlaku pengaratan yang mungkin tidak dapat dilihat atau tersembunyi. Apabila kesan pengaratan itu dijumpai kemungkinan keadaan fizikal kereta sudah berada dalam keadaan terlalu uzur untuk dibaiki. Pendawaian sistem elektrik dan elektronik kereta juga mudah rosak jika ditenggelemi air masin. Dawai tembaga menjadi reput disebabkan air garam yang terkumpul di dalam penebat wayar. Kereta masih boleh digunakan semula selepas dibaiki tetapi berkemungkinan besar akan mengalami masalah secara berterusan. Kos pembaikan yang dikeluarkan dijangka melebihi harga semasa kereta jika masaalah yang sama masih berulang.

Kereta yang ditenggelami air tawar mempunyai risiko yang lebih rendah jika dibandingkan kereta yang ditenggelami air masin. Air tawar tidak bersifat menghakis seperti air masin dan peluang untuk membaiki kereta yang terperangkap dalam banjir air tawar adalah lebih cerah.

Sistem perlindungan seperti fius yang dipasang di dalam kereta mampu untuk memberi perlindungan walaupun kereta ditenggelami air . Jika berlaku litar pintas semasa kereta tenggelam, fius akan terputus  dan dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk pada kereta. Bateri kereta yang tenggelam akan rosak juga disebabkan litar pintas walaupun battery clamp ditanggalkan. Air sebagai bahan pengalir akan menghubungkan terminal positif dan terminal negative bateri apabila kereta tenggelam.

Ini adalah panduan asas pembaikan untuk kereta-kereta yang dikategori kereta mampu milik dan boleh dilakukan secara DIY. Untuk kereta-kereta mewah lebih baik pembaikan dilakukan oleh pakar kerana melibatkan sistem-sistem di dalam kereta yang berteknoloji tinggi. Berikut ialah senarai perkara yang perlu diperiksa dan diselenggara jika kereta  teperangkap dalam banjir :

1. Jangan cuba menghidupkan enjin kereta yang telah ditenggelami banjir. Enjin yang dimasuki air boleh menyebabkan keadaan dikenali sebagai hydro lock di dalam selinder.  Enjin boleh rosak jika enjin dihidupkan. Oleh kerana air tidak boleh dimampatkan, cubaan untuk menghidupkan enjin boleh menyebabkan con-rod menjadi bengkok .

2. Keluarkan engine oil  dari  oil pan. Engine oil yang telah bercampur dengan air akan bertukar warna menjadi seakan-akan warna susu.

3. Tanggalkan palam pencucuh dan pusingkan enjin dengan tangan melalui  crank pulley untuk memaksa air keluar dari silinder. Sembur dengan udara mampat ke dalam lubang palam pencucuh .

4. Masukkan engine oil yang berharga murah ke dalam oil pan untuk memaksa saki baki  engine oil keluar (flush)dan gantikan oil filter.

5. Periksa paras minyak gearbox dan gantikan minyak gearbox jika perlu. Pada kebiasaan gearbox manual mempunyai air vent sebagai saluran udara masuk dan keluar. Saluran air vent  itu boleh menyebabkan air masuk apabila gearbox tenggelam. Kemungkinan clutch plate melekat tetap ada.

6. Minyak gear pada  gearbox automatik lebih baik dibuat flushing keseluruhan minyak yang ada di dalam gearbox. Jika hanya dikeluarkan dari gearbox oil pan kemungkinan sisa minyak yang bercampur dengan air masih tertinggal di dalam torque converter. Proses flushing perlu dilakukan beberapa kali untuk memastikan gearbox automatik bersih.

7.Ganti minyak brek dan minyak sistem steering kuasa. Minyak brek yang ditenggelami air tidak dapat menahan suhu panas dan  boleh menyebabkan kehilangan kuasa semasa menekan brek. Buat flushing  keseluruhan sistem brek dan sistem stereng kuasa dengan  menggunakan minyak yang baharu.

8. Keringkan kereta dengan menanggalkan tempat duduk dan permaidani. Gunakan penyedut vakum untuk mengeluarkan sisa-sisa lumpur yang tertinggal . Periksa setiap sudut dan celah untuk untuk memastikan air telah kering. Letakkan kereta di luar dalam keadaan pintu dan tingkap terbuka di bawah cahaya matahari.

9. Tanggalkan semua penyambung sistem elektrik dan elektronik untuk Engine Control Unit, sensor-sensor, fius dan relay. Keringkan penyambung tersebut dengan menggunakan pengering rambut. Sembur dengan contact cleaner jika perlu. Keringkan alternator dan starter motor. Bilangan ECU di dalam kereta mampu milik adalah tidak banyak dan di antara  yang dipasang adalah engine ECU, gearbox ECU, immoliser ECU, ABS ECU dan alarm ECU. Walaubagaimanapun terdapat  kereta-kereta mewah  yang  dipasang  ECU dengan kuantiti yang sangat banyak sehingga mencecah 70 unit dan menyukarkan penyelenggaraan dilakukan secara DIY.

