Memahami Kunci Kereta Proton Saga BLM Cara Koman

         Kunci  kereta  Proton Saga   BLM  sering kali dilapurkan mudah rosak jika terjatuh. Apabila kunci tersebut  terjatuh , pemegang kunci akan terbuka lalu menyebabkan komponen elektronik yang berada di dalamnya bertaburan keluar. Salah satu komponen yang kerap kali hilang adalah transponder. Tanpa transponder dipasang semula di dalam pemegang kunci, enjin kereta tidak akan dapat dihidupkan jika menggunakan kunci tersebut. Di antara komponen yang berada di dalam pemegang kunci tersebut adalah transponder, 2 biji bateri dan papan litar kunci berpusat.
 
komponen di dalam pemegang kunci Proton Saga BLM

       Transponder berfungsi untuk menghantar isyarat pengenalan kepada ECU immobilizer.Tanpa isyarat pengenalan dari transponder, ECU immobilizer tidak akan membenarkan enjin dihidupkan walaupun kunci telah dimasukkan kedalam lubang kunci. Isyarat pengenalan tersebut perlu diprogramkan sebelum sistem immobilizer berfungsi. Pemasangan immobilizer sebagai alat pencegah kecurian kereta dapat mengurangkan kemungkinan kereta  dari dicuri.

kedudukan transponder di dalam pemegang kunci
              Sistem kawalan kunci berpusat masih lagi berfungsi untuk membuka dan mengunci pintu kereta Proton Saga BLM walaupun transponder telah hilang . Walaubagaimanapun, enjin kereta hanya dapat dihidupkan dengan menggunakan kunci simpanan. 

Periksa Starter Motor Engine Sangkut Mercury 225HP EFI Cara Koman

      Starter motor merupakan komponen yang sangat penting untuk menghidupkan enjin sangkut. Kadangkala enjin tidak dapat dihidupkan walaupun starter motor boleh dipusingkan.Untuk memeriksa starter motor yang  tidak bergerak lancar langkah-langkah  berikut boleh dilakukan. Kaedah yang diguna pakai adalah menggunakan starter test lead yang disambung kepada multimeter. Dengan mengunakan starter test lead tidak perlu lagi menggunakan pembantu untuk memerhati multimeter. Wayar  probe multimeter telah digantikan dengan starter test lead yang mempunyai wayar yang lebih panjang.

1.Sambungkan satu bahagian starter test lead  pada positif post starter motor dan ground engine sangkut.

starter test lead pada starter motor
2.Sambungkan satu lagi bahagian starter test lead  pada positif dan negative post bateri.
   

starter test lead pada battery
3.Starter test lead mempunyai dua tanda pada toggle switch. Tanda "B" untuk battery. Tanda "S" pula untuk starter motor.

toggle switch
4.Letakkan selector pada multimeter pada kedudukan voltage.Toggle switch pula diletakkan pada tanda "B"  dan perhatikan bacaan voltage battery yang didapati.Voltage battery semasa enjin tidak dipusingkan adalah 12.36V.

bacaan battery
5.Seterusnya crank enjin dan perhatikan bacaan yang didapati pada battery.Semasa enjin dipusingkan oleh starter motor, bacaan pada batery adalah 11.12 V.

6.Pada masa yang sama, ketika starter motor sedang memusingkan enjin letakkan toggle switch pada kedudukan "S" pula dan perhatikan bacaan multimeter. Bacaan yang didapati  pada starter motor  adalah  9.54V.

7.Bacaan yang didapati pada ujian di atas adalah bacaan voltage yang baik untuk membolehkan enjin sangkut Mercury 225HP dapat dihidupkan. Starter motor memerlukan voltage yang melebihi 9.5V untuk menghidupkan enjin sangkut.

8.Jika bacaan voltage yang didapati  adalah rendah sebagai contoh 7V pada  starter motor dan batteri,  batteri perlu dicas semula.

9.Jika bacaan voltage yang didapati adalah sama sebagai contoh 10V  pada starter motor  dan batteri , penggantian  starter motor perlu dilakukan.

10.Jika bacaan voltage yang didapati adalah berbeza sebagai contoh 10V pada  batteri  dan 7V pada starter motor sambungan cable batteri  perlu  bersihkan.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...