Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

 

Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah yang betul supaya enjin sangkut dapat beroperasi pada pretasi terbaik.

karburetor

Bagi enjin sangkut yang menggunakan model karburetor, udara dan bahanapi dicampur dalam karburetor sebelum dihantar ke dalam enjin. Pelarasan campuran udara dan bahanapi dilakukan melalui pilot scew, pilot jet dan main jet.

Karburetor

Pusingan idle speed enjin dilaras dengan cara memusing pilot screw mengikut tatacara yang ditunjukkan di dalam manual penyelenggaraan. Selain itu, pelarasan campuran udara dan bahanapi pada enjin sangkut model karburetor dilakukan dengan cara mengganti komponen dalaman karburetor. Pelarasan campuran udara dan bahanapi jarang dilakukan sesudah pelarasan dibuat di kilang. Pelarasan pada karburetor hanya perlu dibuat semasa enjin sangkut digunakan pada tempat yang berada lebih tinggi dari aras laut . Dalam keadaan tertentu, pelarasan karburetor perlu dibuat semula setelah berlaku pelarasan yang tidak disengajakan. Ada model enjin sangkut yang tidak boleh dibuat  pelarasan karburetor  kerana penggantian komponen yang berkaitan tidak sesuai.  Terdapat model enjin  sangkut yang tidak mempunyai fungsi pelarasan campuran udara dan bahanapi  dari peringkat awal dikeluarkan oleh kilang lagi.

1) Idle Speed

Jumlah isipadu bahan api yang dihantar ke dalam  enjin semasa keadaan idle boleh dilaraskan dengan cara memusing pilot screw . Memusingkan pilot screw  mengikut arah pusingan lawan jam  akan meningkatkan jumlah isipadu bahan api dan campuran udara dan bahanapi menjadi lebih rich.

pelarasan pilot screw
arah pusingan pilot scew

Manakala memusingkan pilot screw  mengikut arah pusingan jam mengurangkan jumlah isipadu bahanapi dan campuran udara dan bahan api menjadi lebih lean.

pilot dan main jet

2. Mid range Speed

Jumlah isipadu bahanapi yang dihantar ke enjin juga boleh dilaras dengan cara menukar diameter slow jet atau pilot jet. Penggantian diameter jet di dalam karburetor mempengaruhi kadar alir bahanapi. Walaupun enjin sangkut mungkin berbeza mengikut model tetapi terdapat karburetor enjin sangkut yang  dipasang dengan pilot  jet sais #68. Pilot jet  ini boleh ditukar kepada  diameter lebih besar iaitu sais #70 atau sais #72 untuk meningkatkan jumlah bahanapi. Sekali gus menjadikan campuran bahanapi  dan udara menjadi lebih rich .  Diameter pilot jet juga boleh digantikan dengan sais #65 atau sais #62 yang lebih kecil untuk mengurangkan isipadu bahanapi  supaya campuran menjadi lebih nipis.

diameter pilot jet

3. High Speed

Dalam keadaan tertentu  terdapat keperluan untuk melaras aliran bahan api ke enjin dengan menukar  diameter jet utama kepada yang lebih besar atau lebih kecil . Sebagai contoh, enjin sangkut dengan spesifikasi standard dipasang dengan main jet  sais #130 . Diameter main jet boleh ditukar kepada sais #132 atau sais #135 yang lebih besar untuk menjadikan campuran bahanapi dan udara lebih rich.  Disamping itu juga, diameter main jet  boleh diganti  dengan sais #128  atau sais  #125 yang lebih kecil dan boleh mengurangkan kadar alir  bahan api untuk mendapatkan nisbah campuran yang lebih lean .

diameter main jet

Penukaran diameter slow jet atau main jet dilakukan apabila enjin sangkut digunakan pada tempat yang berada lebih tinggi dari paras laut atau dalam situasi pelarasan perlu dilakukan. Pemilihan diameter jet yang betul adalah berbeza-beza dan bergantung pada persekitaran enjin sangkut digunakan. Enjin sangkut perlu diuji dengan menggunakan diameter jet yang berbeza. Ujian dibuat untuk melihat kesan dari pemilihan jet yang digunakan. Hasil ujian yang dilakukan  dapat memberi  maklumat  dalam membuat keputusan muktamad diameter jet yang sesuai digunakan.

Semakin tinggi tempat enjin sangkut digunakan bermakna diameter main jet standard  perlu ditukar kepada diameter main jet lebih kecil  untuk mendapatkan nisbah udara dan bahanapi yang sesuai. Walaubagaimanapun penggantian main jet yang dilakukan akan mengurangkan kuasa kuda enjin sangkut berbanding kuasa kuda sebenar. Tindakan tersebut perlu dibuat supaya dapat  mengelakkan kerosakan enjin dalam jangka masa panjang.

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...