10. Minyak petrol yang berada didalam tangki perlu dikeluarkan jika tangki minyak sudah dimasuki air. Tangki minyak perlu dibersihkan untuk mengeluarkan keladak yang berada di dalam tangki terutama jika kereta ditenggelami banjir air berlumpur. Sisa minyak petrol yang dikeluarkan dari tangki perlu dilupuskan dengan tatacara yang betul untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Pada kesimpulannya,  proses membaiki kereta yang mengalami kerosakan disebabkan banjir adalah satu ikhtiar yang tidak menjanjikan keputusan sebagaimana yang diharapkan. Ikhtiar tersebut perlu dibuat dengan teliti dan sabar untuk mengelakkan rasa kecewa jika pembaikan tersebut tidak berjaya dibaik pulih sepenuhnya. Dalam situasi ini , masa adalah satu elemen yang sangat penting. Lebih cepat kereta dikeluarkan dari ditenggelami banjir dan dikeringkan dengan secepat mungkin akan memberi peluang terbaik untuk berjaya menyelamatkan kereta tersebut.

Mengenali Reverse Polarity Diod Proton Saga Cara Koman


Bateri kereta mempunyai dua kutub iaitu kutub positif dan kutub negatif. Sambungan wayar kepada bateri perlu disambung mengikut kutub yang betul supaya sistem elektrik dan elektronik di dalam kereta dapat beroperasi dengan baik. Perkara buruk boleh berlaku apabila pemasangan wayar pada bateri disambungkan secara songsang iaitu wayar positif dipasang kepada terminal negatif bateri atau  sebaliknya.

Pemasangan  wayar kepada kutub bateri secara songsang boleh berlaku jika pemasangan tidak dilakukan dengan teliti. Kesilapan tersebut mudah berlaku walaupun kerja-kerja penggantian bateri  dikendalikan oleh mekanik  yang mahir. Pengeluar kereta telah mereka bentuk peralatan khusus untuk mengelakkan pemasangan wayar kepada bateri secara salah.

Sebagai contoh, kereta Proton Saga dilengkapkan dengan sistem perlindungan dari berlaku reverse polarity dengan  pemasangan satu unit diod pada wayar bekalan kuasa Engine Control Unit . 

posisi reverse polarity diod
Sistem ini dapat memberi perlindungan kepada  Engine Control Unit walaupun hanya dipasang dengan satu unit diod. Namun begitu sudah tentu terdapat penyelesaian yang lebih canggih dan boleh memberikan perlindungan yang lebih baik kepada Engine Control Unit.

simbol diod
Penggunaan diod sememangnya tidak boleh mengelakkan terjadi reverse polarity tetapi sistem perlindungan yang digunakan  boleh mengasingkan seluruh litar Engine Control Unit dari berlaku kerosakan.

pin diod

Dalam keadaan biasa, arus akan mengalir dari  kutub positif  (anod) kepada kutub negative (katod) secara satu hala. Penggunaan sistem ini dapat menghalang  pengaliran arus apabila voltan katod lebih tinggi dari voltan anod . Arus songsang yang merosakkan tidak boleh mengalir semasa berlaku keadaan reverse polarity. Dalam keadaan ini, voltan merentasi beban tidak sama dengan voltan bekalan kuasa songsang  kerana diod berfungsi seperti litar terbuka.

sumber voltan

Voltan bekalan kuasa dari bateri kereta Proton Saga kepada Engine Control Unit akan terputus  jika berlaku kerosakan kepada diod. Ketiadaan voltan bekalan kuasa menyebabkan keseluruhan sistem elektronik Proton Saga yang dikawal oleh Engine Control Unit tidak dapat berfungsi. Di antara tanda-tanda kerosakan diod adalah seperti berikut :

i. Check Engine Light tidak menyala. 

ii. Enjin tidak dapat dihidupkan.

Berbagai kaedah pengujian boleh  digunakan  untuk memastikan diod berada dalam keadaan baik. Diod boleh diuji secara in-situ dengan menggunakan test light seperti berikut :

1.    Sambungkan klip buaya test light pada ground.

2.    Sentuh hujung test light pada pin anod dan pin katod diod.

3.   Test light akan menyala pada kedua-dua pin tersebut dan menunjukkan diod            dalam keadaan  baik.

Pengujian diod juga boleh dilakukan dengan menggunakan alat penguji seperti multimeter analog ataupun digital. Cara yang akan ditunjukkan adalah cara menguji diod dengan menggunakan multimeter digital. Langkah-langkah pengujian diod yang telah dikeluarkan  dari litar adalah seperti berikut:

1.    Pusing selektor multimeter digital kepada posisi diod.

2.   Seterusnya sambungkan probe hitam multimeter pada pin katod diod dan              probe merah multimeter pada pin anod diod.

3.   Setelah kedua probe multieter disambungkan dengan pin diod, layar display            multimeter digital akan menunjukan nilai tertentu sesuai dengan susutan voltan      pada diod tersebut. Susutan voltan pada diod ini adalah 611 volt dan dianggap         dalam keadaan baik.

pengujian diod

4.  Seterusnya terbalikan kedua probe multimeter yang disambungkan pada diod.   Probe hitam multimeter pada pin anod dan probe merah multimeter pada pin         katod.

5.  Diod dianggap dalam keadaan baik dan boleh digunakan jika layar display             multimeter tidak menunjukan nilai tertentu. Sebaliknya diod tersebut dianggap        sudah bocor ataupun rosak jika layar display multimeter menunjukkan nilai             tertentu.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...