Pada kebiasaannya, kebanyakan kereta menggunakan kovensional throttle body untuk mengawal udara yang masuk ke dalam enjin dan bercampur dengan minyak petrol seterusnya dibakar oleh palam pencucuh. Kebelakangan ini, kebanyakan kereta telah beralih kepada pengguanaan electronic throttle body (ETB). Pengunaan sistem ini menyebabkan tiada lagi sambungan secara mekanikal diantara throttle valve dengan accelerator pedal. Sambungan yang ada hanyalah sambungan melalui wayar elektrik. Electronic Throttle Body (ETB) adalah salah satu komponen yang terdapat pada Electronic Throttle Control sistem . Ia juga disebut dengan nama drive by wire berasaskan teknoloji yang digunapakai di dalam kapalterbang yang dikenali sebagai fly by wire. Throttle valve di dalam Electronic Throttle Body dibuka dan ditutup oleh throttle valve motor yang dikawal oleh ECU
Kereta keluaran Proton seperti Waja Campro, Saga BLM dan juga Persona menggunakan sistem ini. Pada Electronic Throttle Body biasanya dua perkara tidak dipasang iaitu :
1. Speed Adjusting Screw
2. Idle Speed Control Motor
Pada dasarnya, Throttle Position Sensor adalah sebuah Potensionmeter. Walaupun Throttle Position Sensor tidak dipasang pada ETB secara fizikal, fungsi tersebut telah diambil alih oleh Potensionmeter yang dipasang secara bersepadu didalam ETB untuk menentukan kedudukan throttle valve. Idle speed pada ETC system pula, telah ditetapkan oleh ECU. Sebagaimana kovensional throttle body, ElectronicThrottle Body juga akan bermasaalah jika didalamnya kotor. Untuk membersihkan ETB secara insitu, langkah berikut boleh dilakukan dengan menggunakan ETB kereta Proton Saga BLM sebagai contoh.
1.Tanggalkan air cleaner trunking dan akan kelihatan throttle valve yang berada dalam keadaan tertutup. Keadaan ini bukanlah bermakna throttle valve tertutup sepenuhnya. Sebenarnya throttle valve tetap terbuka dengan kecondongan sudut di antara 3-5 darjah. Kalau dilihat simbol throttle valve pada carburetor ataupun throttle body dalam lukisan, throttle valve dilukis dalam dalam keadaan condong. Jika throttle valve tertutup sepenuhnya, tiadalah udara akan memasuki enjin. Tiada udara masuk maka tiadalah minyak petrol dipancitkan oleh injector. Apabila kekotoran terkumpul diantara throttle valve, dan throttle body housing, ruang di aakantaranya semakin kecil dan udara yang masuk akan berkurangan. Jangan sesekali menutup ruang tersebut kerana ia bukannya kerosakan throttle valve yang telah menjadi renggang. Ia digunakan sebagai laluan untuk udara masuk semasa idling apabila throttle valve ditakrifkan dalam keadaan tertutup.
|
bahagian yang perlu dibersihkan |
2. Seorang pembantu diperlukan untuk memijak accelerator pedal sampai rapat ke lantai dan “on”kan kunci kereta tersebut.
|
throttle valve tertutup |
3.Apabila kunci di“on”kan dan accelarator pedal dipijak pada masa yang sama, throttle valve akan terbuka serta merta. Pada ketika inilah bahagian atas dan bawah celahan throttle valve di dalam ETB dibersihkan. Masa yang ada hanyalah lebih kurang 8 saat. Kemudian throttle valve akan tertutup semula. Sembur dengan throttle body cleaner dan bersihkan dengan kain, Sebagai alternatif, gunakan putik kapas yang dicelup dengan minyak petrol untuk membersihkan bahagian yang terbuka tersebut. Jangan gunakan jari untuk mencuci bahagian tersebut. Jari boleh putus jika tersepit dicelah throttle valve akibat torque yang dihasilkan oleh throttle valve motor.
|
throttle valve terbuka penuh |
4.Setelah dibersihkan pasang kembali air cleaner trunking dan hidupkan enjin kereta untuk menilai keadaan enjin.
Penjelasan Operasi
Semasa kunci kereta di”off”kan, throttle valve tidak akan terbuka walaupun accelerator pedal dipijak. Keadaan ini oleh dilihat jika air cleaner trunking tidak dipasang lagi. Setelah kunci di “on”kan , throttle valve serta merta akan terbuka dan bunyi throttle valve terbuka akan kedengaran . Ini disebabkan ECU mendapat isyarat dari accelerator pedal sensor untuk membuka throttle valve.
Setelah lebih kurang 8 saat, throttle valve akan tertutup semula dan sekali lagi bunyi throttle valve tertutup akan kedengaran . Penutupan ini dilakukan oleh ECU apabila mendapat isyarat dari Neutral Switch dan Crank Position Sensor. ECU mengesan isyarat dari Neutral Switch yang berada dalam keadaan "on" yang bermaksud gearbox dalam keadaan "neutral" dan ini bermakna kereta tidak bergerak. Manakala Potensiometer pula memberi isyarat throttle valve terbuka penuh. Secara lojiknya throttle valve tidak perlu dalam keadaan terbuka penuh jika kereta tidak bergerak.
Pada masa yang sama, ECU pula mengesan isyarat enjin yang tidak berpusing dari Crank Position Sensor . Logiknya jika throttle valve terbuka penuh, enjin akan berpusing pada kelajuan tinggi. Berpandukan isyarat tersebut maka ECU menutup throttle valve setelah didapati enjin tidak berpusing. Dalam ertikata yang lain, tipuhelah diperlukan untuk memaksa ECU membuka throttle valve yang tertutup jika enjin tidak dihidupkan.