Periksa Ignition System Proton Saga Cara Koman


Enjin Proton Saga BLM menggunakan satu ignition coil yang dipasang pada setiap silinder . Sistem ini berfungsi dengan menghapuskan keperluan untuk menggunakan spark plug high tension cable. Setiap ignition coil dipasang secara terus di atas spark plug . ECU mengawal ignition timing dua unit  igniton coil pada satu masa. Ignition coil #1 dioperasikan dengan ignition coil #4 yang disambung secara bersiri.  Ignition coil #2 yang dioperasikan bersama dengan ignition coil #3 juga turut disambung secara bersiri . Sistem ini dinamakan sebagai waste spark ignition system. Terdapat dua wayar  khusus untuk setiap set ignition coil. Dua set wayar adalah untuk bekalan kuasa dari bateri dan dua set lagi wayar untuk litar kawalan ground ignition coil dari ECU.
ignition system Saga BLM
Jika berlaku masaalah kepada ignition system, ECU akan menyalakan check engine light sebagai amaran kepada pemandu. Scantool perlu digunakan untuk mengesan masaalah yang berlaku. Masaalah yang dikesan melalui scantool dikenali sebagai fault codes. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan check engine light menyala jika terdapat masaalah pada ignition system. Di antara faktor-faktor tersebut adalah :
1.Wayar pada ignition coil  telah berkarat
2.Wayar pada ignition coil putus atau berlaku litar pintas
3.Wayar di antara ignition coil dan ECU terputus
4.Kerosakan ignition coil
5.Kerosakan spark plug
6.Walaupun jarang berlaku,  ECU juga boleh mengalami kerosakan

Untuk mengenalpasti masaalah yang berlaku, pemeriksaan dimulakan dengan memeriksa rintangan ignition coil yang disyaki bermasaalah melalui ujian rintangan yang diukur melalui digital multimeter. Rintangan yang didapati diantara setiap ignition coil hendaklah sama. Ujian selanjutnya adalah dengan menggunakan spark tester dan dipastikan percikan bunga api dapat dilihat dengan jelas. Keadaan elektrod spark plug  juga perlu diperiksa.

Ignition coil  tidak akan berfungsi jika tidak mendapat bekalan voltan yang cukup. Pengukuran voltan bekalan ignition coil dilakukan dengan kaedah backprobe dan menggunakan digital multimeter. Langkah-langkah berikut adalah kaedah mengukur voltan bekalan pada ignition coil.


1.Sediakan digital multimeter dan setkan pada julat DC volt
2.Backprobe wayar bekalan voltan  pada ignition coil dengan jarum
3."On" kan ignition key atau hidupkan enjin kereta
4.Sambungkan probe positif digital multimeter dengan jarum tersebut
5.Sambungkan probe negatif digital multimeter dengan battery negatif terminal


Wayar voltan dan ground ignition coil
Bacaan voltan ignition coil pada digital multimeter yang diperolehi hendaklah sama dengan voltan bateri. Jika tidak sama, wayar ignition coil perlu diperiksa dan dipastikan tiada tanda-tanda kakisan, terkoyak ataupun telah cair.


Pemeriksaan seterusnya dilakukan pada litar ground yang dikawal oleh ECU. Ignition coil dan grounperlu dipastikan bersambung dengan lengkap. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan menggunakan computer safe test light. Penggunaan computer safe test light dapat mengelakkan kerosakan ECU disebabkan arus yang berlebihan. Cara membuat computer safe test light boleh dilihat disini. Langkah-langkah berikut adalah kaedah menguji litar kawalan ground ignition coil  dengan menggunakan computer safe test light.

1.Backprobe wayar control ground pada ignition coil dengan jarum.
2.Sambungkan klip wayar computer safe test light dengan jarum tersebut
3.Sambungkan hujung computer safe test light dengan battery positif terminal


JIka enjin dalam keadaan hidup, test light akan kelihatan berkelip-kelip menandakan ground circuit ignition coil dalam keadaan baik. Cahaya yang kelihatan walaupun tidak begitu terang tetapi sudah cukup untuk mengesahkan litar dalam keadaan baik. Jika enjin tidak dapat dihidupkan, seorang pembantu diperlukan untuk crank enjin. Semasa enjin di crank, perhatikan test light dan pastikan test light berkelip. 
Jika test light tidak berkelip, kemungkinan wayar diantara ignition coil dan ECU sudah terputus, kerosakan ECU ataupun wayar ground ECU terputus. Cara ini dapat membantu mengesahkan sama ada ECU menghantar isyarat yang betul kepada ignition coil .

14 comments:

  1. Tuan.. Salah satu cable ke ingniton coil menghadapi masalah..bila di uji mggunakan test light pen, ia mekpunyai arus letri tetapi tidak berkelip seperti cable2 yg lain.kereta semput.. Mohon pencerahan. Dah byk pomen yg d jumpa tapi x dpt diselesaikan.. Utk makluman kereta sya saga fl 2012

    ReplyDelete
  2. Saya fikir wayar ke ECU kemungkinan hampir putus ataupun terputus sepenuhnya. Cuba check warna berwarna brown dan hitam di pin ECU. Setelah dikenalpasti, hidupkan enjin dan goyangkan wayar tersebut satu persatu. Perhatikan perubahan bunyi enjin semasa wayar-wayar tersebut digoyang. Perubahan bunyi enjin yang ketara mengesahkan masaalah pada wayar.

