Penggunaan Free Maintenance Battery semakin meningkat
dikalangan pengguna kereta. Harga Free Maintenance Battery lebih mahal
jika dibandingkan dengan Seal Lead Acid Battery. Free Maintenance
Battery tidak memerlukan penyenggaraan dan kadangkala menjadi rosak
diluar masa jangkaan. Kerosakan Free Maintenance Battery boleh
berlaku tanpa sebarang amaran.
Pada kereta Perodua Alza, terdapat tanda-tanda tertentu jika Free
Maintenance Battery yang digunakan mengalami kerosakan. Diantara
tanda-tanda tersebut adalah, starter motor tidak boleh dipusingkan semasa kunci
kereta ditetapkan pada kedudukan'start". Pada masa yang sama, perkataan
"error" akan kelihatan pada lampu penunjuk minyak petrol di
"meter cluster". Isipadu minyak yang ditunjukkan pada lampu
penunjuk minyak petrol juga semakin berkurangan.
Jika diukur voltage bateri dengan digital multimeter dan
bacaan yang didapati adalah kurang dari 12 volt, kesimpulan boleh dibuat bateri
tersebut sudah rosak. Jika bacaan yang didapati adalah melebihi dari 12
volt, tidak bermakna bateri berada dalam keadaan baik. Ujian selanjutnya
hendaklah dilakukan untuk mendapat keputusan yang tepat.
Pasangkan klip buaya pada probe digital multimeter yang ditetapkan julat 'DC Volt'. Lekatkan clip buaya pada positif dan negative bateri terminal. Switch On kunci kereta dan pasangkan 'head lamp'. Sekiranya lampu pada meter cluster terpadam dan 'head lamp' malap dengan cepat bermakna bateri tidak dapat menyimpan cas.
Voltage bateri yang diukur dengan digital multimeter juga akan kelihatan menurun. Hasil ujian yang dilakukan dapat dibuat kesimpulan Free Maintenance Battery kereta Perodua Alza telah mengalami kerosakan.