Salah satu peralatan yang wajib ada semasa mengenalpasti masaalah pada kereta yang menggunakan sistem pancitan bahanapi elektronik adalah fuel pressure tester.Tujuan fuel pressure tester digunakan adalah untuk menguji tekanan bekalan minyak petrol dari tangki minyak ke injektor.
enjin bay Perodua Alza |
Dengan menggunakan fuel pressure tester, masaalah pada sistem bekalan minyak petrol lebih mudah dikenalpasti.Langkah-langkah berikut adalah kaedah untuk mengukur tekanan minyak petrol pada enjin kereta Perodua Alza.
1.Tanggalkan fuel hose clamp yang dipasang sebelum fuel rail dan keluarkan fuel hose tersebut. Semasa fuel hose tersebut ditanggalkan, minyak petrol akan menyembur keluar. Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan untuk mengelakkan kemalangan seperti kebakaran.
fuel hose Perodua Alza |
kain penutup |
3.Setelah tekanan minyak petrol di dalam fuel hose berkurangan, fuel pressure tester boleh dipasang pada fuel hose tersebut
fuel pressure tester siap dipasang |
4.Untuk memudahkan pemasangan fuel pressure tester, kotak penapis udara perlu ditanggalkan.Walaubagaimanapun kotak penapis udara perlu dipasang semula sesudah fuel pressure tester siap dipasang sebelum enjin dihidupkan.
pandangan lebih jelas tanpa kotak penapis udara |
5.Switch on ignition key selama 10 saat dan off kan kembali. Pada masa ini, bunyi fuel pump beroperasi akan kedengaran.dan tekanan minyak petrol pada pressure gauge akan kelihatan meningkat.Periksa samaada terdapat kebocoran pada fuel hose dan fuel pressure tester.Baiki kebocoran yang berlaku jika ada.
proses ujian tekanan minyak petrol |
6.Hidupkan enjin pada tahap idle speed dan bandingkan fuel pressure yang kelihatan dengan sfesifikasi di dalam workshop manual.Tekanan minyak petrol kereta Perodua Alza adalah sebanyak 50 psi. Jika tekanan rendah di bawah 50 psi, bermakna fuel filter telah tersumbat. Walaubagaimanapun keseluruhan fuel pump perlu digantikan kerana fuel filter dipasang bersama fuel pump module. Jika tekanan minyak petrol meningkat melebihi 50 psi, kerosakan fuel pressure regulator.Walaubagaimapaun keseluruhan fuel pump perlu digantikan kerana fuel pressure regulator dipasang bersama fuel pump module.
tekanan minyak petrol Perodua Alza |
7.Tinggikan pusingan enjin secara mengejut beberapa kali dan perhatikan jarum penunjuk pressure gauge adalah stabil dan tekanan minyak tidak menurun dibawah 50 psi. Jika tekanan minyak petrol menurun, bermakna fuel pressure regulator telah rosak.
meninggikan RPM enjin |
8. Matikan enjin kereta dan perhatikan tekanan minyak petrol tidak menurun secara mendadak. Jika tekanan menurun secara mendadak, bermakna fuel pump check valve telah bocor dan fuel pump module perlu digantikan.
9. Setelah selesai kerja-kerja memeriksa tekanan minyak petrol, pasangkan kembali fuel hose ke fuel rail. Pastikan tiada berlaku kebocoran minyak petrol pada fuel hose sebelum enjin dihidupkan.
Kaedah ini juga boleh digunapakai untuk memeriksa tekanan minyak petrol pada enjin kereta Myvi.