    ReplyDelete
  3. Tuan ...coil no 1 dn 4 tidak ada arus letrik.apa yg perlu di buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba periksa voltan bekalan pada kedua-dua ignition coil dengan test light jenis mentol. Jangan gunakan test light jenis LED. Jika tiada test light, boleh gunakan mentol nombor plate 12V 6 Watt yang disambung dengan wayar. Uji test light pada bateri dan perhatikan kadar kecerahan mentol test light. Onkan kignition key dan back probe pada wayar setiap igniton coil seperti penggunaan multimeter di atas dan bandingkan kadar kecerahan test light . Jika mentol dalam keadaan malap atau tidak menyala bermakna wayar bekalan kuasa bermasaalah.Jika kadar kecerahan mentol test light adalah sekata bermakna wayar ground mungkin bermasaalah. Agak sukar menentukan keadaan voltan pada ground wire kecuali menggunakan oscilloscope.

      Delete
  4. Saya hanya hanya DIY kereta standard sahaja dan tiada pengalamam ubahsuai kenderaan performance. Sila semak pautan berikut untuk maklumat lebih terperinci https://www.diytacra.com/2019/08/k20-coil-tachometer-solution.html

    ReplyDelete
  5. Tuan..boleh tk review berkenaan diagram proton gen 2 yg menggunakan single coil 3 pin connector pulak.

    ReplyDelete
  6. Hi tuan.. bole minta no handphone?

    ReplyDelete
  7. Saga fl,
    Engine jalan 3 silinder, setelah cek test lamp wayar ignition coil.. wayar grounding coil no 1 dan coil no2 malap.. yg lain semua terang… mohon penjelasan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum tuan.. pengguna saga fl… mcm2 dah tukar tapi engine jalan 3 silinder.. silinder no 1 takde function… engine gegar teruk.. setelah cek wayar api dan grounding di ignition coil guna test lamp.. semua berlampu terang kecuali wayar grounding coil no 1 dan coil no 2?? Adakah itu normal atau bermasalah?? Mohon pencerahan tuan

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya fikir keadaan wayar ground ignition coil # 1 berkongsi dengan ignition coil # 2 adalah normal. Wayar ignition coil # 1 berkongsi dengan ignition coil # 4. Jika ada masaalah sistem pendawaian bermakna kedua-dua cylinder akan bermasaalah. Dalam kes ini, difahamkan hanya ignition coil # 1 tidak berfungsi. Cuba swap ignition coil # 1 dengan ignition coil # 2 dan pastikan samaada masaalah berpindah kepada cylinder # 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suda try tuan swap ignition coil.. tetap sama jgk… 011-10106327.. tolong wassap dan call saya tuan… beribu2 dah saya buang duit tak jumpa masalah

      Delete
    2. Saya sudah teliti masaalah tuan dan saya fikir ada kekeliruan cara menguji litar ground ignition coil # 1 dan # 2. Semasa menguji litar ground ignition coil # 1 dan # 2 adakah diuji dengan cara begini ?
      1. Klip buaya pada test lamp disambung ke NEGATIF terminal bateri.
      2. Hujung test lamp disambung ke wayar ground ignition coil # 1 ataupun ground ignition coil # 2.
      3. Cahaya test lamp di dapati malap.
      Kaedah pengujian yang digunakan di atas adalah SALAH dan menghasilkan maklumat tidak tepat.

      Cara yang betul untuk menguji litar ground ignition coil adalah seperti berikut :

      1. Sila rujuk dan kaji video terakhir di atas . Video tersebut menunjukkan pengujian litar ground pada ignition coil # 3.
      2.Jarum dicucuk pada pin wayar berwarna Brown ignition coil# 3.
      3.Klip buaya test lamp disambung pada jarum (ground)ignition coil # 3.
      4.Hujung test light disambung kepada terminal POSITIF bateri. 5.Cahaya test lamp LED berkelip-kelip menunjukkan ECU mengoperasikan ignition coil. Untuk ujian ini, test lamp yang menggunakan LED perlu digunakan untuk mengelakkan kerosakan ECU driver circuit. Uji kesemua litar ground ignition coil.
      6. Litar ground ignition coil dianggap dalam keadaan baik apabila cahaya test lamp berkelip-kelip mengikut operasi switching transistor didalam ECU.
      7. Cuba buat seperti taatcara pengujian di atas dan maklumkan hasil yang diperolehi.

      * Nota : 1.Pengujian litar positif yang dilakukan sebelumnya adalah betul untuk mengesahkan voltan didapati pada ignition coil.

      Delete
  10. Salam tuan,maaf tumpang bertanya ya...kereta saga fl ignition coil 3&4 tiada api..dh swap coil,ingatkan mslh coil..tapi tetap 3&4 tiada api..cek socket crank sensor pun tiada api..hanya socket coil api 1&2 ada api..apakah puncanya ya tuan..klau blh tuan tinggalkn no untuk sy contact lg baik..krete dh lama tak hidup ni..terima kasih tuan,hrp tuan dapat membantu...

    ReplyDelete

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...