Sistem stereng kuasa merupakan salah satu sistem kereta Proton Saga BLM yang perlu diselenggara secara berkala. Bendalir stereng kuasa perlu ditukar pada selang masa 24 bulan atau 40000 kilometer. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menggantikan bendalir di dalam sistem stereng kuasa.
1.Tanggalkan
serpentine belt dari pulley pam stereng kuasa. Apabila serpentine belt ditanggalkan, pulley pam steering kuasa boleh dipusingkan dengan tangan.
pam stereng kuasa |
2. Angkat bahagian depan kereta dengan menggunakan jack kepada ketinggian yang mencukupi supaya mudah bekerja di bawah kereta. Oleh
kerana roda stereng perlu dipusing, penggunaan
jack stand
lebih sesuai untuk membolehkan tayar bergerak secara bebas.
3. Tanggalkan bolt yang mengikat takungan bendalir stereng kuasa.
takungan bendalir dtanggalkan |
4. Sediakan bekas untuk mengumpul bendalir steering kuasa sediaada yang akan dikeluarkan. Keluarkan penapis dari takungan dan sedut bendalir yang berada di dalam takungan dengan picagari.
5. Keluarkan lebihan bendalir stereng kuasa yang berada di dalam takungan. Tuang bendalir tersebut ke dalam bekas yang disediakan.
bendalir di dalam takungan disedut |
lebihan bendalir dikeluarkan |
hos yang perlu ditanggal |
7. Hujung hos yang telah ditanggal
perlu diletakkan ke dalam bekas
yang disediakan untuk membolehkan bendalir lama mengalir keluar.
bendali yang dikeluarkan melalui hos |
8. Tambahkan bendalir stereng kuasa yang baru ke dalam takungan sehingga penuh. Gelembung udara dan seluruh bendalir di dalam sistem perlu dikeluar
untuk membolehkan stereng kuasa berfungsi dengan baik .
9. Switch on kunci enjin kereta. Dapatkan bantuan rakan memusing roda stereng
kereta dan pada masa yang sama pusingkan pulley
pam stereng kuasa dengan tangan. Lebih banyak bendalir mengalir keluar melalui hos ke dalam bekas apabila roda stereng
dipusingkan. Tambahkan bendalir ke dalam takungan apabila paras bendalir berkurangan. Sentiasa perhatikan paras bendalir di dalam takungan. Berhenti memusing roda stereng dan pulley pam apabila bendalir yang baru kelihatan mengalir keluar dari hos. Minta rakan untuk memusing roda stereng ke kiri dan kanan (lock to lock) semasa bendalir ditambah ke dalam takungan. Proses yang dilakukan ini dapat membantu mengeluarkan udara
dari hos sistem stereng kuasa.
perbezaan warna bendalir |
10. Pasangkan semula hos stereng kuasa kepada takungan. Isikan takungan
dengan bendalir stereng kuasa sehingga paras yang disyorkan dan pasangkan penutup
takungan. Pasangkan kembali serpentine belt pada pulley pam stereng kuasa.
11.Hidupkan enjin dan pusingkan roda stereng
dari kiri ke kanan dan sebaliknya selama lima minit. Pusing roda stereng dari kedudukan lock
to lock. Bunyi dengung yang kedengaran
semasa roda stereng dipusing menunjukkan
masih terdapat udara yang terperangkap di dalam sistem. Pusingkan roda stereng secara berterusan untuk mengeluarkan udara dan bendalir dapat mengalir dengan lancar ke seluruh sistem.
12.Matikan enjin dan tambah bendalir ke dalam takungan.
Paras bendalir di dalam takungan menurun
selepas pengujian stereng disebabkan bendalir mengalir keluar dari takungan dan beredar ke dalam sistem. Pastikan paras bendalir stereng
kuasa di dalam takungan berada di antara tanda MIN dan MAX.
13.Turunkan kereta dari jack
stand .Pastikan stereng berfungsi dengan baik apabila berat kenderaan
dipindahkan kepada tayar. Hidupkan enjin kereta dan pusingkan roda stereng ke kiri dan ke kanan. Pastikan tayar boleh berpusing seperti biasa. Pandu kereta selama 10 minit untuk menguji operasi sistem stereng kuasa. Jika sistem masih bermasaalah, proses mengeluarkan gelembung udara di dalam sistem
perlu diulang semula.
paras bendalir |
No comments:
Post a Comment