sumber:Toyota |
Vacum yang terhasil didalam intake manifold diukur oleh Manifold Absolute Pressure sensor . Ukuran tersebut berdasarkan absolute pressure bukannnya vacum. Dengan menggunakan absolute pressure, sebarang perubahan yang berlaku mudah dikesan oleh MAP seperti dari vacum ke boost pressure. MAP sensor juga kadangkala diintergerasikan dengan Barometer untuk mengukur paras ketinggian melalui barometric pressure. MAP sensor mengukur Manifold Absolute Pressure semasa enjin beroperasi dan mengukur barometric pressure semasa enjin hendak dihidupkan.Pada EFI jenis ini hanya Manifold Absolute Pressure (MAP) sensor ataupun Vacuum sensor yang digunapakai .Oleh itu, sekiranya diperhatikan dengan lebih dekat didapati Manifold Absolute Pressure (MAP) sensor berada pada kedudukan selepas Throttle Body.
ECU memerlukan speed dan density udara untuk menentukan jumlah minyak yang hendak dipancitkan ke dalam cylinder. Ketumpatan udara ditentukan oleh pusingan enjin, bukaan throttle valve dan barometric pressure. Sekiranya ketumpatan udara diketahui, jumlah udara yang memasuki cylinder enjin dapat dikira. Walaubagaimanapun, D-EFI tidak diprogram sebegitu. ECU tidak mengira udara yang masuk sebaliknya hanya mengukur absolute pressure. Pengeluar kenderaan telah menyediakan "fuel map" didalam ECU EEPROM. Semasa enjin beroperasi, ECU hanya perlu mengetahui density udara dan pusingan enjin dan seterusnya membandingkan dengan "fuel map" yang disediakan bagi menentukan jumlah minyak yang hendak dipancitkan.
Pada sistem EFI jenis speed density, pengubahsuaian pada piston, combustion chamber,size intake dan exhaust port hendaklah dielakkan. Pengubahsuaian pada bahagian tersebut mengakibat perubahan pada volumetric efficiency enjin dan menyebabkan perubahan jumlah udara yang masuk. Akibat dari itu, ECU tidak dapat menentukan jumlah minyak yang hendak dipancitkan dengan tepat. Sekiranya pengubahsuaian hendak dilakukan juga, 'fuel map" di dalam ECU perlu diubah. Proton Waja (Mitsubishi) merupakan di antara contoh kereta yang menggunakan sistem EFI jenis speed density.
Sistem EFI jenis speed density kurang cekap jika dibandingkan dengan L EFI dan emisi yang dikeluarkan tidak berupaya melepasi peraturan berkaitan emissi yang semakin ketat. Oleh sebab itu, ianya semakin kurang digunapakai pada kenderaan pada masa sekarang.
Pada masa sekarang, terdapat kereta-kereta model terbaharu yang telah dilengkapkan dengan MAF dan MAP sensor. Penggunaan MAP sensor tersebut hanyalah untuk mengukur Manifold Absolute Pressure. Pengukuran jumlah udara yang memasuki cylinder dilakukan oleh MAF sensor.