Semua kereta yang menggunakan electronic fuel injection system dilengkapkan dengan fuel filter. Pada kereta Proton Saga, fuel filter dipasang pada kedudukan sebelah kanan dibawah kereta. Fuel filter disyorkan oleh pengeluar diganti setiap 3 tahun walaupun tidak bermasaalah. Untuk menentukan samaada fuel filter dalam keadaan baik, ujian tekanan minyak petrol boleh dibuat seperti disini. Langkah berikut pula adalah cara-cara untuk mengantikan fuel filter kereta Proton Saga BLM.
1.Gunakan jack yang bersesuaian dan angkat kereta untuk memberi ruang yang selesa semasa membuka fuel filter.
kedudukan fuel filter |
2.Keluarkan fuel pump relay yang berada di dalam kotak fius.
fuel pump relay |
3.Hidupkan enjin kereta dan biarkan enjin mati dengan sendirinya. Pada masa ini, tekanan minyak petrol didalam fuel hose akan berkurangan. Walaupun minyak petrol sudah berkurangan, masih terdapat lagi lebihan minyak petrol di dalam fuel hose. Sediakan bekas yang sesuai untuk menampung lebihan minyak petrol tersebut. Picit pengunci pada fuel hose dan tanggalkan fuel hose pada arah minyak petrol mengalir masuk ke dalam fuel filter.
4.Gunakan spanner saiz 10mm dam buka bolt bracket yang memegang fuel filter. Seterusnya barulah dibuka fuel hose pada arah minyak petrol mengalir keluar dari fuel filter.
fuel filter lama |
5.Pasang fuel filter yang baru pada fuel hose arah minyak petrol mengalir keluar dari fuel filter. Seterusnya pasang fuel filter pada bracket yang memegang fuel filter. Setelah itu, pasang fuel hose pada arah minyak petrol mengalir masuk ke dalam fuel filter.
fuel filter baru |
6.Sebelum fuel hose dipasang pada fuel filter, pastikan arah aliran minyak petrol masuk ke dalam fuel filter mengikut tanda yang terdapat pada fuel filter. Sebagai contoh, fuel filter jenama Bosch menggunakan tanda 'IN" untuk menunjukkan arah aliran minyak petrol.
tanda arah aliran miyak petrol masuk |
7.Setelah semuanya siap , pasangkan kembali fuel pump relay. Onkan dan offkan kunci kereta beberapa kali untuk membolehkan fuel pump mengepam minyak petrol ke dalam fuel hose yang kosong. Periksa sambungan fuel hose pada fuel filter dan pastikan tidak berlaku kebocoran minyak petrol.
8.Jika tiada kebocoran, hidupkan enjin kereta selama 10 minit untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik. Periksa semula sambungan fuel hose pada fuel filter dan pastikan tiada kebocoran.