Mengenal Sistem EFI Enjin Sangkut Suzuki DF140 Cara Koman

Sistem pancitan bahanapi elektronik adalah  sistem  yang berfungsi menghantar bahanapi dari tangki  minyak ke pemancit sebelum dipancitkan ke dalam kebuk pembakaran enjin dengan dikawal oleh engine control module. Pada masa sekarang boleh dikatakan hampir semua  enjin sangkut  beroperasi menggunakan  sistem pancitan bahanapi elektronik.

Komposisi campuran bergantung kepada nisbah berat udara dan bahan api. Pembakaran bahan api yang ideal adalah berlaku pada nisbah 14.7 kg udara dan 1 kg bahanapi. Nisbah campuran udara dan bahanapi tersebut dikenali sebagai nisbah stoichiometric.



Rajah 1: Sistem pancitan bahanapi elektronik


Sistem Pancitan Bahanapi Elektronik

Sistem ini terdiri dari 3 komponen utama iaitu :

i.Sistem Pengambilan Udara

ii.Sistem Bekalan Bahanapi

iii.Sistem Kawalan Elektronik


Sistem Pengambilan Udara

Sistem pengambilan udara terdiri dari Intake Manifold, Throttle Body dengan dilengkapkan Throttle Position Sensor (TPS), sebuah Idle Air Control (IAC), Manifold Absolute Pressure (MAP) sensor dan Manifold Air Temperature (MAT) sensor. Pada intake manifold  juga turut dipasang Fuel Rail dan Fuel Injector.


Rajah 2:Sistem Pengambilan Udara


Throttle body


Rajah 3:Throttle body

Fungsi throttle body adalah sebagai saluran utama yang dilalui oleh udara sebelum masuk ke dalam  intake manifold.

Sistem Bekalan Bahanapi

Sistem bahan api terdiri dari penyambung hos bahanapi,  low pressure fuel pump, high pressure fuel pump, fuel rail, fuel injector, fuel vapor saparator fuel cooler dan fuel pressure regulator. Mechanical low pressure fuel pump menyedut bahan api dari tangki bahanapi melalui hose bahanapi dan penapis bahanapi.

Bahanapi dihantar  kepada high pressure fuel pump yang berada di dalam fuel vapor saparator dan  disalur kepada fuel injector. Bahanapi bertekanan tinggi disembur oleh fuel injector yang dipasang pada fuel rail melalui kawalan Engine Control Module. Lebihan bahanapi yang tidak digunakan oleh fuel injector mengalir melalui fuel cooler. Setelah itu, bahanapi tersebut mengalir melalui fuel pressure regulator dan kembali semula ke fuel vapor saparator.

Rajah 4:Sistem bekalan bahanapi 


Low pressure fuel pump


Rajah 5:Low pressure fuel pump 

Low pressure fuel pump adalah sebuah pam mekanikal. Pam tersedut dipacu oleh cam lobe camshaft. Operasi pam adalah dengan menyedut bahanapi dari tangki bahanapi dan mengepam   ke vapor separator

Low pressure fuel pump filter


Rajah 6:Low pressure fuel pump filter

Low pressure fuel pump filter berfungsi untuk menapis kotoran dari tangki bahanapi dan mengasingkan bendasing yang dimampatkan oleh pam bahan api.

Fuel Vapor Saparator


Rajah 7:Fuel Vapor Saparator

Fuel vapor saparator berfungsi untuk memisahkan wap bahanapi dan mengurangkan vapor lock di dalam saluran bahanapi.

High pressure fuel pump


Rajah 8:High pressure fuel pump

High pressure fuel pump berada di dalam fuel vapor saparator. Pam berfungsi menghantar bahanapi dari fuel vapor saparator kepada fuel injector. Di bawah high pressure fuel pump terdapat fuel strainer dipasang untuk menapis kotoran di  dalam bahanapi.

High pressure fuel filter


Rajah 9:High pressure fuel filter

High pressure fuel filter berfungsi untuk menapis kotoran yang berada di dalam fuel vapor saparator.

Fuel rail


Rajah 10:Fuel rail

Fuel rail berfungsi untuk mengagihkan bahan api ke fuel injector mengikut bilangan selinder enjin.

Fuel pressure regulator



Rajah 11:Fuel pressure regulator

Fuel pressure regulator berfungsi untuk memastikan  tekanan bahanapi sentiasa dalam keadaan stabil. Kedudukan fuel pressure regulator adalah berada di dalam vapor saparator.

Fuel cooler


Rajah 12:Fuel cooler

Fungsi fuel cooler adalah untuk menyejukkan bahanapi. Bahanapi yang mengalir di dalam tiub  fuel cooler disejukkan oleh  air laut yang berada diluar tiub fuel cooler.

SISTEM KAWALAN ENJIN ELEKTRONIK


Rajah 13:Sistem kawalan elektronik

Fungsi sistem kawalan elektronik enjin adalah untuk membolehkan operasi enjin sangkut menjadi lebih mesra alam sekitar, cekap dan ekonomi. Komponen utama sistem ini adalah Engine Control Module yang memantau operasi enjin dan mengawal  enjin supaya berada pada tahap terbaik. Engine Control Module mengawal isipadu bahanapi, kelajuan melahu, masa pencucuhan dan  mengesan  kerosakan. Sistem kawalan elektronik enjin dilengkapkan sensor untuk mendapatkan maklumat dari enjin sangkut. Engine Control Module akan menggerakkan actuactor  setelah menerima maklumat dari sensor.

Sistem kawalan elektronik enjin boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

1. Sensor

2. Actuator

3. Engine Control Module



JENIS SENSOR

Manifold Absolute Pressure Sensor (MAP)




Rajah 14:Manifold pressure sensor

Fungsi manifold absolute pressure sensor  didalam sistem pancitan bahan api untuk mengesan tekanan di dalam intake manifold.

Throttle Position Sensor (TPS)



Rajah 15:Throttle position sensor

Fungsi throttle position sensor adalah untuk membekalkan maklumat samaada throttle plate dalam keadaan tertutup  atau terbuka.  Apabila pembukaan throttle mencapai kedudukan tertentu dan enjin beroperasi dalam  keadaan beban penuh.

Engine Cooling Temperature Sensor (ECT)


Rajah 16:Engine cooling temperature sensor  

Fungsi engine cooling temperature sensor  adalah untuk menghantar isyarat keadaan suhu enjin. Sensor ini adalah  sejenis thermistor dari jenis Negative Temperature Coeficient. Apabila suhu rendah , nilai rintangan penderia akan menjadi tinggi. Apabila suhu tinggi, rintangan sensor menjadi rendah. Voltan turut berubah mengikut keadaan suhu semasa. Semasa  suhu dalam keadaan sejuk voltan ECT sensor  adalah tinggi. Apabila suhu menjadi panas, voltan ECT sensor menjadi rendah. Engine Control Module mengunakan isyarat dari ECT sensor untuk mengawal kadar pancitan bahanapi.

Oil pressure switch

Rajah 17:oil pressure switch

Fungsi  oil pressure switch adalah untuk mengesan kadar tekanan minyak pelincir. Jika tekanan minyak pelincir terlalu rendah komponen enjin menjadi rosak.

Crankshaft Position Sensor (CKP)



Rajah 18:Crankshaft position sensor  

Fungsi crankshaft position sensor  adalah  untuk menghantar isyarat kepada Engine Control Module untuk menentukan kelajuan enjin dan mengesan sudut crankshaft.

Camshaft Position Sensor (CPS)


Rajah 19:Camshaft position sensor

Fungsi  camshaft position sensor adalah  untuk memberikan maklumat  kepada  Engine Control Module  kedudukan piston nombor satu.

JENIS ACTUATOR

Pergerakan actuactor dikawal  oleh  Engine Control Module.


Fuel Injector


Rajah 20: Fuel Injector

Fuel injector adalah sejenis injap yang digerakkan secara elektronik dan berfungsi untuk memancitkan bahanapi ke dalam rongga pembakaran selinder enjin mengikut isyarat yang diberikan oleh Engine Control Module. Fuel injector memancit bahan api setelah diaktifkan oleh Engine Control Module yang menerima isyarat dari sensor.

Idle Speed Control (ISC)



Rajah 21:Idle Speed Control 

Fungsi Idle Speed Control adalah untuk menstabilkan enjin semasa pertambahan beban. Idle Speed Control motor dipasang pada throttle body.

Engine Control Module



Rajah 22:Engine Control Module

Engine Control Module merupakan sebuah komputer digital yang digunakan untuk  berkomunikasi dengan sensor serta mengawal actuator.


No comments:

Post a Comment

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...